Sunday, May 19, 2024

ONew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

 

ONew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.

Catatkan semua butiran tentang penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia.


Fan-meeting yang digelar sebagai GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA, jangan ketinggalan untuk menyambut Onew pada 27 Julai 2024 kerana ia seperti 'temu janji pertama' dengan idola yang sudah lama di tunggu-tunggu.

Pertemuan bersejarah yang dibawa oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor.

"MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatan beliau selama 16 tahun dalam kerjayanya untuk menghadiri fanmeeting ini dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

"Kami berbangga memperkenalkan GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.

"Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA memenuhi jangkaan 'temu janji pertama' anda dengan sepenuh hati," kata Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Onew sendiri meninggalkan mesej ringkas untuk semua peminatnyai: "Jumpa anda di GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda."

Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 - RM258), (CAT 2 - RM358), (CAT 1 - RM558), (SEAT - RM858) & (VIP SOUNDCHECK - RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia

Oleh itu, jangan ketinggalan pertemuan penuh sejarah dan bakal memulakan 'kekacauan cinta' dengan idola anda, Onew melalui GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2024.

MAKLUMAT ACARA: GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA 
TARIKH: 27 JULAI 2024
LOKASI: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
HARGA TIKET:
(CAT 3 - RM258)
(CAT 2 - RM358)
(CAT 1 - RM558)
(SEAT - RM858)
(VIP SOUNDCHECK - RM988)
PEMBELIAN TIKET: MYTICKET.ASIA

Thursday, May 16, 2024

Pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL Bersama Dutanya Siti Nordiana

Hi Korang,

SAFI peneraju jenama nombor 1 penjagaan kulit Halal Malaysia mengorak evolusi baharu penjagaan kulit dengan melancarkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL – Rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul. Kombinasi 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan “keremajaan” raut wajah. Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.

SAFI YOUTH GOLD RETINOL tidak sekadar tentang menawarkan penjagaan kulit premium, ia tentang mewujudkan akses kepada penyelesaian penjagaan kulit yang canggih untuk semua. Secara tradisional, produk yang mengandungi Retinol sering dikaitkan dengan harga yang mahal, kerap kali di luar jangkauan ramai. Menariknya, SAFI YOUTH GOLD RETINOL menawarkan rangkaian penjagaan kulit dengan bahan utama Retinol berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan berpatutan. SAFI YOUTH GOLD RETINOL mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, ”esen ajaib” dan pelembap retinol.


“Kehebatan manfaat kecantikan dengan menggunakan Retinol tidak dapat dinafikan dan menjadi antara bahan pilihan utama dalam produk penjagaan anti- penuaan kulit masa kini. Tetapi, ianya lebih terkenal di dalam perawatan kecantikan klinikal dengan prosedur, formulasi tertentu dan perlu dipantau oleh pakar yang membuatkan prosedur ni terlalu mahal dan kurang mampu milik. SAFI bersama-sama para Saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL – “The Gold Standard of Retinol” produk penjagaan kulit wajah anti - penuaan – yang menggabungkan kombinasi 3 bahan terunggul kecantikan masa kini - 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas, Squalane yang terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari* membuatkannya senang didapati kerana dijual di cawangan watsons di seluruh malaysia dengan harga mampu milik supaya semua wanita boleh mendapatkan manfaat retinol dengan mudah" Ujar Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim.

Tambah beliau lagi, “Inovasi kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL dari SAFI RESEARCH INSTITUTE - Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan HALAL bertaraf Antarabangsa terbesar dengan lebih 40 tahun kepakaran di Asia menzahirkan impian setiap wanita untuk memiliki raut wajah Kekal Remaja Tak Kira Usia dengan sebuah rangkaian produk yang dapat memulikan tanda penuaan kulit yang berkualiti tinggi, efektif , selamat untuk penggurnaan harian siang dan malam dan dipasarkan pada harga berpatutan serta diperakui Halal”.

Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.

Formulasi kombinasi bahan terunggul rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL:

3x Kuasa Retinol
Memperbaharui sel kulit dengan cepat, Mencerahkan kulit, Mengurangkan pigmentasi, kedutan dan garis halus

Squalane
Menjadikan kulit lembap & sihat semulajadi, Memperbaiki dan menghaluskan tekstur kulit

98% Peptida Emas
Menganjalkan kulit, Memperbaiki tekstur kulit, Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kolagen


Majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL turut menjemput Dr Syairah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuaan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuaan kulit serta menyangkal mitos tentang Retinol. “Masalah penuaan kulit jika tidak dicegah dari awal akan mula menampakan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam, Retinol adalah jawapannya. Kehebatan manfaat bahan terunggul Retinol ini digunakan dalam formulasi yang betul di dalam rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit.

Hasilnya?

· 100% Bersetuju Terbukti secara Klinikal Kulit Lebih Cerah, Kedutan Mendalam dan Garis Halus berkurang dalam 14 hari

· 92% menganjal dan menegangkan kulit

· 75% Kulit lebih cerah berseri dengan serta merta

· 72% Garis Halus dan Kedutan Berkurang

· 71% bersetuju kulit lebih licin dan lembut dalam 7 hari

· Tona Kulit lebih Cerah dalam 1 minggu

· Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari

Terbukti secara klinikal* dan saintifik^

Melengkapkan pelancaran rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL ini adalah kemunculan duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL Siti Nordiana. Figura seni hiburan tersebut adalah pilihan tepat kerana beliau adalah personafikasi “Wanita Safi” – Mempesona dengan raut wajah penuh keremajaan serta aura keyakinan bakat tersendiri , beliau adalah inspirasi wanita seusia dalam menggalas komitmen sebagai anak seni dan jiwa raga sebagai seorang ibu.



“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk mewakili SAFI sebuah jenama produk penjagaan kulit berkualiti yang dipercayai ramai. Perjalanan kecantikan saya menemukan saya dengan Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL. Faktor usia, gaya kidup kesibukan kerjaya saya serta sentiasa bersolek membuatkan kulit lebih mudah terdedah kepada masalah penuaan.Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini dalam memulihkan masalah penuaan kulit serta kepentingan untuk memulakan langkah kecantikan anti-penuaan dari awal agar raut wajah tetap kekal remaja tak kira usia dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL.” Jelas duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL itu.

Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Siti Nordiana turut berkongsi lebih lanjut tentang kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL beliau “Dalam masa 14 hari saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, garisan halus & hiperpigmentasi berkurang, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.


Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk penjagaan kulit iaitu SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90) dan SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (25g , RM25.90).

Dapatkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL secara eksklusif di kedai-kedai WATSONS seluruh Negara. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia beserta hashtag #SafiYouthGoldRetinol #SafiMalaysia

Wednesday, May 15, 2024

#GumHealthFirst - Utamakan Kesihatan Gusi anda dengan Systema!

Hi Korang,

Kepada kebanyakan orang, set gigi putih dan cantik bak mutiara adalah penanda kesihatan mulut yang baik. Bagaimanapun, Systema, pakar kesihatan gusi terkenal dari Jepun, menekankan bahawa gusi yang sihat adalah sama penting dan asas kesihatan mulut seseorang. 


Systema berbesar hati melancarkan kempen #GumHealthFirst untuk membantu menangani isu penyakit gusi yang berleluasa di Malaysia, dan komited untuk mengekalkan dan mengembangkan inisiatif ini dengan visi jangka panjang untuk memberi impak yang berkekalan terhadap kesihatan mulut di Malaysia. Meneruskan kerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

Dr. Noormi Binti Othman, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa kelaziman penyakit gusi di Malaysia adalah serius, dan menjelaskan kesan ketaranya terhadap landskap kesihatan mulut negara.


“94.5% orang dewasa Malaysia mengalami gusi yang tidak sihat[1]. Apa yang mengejutkan, isu ini lebih berleluasa dalam kalangan orang dewasa berumur 35 hingga 44 tahun, dengan seramai 96% orang dewasa menghadapi cabaran kesihatan gusi1. Selain itu, periodontitis, sejenis penyakit gusi yang teruk, menjejaskan 38.2% orang dewasa Malaysia1 menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, kata Dr. Noormi.”

Tambahnya lagi: Gusi adalah komponen penting dalam kesihatan mulut dan kesejahteraan umum. Penyakit gusi adalah ancaman yang senyap namun meluas, telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Implikasi wabak ini sangat mendalam, melangkaui kesihatan mulut sahaja."

Ramai di antara kita mungkin tidak menyedari peranan gusi kita dalam membantu kita kekal sihat. Hakikatnya, gusi kita bukan sahaja menjadi penjaga pintu terhadap bakteria dan jangkitan di dalam mulut kita tetapi juga memberikan sokongan penting kepada gigi kita. Dengan penjagaan yang betul, ia bertindak sebagai pertahanan utama dalam memastikan badan kita sihat dengan berfungsi sebagai penghalang perlindungan untuk mencegah keradangan dan masalah kesihatan yang lain.

Encik Tomotaka Oka, Pengarah Urusan Southern Lion seterusnya menekankan keperluan untuk mengutamakan kesihatan gusi: “Statistik ini membantu kami untuk memahami keadaan semasa kesihatan gusi di kalangan rakyat Malaysia, mendorong kita untuk menghadapi realiti yang nyata: walaupun terdapat kemajuan dalam penjagaan mulut, ramai individu masih mengabaikan kesihatan gusi mereka. Ini adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kami. Sebagai jenama yang khusus untuk pencegahan penyakit gusi dan kesihatan mulut, kami memahami kesan kesihatan gusi terhadap kesejahteraan keseluruhan. Gusi yang sihat adalah asas kepada senyuman yang yakin dan badan yang sihat. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengutamakan kesihatan gusi dan mengambil langkah proaktif untuk menangani kebimbangan kesihatan awam yang mendesak ini."

En. Oka menambah bahawa: “Systema ingin menggalakkan warga Malaysia untuk lebih proaktif tentang kesihatan gusi mereka dengan mengutamakan #GumHealthFirst, mengiktiraf kepentingannya sebagai keutamaan untuk gigi yang sihat. Dengan kesedaran yang mencukupi, kami yakin bahawa penyakit gusi boleh dicegah. Dengan mengamalkan rutin penjagaan mulut yang mudah dan konsisten, setiap individu boleh mengekalkan kesihatan gusi sepanjang hayat.”


Melalui kempen #GumHealthFirst, kami memperkasakan individu dengan pengetahuan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk teknik memberus yang berkesan dan pemilihan produk penjagaan mulut yang sesuai. Matlamat kami adalah untuk menyemai tabiat sepanjang hayat yang menggalakkan kesihatan gusi yang optimum,”kata Encik Oka.



Berus gigi inovatif Systema menjadi perintis dalam inisiatif ini. Menampilkan teknologi SlimTech™ yang baharu dan dipertingkatkan serta bulu tirus 0.02mm yang lembut dengan asas kepala berus 40% lebih nipis[2] yang membolehkannya mencapai ke belakang gigi dan membersih dengan berkesan, memastikan pembersihan plak menyeluruh yang terbukti secara klinikal untuk membantu mencegah masalah gusi. Dilengkapkan dengan ubat gigi Systema yang diperkaya dengan bahan perlindungan gusi seperti IPMP, GK2, dan TDS, ia menawarkan perlindungan gusi 4X lebih baik[3] dan perisai menyeluruh terhadap pembentukan bakteria penyebab masalah gusi. Dengan adanya produk-produk pergigian yang betul ke dalam rutin penjagaan mulut harian, setiap individu boleh meningkatkan kesihatan gusi mereka dan mengurangkan risiko mengenai isu berkaitan gusi.

Turut hadir di majlis pelancaran kempen ini adalah Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat, Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) yang menekankan risiko yang berkaitan dengan penyakit gusi, termasuk kehilangan gigi dan keadaan kesihatan yang serius.

"Gusi yang tidak sihat adalah lebih daripada sekadar kesan kepada kesihatan mulut seseorang. Ia juga boleh membawa kepada masalah serius seperti kehilangan gigi dan kesukaran dalam aktiviti harian seperti mengunyah dan bercakap. Bukan itu sahaja, penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan, strok dan diabetes, menunjukkan betapa pentingnya kesihatan mulut untuk kesejahteraan keseluruhan kita."

Kepentingan menangani kesihatan gusi ditekankan lagi oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020. Lebih-lebih lagi, di kalangan individu yang mempunyai periodontal yang dalam, sebahagian besar menghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular – masing-masing 27.5% dan 24%1, menunjukkan bahawa adanya hubungkait kesihatan mulut dan kesejahteraan sistemik.

Dr Faizal menekankan kepentingan mengamalkan langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian. “Mencegah penyakit gusi bermula dengan tabiat yang mudah tetapi penting. Memberus gigi secara berkala dengan ubat gigi fluorida, flos harian dan mengelakkan produk tembakau adalah langkah penting dalam mengekalkan kesihatan gusi yang optimum."

Sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan, Systema juga memperkenalkan portal kesihatan gusi yang baharu, www.gumhealthcheck.com yang membolehkan warga Malaysia menilai kesihatan gusi mereka secara digital, dan memperoleh pandangan dan petua untuk mengekalkan kesihatan gusi yang optimum serta kesihatan mulut secara keseluruhan. Direka bentuk untuk menyeronokkan dan berinformasi untuk semua, platform dalam talian interaktif ini akan menjadi sumber utama untuk mengekalkan gusi yang sihat.


Selain itu, sepanjang Mei dan Jun 2024, sebuah klinik pergigian bergerak akan menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia adalah satu kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Systema, klinik pergigian bergerak ini bersedia untuk menawarkan penilaian kesihatan gusi secara PERCUMA di bandar berhampiran anda.

Kempen #GumHealthFirst Systema bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pengetahuan dan alatan untuk menjaga kesihatan gusi mereka. Dengan mengutamakan penjagaan gusi, individu boleh mencegah penyakit gusi dan mengekalkan kesihatan keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #GumHealthFirst Systema dan aktiviti berkaitannya, sila lawati portal dalam talian di www.gumhealthcheck.com.






[1] Oral Health Programme 2023. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2020: National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 - Key Findings

[2] vs. regular toothbrush

[3] Clinical test using toothpaste (containing IPMP & GK2) vs placebo