Tuesday, March 5, 2024

Buffet Ramadan 2024 | Cita Rasa Timur Tengah dari ZAI SRI GEMILANG Katering

Hi Korang,

Bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.


Selain mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, ‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.




Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.













Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.













Mengulas lanjut mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ tahun ini, Datin Hajah Zaiton Haji Abdul Rahman selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang berkata, “Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya.

Sudahpun berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, sememangnya saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata-kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.

Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali. Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan 'rasa' kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami.”


Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa. Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin-Jumaat). Tawaran pembelian awal terbuka sehingga 13 Mac 2024 dan bilangan baucar adalah terhad.


Manakala harga untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja. Manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas.


Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. 

Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang informasi lanjut dan terkini mengenai kami.


Facebook : Zai Sri Gemilang
Instagram : @zai.srigemilang
Tik Tok :  @zaisrigemilang.com

Monday, March 4, 2024

PIZZA HUT MALAYSIA DOES THE ULTIMATE “THROWBACK” BY BRINGING BACK ITS SOUP AND SALAD STATION.

Hi Everyone,

Pizza Hut Malaysia is bringing back the iconic Salad and Soup Station for a limited-time.

The offering which was launched on the 2nd – 3rd March will happen again on the 8th - 10th March, 2024 and comes after the recent relocation of the Ipoh Garden outlet. Malaysians who encountered the shuttered outlet took to social media to share their personal experiences at the outlet which then sparked a wave of nostalgia among customers reminiscing about the salad and soup station.

Pizza Hut Malaysia Chief Marketing Officer Emily Chong said “We heard you and we know. For so many of us Malaysians, the soup and salad station is not just a part of a meal but a beloved memory.

"As we bid farewell to our Ipoh Garden outlet which served as a cherished gathering place for many, we want to celebrate the opening of Arena Niaga Simee outlet with the iconic Soup and Salad Station.

The relocation is in line with Pizza Hut’s mission to be an enabler of meaningful connections. With a refreshed store layout optimised for the modern consumers, Malaysians from all walks of life can now create fresh new memories with us.” she said.

Pizza Hut fans in Ipoh can look forward to indulging in a selection of fresh salads and a steaming pot of their signature mushroom soup this coming weekend while dining-in at any of the five different stores at Arena Niaga Simee, Gunung Rapat, Station18, Aeon Falim and Ipoh Kinta.

Don't miss this chance toadd this experience to your Instagram timeline while indulging in a variety of exclusive in-store promotions including RM2 Mushroom Soups and 50% off ala carte pizzas with a minimum purchase of one salad.

Oligo Mara Bersama Pocket Rocketman Demi Harapan Emas Olimpik Negara

Hi Korang,

Oligo, minuman malt coklat yang enak dan berkhasiat keluaran syarikat Power Root Berhad, akan berganding bahu dengan jaguh berbasikal trek negara Dato’ Azizulhasni Awang untuk memacu impian pingat emas pertama Sukan Olimpik bagi Malaysia.


Dato’ Azizulhasni, yang dikenali dengan nama jolokan Pocket Rocketman, dilantik sebagai duta jenama Oligo kerana semangat juang beliau yang tidak pernah luntur dalam sukan berbasikal trek pecut. Semangat yang ditunjukkan beliau mewakili komitmen yang sama Oligo dalam memberikan tenaga dan zat-zat kepada para penggunanya.

Sejajar dengan slogan Oligo, iaitu “Aktifkan Potensi Anda”, kami ingin melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kehebatan beliau semasa pertandingan dengan Oligo yang diperkayakan NutriMax.

“Dato’ Azizulhasni ialah seorang atlet negara yang kental. Beliau sentiasa bergerak ke hadapan. Setelah mendapat pingat gangsa ketika Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun 2016, beliau terus berusaha sehingga berjaya merangkul pingat perak pula di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.”

“Harapan kami sekarang ialah untuk melihat Dato’ Azizulhasni memenangi pingat emas Sukan Olimpik yang pertama untuk Malaysia pada tahun ini,” kata Pengerusi Bersama Power Root YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj (2nd Kanan) menyerahkan cek untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Pengurus Besar Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz (Kanan) pada Majlis Pelancaran Minuman Oligo serta perlantikan Datuk Azizulhasni Awang (2nd Kiri) sebagai Duta Oligo. Turut serta Pengerusi Bersama kumpulan Power Root, Dato' Afifuddin bin Abdul Kadir (Kiri).

Selain itu, syarikat Power Root turut menderma sebanyak RM250 ribu kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima untuk memberikan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kemanusiaan di Gaza.

Untuk bulan-bulan yang seterusnya, jenama Oligo juga akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyumbangkan 50 sen untuk setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum.

“Melalui kerjasama ini, syarikat kami berharap untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka,” kata Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

Melalui gandingan Dato’ Azizulhasni dengan Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menurut Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj, “Dato’ Azizulhasni ialah atlet yang terbaik untuk mempamerkan imej yang Oligo ingin sampaikan kepada masyarakat Malaysia. Dalam mengejar kejayaan, Dato’ Azizulhasni terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah walaupun beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir.”

Pihak media pernah melaporkan bahawa beliau meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu semasa bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Dengan azam kuat, beliau akhirnya berjaya menamatkan pertandingan di tempat yang ketiga.

Ketika Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 pula, Dato’ Azizulhasni menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dan bimbang walaupun saiz fizikalnya lebih kecil berbanding pelumba-pelumba lain.

Untuk meraikan kehebatan beliau sebagai jaguh dunia, Oligo akan memperkenalkan bungkusan baru yang memaparkan Dato’ Azizulhasni. 

Menghadiri Majlis Pelancaran Minuman Oligo (Kiri – Kanan) Datuk Azizulhasni Awang sebagai Duta Oligo, Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root, Dato' Afifuddin bin Abdul Kadir dan juga Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj.

Oligo mempunyai NutriMax, iaitu sejenis campuran proprietari Oligofruktosa vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting. Rekabentuk bungkusan terbaru Oligo terdapat dalam bentuk serbuk dan pek sedia diminum. Ia akan diedarkan di pasaraya-pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara dalam sachet 30g, pek isian semula 950g, cawan segera, tin minuman 240ml dan pek Tetra 200ml yang baru. Pek Tetra terbaru ini mampu memelihara kesegaran dan integriti pemakanan untuk mereka yang aktif supaya kebaikan Oligo boleh dinikmati di mana sahaja.