Wednesday, December 20, 2023

Preview Filem | The Lord Musang King

Hi Korang,

Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.



Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS LALAPORT baru-baru ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ini terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Informasi Ringkas Tentang Filem The Lord Musang King



Tajuk Filem : The Lord Musang King

Saluran : Pawagam

Tarikh Tayangan : 21 Disember 2023

Waktu Tayangan :

Pengarah : Lee Moon Ho

Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pelakon : Eddie Chow, Yusuf Bahrin, Hafidzuddin Fazil, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim, Azri Sabri, Kim Bo Yeon, Kwak Dong Hyuk

Sinopsis Filem The Lord Musang King


Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.






The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Review The Lord Musang King


Bagi kak lily barisan para pelakonnya sangat hebat, baik pelakon antarabangsa mahupun tempatan. Jalan cerita amat menarik, nampak macam straight forward tetapi ada plot twist di situ. Aksi-aksi pergaduhan sememangnya real walaupun hanya lakonan semata-mata terutamanya aksi pergaduhan di dalam penjara.

Apa-apa pun, filem ini sesuai di tonton seisi keluarga di musim cuti sekolah ini.


Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD).



Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pengedar: Metrowealth (MiG) Penerbit: Eddie Chow

Penerbit Eksekutif: Ong Peng Chu

Pengarah: Lee Moon Ho (Korea Selatan)



Friday, December 15, 2023

GUARDIAN CAPAI SASARAN 100% 20 JUTA MANDIAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK PADA 2023

Hi Korang,

Guardian hari ini mengumumkan kejayaannya mencapai sasaran untuk menyediakan 20 juta produk mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada tahun 2023 di bawah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat serantaunya iaitu “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.



Mengaitkan pencapaian bersejarah ini dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pelanggannya terhadap kempen itu, Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata;



“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pelanggan yang telah membantu kami meraih pencapaian 100% dalam menyediakan 20 juta produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di rantau ini, khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Kemboja untuk 2023. Dalam erti kata lain, 40,000 botol produk mandian telah disumbangkan kepada kanak-kanak di Malaysia pada 2023.

“Hasil daripada pencapaian ini, sasaran kami untuk 2024 bakal digandakan menjadi 40 juta produk mandian - dua kali ganda berbanding tahun lalu.”

Program “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” Guardian mengiktiraf bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat dan ia adalah hak asasi setiap manusia.

“Menjaga kebersihan dan kesihatan adalah hak asasi segenap masyarakat dan ia tidak boleh dianggap sebagai kemewahan, terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila kanak-kanak berasa bersih dan wangi, ia akan menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan kesejahteraan mental mereka.” tambah Ng.

Selain menyediakan produk penjagaan mandian, Guardian juga akan menganjurkan Bengkel Kebersihan Interaktif di sekolah-sekolah di mana pelajar akan diajar tentang amalan kebersihan yang baik.



Di bawah kempen itu, 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian Guardian yang dijual di Malaysia akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Selain itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM29.90 sahaja. Untuk 2024, Tuala Berhud Beruang Guardiancares istimewa juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia, juga boleh dibeli menerusi stor dalam talian dan aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan Patung dan Tuala Berhud Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares untuk menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Sempena pengumuman ini, Guardian turut menyumbangkan produk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya. Mereka adalah penerima sumbangan pilihan pemenang peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2023, Kay Yap Yen Yin. Salah satu daripada hadiah yang dimenangi oleh pemenang ialah sumbangan produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 kepada pertubuhan kebajikan pilihan mereka.

Kay berkata, “Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan kesukaran kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan saya berharap lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada keperluan penjagaan diri yang berkualiti dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan kebersihan yang boleh mengurangkan masalah kesihatan yang boleh dicegah secara berkesan. Secara peribadi, saya mengalami ruam kulit (di dahi dan jari kaki) semasa di bangku sekolah kerana mengabaikan rutin kebersihan kulit yang betul. Saya hanya mengamalkan tabiat kebersihan diri yang betul selepas mendapati kulit muka saya bermasalah.”


Fasa kedua #Guardiancares “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”akan bermula pada 27 Disember 2023.

“Kami sangat berharap agar pelanggan kami akan terus menyokong kempen yang terpuji dan bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar ini, dan kami berharap usaha kami akan terus memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan dan kesihatan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” kata Anna mengakhiri.


Monday, December 11, 2023

iQOO 12 MEMPERKENALKAN SNAPDRAGON® 8 GEN 3 YANG PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PRESTASI DAN REKA BENTUK YANG TERUNGGUL

Hi Korang,

iQOO, sub-jenama dibawah vivo yang menumpukan kepada prestasi permainan video, hari ini melancarkan iQOO 12, sebuah telefon pintar perdana yang direka untuk menembusi sempadan reka bentuk, kelajuan, dan prestasi. Kali ini, iQOO 12 menginspirasikan BMW M Motorsport untuk untuk memberikan reka bentuk yang menarik serta menyampaikan pengalaman permainan video perdana yang tiada tandingan. dengan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang terkini dari Qualcomm bersama dengan Cip Superkomputer Q1.


Bagi memberikan kualiti yang terbaik dan unggul kepada pengguna, iQOO 12 membawakan prestasi yang canggih dan juga reka bentuk premium. Ia ditampil dengan paparan AMOLED 144Hz yang tajam, mempunyai persediaan tri-kamera pada kamera utama dengan reka bentuk porthole, dan ciri-ciri permainan video yang memikat hati.

"iQOO 12 dicipta khas buat para peminat permainan video, teknologi, dan reka bentuk. telefon pintar unggul iQOO 12 menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 untuk memberikan pengalaman penggunaan yang hebat kepada para pengguna kami. iQOO 12 Mempunyai reka bentuk luaran Porthole, ia melambangkan kualiti yang luar biasa dan terinspirasi oleh BMW M Motorsport. Matlamat kami dengan iQOO 12 adalah untuk meningkatkan pengalaman semasa bermain permainan video kepada pengguna kami untuk mencapai kepada tahap yang belum pernah dicapai oleh iQOO sebelum ini, dan kami berharap rakyat Malaysia akan menikmati inovasi teknologi yang dipertingkatkan daripada kami." kata Jeremy Lin, Pengarah Jualan, iQOO Malaysia.


Terokai ‘Monster Inside’ pada iQOO 12

Sebagai telefon pintar yang pertama membawa masuk Snapdragon® 8 Gen 3 ke pasaran telefon pintar di Malaysia, iQOO 12 memberi fokus terhadap prestasi dari seni bina cip pemprosesan yang baru menggunakan teknologi 4mm yang terkini. Digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 yang canggih untuk meningkatkan prestasi dalam permainan video, memori yang cepat, dan storan data yang mencukupi, iQOO mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video di tahap yang memuaskan.


Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 3 oleh Qualcomm memperkenalkan reka bentuk octa-core seimbang, merangkumi inti Cortex-X4 utama, lima inti prestasi Cortex-A720, dan dua inti kecekapan Cortex-A520. Ciptaan inovatif ini memastikan prestasi yang maksimum dan kecekapan tenaga. GPU Adreno 750 untuk memastikan pengalaman permainan video yang dominan, manakala 16GB RAM LPDDR5X dan storan kilat UFS4.0 sebanyak 512GB menyediakan pemuatan aplikasi yang lancar serta ruang yang mencukupi untuk permainan video.


Bateri Grafit Berkemampuan Tinggi Dengan 120W Pengecasan Pantas

iQOO 12 dikuasai oleh bateri grafit berkemampuan tinggi setara 5000 mAh (TYP) yang menyokong 120W FlashCharge. Teknologi bateri grafit ini menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan penyelesaian bateri biasa. Salah satu ciri unik iQOO 12, teknologi bateri grafit tersebut memberikan prestasi tinggi dengan 9% lebih kapasitinya berbanding generasi sebelumnya, tanpa mengorbankan reka bentuknya yang nipis. Ciri-ciri jimat kuasa termasuk Mod Jimat Bateri dan Pengaktifan Seketika Bateri pada 0%.


Pengalaman Permainan Video Yang Ditingkatkan Secara Visual Dengan Cip Superkomputer Q1

iQOO 12 memperkenalkan Cip Superkomputer Q1, sebuah cip paparan yang disesuaikan untuk menawarkan Game Super Resolution, Game Super Frame Rate, dan Game Display Enhancement - ciri-ciri yang secara drastik meningkatkan pengalaman permainan video.

Dengan hanya satu sentuhan, pengguna dapat meningkatkan pengalaman permainan video mereka dengan Game Super Resolution, untuk meningkatkan kontras dan kejelasan gambar. Ciri Game Super Frame Rate untuk permainan video pada kadar bingkai yang mengagumkan iaitu 144 kadar bingkai sesaat (FPS), melangkau kadar bingkai tipikal dan menggunakan interpolasi bingkai untuk memastikan penggunaan dan permainan yang lancar. Sepadan dengan kadar penyegaran paparan semula 144Hz dan mengurangkan pergerakan visual yang perlahan dan secara tidak langsung mengganggu prestasi permainan video. Satu contoh yang baik bagi peningkatan ini adalah kemampuan untuk memainkan permainan yang berprestasi tinggi seperti Genshin Impact, PUBG Mobile, PUBG New State, dan League of Legends Mobile pada 144 FPS.

Game Display Enhancement pula mengoptimumkan kualiti grafik dengan membina semula imej dengan butiran yang lebih tajam, merangkumi Penapis Am yang meningkatkan permainan. Penapis termasuk penambahbaikan adegan gelap yang membolehkan pemain mengenal pasti musuh dengan lebih baik dalam adegan gelap seperti terowong atau pertempuran waktu malam. Game Super Touch Control memberikan pemain ketepatan dan respons sentuhan yang lebih baik, mencegah tergelincir yang tidak diingini dan sentuhan tepi secara tidak sengaja, sambil meningkatkan ketepatan ketika peluh menjadi isu.


iQOO 12 Mendedahkan Dunia Permainan yang Memikat

iQOO 12 memberikan pengalaman bermain permainan video yang memikat dengan paparan AMOLED LTPO 6.78 inci, 144Hz, dan resolusi 1.5K, mencipta ketumpatan piksel 452 PPI, serta menyokong HDR10+. Paparan ini mempunyai nisbah kontras luar biasa 80,00,000:1 dan mencapai kecerahan setempat sebanyak 3,000 unit. Dengan 105% ruang warna NTSC dan ketepatan 100% DCI-P3, ia memastikan reproduksi warna yang tepat. Pengalaman melihat ditingkatkan dengan pemendakan PWM frekuensi tinggi 2,160Hz dan perlindungan mata sinar biru rendah.

Paparan AMOLED LTPO iQOO 12 boleh beralih dinamik antara kadar segar tinggi dan rendah, mengurangkan penggunaan tenaga ketika imej statik dipaparkan dan memberikan pengalaman melihat terbaik semasa menonton atau bermain permainan.

Untuk memberikan pengalaman permainan video yang memuaskan, iQOO 12 dilengkapi dengan Motor Linear Besar X-Axis untuk maklum balas haptik yang tepat dan Dua Pembesar Stereo Simetris, meningkatkan isyarat arah dalam permainan first-person shooter (FPS). Kualiti audio yang luar biasa, dengan pemisahan instrumen yang jelas dan peningkatan frekuensi bass melalui bilik pembesar 1.2cc yang luas.

Bagi memastikan keselesaan semasa bermain permainan video untuk jangka masa yang panjang, iQOO 12 menyertakan Sistem Penyejukan Empat-Zon, termasuk Vapour Chamber 6K untuk penyebaran haba CPU yang cekap, reka bentuk Sensitiviti Suhu Rendah, dan Filem Penyejukan Grafit Bawah Paparan untuk mengurangkan kadar kepanasan pada telefon pintar dan mengekalkan cengkaman yang sejuk. Semua elemen tersebut membolehkan pengalaman gaming yang benar-benar memikat dan mendalam.


Ciri Kamera Yang Terbaik Pada Telefon Pintar Dalam Sejarah iQOO

iQOO 12 membawakan sistem tri-kamera pada kamera utama dengan Reka Bentuk Porthole. Ia mempunyai Kamera Astrografi 50MP yang kuat dengan teknologi spektrum biomimetik VCS2.0 untuk reproduksi warna yang unggul, dan berprestasi cemerlang dalam cahaya rendah. Dengan menggunakan teknologi pixel binning empat dalam satu untuk saiz piksel 2.4µm, ia menawarkan prestasi yang mengagumkan. Rakaman video termasuk 8K@30 FPS, 4K@30/60 FPS, dan video 720p, 1080p pada kadar hingga 240 FPS untuk rakaman gerak perlahan yang menakjubkan, dengan sokongan penstabilan OIS dan EIS untuk fotografi yang tajam. Susunan ini juga merangkumi Kamera Telefoto Periskop dan Kamera Sudut Lebar untuk pengalaman imej yang serba boleh.

Kamera Telefoto Periskop iQOO 12 menawarkan Zum Ultra Panjang dengan sensor 64MP (f/2.57) 1/2'', Zum Optik 3X, dan Zum 10X. Ia mencapai Zum Digital 100X yang mengagumkan menggunakan algoritma N.I.C.E. (Neural Image Computational Engine) untuk pembatalan bunyi dan penambahbaikan butiran. Telefon ini juga mempunyai algoritma Ultra HD Document 3.0 untuk pembentangan skrin yang jelas bersepadu dengan lensa telefoto. Tambahan pula, untuk gambar sudut lebar, Kamera Sudut Lebar 50MP (f/2.0) sensor 1/2.76'' yang dedikasi menyokong pelbagai mod fotografi sudut lebar.


Terinspirasi Oleh BMW M Motorsport: Legend Dan Alpha

iQOO 12 hadir dalam edisi Legend (putih) dan Alpha (hitam), kedua-duanya direka untuk membangkitkan semangat pengembaraan dan kelajuan. Edisi Legend yang terinspirasi oleh BMW M Motorsport menampilkan pinggiran yang bersiluet dan Kaca Enamel Putih dengan tekstur nano-optik piramid tiga dimensi. Dihiasi dengan jalur tiga warna dan corak Clous de Paris, ia merangkumi semangat perlumbaan.


Manakala, edisi Alpha pula memberi tumpuan kepada cahaya dan bayangan, menampilkan badan kaca Fluorit AG hitam untuk tona warna yang unik dengan sinaran lembut. Tipis pada 8.1mm dan berat 203.7g, iQOO 12 adalah sebuah telefon pintar yang tahan debu dan tahan percikan air IP64, sesuai untuk kegunaan luar yang lasak, selari dengan objektif Jenama BMW M Motorsport.

Jualan Pertama Dan Promosi iQOO 12

iQOO 12 dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember 2023 pada harga RM3,399 dan boleh dibeli melalui laman rasmi iQOO E-Store, Shopee, Lazada, and TikTok Shop


Selain itu, rakyat Malaysia boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM408, termasuk 1 tahun waranti dan perlindungan skrin selama 1 tahun., rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan vaucer diskaun sejumlah RM50 dan sehingga 10% vaucer platform, menawarkan harga sehingga RM3,349 pada jualan 12.12. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru iQOO sila rujuki di halaman Facebook iQOO dan laman web rasmi iQOO.