Sunday, March 24, 2024

LARRIE PERKENAL KOLEKSI TERBARU HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Hi Korang,

Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024. Untuk koleksi kali ini, Larrie membawakan konsep elegan, moden dan santai dengan menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu. 


Semua warna versatil ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri akan datang. Koleksi ini merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza. 


Terdiri daripada tema formal hingga untuk tampil lebih santai, koleksi yang pelbagai ini sesuai untuk digayakan pada sepanjang musim perayaan ini. Menariknya lagi, pelanggan akan menerima beg tote Larrie secara percuma dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie.

Larrie For Him


Untuk koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. 


Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan elegan apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya, manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai.


Larrie For Her



Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta mereka yang cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk mereka. Menariknya, Larrie menampilkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. 


Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara. Harga bermula dari RM49.00 hingga RM 179.00. 

Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, log masuk ke http://www.facebook.com/larrie78 atau layari www.larrieshoes.com.

Wednesday, March 20, 2024

TALIA Belanja Dua Motorsikal Untuk Kempen Ramadan Raya

Hi Korang,

Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.


Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

"Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan," katanya pada sidang media majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

Talia, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.


Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

"Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja," katanya.


Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.


"Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya," katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.

Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini. Meskipun sibuk, Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.


Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.


"Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak. Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap. Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu.

Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya.

"Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik," katanya.


Untuk info lanjut boleh check it out di social media berikut :

Website : www.talia.com.my


Facebook - TALIA HQ
Twitter - @bunda_liaaa
TikTok - @thaliabaiduri

Friday, March 15, 2024

Perlancaran Jersi Choii x Baju Melayu Bulan Bintang dan Siri Jelajah Festival Raya Choii x Bulan Bintang 2024

Hi Korang,

Dua penjenamaan paling Viral di malaysia iaitu Jersi Choii dan pakaian baju melayu Bulan Bintang kini bergabung untuk kali pertama dalam sejarah sempena Hari Raya 2024.


Gabungan dua jenama besar ini, mengeluarkan baju Jersi dan baju melayu gabungan Choii X Bulan Bintang untuk edisi raya 2024. Dengan menawarkan Jualan 4 item combo dengan harga RM289

Sempena kerjasama antara Choii dan bulan Bintang. Gabungan ini akan megadakan Seri Jelajah Festival Raya 2024 di tiga lokasi di Malaysia pada 21hb March hingga 24hb March 2024 di Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, 28hb March hingga 31hb March 2024 di Raia Hotel & Convention Center Alor Setar Kedah. Para pengunjung boleh mendapatkan barangan baju ini hanya di lokasi jelajah Raya ini sahaja. Dan seri jelajah ini dianjur kan oleh Specta Event.



Menurut Pengarah Urusan Choii iaitu Encik Fariz Asri, Beliau amat teruja untuk mengeluarkan produk terbaru ini hasil gabungan bersama Bulan Bintang. Dan saya berharap dapat diterima dengan baik oleh para penggemar Jersi di Malaysia.






Festival Raya Choii X Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan Selebriti dan Influencer popular di Malaysia antara nya Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembung, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi. Festival Raya Ini juga akan di host oleh pengacara festival negara Kelly Azman.

Untuk sebarang informasi anda boleh layari di media sosial Choii dan Bulan Bintang.


Bulan Bintang

Choii