Wednesday, January 3, 2024

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023

Hi Korang,

Astro memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.


Berikut merupakan senarai rancangan popular Astro yang berjaya menambat hati penonton:

Projek: High Council
Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.

All Stars Gegar Vaganza
Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.

Andai Itu Takdirnya
Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.

Malaysian Football League
Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Liga Perdana
Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.

Pasanga
Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Didi & Friends
Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.

Travel with Mummy
Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.

Travelawak: Projek Bapak-Bapak
Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

Astro menjemput para pelanggan untuk menonton rancangan-rancangan ini. Berikut adalah ulasan para pelanggan kami tentang rancangan kegemaran mereka:-



Semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (Saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. 

Sehingga 31 Januari 2023*, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro boleh ditonton melalui On Demand dan untuk para pelanggan baru Astro, marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%** bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.


*HITS NOW akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024

**Diskaun 30% untuk langganan dengan pendaftaran auto-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.

Tuesday, January 2, 2024

IOI Properties Group mulakan 2024 dengan dua acara sambutan Tahun Baharu yang meriah

Hi Korang,

Sebagai permulaan yang meriah untuk 2024, IOI Properties Group telah menganjurkan bukan satu, tetapi dua sambutan Tahun Baharu serentak di IOI City Mall, Putrajaya dan IOI Mall Puchong.


Kedua-dua acara yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Radio telah memeriahkan peralihan ke tahun baharu. Menampilkan pelbagai persembahan pentas oleh artis tempatan, pilihan makanan yang lazat dari trak makanan, dan pelbagai aktiviti sampingan, sambutan Tahun Baharu tersebut diraikan dengan rasa optimis dan ceria bersama.


Berikutan kejayaan pesta kira detik tahun lepas, IOI Properties Group menyemarakkan lagi sambutan kali ini dengan menjalinkan kerjasama Astro Radio. Kehadiran personaliti radio dari stesen HITZ, ERA, MY dan GOXUAN yang menjadi hos, sambil menghiburkan penonton dengan keletah mereka, telah menambahkan lagi keterujaan sepanjang malam sambutan itu.

“Kami berasa bangga dengan sambutan orang ramai di kedua-dua lokasi, dan berharap mereka yang hadir dapat berseronok seperti mana kami berseronok menganjurkan acara ini. Saban tahun, pesta kira detik ke Tahun Baharu anjuran kami telah mengumpulkan orang ramai untuk menikmati malam sambutan yang ceria dan positif. Sambutan kali ini turut tiada bezanya. Kedua-dua pusat beli-belah kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai dari komuniti untuk menyambut tahun 2024, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan hebat kami yang telah menjayakan semuanya. Ini adalah permulaan yang menakjubkan untuk 2024, dan IOI Properties Group teruja dengan peluang yang bakal hadir di tahun baharu untuk kita semua!” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi IOI Properties bagi Pelaburan Hartanah (Malaysia).



Di IOI City Mall, Putrajaya, acara ekstravaganza itu telah bermula pada jam 6 petang di Symphony East dengan pemberian hadiah kepada pengunjung – diselingi dengan persembahan api – untuk menambahkan keterujaan dalam kalangan orang ramai. Tambahan pula, pentas dihidupkan dengan pelbagai persembahan muzik oleh bintang-bintang tempatan terkemuka, termasuk Gary Chaw, Misha Omar, Amir Masdi, Ara Johari, Haqiem Rusli, Asyraf Nasir, Yonnyboii, Midnight Fusic dan FS (Fuying & Sam). Para penonton juga turut disajikan dengan penampilan istimewa oleh finalis muda dari "The Chosen One", sebuah pertandingan nyanyian realiti yang popular untuk mencungkil bakat baharu.



Sementara itu, pentas di tempat letak kereta terbuka IOI Mall Puchong menyaksikan persembahan barisan artis yang sama hebat seperti Jeryl Lee, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Nicole Lai, Jie Ying, Juztin Lan, Joe Chang, Jasmine Chang, Danial Wong, Jack Yap, dan Te3n Official. Persembahan malam tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian yang hebat daripada finalis "Battleground Malaysia: Road to Gold", pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia.

Selain daripada persembahan muzikal dan tarian, suasana sambutan di kedua-dua lokasi dihangatkan lagi ala karnival dengan pelbagai aktiviti dan trak makanan. Segalanya tersedia untuk semua termasuk kanak-kanak yang turut dihiburkan dengan penampilan maskot daripada rancangan kegemaran mereka.

Apabila tiba detik dua belas tengah malam, pemandangan langit di kedua-dua IOI City Mall dan IOI Mall Puchong disinari percikan bunga api pelbagai warna yang memukau sebagai kemuncak sambutan ambang Tahun Baharu yang hebat.

Dengan pelbagai persembahan dan pengalaman yang ditawarkan, serta kehadiran pengunjung yang bersemangat, kedua-dua sambutan Tahun Baharu IOI merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Untuk mengikuti acara menarik lain yang akan datang, sila layari laman media sosial IOI City Mall di https://www.instagram.com/ioicitymallmy/ atau IOI Mall Puchong di https://www.instagram.com/ioimallpuchong/.

Monday, January 1, 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Hi Korang,


Selamat Tahun Baru 2024


Semoga Tahun Baru ini membawa kita lebih dekat dan juga memperkuatkan ikatan yang kita ada hari ini.

Menantikan perjalanan yang indah bersama korang semua di sepanjang tahun ini nanti..