Thursday, August 24, 2023

F&N Meraikan 140 Tahun dengan Memberi Penghormatan kepada Warisan dan Sokongan Teguh oleh Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Fraser & Neave Holdings Bhd ('F&NHB' atau 'Kumpulan'), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”


F&NHB komited dalam menyampaikan "Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati" dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama. Tema ulang tahun, "Kisah Kita… Selamanya," mengabadikan intipati tradisi yang berharga ini, di mana produk F&N telah menjadi pemangkin untuk menjalin hubungan mesra di kalangan orang tersayang.

“F&N berbesar hati untuk mendapat penghormatan sebagai sahabat teguh untuk semua generasi rakyat Malaysia. Dalam meraikan warisan kami, kami juga teruja dan bersemangat dalam mengembangkan era pertumbuhan dan transformasi yang lestari secara menyeluruh pada masa yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB Lim Yew Hoe.

Kini, F&NHB boleh didapati di 89 negara dan akan terus mengembangkan perniagaannya melalui pemerolehan strategik dan meluaskan jejaknya merentasi rantaian nilai makanan dan minuman. Diperkukuhkan dengan integrasi produk Sri Nona dan Cocoaland baru-baru ini ke dalam portfolionya, sektor makanan Halal berbungkus merupakan tonggak pertumbuhan yang menggalakkan untuk F&NHB. Langkah ini membolehkan F&NHB memenuhi cita rasa yang pelbagai di kalangan masyarakat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.


Dalam meneruskan pertumbuhannya, komitmen utama kumpulan F&NHB tertumpu kepada kelestarian kerana ia membentuk landskap masa depan Malaysia.

Dalam menggariskan komitmen ini, Lim berkongsi bahawa kumpulannya sedang giat membangunkan ladang tenusu bersepadu terbesar di Malaysia, dengan seluas 2,726 hektar di Gemas, Negeri Sembilan, yang akan menghasilkan 100 juta liter susu segar setiap tahun dalam Fasa 1 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, bagi memenuhi aspirasi F&NHB untuk membekalkan susu segar ke setiap rumah di Malaysia.


Selain ladang tenusu, rancangan F&NHB untuk menggabungkan tanaman makanan ternakan dalam ladang itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap makanan ternakan hasil import. Ladang itu juga akan direka bentuk berdasarkan pertanian lestari, amalan ekonomi bulat dan teknologi hijau.

Sejak tahun 2020, F&N telah mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dengan memasang sistem fotovoltaik suria (PV), bumbung terbesar di Malaysia di kilangnya. Dengan 11,000 panel solar di kilang Shah Alam, tenaga solar yang dijana kini menyumbang lebih daripada separuh penggunaan elektrik untuk menghasilkan 100PLUS, minuman Isotonik No. 1 di Malaysia. Berikutan kejayaan ini, 100PLUS akan membawa lambang "Solar" dalam pembungkusannya.

Selain daripada tenaga boleh diperbaharui, F&N komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar dalam rantaian nilainya. Ini termasuk pelan hala tuju untuk menggunakan 100% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO menjelang 2025 dan mempertingkatkan pekeliling pembungkusan produknya. Untuk 2023, kumpulannya akan menggunakan 60% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO dan 40% kredit RSPO. Sementara itu, 25% daripada minuman dan pembungkusan tenusu diperoleh daripada bahan kitar semula. F&N juga terlibat dalam meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid sekolah melalui Program Kitar Semula Sekolah F&N dimana program tersebut melibatkan 1,300 sekolah di seluruh negara.

Dedikasi F&NHB terhadap kelestarian telah menempatkan F&NHB di kedudukan peratusan 1 teratas global dalam Supersektor Makanan dan Minuman bagi indeks FTSE4GOOD ESG dalam senarai Jun 2023 yang dikaji oleh Bursa Malaysia, bukti amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat.

"Kami mengambil penganugerahan ini dengan rasa bangga dan tanggungjawab untuk melakukan lebih baik lagi untuk generasi akan datang. Dalam mengembangkan pertumbuan yang menguntungkan, kami tetap sedar bahawa matlamat kami mesti dicapai dengan cara yang paling lestari," kata Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail.

“Semua pencapaian masa lalu dan kemajuan masa depan hanya boleh dicapai dengan sokongan berterusan dari pelanggan kami selama ini. Kami teruja dalam memandang kearah masa depan untuk membina kepentingan bersama pemegang taruh kami dalam mewujudkan perniagaan, masyarakat, dan planet yang lebih baik bersama-sama dengan komuniti yang kami berbakti bersama,” tambah Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail.


Sambutan Ulang Tahun ke-140 F&N akan berlangsung dari 23hb hingga 27 Ogos 2023 dengan jerayawara khas di Oval Atrium, LG Concourse Level, di 1Utama Shopping Centre. Para tetamu boleh mencipta kenangan bersama F&N melalui aktiviti menarik di 'Pekan F&N'. Mereka juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga skuter Vespa edisi terhad di jerayawara Ulang Tahun ke-140 F&N.

Sambutan itu dirasmikan oleh Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail, En. Hui Choon Kit, Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave, Limited, bersama En. Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB dan beberapa ahli Lembaga Pengarah F&NHB. Turut hadir bersama ialah duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, yang menyertai sambutan ulang tahun itu bersama-sama tetamu di jerayawara.

Tonton cerita ulang tahun F&N ke-140 kami di sini : https://www.youtube.com/watch?v=lVdyS-MjAWo

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, ikuti @fnn_malaysia.

#FNN140

Wednesday, August 23, 2023

Projek57 & PACS Meningkatkan Sokongan kepada Komuniti Orang Asli, Bina Prasekolah Baharu

Hi Korang,

Seiring dengan persiapan negara untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dan Hari Malaysia, semangat perpaduan dan kemerdekaan kian terasa. Bagi Projek57, sebuah perusahaan sosial di mana projek komunitinya adalah berinspirasikan wawasan keterangkuman Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, matlamatnya untuk menggalakkan harapan di kalangan rakyat Malaysia sambil meningkatkan kehidupan anak-anak muda yang kurang bernasib baik telah mencapai tahap baru tahun ini.


Projek57 bersama penyokongnya telah mengumpul dana dan membina sebuah prasekolah baru untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Pendaftaran pertama akan melibatkan 25 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pada Januari 2024.

Dengan sebahagian besar inisiatif Projek57 tertumpu kepada kanak-kanak Orang Asli yang kurang bernasib baik sejak ditubuhkan pada tahun 2015, Projek57 percaya bahawa penerapan nilai pendidikan dari usia muda merupakan faktor utama dalam mencapai kehidupan yang bermatlamat.

Pengasas bersama Projek57, Syed Sadiq Albar berkata, "Pendidikan boleh menjadi kesaksamaan yang luar biasa. Ia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk maju tanpa mengira latar belakang, bangsa, atau budaya. Sebab utama kami memulakan projek prasekolah ini adalah untuk mempersiapkan kanak-kanak Orang Asli dengan lebih baik untuk ke sekolah rendah yang lebih mencabar untuk kumpulan yang kurang bernasib baik. Dengan membantu mereka memulakan perjalanan pendidikan mereka dari usia muda dengan peralatan yang sesuai dan makanan berkhasiat, mereka akan dapat permulaan yang lebih baik dan semoga ini dapat membantu mereka untuk terus belajar dan berkembang maju.”

Menurut Projek57, sekitar RM100,000 diperlukan setiap tahun untuk mengekalkan operasi prasekolah dan infrastrukturnya. Ini termasuk menyediakan makanan harian yang sihat untuk semua kanak-kanak semasa tempoh persekolahan.

Tambah Syed Sadiq, “Projek prasekolah ini direka secara modular dan boleh direplikakan dengan mudah di lokasi dan komuniti lain yang memerlukan kemudahan pendidikan sedemikian. Kami percaya bahawa prasekolah awal ini dapat menjadi pemangkin untuk membina lebih banyak prasekolah dibina, dengan lebih banyak rakan kongsi yang mempunyai nilai teras yang sama.”

Sumbangan Prudential Ampri Cleanroom Services (PACS) iaitu penyokong tegar Projek57 telah memainkan peranan penting dalam usaha kolaboratif untuk membina prasekolah dari awal.

Ketua Pegawai Eksekutif PACS, Phng Wee Kiat, mengongsi nilai-nilai patriotik Projek57 dan kasih sayang terhadap negara. Beliau berkata, "Kami memilih untuk bekerjasama dengan Projek57 kerana matlamat mulia mereka untuk menyediakan sokongan pendidikan dan peluang lain bagi perkembangan berterusan Orang Asli. Sebagai rakyat Malaysia, Orang Asli juga memerlukan pertolongan kami untuk membantu kemajuan masyarakat mereka. PACS amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada projek prasekolah ini untuk memperkasa melalui kesaksamaan pendidikan.”

Perkongsian ini akan diteruskan dengan Projek57 sebagai platform tanggungjawab sosial korporat utama PACS. Selain daripada program prasekolah perintis dan rancangan untuk mereplika program tersebut untuk membina prasekolah di bahagian lain negara ini, ia juga termasuk penglibatan kakitangan PACS dan jualan barangan Projek57 untuk mengumpulkan lebih banyak dana bagi projek-projek masa depan.

Collin Swee, pengasas bersama Projek57, berkata “Perpaduan tetap menjadi matlamat Malaysia yang diperjuangkan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya. Kami telah dapat meningkatkan kesedaran dan sokongan yang lebih besar bagi komuniti kurang bernasib baik di Malaysia menerusi usaha kami ini. Dengan ‘Unity Ribbon’, inisiatif lain, dan penjualan barangan, kami berharap untuk menyentuh lebih banyak kehidupan dan terus membakar harapan seluruh rakyat Malaysia seiring dengan pembangunan negara."

Simbol akrab yang berhubung kait secara rapat dengan tujuan Projek57 iaitu Unity Ribbon, telah diilhamkan oleh Jalur Gemilang.



Pertama kali diperkenalkan pada 2018, ‘Unity Ribbon’ kini telah direka semula menjadi pewter. Dibuat oleh Royal Selangor, versi baru ‘Unity Ribbon’ yang menarik ini akan dijual setiap satu pada harga RM63, dan 100% daripada keuntungan yang dijana daripada jualan akan digunakan untuk membiayai program-program Projek57. Pewter ‘Unity Ribbon’ ini boleh dibeli di semua kedai dan bilik pameran Royal Selangor. Selain itu, kain ‘Unity Ribbon’ masih boleh dibeli secara dalam talian dari Projek57 dan di semua cawangan Pos Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.projek57.com/ atau lawati laman Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57, laman Twitter di https://twitter.com/projek_57 atau laman Instagram di https://www.instagram.com/projek57/.


Tuesday, August 22, 2023

Tambang Penerbangan Hebat: Agoda Mendedahkan Laluan Penerbangan Domestik, Serantau dan Antarabangsa Termurah Dari Malaysia

Hi Korang,

Dalam mendepani kemelut inflasi, para pelancong seantero dunia sentiasa mencari tawaran terbaik yang tersedia. Bagi memudahkan para pelancong mendapatkan tawaran sedemikian, platform pelancongan digital Agoda berkongsi laluan penerbangan termurah yang telah ditempah oleh para pelancong dari Malaysia menerusi platform Agoda pada awal Ogos.



Dengan adanya ribuan laluan penerbangan dari Malaysia untuk dipilih di Agoda, para pelancong dari Korea mempunyai akses kepada tambang yang bermula serendah RM42. Tambang penerbangan termurah Malaysia telah menduduki tempat ketiga di antara 10 pasaran Asia Pasifik bagi tambang penerbangan domestik terendah. Thailand dan Filipina berkongsi tempat pertama – masing-masing menawarkan harga penerbangan domestik bernilai RM37.

Dalam peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat pertama dengan tambang penerbangan ke Singapura bernilai RM56. Laluan penerbangan Kuala Lumpur – Sydney, yang merupakan penerbangan termurah dari Malaysia dalam ranking antara benua, menduduki tempat ke-6 dengan harga tempahan RM934. Warga India menikmati tambang penerbangan antara benua yang paling berpatutan di mana penerbangan dari Delhi ke Dubai boleh didapati pada harga RM418 sahaja.

Menurut Pengarah Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson: “Adalah hebat melihat para pelancong menemukan tawaran penerbangan yang menakjubkan di Agoda. Tawaran sebegini membuktikan bahawa adanya promosi hebat yang boleh didapati sekiranya anda bersedia untuk bersifat fleksibel dengan syarikat penerbangan, laluan dan masa penerbangan. Harga tambang sudah tentu akan berubah seiring dengan peningkatan dalam permintaan, dan kami berusaha untuk membantu anda mendapatkan harga terbaik pada bila-bila masa sahaja anda bersedia untuk menaiki penerbangan, baik penerbangan domestik, serantau, mahupun merentas benua.”

Tambang penerbangan paling berpatutan dari Malaysia:

Domestik: Kota Bharu (KBR) -> Kuala Lumpur (KUL), RM42

Laluan penerbangan domestik termurah yang ditempah di Malaysia berlepas dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Destinasi penerbangan tersebut ialah Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Penerbangan ini, dengan tempoh sekitar 70 minit, telah ditempah sekitar awal bulan ini dengan harga RM42 sahaja, menjadikannya antara penerbangan termurah yang telah ditempah menerusi platform Agoda.

Serantau: Kuala Lumpur (KUL) -> Singapura (SIN), RM56

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditempah dengan harga sekitar RM56 sahaja. Negara jiran, Singapura yang terkenal dengan persekitaran yang bersih, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai tarikan lain hanyalah sejarak penerbangan berdurasi 70 minit.

Antara benua: Kuala Lumpur (KUL) -> Sydney (SYD), RM934

Dari Opera House dan Harbour Bridge yang terkenal di seluruh dunia hingga ke Blue Mountains dan Pantai Bondi… ramai akan bersetuju bahawa Sydney adalah antara destinasi terbaik untuk menikmati pengalaman di Australia. Penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Sydney telah ditempah pada awal bulan ini dengan hanya RM934.

Agoda telah mengambil kira tambang keseluruhan bagi setiap penumpang, termasuk cukai dan caj tambahan, di sepuluh pasaran merentasi Asia Pasifik. Tambang-tambang ini merupakan tambang termurah yang didapati daripada tempahan sebenar melalui platform Agoda dari 1 Ogos hingga 14 Ogos bagi perjalanan sekitar September dan Oktober tahun ini.

Agoda telah membina reputasi di persada antarabangsa selaku sebuah platform tempahan pelancongan dalam talian bagi hotel dan rumah percutian dan telah menyaksikan tempahan penerbangan mengambil tempat semenjak pelancaran platform tersebut pada tahun 2019. 

Kini terdapat 130,000 laluan penerbangan tersedia untuk ditempah menerusi platform Agoda.