Tuesday, December 26, 2023

Canon Bekerjasama dengan Tourism Perak untuk Kempen Tahun Melawat Perak 2024

Hi Korang,

IPOH, December 26 2023 – Canon Marketing Malaysia ("Canon"), peneraju terkemuka teknologi kamera dan solusi pengimejan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tourism Perak Management Berhad (“TPMB”), yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, untuk bekerjasama dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan industri pelancongan Perak dan memanfaatkan solusi pengimejan Canon bagi menarik para pengunjung dari dalam dan luar negara ke Perak, serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan utama.


Dari Kiri: Nor Azman Zulkifli , Pengurus Kanan, Pengurusan Aset Kemudahan, Majuperak Holding Berhad, Nurmalis Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Perak Management Berhad, Shunji Yoshikai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Daren Tan, Ketua Cawangan Pulau Pinang, Canon Marketing Malaysia.

Canon bakal memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dan penaja dalam kempen Tahun Melawat Perak 2024 TPMB, yang digabungkan oleh matlamat bersama untuk membugarkan semula industri pelancongan Perak dan menjadikannya sebagai destinasi terunggul di Malaysia untuk pengalaman percutian dan pelancongan berasaskan warisan serta alam semula jadi.

MoU itu bakal menyaksikan Canon bekerjasama rapat dengan TPMB, di mana Canon akan memanfaatkan jangkauannya yang luas untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu secara aktif. Kerjasama itu tidak hanya menjurus kepada penajaan semata-mata, sebaliknya juga merangkumi kerjasama dalam penganjuran bengkel, pertandingan, dan penyediaan kamera Canon sebagai hadiah untuk pertandingan akan datang serta kegunaan TPMB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan TPMB untuk mempersembahkan keindahan dan kecantikan Perak kepada dunia. Penandatangan MoU ini selari dengan falsafah ‘Kyosei’, yang menekankan kehidupan dan kerjasama harmoni demi kebaikan sejagat. Menerusi kerjasama ini, kami akan berusaha bukan sahaja menonjolkan kecantikan Perak, tetapi juga memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar di mana kami berada.”

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa ketika mengulas mengenai kerjasama itu berkata, “Kerjasama ini menandakan usaha sama penting untuk mempromosikan keindahan Perak. Bersama-sama dengan Canon, kami berhasrat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjemput pelancong dari seluruh dunia untuk mengalami sendiri khazanah yang ditawarkan oleh Perak.”

MoU berjangka waktu 12 bulan itu menggariskan komitmen kedua-dua pihak untuk mengembangkan dan mempromosikan portfolio pelancongan Perak yang kaya. Canon dan TPMB akan sama-sama menganjurkan pertandingan fotografi dan videografi untuk merangsang kreativiti serta penglibatan, sambil mengadakan bengkel khusus untuk peserta industri di Perak. Inisiatif ini bertujuan untuk menyorotkan naratif menarik mengenai Perak menerusi penceritaan berasaskan visual, memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian warisan budaya dan tarikan yang mengagumkan di negeri itu.


Dengan menggabungkan inovasi dan seni penceritaan, kerjasama ini diharapkan dapat mengetengahkan budaya dan keajaiban alam semula jadi Perak, melorongkan dunia untuk menerokai dan menikmati keunikan yang ada di Perak. Kerjasama antara Canon dan TPMB ini menandakan langkah strategik dalam usaha menyemarakkan semula sektor pelancongan di negeri itu dan menarik pelancong untuk menjelajahi khazanah tersembunyi Perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel, acara, dan pertandingan Canon yang berkaitan dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024, sila layari my.canon atau ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Canon Malaysia.

MoU itu bakal menyaksikan Canon bekerjasama rapat dengan TPMB, di mana Canon akan memanfaatkan jangkauannya yang luas untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu secara aktif.


Friday, December 22, 2023

GEAR UP FOR A SAN-THAI HOLIDAY SEASON WITH KFC’S THAI INSPIRED OFFERINGS PETALING JAYA

Hi Everyone,

KFC Malaysia is inviting you to San-Thai this holiday season with three mouthwatering additions. The KFC San-Thai Crunch, KFC San-Thai Burger, and the much- anticipated return of the Hot & Spicy Shrimp will be available for a limited time, from 15th December 2023.


The KFC San-Thai Crunch is a gourmet twist to the all-time favourite fried chicken, featuring a rich blend of Thai seasonings, while the KFC San-Thai Burger is layered with rich Thai sauces and an assortment of Thai spices, making it the perfect zing for the holiday season.

Bringing back a crowd favourite, the Hot & Spicy Shrimp features bouncy whole shrimp meat marinated in KFC's signature Hot & Spicy flavours. The Hot & Spicy Shrimp comes with every Holiday Bucket, making it an ideal addition to your holiday feasting.

“The Thai cuisine is extremely versatile and is a favourite among Malaysians. Being able to innovate and incorporate these rich flavours into our offerings is exciting for us and is a testament to our commitment of offering a diverse range of flavours for our customers,” said KFC Malaysia’s Chief Marketing Officer Premnath Unnikrishnan.

He added that the Holiday Bucket paired with the all-new Hot & Spicy shrimp would be the perfect side to fulfilling meal this year end.


Make sure to experience your very own San-Thai culinary journey with these new offerings at all KFC outlets starting 15th December 2023. 

For more information log on to kfc.com.my

Wednesday, December 20, 2023

Preview Filem | The Lord Musang King

Hi Korang,

Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.



Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS LALAPORT baru-baru ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ini terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Informasi Ringkas Tentang Filem The Lord Musang King



Tajuk Filem : The Lord Musang King

Saluran : Pawagam

Tarikh Tayangan : 21 Disember 2023

Waktu Tayangan :

Pengarah : Lee Moon Ho

Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pelakon : Eddie Chow, Yusuf Bahrin, Hafidzuddin Fazil, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim, Azri Sabri, Kim Bo Yeon, Kwak Dong Hyuk

Sinopsis Filem The Lord Musang King


Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.






The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Review The Lord Musang King


Bagi kak lily barisan para pelakonnya sangat hebat, baik pelakon antarabangsa mahupun tempatan. Jalan cerita amat menarik, nampak macam straight forward tetapi ada plot twist di situ. Aksi-aksi pergaduhan sememangnya real walaupun hanya lakonan semata-mata terutamanya aksi pergaduhan di dalam penjara.

Apa-apa pun, filem ini sesuai di tonton seisi keluarga di musim cuti sekolah ini.


Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD).



Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pengedar: Metrowealth (MiG) Penerbit: Eddie Chow

Penerbit Eksekutif: Ong Peng Chu

Pengarah: Lee Moon Ho (Korea Selatan)