Monday, December 11, 2023

iQOO 12 MEMPERKENALKAN SNAPDRAGON® 8 GEN 3 YANG PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PRESTASI DAN REKA BENTUK YANG TERUNGGUL

Hi Korang,

iQOO, sub-jenama dibawah vivo yang menumpukan kepada prestasi permainan video, hari ini melancarkan iQOO 12, sebuah telefon pintar perdana yang direka untuk menembusi sempadan reka bentuk, kelajuan, dan prestasi. Kali ini, iQOO 12 menginspirasikan BMW M Motorsport untuk untuk memberikan reka bentuk yang menarik serta menyampaikan pengalaman permainan video perdana yang tiada tandingan. dengan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang terkini dari Qualcomm bersama dengan Cip Superkomputer Q1.


Bagi memberikan kualiti yang terbaik dan unggul kepada pengguna, iQOO 12 membawakan prestasi yang canggih dan juga reka bentuk premium. Ia ditampil dengan paparan AMOLED 144Hz yang tajam, mempunyai persediaan tri-kamera pada kamera utama dengan reka bentuk porthole, dan ciri-ciri permainan video yang memikat hati.

"iQOO 12 dicipta khas buat para peminat permainan video, teknologi, dan reka bentuk. telefon pintar unggul iQOO 12 menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 untuk memberikan pengalaman penggunaan yang hebat kepada para pengguna kami. iQOO 12 Mempunyai reka bentuk luaran Porthole, ia melambangkan kualiti yang luar biasa dan terinspirasi oleh BMW M Motorsport. Matlamat kami dengan iQOO 12 adalah untuk meningkatkan pengalaman semasa bermain permainan video kepada pengguna kami untuk mencapai kepada tahap yang belum pernah dicapai oleh iQOO sebelum ini, dan kami berharap rakyat Malaysia akan menikmati inovasi teknologi yang dipertingkatkan daripada kami." kata Jeremy Lin, Pengarah Jualan, iQOO Malaysia.


Terokai ‘Monster Inside’ pada iQOO 12

Sebagai telefon pintar yang pertama membawa masuk Snapdragon® 8 Gen 3 ke pasaran telefon pintar di Malaysia, iQOO 12 memberi fokus terhadap prestasi dari seni bina cip pemprosesan yang baru menggunakan teknologi 4mm yang terkini. Digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 yang canggih untuk meningkatkan prestasi dalam permainan video, memori yang cepat, dan storan data yang mencukupi, iQOO mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video di tahap yang memuaskan.


Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 3 oleh Qualcomm memperkenalkan reka bentuk octa-core seimbang, merangkumi inti Cortex-X4 utama, lima inti prestasi Cortex-A720, dan dua inti kecekapan Cortex-A520. Ciptaan inovatif ini memastikan prestasi yang maksimum dan kecekapan tenaga. GPU Adreno 750 untuk memastikan pengalaman permainan video yang dominan, manakala 16GB RAM LPDDR5X dan storan kilat UFS4.0 sebanyak 512GB menyediakan pemuatan aplikasi yang lancar serta ruang yang mencukupi untuk permainan video.


Bateri Grafit Berkemampuan Tinggi Dengan 120W Pengecasan Pantas

iQOO 12 dikuasai oleh bateri grafit berkemampuan tinggi setara 5000 mAh (TYP) yang menyokong 120W FlashCharge. Teknologi bateri grafit ini menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan penyelesaian bateri biasa. Salah satu ciri unik iQOO 12, teknologi bateri grafit tersebut memberikan prestasi tinggi dengan 9% lebih kapasitinya berbanding generasi sebelumnya, tanpa mengorbankan reka bentuknya yang nipis. Ciri-ciri jimat kuasa termasuk Mod Jimat Bateri dan Pengaktifan Seketika Bateri pada 0%.


Pengalaman Permainan Video Yang Ditingkatkan Secara Visual Dengan Cip Superkomputer Q1

iQOO 12 memperkenalkan Cip Superkomputer Q1, sebuah cip paparan yang disesuaikan untuk menawarkan Game Super Resolution, Game Super Frame Rate, dan Game Display Enhancement - ciri-ciri yang secara drastik meningkatkan pengalaman permainan video.

Dengan hanya satu sentuhan, pengguna dapat meningkatkan pengalaman permainan video mereka dengan Game Super Resolution, untuk meningkatkan kontras dan kejelasan gambar. Ciri Game Super Frame Rate untuk permainan video pada kadar bingkai yang mengagumkan iaitu 144 kadar bingkai sesaat (FPS), melangkau kadar bingkai tipikal dan menggunakan interpolasi bingkai untuk memastikan penggunaan dan permainan yang lancar. Sepadan dengan kadar penyegaran paparan semula 144Hz dan mengurangkan pergerakan visual yang perlahan dan secara tidak langsung mengganggu prestasi permainan video. Satu contoh yang baik bagi peningkatan ini adalah kemampuan untuk memainkan permainan yang berprestasi tinggi seperti Genshin Impact, PUBG Mobile, PUBG New State, dan League of Legends Mobile pada 144 FPS.

Game Display Enhancement pula mengoptimumkan kualiti grafik dengan membina semula imej dengan butiran yang lebih tajam, merangkumi Penapis Am yang meningkatkan permainan. Penapis termasuk penambahbaikan adegan gelap yang membolehkan pemain mengenal pasti musuh dengan lebih baik dalam adegan gelap seperti terowong atau pertempuran waktu malam. Game Super Touch Control memberikan pemain ketepatan dan respons sentuhan yang lebih baik, mencegah tergelincir yang tidak diingini dan sentuhan tepi secara tidak sengaja, sambil meningkatkan ketepatan ketika peluh menjadi isu.


iQOO 12 Mendedahkan Dunia Permainan yang Memikat

iQOO 12 memberikan pengalaman bermain permainan video yang memikat dengan paparan AMOLED LTPO 6.78 inci, 144Hz, dan resolusi 1.5K, mencipta ketumpatan piksel 452 PPI, serta menyokong HDR10+. Paparan ini mempunyai nisbah kontras luar biasa 80,00,000:1 dan mencapai kecerahan setempat sebanyak 3,000 unit. Dengan 105% ruang warna NTSC dan ketepatan 100% DCI-P3, ia memastikan reproduksi warna yang tepat. Pengalaman melihat ditingkatkan dengan pemendakan PWM frekuensi tinggi 2,160Hz dan perlindungan mata sinar biru rendah.

Paparan AMOLED LTPO iQOO 12 boleh beralih dinamik antara kadar segar tinggi dan rendah, mengurangkan penggunaan tenaga ketika imej statik dipaparkan dan memberikan pengalaman melihat terbaik semasa menonton atau bermain permainan.

Untuk memberikan pengalaman permainan video yang memuaskan, iQOO 12 dilengkapi dengan Motor Linear Besar X-Axis untuk maklum balas haptik yang tepat dan Dua Pembesar Stereo Simetris, meningkatkan isyarat arah dalam permainan first-person shooter (FPS). Kualiti audio yang luar biasa, dengan pemisahan instrumen yang jelas dan peningkatan frekuensi bass melalui bilik pembesar 1.2cc yang luas.

Bagi memastikan keselesaan semasa bermain permainan video untuk jangka masa yang panjang, iQOO 12 menyertakan Sistem Penyejukan Empat-Zon, termasuk Vapour Chamber 6K untuk penyebaran haba CPU yang cekap, reka bentuk Sensitiviti Suhu Rendah, dan Filem Penyejukan Grafit Bawah Paparan untuk mengurangkan kadar kepanasan pada telefon pintar dan mengekalkan cengkaman yang sejuk. Semua elemen tersebut membolehkan pengalaman gaming yang benar-benar memikat dan mendalam.


Ciri Kamera Yang Terbaik Pada Telefon Pintar Dalam Sejarah iQOO

iQOO 12 membawakan sistem tri-kamera pada kamera utama dengan Reka Bentuk Porthole. Ia mempunyai Kamera Astrografi 50MP yang kuat dengan teknologi spektrum biomimetik VCS2.0 untuk reproduksi warna yang unggul, dan berprestasi cemerlang dalam cahaya rendah. Dengan menggunakan teknologi pixel binning empat dalam satu untuk saiz piksel 2.4µm, ia menawarkan prestasi yang mengagumkan. Rakaman video termasuk 8K@30 FPS, 4K@30/60 FPS, dan video 720p, 1080p pada kadar hingga 240 FPS untuk rakaman gerak perlahan yang menakjubkan, dengan sokongan penstabilan OIS dan EIS untuk fotografi yang tajam. Susunan ini juga merangkumi Kamera Telefoto Periskop dan Kamera Sudut Lebar untuk pengalaman imej yang serba boleh.

Kamera Telefoto Periskop iQOO 12 menawarkan Zum Ultra Panjang dengan sensor 64MP (f/2.57) 1/2'', Zum Optik 3X, dan Zum 10X. Ia mencapai Zum Digital 100X yang mengagumkan menggunakan algoritma N.I.C.E. (Neural Image Computational Engine) untuk pembatalan bunyi dan penambahbaikan butiran. Telefon ini juga mempunyai algoritma Ultra HD Document 3.0 untuk pembentangan skrin yang jelas bersepadu dengan lensa telefoto. Tambahan pula, untuk gambar sudut lebar, Kamera Sudut Lebar 50MP (f/2.0) sensor 1/2.76'' yang dedikasi menyokong pelbagai mod fotografi sudut lebar.


Terinspirasi Oleh BMW M Motorsport: Legend Dan Alpha

iQOO 12 hadir dalam edisi Legend (putih) dan Alpha (hitam), kedua-duanya direka untuk membangkitkan semangat pengembaraan dan kelajuan. Edisi Legend yang terinspirasi oleh BMW M Motorsport menampilkan pinggiran yang bersiluet dan Kaca Enamel Putih dengan tekstur nano-optik piramid tiga dimensi. Dihiasi dengan jalur tiga warna dan corak Clous de Paris, ia merangkumi semangat perlumbaan.


Manakala, edisi Alpha pula memberi tumpuan kepada cahaya dan bayangan, menampilkan badan kaca Fluorit AG hitam untuk tona warna yang unik dengan sinaran lembut. Tipis pada 8.1mm dan berat 203.7g, iQOO 12 adalah sebuah telefon pintar yang tahan debu dan tahan percikan air IP64, sesuai untuk kegunaan luar yang lasak, selari dengan objektif Jenama BMW M Motorsport.

Jualan Pertama Dan Promosi iQOO 12

iQOO 12 dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember 2023 pada harga RM3,399 dan boleh dibeli melalui laman rasmi iQOO E-Store, Shopee, Lazada, and TikTok Shop


Selain itu, rakyat Malaysia boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM408, termasuk 1 tahun waranti dan perlindungan skrin selama 1 tahun., rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan vaucer diskaun sejumlah RM50 dan sehingga 10% vaucer platform, menawarkan harga sehingga RM3,349 pada jualan 12.12. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru iQOO sila rujuki di halaman Facebook iQOO dan laman web rasmi iQOO.



Thursday, December 7, 2023

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™ Memperkasa 1,000 Kanak-kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah

Hi Korang,

Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi[1]. Beban berganda malnutrisi didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama dan merentasi jangka hayat[2]


Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak.

Turut membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun[3]. Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik.

Bagi mengatasi isu ini, Ayam Brand™, satu jenama terkenal yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti yang sihat dan memudahkan serta tanpa kandungan bahan pengawet dan tambahan MSG, kini kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023. Bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’, kempen ini akan mendekati lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.

Bukan sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit.

Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.



“Risiko malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir. Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” kata Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.

Kata Cik Teoh Wei Ling lagi, “Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.”




Di Klang Valley, sejumlah 398 kanak-kanak dari Persatuan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Charis, Yayasan Chow Kit, Trinity Community Children Home Society, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (K.I.D.S), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Rumah Kebajikan Dan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah dan Pusat Jagaan Rumah Juara mengambil bahagian dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di Menara KPJ Kuala Lumpur.


Di bengkel ini, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama Pn Nabihah Hannan Razaleigh, Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital. Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.

“Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 yang baik, yang penting untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak. Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu," kata Pn Nabihah Hannan Razaleigh.

Kanak-kanak terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola yang membenarkan mereka melatih daya pengingatan serta koordinasi tangan-mata sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati.



Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi diberikan kepada mereka yang memerlukannya selepas itu.



Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™. Bagi kami, produk Ayam Brand™ adalah enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka. Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan,” kata En Jamaluddin Bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.





[1] The 2022-2030 National Strategic Plan to Combat the Double Burden of Malnutrition Among Children in Malaysia


[3] Myopia: Is it a problem? And how to control progressions: Malaysian Society of Opthalmology, MSO Express Issue 12, November 2019


Friday, December 1, 2023

The Distance of This Place is Only 30 KM Away from the Capital City of Kuala Lumpur, Klang Perfect For Day Trip Destination

Hello Everyone,

Klang is the capital of the kingdom of Selangor, Malaysia, located about 35 km from Kuala Lumpur. This city is a favorite tourist destination with natural views and Malaysian cultural heritage.


Visitors can explore interesting places in Klang that enrich their historical insight while enjoying an exciting holiday. With so many attractive tourist options, you can stay at various hotel in Klang in multiple locations.

Best Tourist Attractions in Klang

Where to go while in Klang? Below are some suggestions you can put to your bucket list:

1. Sultan Sulaiman Royal Mosque


The Diraja Sultan Sulaiman Mosque in Klang City is the largest mosque, established in 1934 to honor the 3rd Sultan of Selangor, Sultan Sir Alaudin Suleiman Shah. With a unique design that combines European and Islamic elements, this mosque is a beautiful and unique historical heritage of Malaysia.

2. Pulau Indah Laguna Park


Laguna Park in Klang is a beach destination for all ages, offering activities such as fishing, sunbathing, and enjoying typical Malaysian food. Visitors can also rent a boat to explore this area, although the cost is quite expensive.

3. Acheh Beach


Acheh Beach on Pulau Indah, Klang, is ideal for sunset views and fishing activities. With approximately 30 minutes of access from Klang City, you can plan your trip during the day for a better experience.

Best Hotels in Klang

There are several hotels in the Klang Valley that you can choose from as your place to stay. Here are some recommendations:

1. Klang Histana Hotel

Address: 10, Jalan Batu Tiga Lama, Klang, Selangor, Malaysia, 41300

Price: Start from RM 103.25 (Standard Room - 1 Double Bed or 2 Single Bed)

Histana Hotel Klang is a strategic hotel, close to various shopping centers, with interesting attractions such as I-City, a colorful amusement park, and the Sultan Abdul Aziz Royal Gallery which showcases the history and culture of the Selangor Sultanate.

2. Amverton Cove Golf & Island Resort

Address: PT 673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, Port Klang, Klang, Selangor, Malaysia, 42960

Price: Start from RM 420.00 (Riverine - Studio King)


Amverton Cove Golf & Island Resort is an ideal choice for families, especially golf enthusiasts, as it has an award-winning, accredited golf course. The property also offers water sports facilities and bicycle rental, providing various activities for guests.

3. Wyndham Acmar Hotel

Address: No 1-G-1, Jalan Persiaran Bukit Raja, 2/KU1, Bandar Baru Klang, Klang, Selangor, Malaysia, 41150

Price: Start from RM 316.49 (De Luxe - Twin Room)

Wyndham Acmar Hotel is a top business class 5-star hotel ideal for business travelers in Klang, with a strategic location along three main roads, namely the Federal Highway, New Klang Valley Expressway (NKVE), and the Shah Alam Selangor Expressway Konsortium (KESAS), making access easy to various tourist and business attractions.

Tips for Vacation in Klang

If you want to go on holiday to this city, you can check out these travel tips in Klang to make your holiday even more enjoyable:

1. Timing is Crucial

March and September are considered the best time to visit Klang due to the drier and sunnier weather.

2. Indulge in Local Cuisine

Klang is renowned for its delectable seafood, including bak kut teh and grilled fish. Make sure to savor the local culinary delights while vacationing in Klang.

3. Consider to Bring Some Cash

While most establishments in Klang accept credit cards, it is advisable to carry sufficient cash as some places may only accept cash payments. Remember to bring enough cash with you during your stay in Klang.

With beautiful natural scenery, rich cultural heritage, and various interesting tourist attractions, Klang is an unforgettable holiday destination. If you want to experience its charm, immediately plan your trip via Traveloka and enjoy an extraordinary holiday experience in Klang! Find the best deals and choose your favourite hotels in Klang Valley only with Traveloka.