Ingin rasa air tangan bekas cef Sultan Brunei, jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024.
Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu terdapat lebih 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.
Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2024.
Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan.
Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.
Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.
Memenuhi permintaan pelanggan, kuih tradisi yang sedang tular iaitu Punten juga akan berada di dalam senarai buffet . Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan.
Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori ujar Cef Hajah Norziah
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Jadi ianya juga sesuai untuk syarikat korporat mengadakan sebarang acara di sini sepanjang bulan ramadan ini.
Harga Buffet
RM 59.90 nett untuk dewasa
RM25.00 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah*
RM25.00 nett untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.
Untuk promosi ‘early bird’ harga RM50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024.
Pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antarai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging. Berharga RM19.90 bagi 500gm. Dari segi kualiti rasa memang memikat selera dan ke semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.
Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment,
No 10. Jln Sentul Perdana,
Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan