Tuesday, January 16, 2024

GUARDIAN & NIVEA Ceriakan Kanak-Kanak Di Pusat Pendidikan Suriana Di Desa Mentari dan Desa Ria

Hi Korang,

Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu*, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.


Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.



Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu.

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata;

“Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”

*Euromonitor International Limited; NIVEA mengikut nama jenama induk dalam kategori Penjagaan Badan, Penjagaan Wajah dan Penjagaan Tangan; dari segi nilai runcit, 2022.

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata:

“NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.




Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)
2. Jubin lantai baru di dalam dewan
3. Sistem paip air baharu
4. Kipas dinding dan kipas siling baharu
5. Cat baharu


Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu
2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas
3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk



Monday, January 8, 2024

Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Konsert UNGU Bakal Gegarkan Warga Pantai Timur Dengan Tawaran Harga Tiket Serendah RM58

Hi Korang,

Berita baik untuk para peminat kumpulan UNGU khususnya mereka yang berada di Pantai Timur semua.


Satu pesta muzik bakal di adakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni AI-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di lstana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang.


Pesta ini bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan adalah di antara daya tarikan pelancongan yang terbaik untuk pengunjung datang ke Kuantan dan negeri lain di sekitar Pantai Timur.

Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Nairn Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

Penampilan Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari jam 5 Petang.


Menurut pengarah-pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk menarik perhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.

"Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang, dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia."

"Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyatjelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini."

"Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi. Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari pukul 11pagi di kawasan luar stadium," ujar Puan Haniah Hassan.

Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.


"Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. lni mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur, tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. la menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur," ujar Pasha.

Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan 'harga rahmah' serendah RM58.00 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.


Harga tiket adalah seperti 
(SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, 
(DEMI WAKTU) RM88.00, 
(CINTA DALAM HATI) RM98.00, 
(KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, 
(GEGAR) RM128.00, 
(VIP B, FREE SEATING) RM388.00, 
(VIP A, FREE SEATING), RM448.00, 
(MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00

Kesemua tiket-tiket ini boleh di dapatkan mulai 30 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 3.45 petang.

Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap +60 12-268 2700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.

Saturday, January 6, 2024

SET KOLEKSI EDISI TERHAD SIRI MANGA JEPUN SPYxFAMILY KINI BOLEH DIDAPATI DI SEMUA STOR GUARDIAN

Hi Korang,

Siri terhad Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, kini boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian.


SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama.



Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY. EMPAT set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk, atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit.”




Set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu. Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.




Set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. Koleksi Yor juga bernilai RM199 dan akan ditawarkan di stor Guardian mulai 11 Januari 2024 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.




Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER, sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. Koleksi Anya yang bernilai RM230 akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari 2024 dan didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.

Terakhir, Set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 February 2024.

“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat” tambah Anna.