Saturday, November 25, 2023

SCENTIFY Dari Enchanteur Rangkaian Semburan Penyegar Fabrik dan Kereta Menyerikan Hidup Seharian Kita

Hi Korang,

Dalam kehidupan ini, peranan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan. Kediaman juga turut memainkan sebuah peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, iaitu sebagai sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan: tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup ini tercipta: dan semestinya, sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawab dan beraktiviti. 

Maka, memang benarlah kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”.


Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman. Justeru, tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang untuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan

Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.

Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia.

“Bauan yang menyegarkan merupakan sebuah tanda aras terbaik dalam menentukan tahap kebersihan dan ketelitian persembahan. Di negara beriklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia, bauan yang kurang enak sudah menjadi satu permasalahan biasa — terutama sekali bagi kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan,” jelas Krishnamurthy Sriram, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wipro Unza Malaysia. “Walaupun kebanyakan penyegar fabrik berupaya menyahbau dan pada satu tahap, membasmi bakteria, acapkali kesegaran itu tidak berpanjangan. Kadang kala, ada sesetengah semburan penyegar fabrik yang turut meninggalkan kesan nyata pada permukaan fabrik, walaupun cairan penyegar itu telah tersejat ke udara sepenuhnya. Dengan mengambilkira permasalahan-permasalahan tersebut, ditambah dengan kepakaran dalam menghasilkan wangian mewah bermutu selama lebih dari 30 tahun, para pengadun wangian Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama para saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan anda dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama.”

Tambah Sriram lagi, “Sejak lebih tiga dekad yang lalu, Enchanteur berbangga kerana telah dikenali sebagai penghasil wangian premium ikonik dikalangan para pengguna di Malaysia. Rangkaian wangian Enchanteur seringkali dikaitkan dengan keanggunan serta gaya kemewahan Eropah. Justeru, dengan kehadiran rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY, para penggemar setia Enchanteur kini berpeluang untuk menyerikan kediaman dan kenderaan mereka dengan keharuman wangian mewah dari Enchanteur yang terkenal. Selain itu, wangian juga berupaya untuk mengilhamkan memori indah. Justeru, menerusi penggunaan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY pastinya akan mewujudkan keinginan anda untuk menghentikan segala kegiatan dan segera kembali ke ruangan peribadi mahupun kenderaan anda untuk menikmati setiap detik dan saat dalam keharuman yang sungguh menenangkan.”

Hadir dalam dua variasi – Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY memberikan kediaman serta kenderaan anda sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.


Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.

SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml, 
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi anda, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih.

SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, 
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.

SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, 
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.

Adakah korang tercari-cari akan penyegar kenderaan yang boleh menjadikan pengalaman pemanduan seharian anda mahupun ke destinasi berjarak jauh lebih nyaman dan menenangkan? 


Jawapannya ada pada penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car. 

Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, anda boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan anda atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.


SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml, 
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.


SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml,
 
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.


SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, 
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.




Ayuh harumkan kediaman dan kenderaan korang dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi mahupun dalam kenderaan.

Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.

Ayuh check it out SCENTIFY di social media berikut :



Thursday, November 23, 2023

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 KEMBALI DENGAN LEBIH 50 AKTIVITI HOBI DAN LEBIH 250 PEMPAMER HOBI

Hi Korang,

Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5 menjanjikan lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi.


Malaysia Hobby Expo akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan Disember 2023 yang juga melibatkan Konsert “Passion of Sound” pada 2hb Disember 2023. Acara ini disempurnakan bersama penganjur utama Specta Group Venture di MAEPS Serdang sebagai Lokasi Rasmi & Shopee sebagai penaja utama Malaysia Hobby Expo 2023.


Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq menyatakan kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.

“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.”

Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan.


Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini. Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut.


Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

Penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara ini.


Kami juga mendapat sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda untuk menjayakan acara ini.

Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.

Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital kami bermula pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.

“Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.”


Konsert “Passion of sound” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. Dengan setiap pembelian tiket konsert , pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.

Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang mana ini adalah pengajuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakn di Malaysia. Jumlah keseleruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC .


Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.

“Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.”.

Justeru, harapan kami tahun ini adalah supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, kami menggalakkan generai muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa acara ini di adakan.



Friday, November 17, 2023

Jom Sertai Aktiviti FIT ZAKAT 2023

Hi Korang,



Pusat Pungutan Zakat Wilayah - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengajak korang untuk menyertai acara penuh keceriaan, FIT ZAKAT 2023, yang akan berlangsung pada 18 November 2023, Sabtu, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.

Pelbagai Aktiviti Menarik


Merentasi acara ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda. Dari Fit Zakat Fun Run yang menggembirakan, senamrobik yang menyihatkan, score the goal yang mencuit hati, hingga timbang bola yang mengujakan. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa daripada selebriti terkenal seperti Caliph Busker, Ikhwan Fatanna, dan Persembahan Busker PPZ akan menghidupkan suasana.

Penampilan Istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana

Bagi keluarga yang membawa bersama anak-anak kecil, saksikan penampilan istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana, persembahan badut yang menghiburkan, aktiviti face painting yang mencipta kenangan, Supa Dupa dan pertandingan mewarna yang penuh kreativiti. Jangan lepaskan peluang untuk menerima layang-layang percuma sebagai kenangan manis untuk para pengunjung cilik.

Pelbagai Tips Sihat dan Kekal Fit

Untuk pencinta kesihatan dan kecergasan, program ini turut menyediakan pelbagai tips sihat dan kekal fit. Sesi Slot Borak "Fit Dulu Baru Sihat" bersama penghibur tanah air Man Raja Lawak dan Influencer kesihatan Hanif Loid akan menyuntikkan semangat kecergasan dalam diri anda. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan mendengar pandangan inspiratif dalam Slot Santai "Kasi Clear" bersama Dr. Wan Share dan Muhammad Noor (Mdno).

Kaunter Kutipan dan Agihan Zakat


Dalam kemeriahan ini, lebih daripada 30 gerai jualan makanan, pakaian dan pameran akan menyajikan pelbagai pilihan untuk semua pengunjung pada hujung minggu ini. Pusat Pungutan Zakat Wilayah juga menyediakan kaunter kutipan dan agihan zakat. Bagi yang ingin mendapatkan lebih informasi mengenai zakat, digalakkan hadir sama dan ia adalah percuma!

Rebut Hadiah Menarik dan Cabutan Bertuah


Acara ini turut menawarkan hadiah menarik dan cabutan bertuah bagi pengunjung bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk hadir bersama keluarga dan teman-teman pada 18 November 2023, Sabtu, bagi menyertai serta meriahkan lagi FIT ZAKAT 2023.

Booth & Gerai jualan

Pelbagai booth & gerai jualan menanti anda. Ada makanan, pakaian, booth pameran dan banyak lagi.

Kupon Makanan Percuma

1,000 kupon percuma akan diberikan kepada para pengunjung. Boleh ditebus di gerai-gerai jualan tersedia. Siapa cepat dia dapat.


Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023


Acara kemuncak Fit Zakat 2023 ialah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023. Kempen tahunan PPZ-MAIWP untuk menyeru masyarakat Islam tunaikan zakat sebelum 31 Disember 2023. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan di dalam kempen ini. Jom jadi pembayar zakat PPZ-MAIWP!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://www.zakat.com.my/yez2023/

Ayuh ramai-ramai kita memeriahkan lagi Fit Zakat 2023 ni tau