Monday, October 9, 2023

Karnival Halloween dan Fun Run di Pavillion Bukit Jalil

Hi Korang,

Karnival Halloween & Fun Run Malaysia anjuran M-150 Energy Drink Malaysia akan berlangsung pada14 dan 15 Oktober di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.


Pelbagai aktiviti menarik disediakan di 100 booth di Piazza. Selain itu turut diadakan Fancy Dress Run untuk jarak 3km dan Fun Run sejauh 8km.

Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti:-

· Local Textile Competition: Pamerkan kreativiti dengan rekaan tekstil tempatan.

· Aktiviti Melukis Batik: Ekspresikan bakat seni anda melalui lukisan batik

· Pertunjukan Fesyen Autisme: Saksikan paparan fesyen yang mempesonakan gabungan tradisional dan gaya kontemporari semuanya menyokong Kanak-kanak Austistik.

· Pencarian Harta Karun: Terlibat dalam pencarian harta karun yang mendebarkan dengan pelbagai kejutan

· Dan pelbagai lagi


Turut diadakan persembahan dari selebriti seperti Kaka Azraff, Sid Murshid, dan Talitha Tan. Oh ya, pelbagai hadiah ditawarkan untuk cabutan bertuah seperti TV 65-inci, wang tunai RM10,000 dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk daftar di https://www.racexasia.com/event/m-150-halloween-fun-run-and- carnival-2023-hfrc23 dan menjadi sebahagian daripada acara larian paling menarik dan unik yang pernah ada di Malaysia!

Saturday, October 7, 2023

Konsert Galau Singapura , malam penuh ‘healing’ - Sufi Rashid

Hi Korang,

Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.

Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.


“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.

“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.

“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,”katanya.

Berkongsi lanjut mengenai konsert, kata Sufi, Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv dan Kangen Band.

Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.

Bagaimanapun, kata Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.

Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.

 Selain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.

“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.

“Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.

“Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana Konsert Galau Singapura juga ada!”katanya.

Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.

Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.

Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman 'Galau' yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.

Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg

Thursday, October 5, 2023

Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia

Hi Korang,

Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. 



Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah[1]. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.

Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.


Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.”

Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.

Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang[2] dan otot mereka.

Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050[3]. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.

Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.

“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.


Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.

Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral.

Satu kajian[4] mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian[5] menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.

Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif. Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.

Untuk maklumat terperinci tentang lokasi dan tarikh Anlene Mobility Check, sila layari https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html.


*Data laporan NielsenIQ melalui Retail Index Service untuk segmen Dewasa untuk tempoh 52 minggu berakhir 31 Oktober 2022, pasaran semenanjung Malaysia. (Copyright © 2022, NielsenIQ.)




[1] Berdasarkan data yang dikumpul daripada Anlene Mobility Check (untuk keputusan imbasan tulang yang berada dalam kategori risiko 'sederhana' dan 'tinggi') dari Mei 2022 hingga April 2023, bagi dewasa berumur 45 tahun dan ke atas.

** RNI for adults 45+

[2] Kruger, M.C., Todd, J.M., Schollum, L.M. et al. (2013) Bone health comparison in seven Asian countries using calcaneal ultrasound. BMC Musculoskelet Disord 14, 81

[3] Cheung et al (2018) Osteoporosis and Sarcopenia, 4, 16-21

[4] Kruger et al. (2010), Bone, 46(3), 759-767

[5] Soga et al. (2015) Nutrition Journal, 14, 85