Tuesday, August 1, 2023

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Hi Korang,

Makanan nyonya ermmm ?...

Sesuatu yang enak untuk di cuba dan rasai sendiri kenikmatannya.


Memang kak lily penggemar makanan Nyonya ni, maklumlah kita kan orang Melaka so salah satu makanan authentic Melaka adalah makanan Nyonya seperti ayam pongteh, telur dadar cecaluk, kari nyonya dan macam – macam lagi.

Tapi Nyonya laksa?? Suker??

Of course ler kak lily pun suke jugak.

Baru-baru ini kak lily ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur dan di sini kak lily sempat mencuba beberapa menu Peranakan Nyonya yang sedap-sedap belaka.

Santa Grand Signature Kuala Lumpur persembahkan menu "Authentic Nyonya Noodles Hut" untuk meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya. Menu promosi ini tersedia di ketiga-tiga restoran iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023 menjanjikan kelazatan masakan Baba Nyonya buat pengunjung yang hadir.


Tanpa perlu mengembara jauh, para pencinta makan kini boleh datang ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur dan seterusnya merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabila Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).

Menu yang dihidangkan merangkumi kesemua rasa dan ciri penting Nyonya termasuklah kesegaran, kemanisan, masam, kepedasan dan rasa yang kaya dengan masakan asli Nyonya; Assam Laksa, Mee Kari dan Laksa Peranakan Nyonya.

Mee Kari

Laksa Peranakan Nyonya

Assam Laksa


Selain hidangan istimewa ini, korang juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.


Kak lily dah rasa sendiri ke semua menu 'Authentic Nyonya Noodles Hut' dan sememangnya menu yang disediakan betul-betul sedap, terutamanya Mee Kari. Sebagai peminat Mee Kari, kak lily berpendapat mee karinya betul-betul sedap dan sebaris dengan mee kari yang pernah di cuba sebelum ini.




Makanan yang sedap, ditambah lagi dengan suasana restoran yang menarik dan tenang pastinya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk korang yang nak mencuba bolehlah ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur, bermula jam 12.00 tengahhari sehingga jam 6.00 petang sahaja. Untuk harga pula, setiap hidangan hanyalah berharga RM15 sahaja.

Berbaloi-baloi kan!!



Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada hotel-hotel lain.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau emel di reservation@santagrandhotels.com.my.


Jom kita ke :


SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR
No 36, Menara Santa, 
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia



Untuk info lanjut, meh check out di sosial media berikut :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 





Sunday, July 30, 2023

Produk Penjagaan Kulit KYUT SKIN Kini Dilancarkan Dengan Pembukaan Rasmi Ruang Pamerannya

Hi Korang,

Meh kak lily citer lagi mengenai jenama produk penjagaan kulit yang baru je memasuki pasaran negara dan telah mula mendapat tempat di hati para peminatnya.


Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire meraikan kemunculannya ke dalam industri kecantikan dengan sebuah majlis pelancaran produk keluarannya, yang berlangsung seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di sini.


Sempat kak lily ke majlis pelancaran dan pembukaan rasmi showroom mereka di Wisma Nini Comel di Ampang, cantik wei. Begitu indah sekali di hias yang bertemakan Enchanted. Semuanya yang hadir berdress up begitu vogue sekali kecuali ahkak hah sebab tak sempat nak prepare hah maklumlah busy keje hehehehe




Acara tersebut telah menjadi tempat pertemuan lebih kurang 150 pakar kecantikan, pempengaruh media sosial, selebriti tempatan, media dan tetamu istimewa yang berkumpul untuk menyaksikan kelahiran sebuah jenama bumiputera dalam industry penjagaan kecantikan tempatan. Majlis yang diadakan di ruang pameran terbaharu milik syarikat itu telah memberikan para hadirin telah pengalaman eksklusif mencuba dan menyaksikan sendiri rangkaian produk Kyut Skin semasa pelancaran.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.

"Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi, dan penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda," ujar Fathini yang turut memperkenalkan kepada hadirin empat produk Kyut Skin yang kini boleh didapati di pasaran antaranya Stik Pelindung Matahari, Oil Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.


Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaika berkata Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang di hasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.

Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023. Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.





Produk Kyut Skin kini boleh didapati untuk melalui laman web rasmi mereka di www.kyutskin.com atau di Shopee (https://shopee.com.my/kyutskin) dan TikTok Shop (https://www.tiktok.com/@kyutskin), selain di cawangan pengedar yang diiktiraf seperti The Pastel Shop, United Care Pharmacy, dan Valent Skin. Orang ramai yang berminat juga boleh menerokai rangkaian produk jenama ini di ruang pameran mereka di Ampang.

Produk-produk Kyut Skin boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM15 hingga RM79.90, dan merangkumi empat jenis produk yang berbeza. Pelancaran Kyut Skin telah menetapkan piawaian baru dalam industri kecantikan, menunjukkan komitmen mereka dalam mencipta produk penjagaan kulit yang luar biasa yang memperkasa pengguna untuk merangkul kecantikan unik mereka.

Sempena pelancaran dan kemunculannya dalam industri penjagaan kulit di negara ini, Kyut skin juga menawarkan peluang untuk orang ramai menyertai keluarga Kyut Skin dan memulakan kerjaya keusahawanan dengan memperkenalkan program permulaan (program penjual semula) jenama itu.

Untuk info lanjut mengenai Kyut Skin, meh check out di sosial media berikut :

Official Website : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 





Saturday, July 29, 2023

Makan-Makan Buffet Countryside Barbecue di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Hi Korang,

Siapa tak suker dengan BBQ kann??

Majoriti semua rakyat Malaysia sukakannya, selalunya kita buat BBQ di hujung minggu, makan-makan sambil bersembang-sembang bersama keluarga kan. Namun kadang kala terlalu kerap menyediakan bahan-bahan untuk majlis BBQ penat jugak kan.


Jadi apa salahnya sekali-sekali kita bawa sekeluarga makan-makan BBQ di Fairfield by Marriot Kuala Lumpur.


Baru-baru ini kak lily bersama rakan-rakan berpeluang untuk mencuba hidangan yang cukup lazat dan menyelerakan di Fairfield by Marriot Kuala Lumpur. Bertemakan Countryside Barbecue, buffet lazat ini sememangnya tidak boleh dilepaskan terutamanya mereka yang suka berbarbeku

Ayuh kak lily kongsikan di antara hidangan-hidangan yang boleh korang di Countryside Barbecue ini.




Untuk peminat barbeku, korang boleh dapatkan pilihan seperti slipper lobster, classic marinated grilled lamb, minute steak dan pelbagai lagi di charcoal grill station.


Selain itu, ada juga beberapa menu menarik lain yang korang boleh cuba seperti sate ayam, sate daging, roti canai, dan murtabak.


Korang juga boleh mencuba spaghetti lagsana dan carbonara.






Hidangan tempatan pun ada juga seperti nasi goreng, mee hoon, sedikit lauk pauk ringan dan macam-macam lagi






Pelbagai pencuci mulut juga disediakan terdiri daripada kuih-muih tempatan dan beberapa pencuci mulut lain.




Untuk korang yang ingin mencuba menu makanan yang menarik ini, boleh datang ke Restoran Lesung, Fairfield by Mariott Kuala Lumpur. 




Buffet Countryside Barbecue ini hanya tersedia pada setiap hari jumaat sahaja, bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam.


Harga pula adalah RM88 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak berumur 4 sehingga 12 tahun pula adalah RM58. Selain itu, untuk setiap 5 dewasa, percuma untuk 1 orang warga emas, untuk warga emas berikutnya perlu membayar harga dewasa.

Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi ;

+603-2777 7777
+6010- 760 0200

Jom Kita ke :

FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR
No 1 Jalan Datuk Haji Eusoff, 
Off Jalan Pahang, 50400 Kuala Lumpur



Mari Like dan Follow Social Media berikut :