Friday, October 27, 2023

SW Gitu Gitu Sdn Bhd Jalin Kerjasama Dengan Rantaian Kedai Serbaneka O2O Smart Store

Hi Korang,

Sebelum itu Tahniah diucapkan kepada SW Gitu Gitu Sdn Bhd atas termenterai perjanjian sebagai Merchant kepada O2O Smart Store, rantaian kedai dibawah Panpay Holdings Sdn Bhd.

Majlis ini telah berlangsung di 020 QR Smartstore Nilai, baru baru ini.


Untuk pengetahuan semua, SW Gitu Gitu Sdn Bhd merupakan syarikat bertaraf bumiputera yang berpengkalan di Shah Alam Seksyen 26, Selangor diasaskan oleh Pn. Noor Azian binti Mohamed bersama co-founder Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam bin Mohammed Yusoff.

Syarikat ini bertanggungjawab memasarkan produk minuman berasaskan sarang burung walit asli yang tidak menggunakan bahan sampingan pengawet malahan kami mengutamakan keaslian dan khasiat sarang burung walit sebenar.


Untuk makluman, O2O Smart Store ini bermaksud “online to offline” di mana konsep perniagaan adalah peruncitan dan membuka peluang kepada usahawan di luar sana untuk menyenarai produk mereka di dalam O2O Smart Store. Tambahan lagi, Syarikat telah menyediakan ruang sejumlah 30% dalam kedai kepada usahawan tanpa sewaan (listing fees). Ini merupakan salah satu konsep WAKAF yang diperkenalkan oleh syarikat.



Dalam perjanjian ini, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O Smart Store, Syarikat QR- Pay juga menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet) yang mana konsep pembayaran dalam talian ini membuka peluang kepada masyarakatnya khususnya. Ini satu-satunya konsep peluang yang baru diperkenalkan pada dunia.



QR- Pay adalah system pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu, dan setakat ini sudah lebih 30k ( tiga puluh ribu ) pengguna (user) yang telah download aplikasi kami. Jumlah deposit masyarakat yang menggunakan e-wallet QR-Pay kini pula telah melebihi RM32juta setakat 4 bulan lepas. Untuk makluman, e-wallet QR-Pay ini kami gelarkan SuperApps kerana menyediakan banyak perkhidmatan dalam satu applikasi. Lebih menyeronokkan applikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya.

Sementara itu, Panpay Holdings Sdn Bhd adalah Syarikat yang mempunyai lesen dibawah Akta 500 daripada KPDNHEP yang menyediakan satu program iaitu Program Pembagunan Usahawan Waqaf. 


Di mana program ini telah berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan yang telah mengikuti program ini yang satu satu nya di Malaysia ada simpanan KWSP untuk setiap ahli di syarikat PANPAY. Program ini juga menyediakan GERAN untuk setiap program keusahawanan di seluruh Malaysia.


Pihak SW Gitu Gitu Sdn Bhd juga turut menyumbangkan RM2,000 buat Pusat Jagaan Warga Tua SRA dalam membantu memartabatkan amalan membantu masyarakat tidak mengira dalam apa jua situasi.



Korang kini boleh dapatkan produk Saliva Walit di 16 rantaian kedai O2O Smart Store seluruh Malaysia atau secara online di https://panpaymart.com/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Saliva Walit, anda boleh layari :

Facebook : Saliva Walit

Instagram : salivawalit

CERTAINTY® Dry Pants Membantu Mereka Yang Mempunyai Masalah Kawalan Pundi Kencing

Hi Korang,

Bila dah masuk umur-umur remaja purba ni, masalah terkucil, mudah terkencing secara tiba-tiba walaupun adakalanya tidak banyak tetapi ianya tetap menjengkelkan dan bagi kak lily mengerikan sungguh la kan

Inikan plak bagi mereka senantiasa aktif sepanjang hari.


Kalau nak tahan memang boleh tahan tapi sampai bila kita boleh tahan menghadapi masalah ini. Baru-baru ini kak lily di perkenalkan dengan jenama dari Jepun iaitu Certainty® Dry Pants dari Unicharm yang bukan sahaja boleh digunakan oleh warga emas bahkan untuk golongan dewasa yang ada masalah dengan kawalan pundi kencing.



Untuk info jenama Certainty bukan sahaja ada menawarkan Dry Pants bahkan terdapat juga wet tissue dan juga Dry Tape. Untuk produk dibawah keluaran Unicharm, selain jenama Certainty turut berada di pasaran adalah Lifree yang juga menyokong masalah pelawasan air kencing dan juga boleh digunakan sebagai tuala wanita untuk hari-hari yang haidnya banyak.



Certainty® Dry Pants direka dengan penyerapan berganda yang berfungsi untuk memberi penyerapan secara terus tanpa kebocoran. Ianya dapat mengelakkan pengumpulan bakteria serta tidak mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.


Didatangkan dalam bentuk seluar dengan 2 kali regangan, pinggang elastik sekaligus memberi keselesaan. Paling penting ianya sangat mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berbanding dari segi saiz memang lebih jelas Certainty® Dry Pants lebih selesa untuk mereka yang aktif bergerak. Oleh yang demikan Certainty® Dry Pants bukan sahaja boleh digunakan pada warga emas sahaja bahkan golongan dewasa juga sesuai menggunakannya.


Untuk mereka yang sakit, kurang bergerak boleh disyorkan menggunakan Certainty® Max (pek warna merah) yang mampu menyerap lebih maksimum. Ini terutama mereka yang terlantar di perbaringan agak lama, strok, dimensia (hilang ingatan) dan sebagainya mengikut keperluan


Untuk saiz ada ditawarkan sehingga XXL, bolehlah kak lily belikan untuk ayah kak lily ni, sebab dia payah nak bangun dan bergerak hah.

Namun begitu kita masih juga ada pilihan untuk produk Lifree yang didatangkan dalam bentuk pad yang lebih lebar dan tebal untuk kegunaan harian seperti kebocoran kerana terkucil dan masalah pundi kecing yang agak serius. Produk ini direkabentuk sesuai untuk golongan wanita sahaja.


Contohnya jika ibubapa korang menggunakan produk Dry Tape bolehlah menggunakan sekali bersama Lifree Pad yang mempunyai ciri seperti berikut:

✅ Pad yang dapat menyerap dengan memberi perlindungan kebocoran maksimum

✅ Penyerapan cepat dengan dengan rekaan 3D

✅ Menghilangkan bau dengan AG+

Kak lily amat gemarkan semua produk keluaran Unicharm ini.

Bukan sahaja boleh cadangkan dari segi kualiti, bahkan dengan sokongan rekaan terkini memberi rasa lebih selesa dan selamat digunakan untuk kegunaan setiap hari.



Terima kasih Project Butterfly Malaysia dan team Certainty + Lifree Unicharm di atas penganjuran bengkel yang cukup bermakna, padat dan penuh berinformasi.

Dengan Certainty dan Lifree kita pasti akan lebih yakin diri dalam menyokong gaya hidup harian yang aktif.

Boleh dapatkan di sini: https://shorturl.at/fmzCF


Nak cuba dulu sebelum beli, tebus free sample: https://www.certainty.com.my/sample-request/

Thursday, October 26, 2023

Royal Alloy X Masdo, Kolaborasi Pencipta Gelombang Klasik & Moden Skuter Klasik 'Youth Edition'

Hi Korang,

Sebuah jentera skuter klasik dengan teknologi moden, sebuah kugiran yang berjaya memecah belahkan paksi dan minat muzik retro dalam dunia masa kini buat julung kalinya berkolaborasi.


Sudah tentu kolaborasi Royal Alloy, jenama dari United Kingdom dengan kugiran Masdo yang sudah menebarkan harum seni mereka ke seluruh Nusantara ini adalah satu usaha mantap, bergaya dan mantap.

Gabungan Royal Alloy dan Kugiran Masdo ini kemudian menjadi intepretasi kepada kuasa tarikan di antara retro dan moden yang menambah gaya kehidupan masa kini dan tentu sekali bakal menjadi nostalgia yang tidak akan mati.

“Adalah sebuah kejayaan apabila Royal Alloy Malaysia dapat menjalinkan kolaborasi dengan band muzik yang sangat berbakat besar, popular dan cukup diminati bukan hanya di Malaysia tetapi sehingga Singapore Indonesia dan Brunei.


“Buat Royal Alloy Malaysia, pemilihan Kugiran Masdo sebagai ‘iklan bergerak’ kami adalah selaras dengan jentera skuter yang bergaya klasik tetapi berteknologi moden sementara Masdo pula adalah para pemuzik generasi kini yang moden tetapi membangkitkan keghairahan terhadap karya-karya bernuansa retro.

“Kolaborasi Royal Alloy X Masdo ini akan mencipta nostalgia sama seperti berdekadnya penjenamaan jentera kami menemani kehidupan para penggunanya,” ujar Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim dari Royal Alloy Malaysia.



Royal Alloy X Masdo ini juga menurut Dato’ Nik lagi, akan mencipta gelombang baharu dalam pengguna jentera skuter.

“Jika skuter mungkin pernah popular pada satu-satu era dan dianggap digunakan oleh segelintir golongan, namun menerusi kolaborasi Royal Alloy X Masdo kami mahu mencipta gelombang dengan melihat lebih banyak generasi muda menunggang skuter di jalan raya,” katanya lagi.


Bagi Masdo yang dianggotai Ali Sariah, Putuceri dan Asmawi lamaran berkolaborasi dengan jenama jentera skuter yang tersohor ini sebagai sebuah pengiktirafan buat mereka sejak terbabit dalam dunia seni pada 2015 tahun.



Kolaborasi Royal Allay x Masdo juga menjadi lambang selain bakat dan mutu muzik yang diketengahkan, imej retro diperkenalkan kugiran tersebut kepada umum membuat penjenamaan mereka kuat.

“Menerima lamaran Royal Alloy Malaysia untuk projek atau kolaborasi ini ibarat bulan jatuh ke riba dan membuat Masdo mahu terus ‘Bercanda Di Malam Yang Indah’.

“Ia adalah sebuah penghormatan buat Masdo menjalin kerjasama dengan jenama yang sudah dikenali sejak berdekad lamanya. Kami berharap Royal Alloy x Masdo akan mencapai matlamat seperti yang diinginkan.


“Mari kita menikmati hidup dalam aroma retro tetapi moden sama seperti Royal Alloy dan Masdo,” ujar Ali Sariah.

Menerusi kolaborasi yang telah dimerterai, Royal Alloy x Masdo keluar dengan skuter edisi khas terhad yang diberi julukan Dinda bersempena dengan judul salah satu hit popular kugiran tersebut.

A World-First: ROYAL ALOY X KUGIRAN MASDO EDISI TERHAD

ROYAL ALLOY X KUGIRAN MASDO LIMITED EDITION mewakili pencapaian penting untuk Royal Aloi, menjadi yang pertama seumpamanya di seluruh dunia.

Siri luar biasa ini akan menampilkan tiga model luar biasa:
• GP 125 (Julat Harga: RM18,000 – RM20,000)
• GP 180 (Julat Harga: RM23,000 – RM25,000)
• TG 250 (Julat Harga: RM28,000 – RM30,000)

Tandai Kalendar Anda: Pelancaran Rasmi pada S1/2024

Peminat MASDO akan berbesar hati untuk mengetahui bahawa ROYAL ALOI – KUGIRAN MASDO EDISI TERHAD dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada suku pertama 2024.

Setiap unit dalam siri edisi terhad ini akan dikeluarkan secara baharu di kilang kami, lengkap dengan siri dan pensijilan. Pemilik boleh mendaftarkan pemilikan berharga mereka di laman web rasmi ROYAL ALLOY untuk memastikan ketulenan dan melindungi pelaburan berharga mereka.

Kerjasama Kreativiti dan Gaya

ROYAL ALLOY X KUGIRAN MASDO LIMITED EDITION adalah gambaran sebenar warisan dan gaya kedua-dua jenama. Setiap aspek, daripada reka bentuk dan warna istimewa kepada aksesori tersuai dan bahagian prestasi, diselitkan dengan input kreatif KUGIRAN MASDO. Kerjasama ini dengan lancar menggabungkan intipati dan imej jenama ROYAL ALLOY dan KUGIRAN MASDO, menjadikan edisi terhad ini mesti dimiliki oleh pengumpul dan peminat.


Lindungi Secebis Sejarah Anda

Pelabur dan peminat yang berminat untuk memiliki sebahagian daripada siri edisi terhad ini boleh membuat pembelian mereka melalui pautan khas yang akan dikongsi di platform media sosial rasmi MASDO dan ROYAL ALLOY.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pengeluaran adalah terhad kepada hanya 500 unit (200unit GP125, 200unit GP180 & 100unit TG250). Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang unik ini, kami menggalakkan peminat untuk bertindak pantas.

Jadi Sebahagian daripada Tumpuan: Sertai Video Muzik KUGIRAN MASDO Seterusnya

Dalam sentuhan yang menarik, 50 pembeli pertama mana-mana model ALOY DIRAJA akan berpeluang menyertai video muzik KUGIRAN MASDO seterusnya. Nantikan maklumat tambahan tentang cara membuat pesanan anda dan membuat pembelian anda – butiran akan dikeluarkan tidak lama lagi. 

Nantikan kemas kini!

Syarikat Mofaz Motosikal Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 1980 kini menjadi pengedar tunggal Royal Alloy di Malaysia.


Untuk info lanjut boleh check it out di

Instagram : @royalalloy.my & @kugiranmasdo