Wednesday, June 21, 2023

Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama KOPETRO Travel

Hi Korang,

Lama benau tak citer pasal kak lily pi travel kan!!

Bukan ape, bile citer pasal travelling entrynyer akan jadi panjang berjela sebab seronok kan pi tempat orang, tengok keindahan yang lain daripada tempat kita. Itu yang jadik malas tuh hahahahhaha…

Ok ok untuk ini kak lily tak malas yer sebab korang kena tau pasal trip ke Hatyai nieh.


Kalau sebelum ni, kak lily akan travel ke Hatyai dengan keretapi mahupun flight, tapi kali ni lain sket sebab kerana kak lily travel naik bas persiaran bersama KOPETRO Travel & Tours, anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) tau..

First time ikut rombongan cik kiah beramai-ramai ni tapi yang bestnya bersama kengkawan hah itu yang bertambah lagi seronok tuh. Trip kitaorang ke Hatyai Thailand selama 4 hari 3 malam bersama KOPETRO Travel dari 9 sehingga 12 Jun 2023.


Perjalanan percutian adalah bersama bas KOPETRO Travel dengan pakej berkumpulan yang melawati 3 destinasi utama iaitu Hatyai, Songkhla dan juga Danok. Biarpun pakej percutian bersama pengangkutan bas, keselesaan sentiasa menjadi keutamaan.


Sepanjang perjalanan ke Hatyai, kak lily dapat berehat sepenuhnya didalam bas dan di setiap perhentian terpilih bas berhenti membolehkan ktorang menyegarkan badan, menggalas perut, solat dan sebagainya. Tapi asal turun jer sudah pastinya ktorang singgah membeli jajan jugak hah, jadiknya makan-makan dan makan non stop.


Bas bertolak 9 malam dari bandar Kuala Lumpur dan tiba di Kuala Nerang Kedai di awal pagi (subuh), selepas sarapan terus ktorang ke tempat tukar duit dan pembelian simkad.

Korang tak yah bimbang, KOPETRO Travel siap bawakkan hah.


Oh ya, perkhidmatan White Card pun KOPETRO siapkan bertaip lagi so tak yah korang nak bimbang bagai, once dapat kad putih tuh, check details dan sign then simpan terus dalam passport so mudahlah pegawai immigresen tuh nanti nak check dan cop




Lepas tuh terus ke pusat pemeriksaan immigresen CTC Durian Burung yang hanya mengambil masa kurang 30 minit untuk melepasi sempadan, tak perlu beratur panjang. Tak ramai yang tau port masuk ke Thailand yang ni, walaupun jauh sedikit tapi jimat masa dan tenaga.

DAY 1 - HATYAI



Settle jer kat check point Ban Prakob Custom House, harus ler bergambar dulu sebagai tanda kenang-kenangan. Tapi dengan diorang ni kene bagi limit timing kalau tak sampai petang diorang ni sanggup berjemur semata-mata nak berOOTD kan hahahahha




Ktorang terus bergerak ke Hatyai. Sempat untuk singgah untuk merasai minuman di Amazon Cafe. Kedai kopi yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia dan wajib dikunjungi jika memasuki Thailand. Ya ampun wei, murah bebenau harga kopinya kalah kopi duyung ijo kat mesia kan. Apa lagi harus ler pekena secawan dua hah hahahha

Rosecarree - Kedai Kain Sutera Asli Thailand





Seterusnya kami singgah di Butik RoseCarree, kedai yang menjual tudung, kain dan pakaian seperti kemeja, jubah serta pelbagai lagi. Memang cantik-cantik corak rekaan kain yang ditawarkan di sini.

Restoran Rusdee Boat Noodle



Makan tengahari di Restoran Rusdee Boat Noodle yang menawarkan pelbagai hidangan thai yang halal. Memang banyak pilihan makanan di sini, memang betul-betul enjoy makanlah kan.




Kelainannya dari segi rasa yang lebih asli dan unik, Datang sini jangan lupa untuk mencuba red ruby dessert, beef boat noodle, special boat noodle, nasi goreng seafood. Kak lily bedal semuanye tumpeng rasa dengan bebudak ni hah

Kilang Gajus @ RANU KOHYO



Perjalanan diteruskan ke Kilang Gajus ataupun RANU KOHYO yang mana di sini ditawarkan pelbagai jenis kudapan seperti gajus, buahan kering dan pelbagai lagi.





Disebabkan murah, memang banyak makanan ringan yang diborong di sini. Mau beribu baht jugak habis kat sini hah sebab murah nau nau weii

Barangan Kulit Di NORA PLAZA



Sebelum mendaftar masuk ke hotel, kami dibawa ke Nora Plaza yang terletak di Jalan Thammanoon Vithi dan tempat shopping yang agak popular di bandar Hatyai kerana ianya cukup terkenal dengan barangan kulit. 







Pelbagai jenis kulit ditawarkan di sini, antaranya seperti kulit buaya, ikan pari dan memacam lagi. Bagi yang mencari tas tangan, tali pinggang, Nora Plaza adalah destinasi yang perlu dikunjungi.

River Grand Hotel Hat Yai



River Grand Hotel Hat Yai bertaraf 3 bintang yang terletak dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari pusat bandar Hatyai dan 10 minit perjalanan dari Tee Off Driving Range




River Grand Hotel yang mesra muslim ini mempunyai bilik agak luas dan selesa dengan dua katil bersaiz super single di dalamnya. Kemudahan seperti peti ais,wifi, tv, penyaman udara dan pelbagai lagi ada disediakan di dalam bilik untuk kami semua bermalam selama 2 hari. Sarapan secara bufet hotel turut disediakan sepanjang menginap di hotel tersebut.

Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai



Makan malam adalah di Restoran Steamboat Buffet Halal 299. Restoran yang menawarkan secara buffet ini dibuka dari jam 2 petang hingga 10.30 malam (waktu Thailand). Ada pelbagai jenis hidupan laut yang segar-segar seperti udang, lala, sotong, ikan dan pelbagai lagi.



Di sebabkan buffet so all you can eatlah konsepnya, Selagi perut tak meletup then jangan balik hehhehe









Diorang sediakan 2 dapur, satu untuk steamboat dsan satu lagi untuk BBQ. Of courselah grill menjadi pilihan tapi dapur steamboat pun kami bedal jugak hahahahha

Ya ampun pelbagai jenis bahan makanan ada kat sini. Rambang mata untuk korang pilihan ooo

Khlong Hae Floating Market




Kenyang perut suka hati, ayuh teruskan perjalanan ke Floating Market yang sememangnya cukup terkenal di Thailand. Ibarat seperti pasar malam mega tetapi keunikkannya ada jualan di atas perahu. Kita boleh membeli makanan serta minuman yang popular di sini seperti Nasi Kha Mok, tom yam seafood, pulut mangga, thai ice tea dan macam-macam lagi.




Floating Market hanya dibuka pada hujung minggu dan ianya antara tarikan destinasi pelancong yang datang ke Hatyai.



Lepas beli-beli tuh, naik makan kat atas sebab ada banyak kerusi meja so proper sket nak makan tak delah berebut-rebut kat sebelah bawah tuh. Rupanya kat sebelah atas ni, lagi banyak makanan yang sedap-sedap dan tak payah nak berimpit-impit pun hehehehee

Lee Garden Plaza Di Pusat Bandar Hatyai




Malam pertama di Hatyai kami sempat berjalan-jalan di Lee Gardens Night Market yang lokasinya tidak jauh daripada hotel penginapan. Banyak street foods ada ditawarkan di sini. Sempat juga singgah berbelanja di kerdai serbaneka 7Eleven, Watsons dan juga mendapatkan servis urutan. 



Wajib mengurut bila berada di Hatyai, ini kerana caj yang dikenakan sangat murah. Contohnya urutan thai satu badan hanyalah 200 baht.


Lepas tuh, balik hotel ktorang naik Tuk Tuk jer sebab dah tak larat nak jalan hah Kenderaan seperti teksi yang biasanya mengenakan caj sebanyak 20 baht untuk setiap penumpang.

DAY 2 - Hatyai dan Songkhla



Lepas jer bersarapan pagi di hotel, kami bergerak ke Chang Puak Camp.
 

Ini juga antara lokasi tarikan pelancong yang ingin melihat, mendekati dan menaiki gajah. Caj menaiki gajah didalam 500 baht sahaja. Terdapat juga aktiiviti lain yang disediakan seperti ATV, persembahan gajah dan pelbagai lagi.






Of course kak lily tak lepaskan peluang untuk bergambar dan diangkat gajah menggunakan belalai ishk tipu gajah tuh tak angkat pun sebab tak larat menengok saiz badan ahkak ko n ikan so bergambo jelah sebelah sambil memeluk belalai ermm jadiklah kan pls kesian sket kat gajah tuh ek. Harga yang dicaj untuk aktiviti ini hanyalah 100 baht sahaja. Sangat puas hati tau…

Songkhla Central Mosque, The Taj Mahal of Thailand



Ramai yang kata, The Central Mosque of Songkhla diumpamakan seperti Taj Mahal yang berada di India. Dengan rekaan bentuk masjid lama serta terdapat kolam memanjang berhadapan dengan masjid menjadikan kawasan ini mempunyai aura seperti Taj Mahal yang sememangnya masyur dengan senibina epik dan telahpun disenaraikan antara 7 keajaiban di dunia.



Terletak di daerah Hat Yai, Masjid Pusat Songkhla telah dibina pada tahun 2001. Dengan hiasan gaya seni bina dan seni yang elegan, tempat itu telah menjadi salah satu pusat ibadat paling terkenal di Hat Yai. Bila korang tiba di Masjid Pusat Songkhla, korang akan terpesona dengan persekitaran yang damai dan suasana yang tenang.

SeaVerse Cafe & Restaurant



Kalau pergi Hat Yai tu wajib singgah sini sebab jarak dari Hatyai ke sini lebih kurang 15 ke 20 minit saja. Tak jauh, terletak di Lopburi Ramesuan Rd dan lokasinya terletak betul-betul bertentangan Masjid Besar Songkhla.









Kafe ini dikelilingi taman dan tasik yang agak luas. Cantik betul bila tengok senibina rekabentuk bangunan dan binaan di sini yang unik, siap ade pulau-pulau comel sekali

SeaVerse merupakan lokasi yang cukup sesuai untuk datang berOOTD mahupun bergambar berkumpulan dengan persekitaran pemandangan yang sangat indah. Lepak-lepak dengan family ataupun kengkawan memang dah awesome pun hah

Restoran Islam Pai Daeng, Songkhla


Setelah itu, kami ke daerah Songkhla yang bersebelahan dengan Hatyai.


Sebelum ke pantai Samila, kitorang lunch di Restoran Islam Pai Daeng yang terletak berhadapan dengan pantai.




Memang sangat lazat weiii. 

Ini kerana ke semua makanan yang kami nikmati dari restoran ini memang terbaik dari segi kualiti rasa dan portion banyak. Ada ikan siakap masak keongsam (menggunakan ubut kelapa), telur dadar thai, udang masak masam-manis, ikan goreng garing, sayur kangkung goreng belacan, buahan dan minuman sejuk.

Singora Tram Tour Old Songkhla City , Thailand



Namun sebelum ke pantai, ktorang berjalan-jalan di Pekan Lama Songkhla dengan menaiki tram yang dibawa khas oleh Singora Tram Tour.

















Sempatlah kami melihat kuil-kuil lama (yang ada sudah mencecah lebih 100 tahun) yang ada di pekan ini, kepelbagaikan kafe hispter, street food, muzium, street art dan pelbagai lagi. Seronok snagat biarpun penat. Sambil bergambar sempat order kopi lagi yer hahahahha

Samila Beach, Songkhla



Of courselah kite nak pantai iaitu Samila Beach pabila sampai di Thailand, pantai yang cukup cantik dan bersih. 




Ada tugu/patung mermaid di sini. Dikatakan ada kisah di sebalik kewujudan mermaid tersebut. Menurut kisah lagenda lama tentang seorang gadis yang bercinta dengan pelaut. Siapa sangka dirinya hamil dan beliau begitu setia menunggu kekasihnya pulang sehingga menjadi batu.

ASEAN Night Bazaar Hatyai



Di waktu senja sebelum sampai ke hotel, kami singgah di ASEAN Night Bazaar Hatyai. Di sini diibarat syurga membeli-belah. 








Ini kerana terdapat banyak sangat kedai yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, beg dan pelbagai lagi.

Disebabkan malam masih muda, kami singgah juga lagi Lee Gardens Night Market. Menikmati makan malam di Restoran Hameed dan percaya atau tidak sampai di Thailand inilah pertama kali kami merasai masakan tomyam. Serius, memang sedap!

Suasana malam di sini yang cukup meriah apatah lagi dengan kehadiran pelancong dari negara luar seperti Malaysia.

DAY 3 - Hatyai dan Danok


Hari terakhir kami di Hatyai, kami mulakan perjalanan dengan bersarapan pagi, daftar keluar hotel dan seterusnya ke Big Bee Farm. 

Big Bee Farm Hatyai



Di sini kami boleh melihat perusahaan madu lebah secara lebih dekat. Bagaimana perternakan lebah-lebah di sini yang di jaga rapi dan berada di dalam kawasan persekitaran yang sememangnya bersih.






Ramai juga yang memborong madu asli, krim wajah, pencuci muka, kudapan dari madu dan pelbagai lagi. Kami juga banyak belajar tentang bagaimana penghasilan madu dan telah diberikan penerangan yang jelas terutama di dalam membezakan madu matang, madu asli dan juga bukan asli.

Apa lagi, naik je bas terus berkongsi rasa dengan apa yang ktorang beli tadik, sambil makan sambil borak-borak gituew, yang layan mata pun ada sebab kekenyangan pekena madu hehehehhe

Pekan Danok Thailand



Sebelum memasuki sempadan Malaysia, kami telah singgah di Danok pekan kecil yang menawarkan pelbagai produk Thailand. Sempat juga kami menikmati hidangan ringkas di sini seperti daging bakar dan juga air kelapa.







Ramai juga dikalangan peserta rombongan yang memborong makanan di sini terutama di kedai serbaneka 7 Eeleven. 



Semata-mata mahu menghabiskan duit baht yang masih berbaki. Di kedai-kedai kecil Pekan Danok ini juga kita boleh cuba tawar-menawar dan sekiranya bernasib baik barangan yang dibeli boleh dibayar dengan harga yang cukup berpatutan.



Lega rasanya bila lepas daripada immigresen Thailand dan Kastam Malaysia, yelah ktorang membeli belah macam nak giler, dengan beras wangi 5kg berkampit-kampit, buah-buahan, jajan-jajan, plastik 7-11 yang banyak frozen food, susu meiji berbotol-botol itu belum kira barangan kulit, kain sutera thai, kopi bercawan dan memacam lagi.


Seriously trip ke Hatyai kali ini sememangnya awesome kerana pergi dengan kengkawan yang sama kepala giler, memasin sporting habis hah.

I love you gaisssss!!!

Jom Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel


Bercuti bersama KOPETRO Travel memang cukup seronok dan sangat berbaloi. Jika dilihat pada pakej yang ditawarkan memang sangat berpatutan, harga luar jangkaan. Terdapat 2 pakej yang diperkenalkan iaitu :-

· RM379 (Pengangkutan + Penginapan)

· RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)



Pakej yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel sesuai untuk percutian samada secara berkumpulan, berpasangan dan juga disertai keluarga. Untuk setiap trip minimum adalah 35 peserta dan percutian adalah bersama dengan bas KOPETRO Travel.

Hatyai Thailand, negara jiran yang mempunyai pelbagai tarikan. Walaupun Hatyai dikatakan syurga makanan, namun jika berpeluang melawat kawasan-kawasan yang unik dan menjadi tumpuan pelancong tanpa perlu memikirkan perancangan perjalanan memang mennggandakan keseronokan bercuti.

Ini terutama dari segi kepelbagaian makanan yang boleh dicuba. Kawasan membeli-belah terbaik, ini kerana terdapat banyak sangat barangan yang dijual pada harga cukup murah jika kita dapat pergi ke lokasi kedai jualan yang tepat.

Di samping itu, Hatyai adalah negara yang mesra muslim jadi agak mudah untuk kita dapatkan makanan halal di sini. Lebih menyeronokkan masyarakat Thailand cukup peramah. Percutian ringkas tetapi padat dengan aktiviti memang meninggalkan memori yang cukup manis di sanubari.

Perkhidmatan Kopetro Travel memang terbaik!


Apa yang pasti, jika diizinkan kak lily ingin kembali bercuti bersama KOPETRO Travel untuk menerokai bumi Thailand yang cukup luas dan unik dengan identiti mereka tersendiri.

Keterangan lanjut mengenai KOPETRO Travel boleh layari laman media sosial mereka:-





#kopetrotravel 
#jomcutisakan 
#travel 
#hatyai 
#thailand