Friday, March 1, 2024

FedEx Rentas Sempadan dari Malaysia ke Singapura, Jadi Syarikat Pertama Pelopori Percubaan Penghantaran Menggunakan Kenderaan Elektrik.

Hi Korang,


FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan salah sebuah syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, akan melancarkan percubaan penghantaran rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat tersebut mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan penggunaan kaedah logistik lestari.

Tien Long Woon (kiri), Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia, menyerahkan bungkusan FedEx kepada Yusni Yahya (kanan), kurier FedEx yang akan memandu kenderaan elektrik itu sebagai sebahagian daripada percubaan penghantaran kenderaan elektrik rentas sempadan pertama syarikat itu dari Malaysia ke Singapura.

Perjalanan tersebut akan dibuat menggunakan ‘Maxus eDeliver 7’ dari Stesen FedEx di Shah Alam ke kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi di Singapura, meliputi jarak sejauh 406 kilometer. Anggaran pengurangan emisi ekzos CO2 bagi perjalanan percubaan ini adalah kira-kira 100 kilogram berbanding van pacuan diesel.

FedEx menggunakan percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi bagi kutipan dan penghantaran rentas sempadan masa depan. Maklumat yang diperolehi amat penting untuk memperbaharui operasi syarikat di masa depan, yang bukan sahaja membawa manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan kenderaan, sambil memberikan perkhidmatan efisien kepada para pelanggan.

“Usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon sepanjang dalam bisnes bermakna kami perlu berfikir secara strategik mengenai semua operasi daratan kami, bukan hanya bagi penghantaran jarak terakhir,” kata Kawal Preet, presiden, rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika di FedEx. “Percubaan rentas sempadan ini akan membuktikan konsep yang bakal membantu kami meluaskan program elektrifikasi FedEx di rantau ini, selaras dengan kemahuan para pelanggan untuk penghantaran tepat pada masanya serta lestari.”

FedEx akan menggunakan Maxus eDeliver 7 sebagai sebahagian daripada proses percubaan penghantaran menggunakan kenderaan elektrik rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura.

Percubaan ini menandakan satu mercu jaya penting bagi FedEx, dalam usahanya mencapai matlamat mentransformasikan seluruh rangkaian kenderaan kutipan dan penghantaran globalnya kepada kenderaan emisi sifar menjelang 2040. Pada Mei 2023, FedEx menambah dua EV kepada rangkaian kenderaannya di Malaysia untuk operasi kutipan dan penghantaran bungkusan di sekitar Lembah Klang.

"Usaha penghantaran rentas sempadan dengan kenderaan emisi ekzos sifar bukan sahaja satu pencapaian logistik, tetapi juga mencerminkan satu langkah mampan untuk menetapkan semula piawaian industri, kata Tien Long Woon, pengarah urusan FedEx Express Malaysia. “FedEx komited untuk mempelopori inovasi dan memanfaatkan teknologi yang meningkatkan kecekapan operasi kami, dan juga menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lestari kepada para pelanggan di Malaysia.”

Yusni Yahya, kurier FedEx bergambar di sebelah kenderaan elektrik itu untuk memperingati percubaan penghantaran kenderaan elektrik rentas sempadan pertama syarikat dari Malaysia ke Singapura.

FedEx baru-baru ini melancarkan alat pelaporan emisi karbon berasaskan awan, FedEx® Sustainability Insights, untuk memberikan maklumat sejarah emisi kepada pelanggan di Malaysia tentang penghantaran mereka melalui rangkaian FedEx. Pelanggan FedEx boleh menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan secara maklum tentang strategi penghantaran masa depan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang program kelestarian FedEx, boleh layari https://www.fedex.com/en-us/sustainability.html

Bufet Ramadan 2024 | Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini Di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Hi Korang,

Bufet ramadan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City tahun ini bertemakan "Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini". Lokasinya tentulah di Makan Kitchen bermula dari 10 Mac - 9 April 2024 .


Untuk tahun ini, pihak pengurusan hotel menganjutkan kesedaran mengenai sumber tempatan dan sisa makanan.

Ini juga adalah sebahagian daripada kempen antarabangsa yang berkesan oleh Hilton di 30 hartanah di lima negara termasuklah Malaysia, UAE, KSA, Bahrain, Qatar dan Turki.













Inisiatif Ramadan Hijau Hilton bertujuan menyokong Hilton’s Travel With Purpose sambil merapatkan jurang antara tradisi lama. resipi dan ciptaan masakan kontemporari dan trend. Direka bentuk untuk memupuk rasa perpaduan dan perhubungan merentas generasi, dan dengan komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang kukuh. Kempen ini bagi meraikan tradisi masakan yang pelbagai dalam komuniti seiring bersikap baik terhadap alam sekitar.


Objektif kempen termasuk:


Mendidik Melalui Cerapan Masakan:

Dengan menawarkan pandangan tentang kepentingan sejarah hidangan tradisional Ramadan, kempen ini bertujuan untuk mempamerkan evolusi masakan Ramadan sambil memperkenalkan tetamu kepada trend terkini.

Meraikan Kepelbagaian dan Keterangkuman:

Kempen ini berusaha untuk menangkap tradisi masakan yang pelbagai dalam komuniti secara autentik, memupuk keterangkuman dan meraikan kelimpahan perisa dan evolusi adegan masakan Malaysia.


Komitmen ESG:

Teras inisiatif ini ialah komitmen yang teguh terhadap nilai ESG, yang dicapai melalui sumber bahan yang bertanggungjawab, sokongan khusus untuk perniagaan tempatan, dan strategi pengurusan sisa yang komprehensif.

Amalan mampan diutamakan untuk meminimumkan sisa dan penyelesaian mesra alam dicari secara aktif untuk menyumbang kepada planet dan komuniti yang lebih sihat.

Untuk itu, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City telah menggunakan sistem Kepintaran Buatan Winnow untuk mengukur dan mengurus sisa makanan pra dan pasca pengeluaran secara forensik, termasuk makanan yang tidak dinikmati daripada pinggan tetamu.

Data tersebut direkodkan ke dalam LightStay, platform pengurusan ESG yang telah memenangi anugerah Hilton yang dibangunkan untuk mengira dan menganalisis prestasi kemampanan sepanjang operasi hotel.










Ini membolehkan hotel menganalisi melalui pengumpulan data tentang tingkah laku penggunaan makanan pengguna dan mengambil tindakan yang bermakna untuk mengurangkan pengeluaran berlebihan dan mengurangkan sisa makanan.

Langkah-langkah lain termasuk menampilkan 85% bahan-bahan sumber tempatan dalam bufet Ramadan, dengan komitmen untuk meminimumkan plastik sekali pakai sepanjang barisan pengeluaran dan bufet, serta kerjasama DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City dengan Food Aid Foundation dalam mengedarkan pek makanan kepada mereka yang memerlukan.



Dalam menghormati bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami dengan bangganya memperkenalkan kempen ‘Ramadhan Hijau’ di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City. Komitmen kami melangkaui pengalaman makan yang luar biasa; ia merangkumi rasa hormat yang mendalam terhadap alam sekitar kita. Melalui langkah mesra alam yang inovatif, kami bercita-cita untuk memperkayakan semangat Ramadan sambil memperjuangkan kemampanan dalam alam hospitaliti, kata Gagan Talwar, Pengurus Besar DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

Antara menu yang ditawarkan sepanjang bufet ramadan seperti Siput Sedut Masak Lemak, Rendang Tok, Kerang Sambal, Gulai Kambing Nusantara, Ayam Percik Ala Kelantan dan Udang Petai Gerimis, Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam, Mee Udang Istimewa, Roti Jala Kari, dan pelbagai lagi.



Bufet Ramadan “Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini” di Makan Kitchen disediakan setiap hari dari 6:30 petang hingga 10:30 malam.

Harga Bufet

RM188 bersih bagi setiap dewasa

RM94 bagi setiap kanak-kanak.

Ahli Hilton Honors boleh menikmati diskaun makan eksklusif, dan tetamu yang menginap di hotel boleh menikmati diskaun sebanyak 15%.

Selain itu, tempahan awal dengan bayaran penuh sebelum 17 Mac 2024 akan menerima diskaun sebanyak 20%. Untuk kumpulan yang lebih besar, tempahan 15 orang dan ke atas akan diberi diskaun 15%.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 5650 0200, e-mel Doubletreeshahalam.foodandbeverage@hilton.com atau lawati EatDrinkHilton.com


Thursday, February 29, 2024

Cake Explosion Gift Box by Cake Rush, Kejutan Untuk Yang Tersayang

Hi Korang

Menerima kejutan (suprise) dari yang tersayang memang memberikan kenangan yang cukup bermakna. Apatah lagi kejutan itu sangat comel dan punyai sentuhan peribadi yang cukup unik. Tidak seperti kejutan biasa-biasa tapi ianya lebih istimewa dan kak lily memang rekomen Cake Explosion Gift Box dari Cake Rush.


Cake Explosion Gift Box 

Di dalam kotak kecil didatangkan bersama kek pilihan dan bukan itu sahaja apabila kotak dibuka akan berterbangan rama-rama dari kotak tersebut. Siapa sangka didalam kotak kecil yang comel ini mampu memberi senyuman kepada si penerima.

Untuk kek ada 4 jenis pilihan yang boleh dipilih iaitu:-

🎂 Rainbow Cake
🎂 Chocolate Fudge
🎂 Pandan Gula Melaka
🎂 Walnut Carrot 

Rainbow Cake

Selain kek terdapat pilihan lain seperti :-

🍫 Ferrero

🐻Teddy Bear


Jika ingin menambah kelainan didalam Cake Explosion Gift Box ada beberapa pilihan item boleh dimasukkan seperti :- 

🎁 4x rama-rama tambahan
🎁 Gambar yang boleh di'customize' (Custom Pictures)
🎁 Bunga tambahan (Flower Shower)
🎁 Gula-gula tambahan (Sweets Explosion)


Review : Cake Explosion Gift Box


Kak lily amat cukup sukakan kejutan dari Cake Explosion Gift Box ini. 

Pembungkusan yang sangat kemas dan cantik. Lebih mengujakan ada kejutan didalamnya. Untuk harga yang ditawarkan sesuai dengan kejutan yang diberikan, memberikan momen yang cukup priceless.

https://www.cakerush.my/products/cake-explosion-gift-box


Laman Sosial Media Cake Rush:-