Thursday, August 3, 2023

The Bountiful Harvest of Baiyue (Acrobatic Show) Bakal Beraksi Di ENCORE Melaka

Hi Korang,

The Bountiful Harvest of BAIYUE satu persembahan yang menggabungkan budaya, seni dan akrobatik yang luar biasa Yong Tai Berhad di dalam pentas yang cukup berperestij. Persembahan hebat dari akrobat terbaik ini telah mendapat kerjasama daripada Guangxi Cultural Group.


Untuk pengetahuan korang, The Bountiful Harvest of BAIYUE dianjurkan juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Ulang Tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif China (CSP). Sekaligus ianya dapat menarik minat orang ramai untuk datang menonton persembahan yang sarat dengan gabungan unik ekspresi artistik, elemen tradisional dan budaya ekologi.

"Visi saya adalah untuk mengangkat Melaka ke status bandar antarabangsa, saya dan pasukan saya telah berusaha gigih untuk meningkatkan reputasi global dan pengiktirafan Teater Encore Melaka. Berkhidmat sebagai sumber kebanggaan yang amat besar untuk Melaka dan Malaysia, The Encore Theatre berdiri sebagai inisiatif penting untuk seni dan budaya, di samping usaha niaga penting lain dalam fesyen, kesihatan dan AI, semua bahagian penting dalam pelan induk 'City of Hope' yang akan datang, yang saya sedang bersedia untuk mendedahkannya. Dengan kerjasama Guangxi Cultural Group, kami bersama-sama mempromosikan pembangunan seni pentas, memperkayakan bentuk persembahan persembahan tradisional dan bersungguh-sungguh menyokong promosi seni rakyat, memberi nafas baharu kepada warisan budaya kita yang abadi" kata Dato' Leong Sir. Ley, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Yong Tai Berhad yang baharu sejak 10 Mei 2023.


"Sebagai sebahagian daripada dedikasi kami untuk memperkayakan landskap budaya, kami secara aktif berusaha untuk menarik lebih banyak pertunjukan antarabangsa dan tempatan yang berprofile tinggi ke tempat kami. Selaras dengan persiapan kami untuk Tahun Melawat Melaka 2024, persembahan "The Bountiful Harvest of BAIYUE" yang akan datang mempunyai kepentingan yang istimewa, kerana ia mempromosikan seni, budaya dan pelancongan dengan indah. Dan melalui kerjasama ini, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian untuk memperingati peristiwa penting dalam hubungan diplomatik ini yang mengukuhkan lagi ikatan antara kedua-dua negara melalui bahasa seni dan budaya sejagat. Tambahan pula, “The Bountiful Harvest of BAIYUE”, bukan sahaja perayaan seni dan budaya tetapi juga acara penting sempena Ulang Tahun Ke-10 Malaysia & China Comprehensive Strategic Partnership (CSP) tahun ini"  tambah Dato Leong.

BAIYUE Inamori merupakan nadi kepada persembahan ini. Inspirasi daripada rutin harian budaya yang berbeza, persembahan ini menggunakan props artistik kehidupan harian. Pendekatan ini bagi mewujudkan ruang untuk berkreativiti tanpa had dalam akrobatik, menghimpunkan elemen tradisional pelbagai negara dan mempamerkan kepelbagaian unsur Tarian Guangxi dan lagu rakyat lama.

Menerusi persembahan hebat ini, akrobatik Guangxi pastinya akan menjadi tumpuan utama, mempamerkan inovasi dan kepintaran.





Kecemerlangan akrobatik Guangxi yang memukau dengan kemahiran mengintegrasikan alatan pertanian secara kreatif dan alat peraga unik yang juga melbatkan seni kraftangan.

Selain itu, The Bountiful Harvest of BAIYUE dipersembahkan bagi tujuan untuk mempamerkan kehebatan pertunjukkan akrobatik yang menakjubkan, visual yang memukau dan bunyi yang mempesonakan. Apa yang pasti ianya boleh membuatkan penonton berasa kagum dengan kemahiran dan persembahan yang bakal dipertontonkan.

"Kami berbesar hati dan berbesar hati untuk mempersembahkan "The Bountiful Harvest of BAIYUE" buat pertama kalinya kepada penonton Malaysia yang hebat. Rancangan ini menampilkan lebih 60 penghibur yang sangat berbakat dari Institut Seni dan Budaya Guangxi. Dengan visi dan semangat yang dikongsi bersama, kami teruja dengan prospek untuk bekerjasama dengan Yong Tai Berhad untuk membawa lebih banyak rancangan yang cemerlang pada masa hadapan. Kami berharap persembahan yang mempesonakan ini akan diterima dan diraikan, membolehkan warisan dan intipati budayanya yang kaya bergema di dalam hati penonton yang dikasihi" kata Huang Kehong, Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi



The Bountiful Harvest of BAIYUE akan diadakan di Teater Encore Melaka yang cukup terkenal sebagai tempat teater terbesar dan tercanggih di rantau ini.

Encore Melaka cukup komitmen terhadap seni dan budaya dalam meningkatkan pelancongan serta menarik pengunjung dari semua lapisan masyarakat.

Tiket persembahan akan mula dijual pada September 2023. 


Untuk maklumat lanjut, ikuti Halaman Facebook Encore Melaka atau layari www.encore-melaka.com. Sebagai alternatif, boleh hubungi talian hotline tiket di +606-270 7777 atau +6012-650 7010.





Wednesday, August 2, 2023

CAPTIVATING THE BEAUTY OF SEMPORNA: UNVEILING A SPECTACULAR VIDEO COLLABORATION BY VIVO Y36 5G AND MALAYSIA TOURISM

Hello Everyone,

The vivo Y36 5G has taken the smartphone market by storm, emerging as the most popular choice from the month of June to July. With its outstanding features, this smartphone has received positive reviews from users. 

What's even more remarkable is the unique collaboration between vivo Y36 5G and Malaysia Tourism, aimed at promoting the enchanting destination of Semporna Island, Sabah.

The collaboration between vivo Y36 5G and Malaysia Tourism aims to highlight the splendour of Semporna Island in Sabah through a captivating video. Notably, the smartphone's design mirrors the captivating colours of the shimmering sea in Semporna, forging a seamless blend of technology and tourism promotion.

Since its launch in Malaysia, the vivo Y36 5G has garnered an overwhelming response from the Malaysian public. Offering 5G capabilities and an affordable price, it stands out with its impressive 8+8 Extended RAM with 256GB ROM. The captivating Semporna Green colour and 2.5D curved design ensure a comfortable grip, while the 6.64-inch Dotch Display provides an immersive viewing experience.

The vivo Y36 5G ensures uninterrupted usage with its 44W FlashCharge+5000mAh battery, charging up to 29% in just 15 minutes. Furthermore the phone's 50 MP fun camera will surprise photography enthusiasts as it guarantees effortless capture of stunning photos. Since its launch, sales of the Y36 5G have soared by an impressive 120% compared to its last predecessor, making it a hot-selling smartphone in the market.

Be a part of the vivo 36 5G phenomenon and experience the perfect blend of technology, aesthetics, and tourism promotion!

For more information, stay tuned to vivo Malaysia’s official Facebook Page.



Tuesday, August 1, 2023

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Hi Korang,

Makanan nyonya ermmm ?...

Sesuatu yang enak untuk di cuba dan rasai sendiri kenikmatannya.


Memang kak lily penggemar makanan Nyonya ni, maklumlah kita kan orang Melaka so salah satu makanan authentic Melaka adalah makanan Nyonya seperti ayam pongteh, telur dadar cecaluk, kari nyonya dan macam – macam lagi.

Tapi Nyonya laksa?? Suker??

Of course ler kak lily pun suke jugak.

Baru-baru ini kak lily ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur dan di sini kak lily sempat mencuba beberapa menu Peranakan Nyonya yang sedap-sedap belaka.

Santa Grand Signature Kuala Lumpur persembahkan menu "Authentic Nyonya Noodles Hut" untuk meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya. Menu promosi ini tersedia di ketiga-tiga restoran iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023 menjanjikan kelazatan masakan Baba Nyonya buat pengunjung yang hadir.


Tanpa perlu mengembara jauh, para pencinta makan kini boleh datang ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur dan seterusnya merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabila Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).

Menu yang dihidangkan merangkumi kesemua rasa dan ciri penting Nyonya termasuklah kesegaran, kemanisan, masam, kepedasan dan rasa yang kaya dengan masakan asli Nyonya; Assam Laksa, Mee Kari dan Laksa Peranakan Nyonya.

Mee Kari

Laksa Peranakan Nyonya

Assam Laksa


Selain hidangan istimewa ini, korang juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.


Kak lily dah rasa sendiri ke semua menu 'Authentic Nyonya Noodles Hut' dan sememangnya menu yang disediakan betul-betul sedap, terutamanya Mee Kari. Sebagai peminat Mee Kari, kak lily berpendapat mee karinya betul-betul sedap dan sebaris dengan mee kari yang pernah di cuba sebelum ini.




Makanan yang sedap, ditambah lagi dengan suasana restoran yang menarik dan tenang pastinya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk korang yang nak mencuba bolehlah ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur, bermula jam 12.00 tengahhari sehingga jam 6.00 petang sahaja. Untuk harga pula, setiap hidangan hanyalah berharga RM15 sahaja.

Berbaloi-baloi kan!!



Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada hotel-hotel lain.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau emel di reservation@santagrandhotels.com.my.


Jom kita ke :


SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR
No 36, Menara Santa, 
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia



Untuk info lanjut, meh check out di sosial media berikut :

Website : 

Facebook : 

Instagram :