Monday, January 8, 2024

Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Konsert UNGU Bakal Gegarkan Warga Pantai Timur Dengan Tawaran Harga Tiket Serendah RM58

Hi Korang,

Berita baik untuk para peminat kumpulan UNGU khususnya mereka yang berada di Pantai Timur semua.


Satu pesta muzik bakal di adakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni AI-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di lstana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang.


Pesta ini bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan adalah di antara daya tarikan pelancongan yang terbaik untuk pengunjung datang ke Kuantan dan negeri lain di sekitar Pantai Timur.

Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Nairn Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

Penampilan Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari jam 5 Petang.


Menurut pengarah-pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk menarik perhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.

"Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang, dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia."

"Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyatjelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini."

"Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi. Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari pukul 11pagi di kawasan luar stadium," ujar Puan Haniah Hassan.

Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.


"Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. lni mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur, tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. la menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur," ujar Pasha.

Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan 'harga rahmah' serendah RM58.00 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.


Harga tiket adalah seperti 
(SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, 
(DEMI WAKTU) RM88.00, 
(CINTA DALAM HATI) RM98.00, 
(KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, 
(GEGAR) RM128.00, 
(VIP B, FREE SEATING) RM388.00, 
(VIP A, FREE SEATING), RM448.00, 
(MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00

Kesemua tiket-tiket ini boleh di dapatkan mulai 30 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 3.45 petang.

Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap +60 12-268 2700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.

Saturday, January 6, 2024

SET KOLEKSI EDISI TERHAD SIRI MANGA JEPUN SPYxFAMILY KINI BOLEH DIDAPATI DI SEMUA STOR GUARDIAN

Hi Korang,

Siri terhad Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, kini boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian.


SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama.



Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY. EMPAT set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk, atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit.”




Set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu. Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.




Set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. Koleksi Yor juga bernilai RM199 dan akan ditawarkan di stor Guardian mulai 11 Januari 2024 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.




Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER, sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. Koleksi Anya yang bernilai RM230 akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari 2024 dan didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.

Terakhir, Set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 February 2024.

“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat” tambah Anna.


Thursday, January 4, 2024

Genting SkyWorlds Theme Park Menyambut 2024 dengan Harga Istimewa Bermula dari Serendah RM98!

Hi Korang,

Dianugerahkan oleh CNN Travel sebagai salah satu taman tema terbaik di dunia, nikmati Genting SkyWorlds Theme Park dari serendah RM98 pada tahun 2024! Sebagai penyedia hiburan berasaskan teknologi yang terintegrasi yang dipamerkan melalui sembilan “dunia” bertema yang dirancang khusus dan berbeza, Genting SkyWorlds Theme Park benar-benar berada di barisan hadapan hiburan keluarga. Ia adalah taman tema pertama dan satu-satunya yang dianugerahkan penarafan platinum Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


Dari sekarang sehingga 30 Jun 2024, pencinta sensasi boleh menikmati permainan dan tarikan yang tiada tandingan di Genting SkyWorlds dengan harga yang tidak dapat ditandingi untuk tempahan melalui laman web dan aplikasi mudah alih Resorts World Genting. Jimat sehingga RM93 pada tiket 1-Hari Biasa apabila anda menempah secara dalam talian. Untuk keluarga dan mereka yang melancong dalam kumpulan, manfaatkan tawaran eksklusif dalam talian Buy More Save More 1-Day Ticket Combo dari laman web kami. Pelawat boleh menjimatkan RM422 dengan pembelian minimum 4 tiket dengan harga RM454 dan menikmati penjimatan RM1098 dengan pembelian maksimum 9 tiket dengan harga RM873 semasa musim rendah.

*Harga tiket dalam talian tertakluk kepada perubahan antara musim Rendah (Ahad hingga Khamis) dan Puncak (Jumaat, Sabtu, malam sebelum cuti umum Malaysia dan cuti umum).



Menyatakan rasa terima kasih, Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran dan MICE, berkata, “Kami telah menikmati sentimen komuniti yang positif dan sokongan yang luar biasa terhadap taman tema bertaraf dunia kami dari beribu-ribu pelawat, sejak pembukaannya pada Februari 2022. Kami berterima kasih kepada pelawat tempatan dan antarabangsa yang terpesona dengan kejayaan kami setakat ini. Tahun ini, kami menjemput semua orang untuk menemui semula pesona dan keseronokan tanpa henti Genting SkyWorlds dengan semangat baru pada kadar yang menarik.”

Memang, tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk mengambil kesempatan menjimatkan dan memulakan pengembaraan yang mendalam di atas awan! Rancang terlebih dahulu dengan menempah tiket anda sekurang-kurangnya sehari sebelumnya. Penjimatan yang lebih besar dan harga terendah dijamin apabila membeli tiket dalam talian semasa musim rendah.

Genting SkyWorlds Theme Park dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Mulai jam 6 petang, pesona taman itu berlanjutan ke malam hari dengan suasana yang hebat, makanan yang sedap dan hiburan langsung di Gohtong Way. 

Dinamakan sempena pengasas kami yang terkemuka, Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong, Gohtong Way adalah tempat yang sesuai untuk bersantai dan beramah mesra dengan makanan jalanan sambil menikmati persembahan air pancut dan pemandangan yang menakjubkan. Genting SkyWorlds Theme Park dan Gohtong Way ditutup pada hari Selasa kecuali pada cuti umum Malaysia. Masuk ke taman melalui SkyAvenue Gateway, yang terletak di Tingkat G, SkyAvenue. 

Untuk maklumat lanjut dan/atau kemas kini tentang promosi terkini, lawati gentingskyworlds.com atau saluran media sosial rasmi taman tema