Hi Korang,
Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan buffet ramadan 2024, dan kali ini kak lily akan bawakan korang ke lokasi buffet ramadan “Selera Orang Kita” yang mana ianya merupakan tema bufet ramadan anjuran Grand Pacific Ballroom yang terletak di Tingkat 3 Evolve Concept Mall Ara Damansara.
Dewan ini boleh memuatkan 700 orang dalam satu-satu masa ini sememangnya sentiasa menjadi pilihan majlis-majlis korporat dan keraian masyarakat setempat.
Dari segi akses memang sangat mudah memandangkan Evolve Concept Mall terletak bersebelahan dengan stesen LRT Damansara. Jika datang bersama kenderaan sendiri juga tiada masalah. Ini kerana Evolve Concept Mall jiga lengkap dengan fasiliti seperti ruang tempat kereta yang banyak. Terdapat juga tandas yang bersih dan surau yang selesa di Tingkat 2,
Terdapat lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
Ada nasi dan lauk pauk kampung.
Terdapat juga nasi kenduri dengan pelbagai lauk pauk menarik seperti ayam masak merah, daging masak hitam, nasi minyak dan pelbagai lagi.
Terdapat juga gerai kambing dan ayam bakar, kuih muih tradisi, bihun sup, pasta, cendol sawit, minuman panas serta sejuk dan pelbagai lagi.
Harga Buffet Ramadan 2024
Untuk hari Isnin hingga Khamis telah dikhaskan kepada syarikat-syaikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang, dengan pakej harga RM78 seorang.
Manakala untuk Jumaat hingga Ahad, iftar Ramadhan terbuka kepada semua dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68.
Early bird RM78 sah sehingga 11 Mac dan juga untuk pembelian minima 200pax
Pakej Perkahwinan 2024
Grand Pacific Ballroom turut menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system dan emcee, serta adanya event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan.
Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej adalah bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.
Untuk info dan pertanyaan boleh hubungi:-
013 610 1329 – Fazi
016 8734032 – Khairul
017 3201292 – Adibah
Untuk tempahan sila layari:
Ballroom ini juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat , perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian.
Ig / fb : buffet Ramadhan 2024 , khmwedding, mak ngah catering
Tiktok : buffetramadhan2024