Wednesday, August 9, 2023

Jom Join Contest Slurpee x Fanta

Hi Korang,

Kedai serbaneka yang kak lily paling suker sekali adalah 7-Eleven yeahh!!

Sebab banyak makanan ringan mahupun makanan grab to go yang sedap-sedap belaka, termasuklah Slurpee.


Kalau korang nak tau yang Slurpee merupakan minuman yang mempunyai pelbagai perisa yang boleh di campurkan dan di sediakan sekali bersama ais yang telah pun di kisar. Memang enak di hirup begitu sahaja di musim panas-panas terik ketika ini.

Oh ya untuk semua peminat Slurpee di seantero negara


Ada sesuatu yang bakal menggembirakan korang tau

Slurpee kini bekerjasama dengan FANTA! Alah air minuman yang fames tuh dengan mengadakan contest Slurpee What The Fanta?

Caranya sangat mudah.

Korang hanya kena meneka apakah perisa air Slurpee yang terdapat di mesin Slurpee ini.

Mungkin perisa berries, anggur, bubble Gum dan sebagainya.

Bolehkah anda teka apa perisanya? sama ada Beri, Anggur, Bubble Bum & sebagainya


Hantarkan tekaan korang dengan hanya scan QR code yang telah pun di sediakan di setiap mesin Slurpee ini dan isikan butir-butir yang di perlukan.

Senangkan!!

Contest bermula dari 1 Ogos – 14 September 2023

Limited edition WTF enamel pin yang boleh korang memenangi

Meh cepat sertai sekarang!!


Untuk info lanjut boleh ke 7-Eleven social media page (FB/IG/TikTok) bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Slurpee What The Fanta Contest



#Team7E #Slurpee 
#7ExFanta #My7E 
#Sedap #Slurpee 
#Whathefanta
#Lebihonzdenganslurpee 
#Team7E

Friday, August 4, 2023

KOPETRO RAIKAN PEMENANG KEMPEN JOM CUTI SAKAN

Hi Korang,

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel meraikan pemenang kempen Jom Cuti Sakan di Ketumbar by Rathnor, Megan Avenue II, di sini. Sejumlah 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung pada 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu.


Para pemenang telah dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000. Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel. Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.

Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut dengan mendapatkan pakej pelancongan dan pelbagai servis melalui KOPETRO Travel.

“KOPETRO sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan. Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami dan dalam masa sama, menghargai segala sokongan yang diberikan oleh mereka,” ujar Roslan.


Tambah Roslan, yang juga merupakan Pengerusi Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (Fedcoop), KOPETRO Travel, yang merupakan salah satu syarikat di bawah Fedcoop, sentiasa menjaga hubungan baik di antara koperasi dan bekerjasama untuk meluaskan lagi perniagaan di dalam industri pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk dilanggan.

Pada majlis tersebut, Roslan turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada KOPETRO Travel dan juga barangan keluaran KOPETRO yang lain secara dalam talian di PETRONAS Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf .

“Melalui kerjasama bersama PETRONAS Shop, produk KOPETRO kini boleh didapati di laman sesawang PETRONAS Shop. Kami yakin produk KOPETRO yang ditawarkan di PETRONAS Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,” tambah Roslan.




Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berkata, kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik untuk syarikat.

“Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah KOPETRO Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan. Melalui kempen terbaharu ini, KOPETRO Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh kempen,” kata Ahmad Shakir ketika ditemui di majlis tersebut.

Tambah Ahmad Shakir, KOPETRO Travel juga akan turut serta di dalam pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1 - 3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Beliau menyeru orang ramai mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan ‘harga runtuh’ di acara itu nanti.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my. Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu.

KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.

KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.

Makan-Makan Di Restoran Mai Kedaghah Puspa Gomen Di Kota Warisan

Hi Korang,

Arituh kan kak lily ke Utara untuk projek makan-makan ya ampun kemain sedap wei sampai siap beli buat bekal lagi. Itulah sampai sekarang masih teringat-ingat lagi hah. Alangkah bestnya kalau hari-hari kita dapat makan menu-menu utara macam laksa, colek, mee celup ermmm terus nak meleleh air liuq kannn

Sekarang tidak lagi yer..


Korang boleh ke kawasan Sepang dekat KLIA ni, boleh dapat dah rasa menu makanan Utara di Restoran Mai Kedaghah.

Selain daripada laksa ada pelbagai makanan belah utara yang sedap-sedap. Boleh dikatakan Restoran Mai Kedaghah ini menawarkan variasi hidangan Padang Besar antaranya seperi Char Kue Teow, Nasi Ayam Penyet. Mukbang Seafood, Garam Belacan bersama jambu dan mangga serta pelbagai lagi.

Restoran Mai Kedaghah ini diusahakan suami isteri tiktoker yang cukup popular iaitu Puspa Gomen dan juga Kasyah.




Kalau korang nak tau yang Puspa Gomen ini cukup terkenal dengan video komedi yang mencuit hati. Mula aktif di platform tiktok sejak tahun 2018 dengan pelbagai jenis konten yang menghiburkan. Untuk info, Puspa Gomen juga ada mengeluarkan single yang bertajuk Abiy Sayang dan kini dalam proses memperkenalkan single keduanya. Puspa Gomen juga pernah terlibat dalam beberapa siri rancangan realiti dan juga pernah berlakon dalam drama bersiri satu ketika dulu.

Mengorak langkah setapak lagi dalam dunia perniagaan, Puspa Gomen dan suami memilih kedai makanan memandangkan mereka berdua memang suka makan dan sangat menghargai masakan tradisi lama dari negeri asal Puspa Gomen iaitu Perlis.

Baru sahaja dibuka pada 16 Julai yang lalu. Lokasi restoran di Sepang dan berdekatan dengan KLIA. Beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Betul-betul tepi traffic light nak ke KLIA tuh, dari jauh dah boleh nampak.



Mehlah kak lily tunjukkan beberapa menu yang sudah pun menambat hati kak lily ni hah.


Laksa
Seriously sangat-sangat rekomen hah sebab kuahnya yang sangat padu dan pekat kerana kaya dengan isi ikan ermm langsung tidak kedekut. Kena makan panas-panas, kalau nak mintak kuah lebih pun boleh tau


Mukbang Seafood
Ada pelbagai jenis hidupan laut didalam satu dulang ataupun talam. Ada sotong, udang, kerang dan pelbagai lagi. Istimewanya diniikmati bersama sos hijau. Memang kak lily syorkan sos hijau homemade ini yang nampak macam pedas namun tidak yer, enak di cicah dengan menu makanan yang lain.


Ikan Miang Pla Pao
Ikan siakap yang digoreng garing, ada suhun dan juga salad. Ikan masih panas-panas dinikmati bersama sos hijau homemade.


Nasi Ayam Penyet
Untuk set nasi ayam penyet didatangkan bersama sambal. Kita boleh pilih samada desit (pedas giler) ataupun manjah (kurang pedas). Selain ayam terdapat juga ikan talapia dan ikan keli


Char Kue Teow
Ini juga antara hidangan yang menjadi tumpuan pelanggan jika datang ke sini. Ada pelbagai jenis Char Kue Teow ditawarkan iaitu samada kerang, ketam, udang dan juga kambing.

Nasi Ayam Kunyit Rohani
Nasi bajet didatangkan dengan ayam goreng kunyit resepi daripada ibunda Puspa sendiri. Set ini juga ada sup. Harga sepinggan RM5 sahaja.


Kerabu Maggi
Rasa padas, masam-masam manis dengan limpahan hidupan laut dan maggi.


Colek Garam Belacan
Istimewa untuk sos garam belacan ini adalah resepi Puspa Gomen sendiri. Memang sedap dinikmati bersama buah jambu dan mangga muda.


Tomyam Goong
Tom yam yang boleh dinikmati samada bersama nasi, mee hoon, kue teow ataupun mee.


Ayam Kiecap Desit
Lebih kurang dengan ayam kicap 3 budak gemuk. Cumanya ayam kiecap desit tidaklah terlalu pedas sangat, pendek kata just nice, tak terlalu pedas hah

Di Restoran Mai Kedaghah memang ada pelbagai jenis minuman tapi dalam banyak minuman di sini kak lily paling rekomen 3 minuman ini.


Ayaq Kedaghah
Sangat besar ya saiz gelas minuman ini. Minuman yang seolah air bandung tetapi tidak diletakkan susu tetapi digantikan dengan laici. Sedap teruk!


Teh Tarik Kedaghah
Minuman panas yang cukup istimewa. Dengan buih-buih yang cukup banyak, seimbang rasa teh dan susu.


Milo Taboq Kedaghah
Begitu juga dengan air milo taboq ini. Juga didatangkan dengan saiz sangat besar dan paling penting ianya tidak manis. Kemanisan sedang-sedang elok sahaja tapi yang best milo yang ditaboq memang banyak ya.

Bagi kak lily, majoriti menu-menu yang ditawarkan di sini kak lily gemarkannya, walaupun nampak biasa sahaja tapi dari segi rasa sangat-sangat enak. Ermm lain kali kak lily akan order lagi menu-menu hebat ini hah




Untuk korang yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan boleh hubungi di talian 012-7020010 (admin untuk Restoran Mai Kedaghah).

Jom kita ke:

RESTORAN MAI KEDAGHAH
22 Jalan KLIA Avenue
Kota Warisan Sepang



Jom LIKE dan FOLLOW mereka sekarang jugak :


IG Link : 

Facebook Link :