Wednesday, June 28, 2023

Emas Chiang Heng terkenal dengan Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia

Hi Korang,

Pelaburan paling bijak tentulah pelaburan emas.

Namun kita perlulah menjadi pembeli yang bijak dengan mendapatkan barangan kedai yang dapat menawarkan produk emas berkualiti dengan harga mampu milik.


Dan kak lily memang sangat suggest korang dapatkan emas dari Emas Chiang Heng. Ini kerana barangan emas ditawarkan disini cukup terkenal dengan Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia.

Pencapaian Emas Chiang Heng

Sebagai jenama kukuh yang telah berada dalam pasaran selama 37 tahun, Emas Chiang Heng telah menerima pelbagai anugerah dan mendapat sokongan yang padu daripada pelanggan setia. Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng mencatatkan rekod yang cukup membanggakan dengan 117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records.

Dengan usaha yang telah dilakukan selama ini seiring dengan reputasi yang baik yang terbina, Emas ChiangHeng kini telah membuka cawangan ke-19, simbol platform yang mempunyai kredibiliti dan lebih terjamin.

Emas Chiang Heng Sentiasa Menjadi Pilihan Pelanggan

Berada di kedai Emas Chiang Heng memang rambang mata. Begitu banyak pilihan barangan kemas dengam rekaan menarik dan yang terkini. Terkenal dengan "Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia", Emas Chiang Heng sering memberi pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa kepada pelanggannya.

Satu penghargaan buat pelanggannya, Emas Chiang Heng sentiasa mengadakan promosi setiap bulan di setiap cawangan seluruh Malaysia. Pelbagai tawaran yang eksklusif yang pastinya berbaloi dan menarik hati. Apa yang pasti rpomosi akan dijalankan secara berterusan di semua 19 cawangan di seluruh Malaysia. Ini juga bersempena dengan misi "Semua orang mampu memiliki emas”.

Sebagai peminat barangan kemas emas, kak lily selalu akan memilih kedai emas yang dapat memberikan kepuasan dalam memilih dan membuat keputusan membeli. Dan Emas Chiang Heng menjadi pilihan kerana harga emas yang ditawarkan antara yang terendah .


Rekaan terkini, sesuai digayakan tidak kita lapisan usia. Ikut trend dalam setiap rekaan yang dihasilkan.


Value for money. Memang tidak jemu mata memandangnya.


Detailing pada setiap rekaan dengan upah yang dikenalan sangat berpatutan. Pada kak lily ianya sangat-sangat murah!

Disebabkan kedai emas ini tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal, dan sebagainya.

Kos-kos yang dapat dijimatkan ini akan digantikan dalam bentuk pulangan terus kepada pelanggan dengan menawarkan harga emas yang berpatutan. Seperti win win situation, pelanggan juga akan berpuas hati.

Emas Chiang Heng juga menghasilkan rekaan sendiri tidak hairanlah syarikat dapat memberi penjimatan dari kos pengedaran borong. Ini membolehkan Emas Chiang mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas, maka pelanggan dengan itu dapat membeli emas dengan harga yang paling murah dan berpatutan.

Dapatkan Harga Jualan Semula Emas paling Tinggi di Emas Chiang Heng

Untuk info, Emas Chiang Heng menawarkan harga jualan yang tertinggi di seluruh Malaysia. Apatah lagi dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus yang jelas tanpa sebarang kos tersembunyi. Emas Chiang Heng juga menerima emas untuk dijual semula tanpa banyak syarat, ini termasuklah perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas. Pada kebiasannya kedai emas akan meminta sijil sebagai bukti.

Lebih menarik Emas Chiang Heng menerima emas walaupun karat, pecah, dan kemek. Bahkan, Emas Chiang Heng juga menerima emas yang telah terbakar dalam kebakaran. Bayangkan bentuk emas yang terbakar. Percayalah ini adalah tawaran yang sangat ikhlas!

Membenarkan Penukaran Tanpa Syarat Dalam Tempoh 7 Hari

Bayangkan selepas membuat pembelian dan tiba-tiba korang rasa kurang sesuai dan ingin membuat keputusan untuk menukarkannya. Tidak ada masalah di kedai Emas Chiang Heng. Ini kerana mereka menyediakan servis selepas pembelian yang ikhlas yang membenarkan pelanggannya menukar saiz perhiasan dalam tempoh 7 hari.


Emas Chiang Heng membenarkan pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari, dengan syarat tidak ada kerosakan. Di samping itu, Emas Chiang Heng juga ada menawarkan perkhidmatan membaiki dengan percuma dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan servis membersihkan emas percuma seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser.Bestkan!

Jom Dapatkan Barangan Emas Chiang Heng

Apa yang pasti Emas Chiang Heng tidak pernah mengecewakan, koleksi cantik dan terkini cukup mempersonakan. Didatangkan dalam kotak yang baldu warna merah nampak elegan dan esklusif. Sesuai kalau beli barangan Emas Chiang Heng samada untuk diri sendiri mahupun dihadiahkan pada orang tersayang.

Eh kak lily pun dah dapatkan satu sebagai koleksi peribadi.


Korang tak nak tambah koleksi emas ke? Hehehe. Emas Chiang Heng murah dan berpatutan, berbaloi beli untuk pelaburan.

Jom terjah ke ke kedas Emas Chiang Heng yang berdekatan untuk melihat sendiri, emas yang ditawarkan. Kak Lily sure yang korang rambang mata memilih.

Untuk lebih info pada setiap topik berkaitan dengan emas, boleh klik pada mana-mana pautan klik yang berkaitan.




*Mula labur emas kat Kedai Chiang Heng Tips untuk Pelabur:

*Macam mana nak jual emas kat Chiang Heng?

*T&C Apply


[Platform Jualan Chiang Heng Jewellery]




[Media Sosial]




Tiktok: @emaschiangheng @ChiangHengJewellery





#ChiangHengJewellery
#EmasChiangHeng
#ChiangHeng
#EmasAsli
#Emas916
#Emas999
#HargaEmasPalingRendah
#TheMalaysiaBookOfRecords
#BangKemasEmas
#PajakGadaiEmas
#pelaburan

PENCARIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ KEMBALI!

 Hi Korang,

Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB). 

Angela Teo,Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

“Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja. 

“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan.


“Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka. Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka.”

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.


Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:


Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain

• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000

• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang


Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian. 

Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’, satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:

   Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),

   Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),

   Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) 

   Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).

Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.


Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Tuesday, June 27, 2023

UTAMA MOTORS Taja Himpunan Kereta Berkuasa Tinggi Dan Kereta Sport Terbesar

Hi Korang,

Utama Motors Sdn. Bhd., salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara ini telah menganjurkan sebuah sidang media bagi membuat pengumuman rasmi mengenai sebuah acara yang bakal mereka taja iaitu ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) hari ini. Majlis yang diadakan di ruang pameran syarikat itu di Jalan Ampang, telah dihadiri rakan-rakan penganjur bersama, barisan penaja, media arus perdana termasuklah media cetak dan elektronik serta pempengaruh (influencer), blogger dan tetamu-tetamu jemputan khas. Turut serta memberikan sokongan kepada Utama Motors dan acara yang bakal diadakan adalah wakil-wakil daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).


ART Day 2023 bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 nanti di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars.

Pengarah Urusan Utama Motors, Dato’ Marof Khan bin Mohamed Idris memberitahu acara sukan permotoran bukanlah sesuatu yang asing bagi Utama Motors kerana mereka telah banyak menyertai acara seumpama itu sebelum ini.

“Utama Motors amat teruja untuk sama-sama memeriahkan ART Day 2023 yang menampilkan pelbagai kereta berkuasa tinggi dan kereta sport,” ujar beliau.

Tambah Dato’ Marof Khan lagi, acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport yang akan berarak, menjadikannya sebuah perhimpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar yang pernah diadakan di negara ini, sekaligus akan diikhtiraf Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records).

Menurut Dato’ Marof Khan lagi, selain perarakan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, lebih 200 pemilik motor Harley Davidson akan turut serta memeriahkan perarakan ART Day 2023 nanti.


“Sebagai pengedar kenderaan impot, kami bukan sahaja mengedar kereta, malah melalui anak syarikat kami, FS Bikes, kami turut menawarkan motor berkuasa tinggi seperti Harley Davidson,” kata Dato’ Marof Khan.

Beliau memberitahu penglibatan syarikatnya, Utama Motors dan FS Bikes dalam industri kenderaan impot membuka peluang kepada mereka untuk membina hubungan erat dengan komuniti pemilik-pemilik kereta dan motor berkuasa tinggi. Ini terbukti dengan sokongan mereka dalam menjayakan acara sukan permotoran yang bakal dianjurkan bulan hadapan.

Di samping Utama Motors, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, PEKEMA Auto Club, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services. ART Day 2023 turut disokong oleh SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club, Majlis Belia Malaysia dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

ART Day 2023 turut menganjurkan acara Time Attack bagi membuka peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trak dan menguji ketahanan kenderaan mereka. Untuk mendaftar bagi acara perarakan mahupun Time Attack, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-4619985 atau emel ke u.supercarsclub@yahoo.com

Yuran penyertaan serendah RM120 dikenakan bagi kategori perarakan untuk kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori perarakan motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM150 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam. Bagi kategori Time Attack pula, yuran penyertaan adalah RM800 beserta t-shirt dan makan malam untuk kategori kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM380 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam.

Melalui acara Time Attack, hadiah bernilai hampir RM80 ribu yang berupa wang tunai, piala dan baucar pembelian untuk kegunaan di Utama Motors & FS Bikes ditawarkan bagi mereka yang menyertai acara tersebut. Selain itu, ART Day 2023 yang dibuka kepada orang ramai turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah berupa helmet motor, baju eksklusif Harley Davidson dan bermacam lagi.


Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, antara acara lain yang bakal menjadi tarikan pengunjung adalah persembahan pentas daripada barisan artis tanah air. Terdapat lebih 20 pengendali trak makanan dengan sajian juadah tempatan dan antarabangsa yang boleh dikunjungi sekiranya pengunjung-pengunjung ingin menjamu selera. Orang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang sudah mula terjual di www.ticket2u.com.my .

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ‘ART Day 2023’ orang ramai boleh ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok