Wednesday, July 12, 2023

CLUBROCK PERLIS Memartabatkan Malaysia Di Persada Peta Dunia Sebagai Pelancongan Kembara

Hi Everyone,

Perlis adalah destinasi yang menarik dengan landskap yang indah dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas dan singkapan batu kapur yang unik. Tebing batu kapur, gua besar dan laluan flora yang tersedia di negeri Perlis menghasilkan persekitaran yang sempurna untuk aktiviti pelancongan. Taman negeri yang bergunung-ganang di kawasan barat menawarkan peluang pendakian gunung batu kapur yang mencabar manakala kawasan rata memperkenalkan monolit batu kapur yang menakjubkan.

Memanfaatkan keindahan alam semula jadi ini, MyEco Discovery Sdn Bhd (ahli Kumpulan MyUS) hari ini mengumumkan pra-pelancaran ClubRock Perlis. ClubRock Perlis adalah kem induk rock climbing pertama dan pusat pengembaraan eko bagi negeri tersebut. Majlis pra-pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, di KL Eco City Kuala Lumpur. ClubRock Perlis akan memulakan pameran jelajah jualan ke seluruh negara bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan seterusnya di Perlis. Sehinggalah ke pembukaan secara rasminya pada Januari 2024, sejajar dengan Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025.

ClubRock Perlis, yang terletak di Gua Kelam, merangkumi keluasan tanah lebih 23,000 kaki persegi. Ia mempunyai 35 bilik dan lima kem premium, yang mana setiap bilik mampu menempatkan sehingga empat orang sebilik. Dengan jumlah kapasiti 160 tetamu, ClubRock Perlis menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan di tengah-tengah ketenangan alam semula jadi.


"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ClubRock Perlis, kem induk rock climbing pertama di Malaysia dan pusat pengembaraan eko di Perlis," kata Dato' Nellsen Young, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif MyUS Group of Companies right. Kecantikan semula jadi negeri Perlis benar-benar luar biasa dan merupakan suatu khazanah buat penggemar aktiviti luar dan ClubRock Perlis berhasrat untuk meletakkan negeri ini di peta dunia bagi peminat tegar rock climbing. “Misi kami adalah untuk mewujudkan ruang untuk pendidikan, pembangunan, pertumbuhan komuniti, dan penerokaan. Kami menyeru pengunjung untuk menyelami keajaiban alam semula jadi negeri Perlis sambil menikmati kemudahan moden dan aktiviti pengembaraan yang mengujakan,” jelas Dato' Nellsen.

Keseronokan Untuk Semua

Walaupun rock climbing kekal sebagai tarikan utama, ClubRock Perlis turut menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Daripada pendakian mudah yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun hingga aktiviti meneroka Gua Kelam 1 yang mesra kanak-kanak dan meneroka alam semula jadi serta melihat hidupan liar. Kewujudan ClubRock Perlis bertujuan untuk memupuk rasa menghargai alam semula jadi dalam kalangan kanak-kanak dari semua peringkat umur sekaligus memastikan ia destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga bagi dalam dan luar negara.

Semasa pra-pelancaran, ClubRock Perlis memperkenalkan Pakej Pengembaraan eksklusifnya iaitu penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang sebilik termasuk sarapan pagi. Para tetamu akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengujakan seperti penerokaan Gua Kelam 1, sesi rock climbing bersama tenaga pengajar berpengalaman dan menerokai keindahan alam semula jadi. Pakej ini juga termasuk makan malam istimewa di salah sebuah restoran ikan bakar terkenal di Kuala Perlis serta pengangkutan pergi dan balik dari stesen keretapi atau stesen bas untuk empat orang. Baucar boleh tebus ini bernilai lebih daripada RM3,000 akan diberikan semasa pembelian sepanjang jelajah ke seluruh negara. Pembeli akan menikmati diskaun bagi aktiviti dan tempat tarikan yang berada disekitar negeri Perlis.


Bagi meraikan pelancaran itu, ClubRock Perlis menawarkan kod promosi istimewa "ClubRock100" yang menawarkan diskaun sebanyak RM100 daripada harga jualan asal iaitu RM499. Dengan kod promosi ini, pengunjung akan mendapat harga tawaran istimewa sebanyak RM399 bagi 4 orang sebilik untuk setiap baucar yang dibeli. Kod promosi ini juga boleh ditebus dalam laman sesawang www.clubrock.com.my sepanjang jelajah negara.

Memperkasakan Komuniti Tempatan

ClubRock Perlis akan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi komuniti setempat dan industri tempatan. ClubRock juga akan berfungsi sebagai pusat untuk latihan dan kursus pemantapan rock climbing yang dikenali bagi pendaki dalam dan luar negara.


“Projek ini akan menawarkan peluang pekerjaan buat masyarakat setempat dalam pelbagai sektor seperti hospitaliti, perkhidmatan kulinari dan bimbingan pengembaraan. ClubRock Perlis juga komited untuk menyokong industri kecil dan serdahana dengan penghasilan produk tempatan daripada penjual makanan tempatan dan mempromosikan aktiviti tradisional negeri Perlis di kafe ClubRock,” jelas Dato’ Nellsen.

Mendukung Eko-Pelancongan dan Amalan Mampan

Seiring dengan usaha mengutamakan amalan mampan, ClubRock Perlis akan menggabungkan teknologi mesra alam ke dalam operasinya untuk memelihara sumber semula jadi, mengitar semula air dan mengurangkan sisa buangan. Sistem penuaian air hujan dan mesin kompos sedang dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Tambahan lagi, ClubRock Perlis akan menawarkan lawatan harian yang berinformasi dan menarik yang diketuai oleh pemandu pelancong bertauliah serta berpengalaman. ClubRock Perlis menawarkan penginapan yang unik di tengah keajaiban alam semula jadi di Gua Kelam serta mempromosikan kesedaran tentang keindahanan alam semula jadi.

Dalam usaha memelihara dan menerokai keajaiban alam semula jadi di kawasan ini, ClubRock Perlis mengalu-alukan usaha sama dengan Universiti dan Penyelidik yang berminat untuk mengkaji flora dan fauna negeri Perlis serta kerjasama dan pertukaran pengetahuan.

“ClubRock Perlis bersedia untuk merevolusikan pelancongan di negeri Perlis dengan menawarkan pengalaman yang tidak dapat ditandingi untuk penggemar rock climbing dan pencinta alam semula jadi,” kata Dato’ Nellsen.

Untuk maklumat lanjut, layari www.clubrock.com.my dan ikuti weareClubRock di laman sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini mengenai pameran, jelajah negara, promosi serta pameran dalam dan luar negara.

Pemilik Projek: MyUS Venture Partners Sdn Bhd
Diurus & Dikendalikan oleh: MyEco Discovery Sdn Bhd


Tuesday, July 11, 2023

KFC Malaysia Meraikan 50 Tahun Detik Terindah ‘Hingga Menjilat Jari’ Di Festival Muzik KEPCI 2023

Hi Korang,


Sempena ulang tahun ke-50, rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara - KFC Malaysia, pada hari ini mengumumkan penganjuran festival muzik dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.


Festival Muzik KEPCI 2023 dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 26 Ogos 2023; Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Sabah pada 6 Oktober 2023 dan Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023. Penganjuran festival muzik ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap individu, tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang yang telah menjadikan KFC sebagai teman hidangan mereka selama lebih lima dekad. Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang hari, termasuk permainan dan persembahan kebudayaan, serta kemuncaknya konsert yang menjanjikan persembahan muzik yang hebat.


Festival Muzik KEPCI 2023 membariskan bakat tempatan dan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface, Bunga, COEX, DOLLA, Dalia Farhana, Estranged, Evelyn Feroza, Forceparkbois, Insomniacks, Luqman Podolski, Masdo, MK (K-Clique), SOG, Yonnyboii dan ramai lagi.


Pengerusi QSR Brands Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata “Festival Muzik KEPCI 2023 dianjurkan sempena meraikan hubungan istimewa antara Malaysia, KFC dan semua pelanggan kami. KFC telah berkembang maju bersama seluruh rakyat Malaysia dan kami sememangnya amat berbangga menjadi sebahagian daripada budaya yang menyatupadukan rakyat Malaysia. Kami sedar bahawa KFC sangat dekat di jiwa dan minda rakyat Malaysia sebagai satu jenama yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dari kecil lagi dan memilih untuk terus menikmatinya sehingga kini."

KFC membuka restoran pertamanya di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu, bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada tahun 1973. Jenama itu kemudiannya menjadi amat terkenal dan bertapak kukuh, malah dianggap sebagai tempat makan kegemaran rakyat Malaysia. Sejak itu, KFC telah berkembang kepada lebih daripada 770 restoran di seluruh negara, dan menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan orang setiap tahun.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, “Hari ini, kita meraikan memori 50 tahun yang penuh bersejarah – dari mencipta ruang pekerjaan, menikmati detik-detik yang diidamkan, membina kenangan istimewa sehinggalah meraikan kebahagiaan. Dengan itu, kami ingin menunjukkan rasa terima kasih kami kepada wira sebenar KFC, iaitu pelanggan kami. Merekalah yang membuka peluang untuk kami menjadi begitu dekat di hati mereka dan menjadikan KFC lebih hebat seperti hari ini. Jadi, sambutan ini khas untuk mereka dan negara, membuktikan nilai unik kita bersama Malaysia iaitu persahabatan, perpaduan dan kepelbagaian,” tambahnya.



Untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Muzik KEPCI 2023, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Festival Muzik KEPCI 2023, sila layari laman web rasmi KMF di www.kepcimusicfest.com atau layari laman Facebook KFC Malaysia di https://rb.gy/zyyee.

Monday, July 10, 2023

Vietjet offers FREE comprehensive travel insurance throughout its flight network

Hi Everyone,

Passengers can now fly at ease as Vietjet now offers free comprehensive Sky Care Insurance to all of its domestic and international flyers regardless of ticket class. This complimentary Sky Care travel insurance is Vietjet’s way of safeguarding all their customers so that travelers can have a peace of mind throughout their journey.


Passengers to and from Kuala Lumpur and Ho Chi Minh City can take advantage of this free Sky Care insurance that is applicable for all daily flights between the two major cities. What’s more, passengers from Kuala Lumpur transiting in Vietnam before flying off to other international destinations are also covered by this complimentary travel insurance.

The comprehensive Sky Care travel insurance includes coverage from reimbursement of medical expenses incurred due to accidents or illnesses (including Covid-19), flight-related problems (including flight delay, baggage delay, baggage loss or damage, lost travel documents), to Global Travel and Medical Support Services 24/7.


To make the deal sweeter, this complimentary travel insurance is also applicable to Vietjet’s ongoing 72-hour promotion, available every Wednesday, Thursday and Friday. For three days every week, travelers will be able to grab super deals on flight tickets for a travel period between August 10, 2023 and March 31, 2024 (**).

Sky Care travel insurance will automatically be made available to passengers upon purchase of tickets with Vietjet and covers all ticket classes including Eco, Deluxe, SkyBoss, and Business. Passengers can look up the insurance certificate information after 24 hours of completing their ticket purchase at: https://vietjetair.hdinsurance.com.vn/search-insurance-policy.hdi or call the hotline: (+84) 1900 068 898.


Book your travels now with Vietjet at www.vietjetair.com or on the Vietjet Air mobile app. Explore your favorite destinations in Vietnam, such as Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Phu Quoc, Nha Trang, and more. Other Vietjet’s international flight options not to be missed also include Malaysia, Australia, India, Japan, South Korea, Indonesia, Singapore, Hong Kong, Thailand, and more.

For more details about Sky Care insurance, visit Sky Care .