Wednesday, April 24, 2024

HOTEL ROYAL SIGNATURE: PERMATA BARU KUALA LUMPUR, DI MANA SETIAP BILIK MENGGEMAKAN INTIPATI KEDIAMAN

Hi Korang,

Hotel Royal Signature, penambahan terbaharu kepada suasana hospitaliti yang meriah di bandar ini, dengan bangganya mengumumkan pembukaannya. Terletak di tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang meriah, hotel ini bersedia untuk meningkatkan taraf layanan mewah sambil menawarkan pengalaman percutian seisi keluarga.


Berlokasi strategik di tengah bandaraya yang pesat, ianya menjamin akses yang tiada tandingan ke suasana dinamik Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh gedung membeli-belah yang terkenal, ikon budaya dan hab hiburan seperti Pavilion KL, Lot 10, Plaza Low Yat, LaLaPort Bukit Bintang, Jalan Alor Food Street, Hotel Royal Signature memainkan peranan sebagai pangkalan yang ideal untuk tetamu yang menjanjikan kemeriahan suasana Kuala Lumpur.

Hotel Royal Signature menjemput tetamu untuk mendalami pengalaman Malaysia yang asli, meraikan pesona tempatan pada setiap masa. Setiap perincian, daripada mesin taip vintaj kepada motif Melayu tradisional yang diukir kemas di tangga besar lobi dan reka bentuk Peranakan yang dilukis tangan di sepanjang koridor bilik tetamu, mengambarkan kekayaan budaya di negara kita. Corak rotan menghiasi bilik tetamu dengan cantik, mewarisi warisan dan ketukangan tempatan Malaysia. Setiap ruang di dalam hotel mencerminkan keaslian dan daya tarikan disekitar kejiranannya, menjemput tetamu untuk meneroka dan menghayati intipati bersemangat Malaysia.


Keselesaan Yang Ditingkatkan

Hotel ini menyediakan 428 bilik tetamu yang direkakan khas dan menawarkan 8 jenis penginapan yang berbeza, setiap satu diselitkan dengan keanggunan kontemporari dan pengalaman yang mengasyikkan. Setiap bilik adalah bukti kepada gaya, keselesaan dan kelengkapan perabot yang canggih, menggabungkan unsur-unsur tempatan, serta kemudahan mesra kanak-kanak untuk memberikan pengalaman yang sebenar “Every Room A Home”.


Hidangan Masakan Ditakrifkan Semula

Hotel Royal Signature menawarkan pengalaman menjamu selera yang sangat menyelerakan. Di Restoran Asian Pot, tetamu bakal menikmati pengalaman menjamu selera sepanjang hari yang menggabungkan citarasa Timur dan Barat yang unik, bakal mengundang tetamu ke pengembaraan kulinari yang menggiurkan. Untuk percutian yang lebih menarik, Cabana Pool Bar menawarkan percutian yang menarik dengan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, Brew & Bond Café, yang terletak di lobi, menjamu tetamu untuk menikmati kopi yang disediakan khas oleh pakar dan pastri yang menyelerakan dalam suasana yang selesa dan aman.


Relaksasi dan Ikatan Keluargaan

Kemudahan hotel di Aras 4 merangkumi intipati resort bandar, menjemput tetamu untuk berehat dan menyegarkan diri. Antara ciri-ciri yang menarik adalah termasuk kolam renang luar yang luas dan menawarkan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, untuk pengemar aktiviti kesihatan, Pusat Kecergasan dibuka untuk 24 jam bagi memenuhi keperluan mereka, manakala Spa Wellness yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjanjikan relaksasi tambahan. Direka bentuk dengan motif kekeluargaan, Bintang Playhouse menyediakan ruang yang selamat dan interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain dan belajar. Bintang Playhouse memperkenalkan Bilik Multi-Sensory yang direka khas dan yang pertama kalinya di Malaysia. Ruang inovatif ini direka dengan teliti untuk menyokong perkembangan deria kanak-kanak. Selain itu, persekitaran yang dibina khas ini berfungsi sebagai ruang terapeutik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang memerlukan pendedahan khas, memupuk pengalaman deria mereka untuk pembangunan holistik.


Mesyuarat dan Acara Inovasi

Bilik Ballroom Signature di Hotel Royal Signature, yang boleh memuatkan sehingga 500 tetamu, tampil sebagai tempat yang ideal untuk pelbagai majlis, daripada acara korporat hingga ke majlis perkahwinan. Dilengkapi dengan bilik majlis serba lengkap yang boleh disesuaikan untuk pelbagai acara, hotel ini memenuhi keperluan mesyuarat, bengkel dan acara korporat yang memuatkan sehingga 150 peserta, menyediakan tetapan yang disesuaikan bagi memenuhi kehendak mood atau keperluan semasa.


Komitmen terhadap Kelestarian Alam

Komited terhadap kelestarian alam, Hotel Royal Signature menyepadukan amalan mementingkan alam sekitar ke dalam operasi hariannya. Setiap bilik mempunyai penapis air minuman , memastikan tetamu mendapat akses kepada pilihan air minuman yang bersih. Selain itu, hotel ini dengan bangganya melaksanakan kemudahan bilik mandi terbiodegradasi untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Selain itu, ia juga menganjurkan kebun kecil dan menawarkan hasil tanaman yang segar dan untuk pengalaman kulinari yang menarik dari ladang ke meja (farm-to-table). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penawaran masakan tetapi juga menekankan dedikasi untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang prihatin terhadap alam sekitar dan bersumberkan tempatan.

"Di Hotel Royal Signature, tujuan utama kami adalah untuk memupuk persekitaran yang mengamit pengalaman setiap tetamu dalam merasakan keselesaan seperti berada di dalam rumah. Janji jenama kami, "Every Room A Home" merangkumi komitmen kami untuk memastikan bahawa setiap tetamu yang melangkah masuk, mereka akan merasakan lebih banyak pengalaman daripada hanya sebuah hotel – ia adalah tempat selesa di mana kebiasaan rumah berkait harmoni dengan kemudahan penginapan hotel," kata May Cheong, Pengurus Besar, Hotel Royal Signature.

Tempahan kini dibuka untuk penginapan di Hotel Royal Signature. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.hotelroyalsignature.com


Monday, April 22, 2024

Thalia Kesal Sikap Buruk Bibik - Doakan Dirinya dan Anak Mampus

Hi Korang,

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri mengakui terkejut dengan pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik dan dilayan seperti keluarga, rupa-rupanya hanya bertopengkan agama.


Dalam satu pendedahan di laman sosial, beliau berkata dirinya terkejut apabila mendapat tahu perkara sebenar pembantu rumah yang dipanggil Bibik Elly tidak berlaku jujur malah melayan anak bongsunya dengan teruk sehingga membiarkan kanak-kanak itu berbau hancing dan bermain dengan air tandas.

"Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia sangat baik di depan saya malah tidak pernah tinggal solat Dhuha. Semuanya terbongkar apabila mesejnya bersama teman lelakinya dikirimkan oleh individu berkenaan.

"Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasihnya dan memaki hamum kami termasuk mendoakan saya dan anak saya mampus," katanya dalam pendedahan berkenaan.

Pendedahan itu dibuat dalam satu siaran langsung di akan TikTok Thalia.Baiduri minggu lalu dan mendapat respon netizen yang mahu mengetahu kisah sebenar yang berlaku.

Beberapa sedutan mengenai pendedahan berkenaan turut dikongsikan di akaun yang sama.

Thalia yang juga pernah berlakon itu berkata, selepas perkara tersebut terbongkar segala kebenaran mengenai bibik Elly sampai ke pengetahuannya dan suami melalui dua lagi pembantu rumah.

"Saya memang hairan sebelum ini bila anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka tapi bila tanya dia, siap sumpah dengan nama Allah dia jaga anak dengan baik.

"Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan, bibik lain tidak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.

"Saya memang tidak pernah syak sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak main nama Allah," katanya.

Lebih dari itu pembantu rumah berkenaan juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dengannya yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.

Thalia berkata, pembantu rumahnya berusia lewat 40-an itu terbuai dan asyik dilamun cinta dengan lelaki berkenaan sehingga sanggup mengabaikan tugas hariannya.

"Saya difahamkan dia bercinta dengan pilot dan yang kelakarnya habis duit pada lelaki itu. Saya tidak masuk campur cuma bila sampai tugas terabai dan anak saya jadi mangsa memang saya tidak boleh terima. Malah bila kita panggil untuk bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaaf yang keluar dari mulut," katanya.

Lantaran itu, suami Thalia Datuk Shahriza Amir meminta bibik berkenaan keluar dari rumah dan menamatkan perkhidmatannya serta merta.

"Saya sendiri hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan, tak apalah tiada rezeki dia bekerja dengan saya. Yang penting kita dah pulangan pada agen dan keselamatan anak kami terjamin," akuinya yang serik dengan kejadian itu sehingga ragu-ragu untuk memilih pembantu rumah.


Thursday, April 18, 2024

MELARAM DI 10 LOKASI OOTD DI NEGERI SELANGOR

Hi Korang,

Apabila kita mendekati akhir bulan Ramadhan yang mulia, ahli-ahli keluarga dan jiran tetangga sibuk bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari set langsir baru, baju raya sedondon, persediaan memasak juadah Raya dan mengira berapa jam perjalanan untuk sampai ke kampung halaman - perkara ini adalah apa yang membuatkan Hari Raya Aidilfitri sangat bermakna. 


Walau bagaimanapun, dalam keadaan dan persediaan yang sibuk, kita akan sentiasa cuba untuk menyelitkan masa untuk mengambil gambar-gambar Outfit-Of-The-Day di Hari Raya Aidilfitri. Jika anda sedang mencari tempat-tempat instagrammable untuk mempamerkan pakaian raya anda, kami telah menyenaraikan 10 tempat menarik di Selangor untuk OOTD Aidilfitri anda pada tahun ini.

RAINBOW WINDMILL AND SWING, SEKINCHAN


Rainbow Windmill and Swing di Sekinchan bukanlah lokasi yang asing bagi penduduk yang tinggal di kawasan ini, malah ia dianggap sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling terkenal di daerah Sabak Bernam. Selain dikelilingi oleh sawah padi yang cantik, kawasan ini juga memiliki banyak lokasi yang menarik bagi mereka yang berminat untuk berkunjung ke sini, seperti kincir angin pelangi, tangga yang berwarna-warni dan buaian yang memberikan pandangan ke sawah padi yang menghijau. Sesiapa sahaja boleh mengunjungi dan dan menangkap gambar di sini secara percuma.

LALUAN SENI PEKAN LAMA, KUALA SELANGOR


Banyak seniman tempatan kini menggunakan lukisan mural sebagai salah satu cara memaparkan hasil seni kreatif mereka pada bangunan dan seni bina Selangor. Ini meningkatkan dan mengekalkan kebersihan kawasan sekitar dan lorong belakang serta menarik pengunjung dan peminat seni. Laluan Seni Pekan Lama yang berdekatan dengan Masjid Raja Lumu menampilkan banyak lukisan yang dilukis di kedua-dua sisi lorong. Seawal tahun 2019, pelukis seni halus UITM, atau juga dikenali sebagai cerakcarakita, telah menghasilkan beberapa mural. Pengunjung dan peminat seni tidak akan kecewa apabila mereka mengambil gambar OOTD Hari Raya mereka di sini, kerana terdapat lebih daripada 15 lukisan mural yang berlatarbelakangkan warisan asli kita di dinding bangunan lama dan diserikan lagi dengan laluan pejalan kaki yang berwarna-warni.

DRAGONFLY PARK @ ECO GRANDEUR, KUALA SELANGOR


Dikelilingi oleh sebuah tasik yang cantik dan dedaunan hijau yang subur, Taman Dragonfly @ Eco Grandeur terkenal dengan jambatan yang cantik, yang dikenali sebagai Eco Bridge. Taman yang terletak di Puncak Alam ini mempunyai lebih daripada 2,000 anak tangga dan menawarkan banyak lokasi yang cantik untuk gambar OOTD Hari Raya Aidilfitri anda. Taman ini dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam. Ia mempunyai beberapa tarikan, termasuk taman permainan, pusat kecergasan, bangku, tempat letak kereta, padang bola keranjang dan padang futsal. Pengunjung boleh datang untuk berlari, berbasikal dan berjalan-jalan.

PJ STREET ART LANE, PETALING JAYA


Terdapat beberapa perubahan kreatif yang dibuat kepada pembangunan baru di Petaling Jaya. Anda mungkin melihat banyak lukisan yang sangat cantik telah dipaparkan di Petaling Jaya. Walaupun terdapat banyak mural dan lukisan dengan karya seni unik dan berbeza di belakang kedai-kedai dan lorong-lorong yang memaparkan motif tradisional dari etnik Melayu, Cina, dan India, tetapi masih sesuai untuk gambar Hari Raya Aidilfitri anda bagi pelancong dan pengunjung yang datang dan menghargai seni tempatan yang dipamerkan. Pelancong dan pengunjung disarankan untuk datang pada hujung minggu untuk mengelakkan kepadatan tempat letak kereta yang disebabkan oleh waktu perniagaan pada hari minggu di sini. Selain itu, untuk melawati bandar Petaling Jaya, bas awam boleh diakses dengan menggunakan Bas Hijau PJ. Selain itu, stesen kereta api terdekat juga terletak di Stesen Amcorp Mall bagi mana-mana pengunjung atau pelancong yang ingin melawat.

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM


Muzium ini merupakan simbol utama warisan budaya dan pembangunan di negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1989, muzium ini mempunyai reka bentuk yang unik berdasarkan seni bina Minangkabau. Ia meliputi kira-kira 135,000 kaki persegi penuh dengan budaya dan sejarah semula jadi Selangor yang memaparkan banyak tempat unik dan menarik bagi pelancong dan pengunjung yang datang dan mengambil gambar pada Hari Raya Aidilfitri seperti rumah Bugis tradisional yang berusia 100 tahun dan beberapa lokomotif lama yang akan membuat gambar Hari Raya anda menonjol. Selain itu, muzium ini juga dikelilingi oleh tempat-tempat lain seperti Masjid Biru dan Tasik Shah Alam untuk pengunjung lawati.

GAMUDA COVE PARK, KUALA LANGAT


Taman yang mesra haiwan peliharaan seluas 60 ekar ini memiliki trek jogging sepanjang 5 KM. Terdapat banyak lokasi yang fotogenik dalam taman yang terjaga ini untuk pelancong dan pengunjung mengambil gambar OOTD mereka sepanjang Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang mencintai haiwan dan ingin mengadakan sesi gambar Hari Raya di luar, kawasan yang berkunci ini juga selamat dan mesra haiwan peliharaan. Selain itu, Taman Gamuda Cove telah memelihara ekosistemnya dan menambah kekayaan biologi; dengan dua air terjun yang mengalir deras dan mengekalkan tasik dan kolam semula jadi untuk meningkatkan pertumbuhan tumbuhan dan ekosistem haiwan, menjadikannya tempat terbaik untuk pelancong yang suka mengambil gambar flora dan fauna di taman ini.

BANDAR BARU SALAK TINGGI (BBST) WALK, SEPANG


Selain daripada Laluan Seni Pekan Lama di Kuala Selangor dan PJ Street Art Lane di Petaling Jaya, Bandar Baru Salak Tinggi (BSST) Walk juga merupakan salah satu lorong seni mural yang popular bagi pelawat dan pelancong yang mahu mengambil gambar OOTD di Hari Raya Aidilfitri. Terdapat lukisan-lukisan besar yang menggambarkan sejarah dan budaya yang kaya di Daerah Sepang, termasuk Litar Antarabangsa Sepang, Jeti Penambang Sungai Pelek, Bukit Pelandok, Pantai Bagan Lalang, Lapangan Terbang KLIA Sepang dan Kampung Orang Asli Bangkong Bukit, menghiasi lorong ini. Lorong ini juga akan diubah menjadi pasar seni pada hujung minggu, di mana beberapa artis tempatan akan membuka gerai dan menjual barang antik dan karya seni kepada pelancong dan peminat seni.

TAMAN TASIK CYBERJAYA, CYBERJAYA


Ditubuhkan pada tahun 1998, Taman Tasik Cyberjaya adalah sebuah taman kecil, merangkumi berkeluasan 86 ekar untuk berjalan santai di sekitar seluruh kawasan dan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kehijauan yang subur dan bunga teratai yang berwarna-warni serta teratai yang tumbuh di bahagian-bahagian tasik yang berbeza di taman ini pastinya akan memberikan latar belakang semulajadi yang indah untuk gambar OOTD Raya anda. Jambatan kayu yang ada di sini juga akan membawa anda menyelusuri menara pemantauan, yang memaparkan pemandangan langit-langit Cyberjaya dari atas pepohonan. Selain itu, anda juga boleh berpiknik bersama ahli keluarga dan rakan-rakan atau memancing serta berenang di kolam renang yang terdapat di taman tasik ini.

SETIA ECOHILL PARK, SEMENYIH


Taman Setia Ecohill adalah sebuah taman komuniti tempatan yang unik dan terjaga dengan baik. Ia terletak di puncak bukit dengan pemandangan yang memaparkan seluruh bandar Setia Ecohill, Semenyih. Taman ini adalah tempat yang ideal untuk keluarga dan rakan-rakan datang untuk bersenam atau berehat dengan laluan jogging dan berbasikal sepanjang 20 KM di seluruh Setia Ecohill. Memandangkan taman ini terletak di puncak bukit, ia adalah tempat yang terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam dan mengambil gambar-gambar OOTD ‘Golden Hour’ untuk Instagram anda.

KKB STREET MURALS, HULU SELANGOR


Bandar Kuala Kubu Bharu (KKB) masih mempunyai sedikit ciri-ciri kolonialisme di sekitarnya. Terletak berdekatan dengan Lukisan Mural KKB, terdapat juga Restoran Sun Sun Nam Cheong yang telah berusia lebih 101 tahun. Para pelancong akan menemui pelbagai lukisan yang menggambarkan flora dan fauna yang terdapat di Hulu Selangor semasa mereka berjalan di sepanjang lorong tersebut. Di Hulu Selangor, beberapa lukisan mural berkonsepkan lokasi terkenal atau tarikan pelancongan popular, seperti Pitcher Flora Fraser Hill dan Manseer Fish Sanctuary Sungai Chiling. Selain itu, terdapat juga lukisan yang memaparkan tarikan pelancongan lain termasuk payung terjun, pemandangan burung dan pendakian hutan. Pelancong dan pengunjung disarankan untuk berkunjung ke Laluan Seni Mural KKB untuk mengambil gambar untuk OOTD di Hari Raya Aidilfitri ini.


Melaram di Hari Raya Aidilfitri dengan pengembaraan yang menyeronokkan. Setiap tempat menawarkan latar belakang yang unik untuk merakam detik-detik yang tidak akan dapat dilupakan bersama yang tersayang, dengan foto-foto yang memukau dan kenangan yang manis bersama. 


Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, 
layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel
akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Saluran Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor. 

#PusingSelangorDulu