Monday, August 21, 2023

Bluberries Wonders Workshop Anjuran OREGON Washington Bluberries, Banyak Info Dapat Di Pelajari

Hi Korang,

Hari tuh sempat kak lily sertai bengkel masak-masak Blueberries Wonders di KL Wellness City, Bukit Jalil. Ermm seronok betul dapat jumpa rakan-rakan influencers yang lelain jugak hah.


Sebelum acara bermula haruslah bergambar-gambar seperti biasa kan, itu adalah perkara wajib bagi ktorang influencers comey nie hehehhe

Pelbagai aktiviti disediakan penganjur Oregon Washington Blueberries, di antaranya seperti perkongsian informasi tentang manfaat buah blueberries, demonstrasi masakan dan aktiviti menyediakan resepi menggunakan buah blueberries.


Encik Eddie Saw wakil dari Total Market Solutions telah berkongsi kebaikan blueberries yang kini mendapat perhatian sebagai buahan yang hebat dengan ciri antioksida dan bagaimana kepentingan buah blueberries ini dalam diet harian.

Seterusnya slot perkongsian mom influencer Iman Azman yang turut berkongsi mengapa beliau memilih blueberries sebagai ruji dalam diet. Ini adalah kerana blueberries dapat memberi nilai pemakanan yang luar biasa dan serba boleh yang boleh dimasukkan ke dalam hampir semua hidangan dan minuman.


“Anak-anak kecil saya sangat sukakan blueberries dalam kek cawan. Sebagai ibu saya berasa lebih yakin untuk menambah bahan-bahan segar dan berkhasiat ke dalam snek dan minuman kegemaran mereka” kata Iman lagi





Acara masak-masak diserikan lagi kehadiran Chef Zie Zie, yang menunjukkan demonstrasi masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl . Kami semua berpeluang menyaksikan sendiri gabungan perisa blueberries dapat menjadikan hidangan lebih enak dan manis secara semulajadi.




Selain daripada menyaksikan demo masakan, kami juga sempat belajar dan membuat sendiri Tart Mini Keju Krim Blueberry serta Minuman Blueberry Colada yang cukup menyegarkan.

Simple bebenau wei… boleh buat sendiri di rumah jer


Sebelum pulang, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Dan kami semua sempat menikmati hidangan yang cukup enak disediakan oleh pihak penganjur, Oregon Washington Blueberries.

Apa yang penting buah blueberries, merupakan buah bersaiz kecil yang kaya dengan antioksida. Ianya dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan serta menguatkan sistem imun terutama dalam menyokong kesihatan jantung.


Buah blueberries bebas kolesterol, kaya dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan hebat kepada mereka yang menggayakan gaya hidup yang sihat. Oregon Washington Blueberries dipilih dengan teliti, hanya blueberries berkualiti terbaik sahaja dipilih.


Jangan lupa untuk dapatkan Oregon Washington Blueberries di pasar raya dan kedai runcit utama.


Thursday, August 17, 2023

Sambut Merdeka Dengan Lebih Meriah Bersama Menu Terbaharu TONY ROMA’S ‘PLATE TRIO-TIC’

Hi Korang,

Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’. Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.


Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini boleh didapati bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s. Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa. 


Trio Feast Platter A (RM163.90++) menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan. Manakala Trio Feast Platter B (RM189.90++) pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola. 

Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++), Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.


Komited untuk Menghidangkan Hidangan yang Penuh Kepuasan dan Inklusif untuk Semua Rakyat Malaysia. Tony Roma’s Kini Disahkan Halal oleh JAKIM.

Berbekalkan komitmen yang teguh untuk kualiti makananannya dan pengalaman inklusif buat pelanggan, Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.

“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma's Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini. Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi. Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pihak JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.


Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal. Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia. Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa. Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba.



Tony Roma’s ialah jenama ternama berasal dari Florida, Amerika yang kaya dengan legasinya merentasi lima benua. Sebagai salah satu jenama tertua dan terkemuka dalam industri, ia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, membolehkannya untuk terus berkembang ke pasaran global. Perluasan jenama ini turut tiba di Malaysia, di mana cawangan sulungnya telah dibuka di Sunway Pyramid pada tahun 2006. Sejak itu, Tony Roma’s telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan hidangan tulang rusuk, makanan laut, stik, dan hidangan istimewa yang lain, reputasi jenama ini kian melonjak di kalangan rakyat Malaysia. Menghidangkan layanan mesra dan suasana meriah, Tony Roma’s menjadi tempat yang digemari ramai untuk berkumpul dan meraikan detik-detik istimewa.


Penghantaran makanan dan pesanan bawa pulang tanpa sentuh (contactless takeaway) di Tony Roma’s boleh didapati di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. 

Ikuti berita terkini tentang tawaran, promosi, dan banyak lagi di Facebook Tony Roma’s (@TonyRomasMalaysia) dan ikuti Tony Roma’s di Instagram (@trmalaysia). 

Sertai sambutan ini dan kongsikan pengalaman anda di hashtag #TonyRomasMalaysia dan #TimeforTR #platetriotic.


Tuesday, August 15, 2023

Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama SKEYNDOR

Hi Korang,

Lama betul tak join beauty workshop ni lah.

Bukan apa bengkel kecantikan seperti ini banyak mengajar betapa pentingnya penjagaan kulit muka. Penjagaan wajah memang sangat penting dan perlu dijadikan amalan setiap hari Apabila kulit wajah sihat dan berseri-seri, kita tidak lagi bergantung kepada keajaiban mekap ataupun filter yang didatangkan dalam fungsi telefon pintar yang ada pada hari ini.


Baru-baru ini kak lily telah menyertai Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama Jenama Skeyndor (No-Makeup Beauty Workshop) untuk mengetahui cara yang betul penjagaan wajah.

Pelbagai tips cara penjagaan wajah dapat kak lily pelajari sepanjang bengkel.




Apa yang menarik, bengkel ini juga memerlukan setiap peserta melakukan sendiri dari langkah pertama pembersihan wajah sehinggalah ke penjagaan akhir iaitu memakai krim pelindung matahari.

Menggunakan produk-produk hebat Skeyndor seperti:-


Expert Cleanse Pro
siri penjagaan wajah yang mempunyai 3 fasa mudah. Ianya dapat membersih secara mendalam (deep cleansing) agar wajah benar-benar bersih.


Multimask Power Ritual
Terdapat 3 jenis mask waajah iaitu +Luminosa (bright), +Hidratada (moisturised) dan +Purificada (Purified).

Intensive Beauty Ritual
7 unik concentrate untuk 7 hari.

Hyaluron Filler Base
Di jadikan asas permulaan makeup

Protection Cream (Protection Solar)
Ianya berfungsi untuk melindungi wajah dari cahaya matahari.


Selepas ikuti semua langkah dan menggunakan produk-produk Skeyndor memang kita akan rasa kelainan pada wajah. Kesannya juga agak pantas dan ketara. Kulit rasa lebih bersih, cerah dan anjal.


Banyak juga tips dari perkongsian yang diberikan oleh pakar kecantikan Skeyndor . Antaranya sangat penting dalam penjagaan wajah kita perlu lakukan dengan penuh rasa kasih dan lembut. Wajah perlu dibelai-belai dan dimanja-manjakan.


Selepas bengkel ada juga sesi cabutan bertuah. pemenang giveaway dan penyampaian sijil pernyertaan kepada semua peserta. Jamuan ringkas disediakan oleh Grind & Ground Cafe dan semua makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap.

Terima kasih Skeyndor atas penganjuran bengkel kecantikan yang cukup menyeronokkan.





Sedikit Info Tentang Skeyndor

SKEYNDOR bermula pada tahun 1966 dengan misi menghasilkan produk inovasi berterusan. Sentiasa konsisten mendapatkan penemuan baharu selaras dengan konsep "Sains Mencipta Kecantikan". Apa yang pasti hasil penemuan adalah terbukti secara saintifik terbaik menerusi kajian keberkesanan.

Skeyndor ialah jenama penjagaan kulit No. 1 di Sepanyol dan diiktiraf sebagai lima belas jenama kosmetik profesional terbaik di dunia. Jenama ini telah memasuki di lebih 55 negara. SKEYNDOR juga mempunyai pasukan pakar teknikal dan jabatan R+D+I sendiri serta bekerjasama dengan Majlis Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CSIC) bagi penemuan bahan aktif baharu.