Wednesday, June 14, 2023

The Manhattan FISH MARKET kembali dengan hidangan ‘The Reel Deal Fish ‘N Chips’ yang lebih sempurna

Hi Korang,

Terkenal dengan Fish 'N Chips yang tiada tandingannya, The Manhattan FISH MARKET kini kembali dengan suatu pengalaman kulinari yang lazat tidak terkata.
 

Memperkenalkan The Reel Deal, sebuah hidangan yang lahir daripada kepakaran The Manhattan FISH MARKET dalam seni kulinari Fish and Chips, ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan rasanya yang segar, rangup, dan rasa yang membangkitkan selera.


Membawa sajian ini ke tahap yang lebih tinggi, The Manhattan FISH MARKET menawarkan dua variasi bagi hidangan Fish 'N Chips mereka iaitu rasa Original dan Spicy. Disediakan dengan menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti, setiap suapan memberikan pelanggan kenikmatan, hasil gandingan lazat ikan Dori putih yang lembut segar yang disalut adunan nipis yang rangup.




"Melalui kempen Reel Deal ini, kami gembira dapat membawa kembali keunggulan Fish 'N Chips yang digoreng sehingga keemasan sempurna. Kempen ini melambangkan komitmen kami untuk terus meningkatkan mutu kami dan memuaskan pelanggan kami dengan hidangan Fish 'N Chips terbaik. Versi baharu Fish 'N Chips kami menampilkan ikan yang digoreng sempurna, dihidangkan dalam bentuknya yang penuh, memberikan lebih keaslian dan kepuasan dalam setiap gigitan. Membawa kelazatannya ke tahap yang lebih tinggi, kami turut menambah mentega dan herba-herba ke dalam resipi istimewa ini. Oleh itu, kami ingin menjemput semua penggemar Fish 'N Chips untuk bersama kami untuk menakluki hidangan kulinari yang hebat ini, sekaligus mencuba versi terbaharu Fish ‘N Chips yang lebih enak, lebih rangup, dan lebih baik daripada sebelumnya," kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd.

Atas permintaan ramai, The Manhattan FISH MARKET membawakan semula gandingan nostalgia Fish 'N Chips bersama kentang goreng (French Fries). Kentang goreng yang digoreng bersama kulitnya memberikan kombinasi lazat kerak luar yang rangup dan lembut di dalam, membawa kita kembali ke era keemasan hidangan ikonik ini.

REEL DEAL DI THE MANHATTAN FISH MARKET TELAH TIBA!

Bintang utama kempen ini adalah The Manhattan Fish ‘N Chips Original (RM 26.90). Ia menyajikan ikan Dori disalut dengan adunan nipis, dicampur dengan kelazatan mentega dan herba, dan digoreng keemasan agar setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam. Ia disajikan dengan kentang goreng yang masih dengan kulitnya dan dipadankan dengan kombinasi lazat sos Tartar dan Salsa Berkrim yang baharu, menambah sensasi rasa hidangan ini.


The Manhattan Fish ‘N Chips Original

Bagi mereka yang gemarkan pedas atau rasa yang lebih hangat, The Manhattan Fish ‘N Chips rasa Spicy (RM 26.90) adalah pilihan yang sempurna. Disajikan dengan ikan Dori yang digoreng keemasan disalut adunan mentega dan herba, juga digandingkan dengan kentang goreng yang masih dengan kulitnya, pilihan ini memperkenalkan kombinasi menarik sos Tartar dan sos Keju Parmesan Bawang Putih yang baharu, memberikan rasa yang membuatkan anda pasti nak lagi!

The Manhattan Fish ‘N Chips Spicy

Untuk melengkapkan lagi hidangan ini, The Manhattan FISH MARKET menawarkan dua minuman sebagai penghilang dahaga. Botanical Passion (RM12.50) merupakan minuman yang menyegarkan serta mempuyai gabungan unik Teh Earl Grey dengan limau, daun selasih, dan daun pudina. Minuman ini sempurna digandingkan dengan Fish 'N Chips dek kesegaran dan kesejukannya. Bagi mereka yang mencari pilihan manis dan masam, Cala-Cala (RM 12.50) adalah pilihan yang sempurna dengan campuran Sprite dan buah tropika.

Botanical Passion

Cala-Cala


Hidangan Kombo juga ditawarkan, sesuai dinikmati untuk dua atau empat orang.

The Captain's Catch Combo (RM 79.90) adalah pilihan yang sempurna untuk dua orang. Ia termasuk Manhattan Fish ‘N Chips ikan Dori, hidangan Small Flame yang menggoda selera, dua hidangan Soup of the Day, dan dua gelas Coca-Cola yang menyegarkan, menjanjikan pengalaman santapan yang memuaskan dan pasti tak dapat dilupakan. 



Untuk kumpulan yang lebih besar, Fishermen's Feast Combo (RM 149.90) khas dicipta untuk empat orang. ‘Pesta’ makan ini menampilkan pelbagai hidangan lazat, termasuk Manhattan Fish ‘N Chips ikan Dori, Baked Alaskan Pollock, Grilled Cherry Snapper, Seafood Marinara Pasta, empat hidangan Soup of the Day, dan empat gelas minuman berkarbonat Coca-Cola. Tawaran yang menyeluruh ini memastikan semua dapat menjamu selera dan menikmati kemewahan hidangan makanan laut yang pelbagai, untuk pelbagai cita rasa.

Menu The Manhattan FISH MARKET Reel Deal boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET dari 25 Mei hingga 23 Julai 2023.

Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood serta boleh dibungkus tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.manhattanfishmarket.com/


#MFMMY 
#MFMWithYou 
#TheManhattanFISHMARKET 
#TheReelDeal 
#TheGoldStandard 
#ReelGood 
#FishNChips

Thursday, June 8, 2023

MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Serba Baharu untuk Mengujakan Citarasa Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Dengan aroma nostalgia serta rasa dan teksturnya yang kaya, tidak hairanlah Laksa menjadi ikon tradisi masakan Malaysia. Dalam meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap Laksa, MAGGI® memberi penghormatan kepada warisan hidangan klasik Malaysia ini kerana ia memperkenalkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan yang serba baharu dengan rasa asli dan aroma yang tersendiri.


Berkesempatan baru-baru ini kak lily  ke majlis pelancaran MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan di The Agam, KL. Cantik tempatnyer esklusif sesangat hah.


Pada acara pelancaran itu juga, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata "At the launch event staged at the vintage-themed mansion, The Agam in Kuala Lumpur, Mr. Juan Aranols, CEO of Nestlé (Malaysia) Berhad said “As a brand that has over 50-year history and a meaningful space in the hearts of Malaysians, MAGGI® continues to proudly celebrate our heritage in all our offerings. Today, we are delighted to be part of the celebration of Malaysia’s vibrant Laksa dishes as we present our latest product innovation that pays homage to our nation's diverse and distinctive culinary heritage: our all-new MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.”

Hadir pada majlis pelancaran itu ialah dua personaliti makanan terkenal Malaysia - Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Makanan dan Budaya Warisan Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) – yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan Laksa yang lazat sambil berkongsi sejarah dan evolusinya yang kaya.



Menelusuri asal usulnya, Laksa ialah hidangan yang berakar umbi dalam komuniti Peranakan, diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa Laksa benar-benar hidangan ikonik Malaysia yang melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – daripada Laksa Kari yang paling biasa kepada tawaran yang lebih inovatif seperti Assam Laksa, Sarawak Laksa, Nyonya Laksa and the Johor Laksa.



“The soul of Laksa lies in its vibrant and aromatic flavours. A good Laksa is all about the balancing act between various ingredients with the constant stirring towards the ‘pecah minyak’ stage, which is vital for the perfect Laksa flavour that culminates in a true culinary delight,” beliau menambah

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna sedang mencari cara baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan, dengan peningkatan trend penyediaan Laksa dengan cara “Goreng”. Mengambil inspirasi daripada trend ini, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia.

Ms. Ivy Tan, Business Executive Officer of MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “As Malaysia’s trusted household brand, MAGGI® aspires to deliver product offerings that embody true Malaysian flavours. Thanks to our MAGGI® Chefs’ continued dedication and culinary expertise, we have given a modern-day twist to Laksa as we introduce our latest innovation MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan. Indeed, the secret of making a good Laksa lies in its base. Hence, our new creation is carefully crafted with a blend of key aromatic ingredients, bunga kantan, daun kesum, galangal, along with fresh ingredients: onions, kaffir lime leaves, lemongrass, garlic and ginger, slowly cooked into a paste until ‘pecah minyak’ to deliver the distinctive flavour of the iconic Laksa dish whilst preserving its authentic recipe. We are embracing this heritage dish, by making it possible to enjoy a great tasting Laksa Goreng – anytime, anywhere!”



Selaras dengan janji jenama kami untuk membantu rakyat Malaysia Memasak Perbezaan, MAGGI® terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap. Mi MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dibuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, adalah komitmen MAGGI® untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.


Untuk info lanjut mengenai MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/

Monday, June 5, 2023

GSC melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di IOI City Mall!

Hi Korang,

Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di GSC IOI City Mall, setelah siapnya GSC IOI City Mall 2 (Timur). Dengan gabungan 26 skrin yang tersedia, pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman sinematik yang memukau di bawah satu bumbung.


GSC IOI City Mall adalah impian setiap peminat filem kerana pawagam ini merupakan hab hiburan 360 yang dilengkapi dengan teknologi skrin terkini dan menawarkan semua format filem seperti pilihan panggung wayang IMAX dengan teknologi Laser pertama di Malaysia, 4DX, D-BOX, dan Dolby Atmos, berserta ScreenX dan dewan BIG yang dijadualkan siap nanti. Penggemar filem juga dapat melengkapkan pengalaman sinematik mereka dengan membeli barangan koleksi filem kegemaran di Keepsake. GSC IOI City Mall 2 juga merupakan lokasi utama panggung wayang mesra keluarga terbesar GSC yang dipanggil PlayPark. Anak-anak kecil boleh berlari, bermain dan melompat tanpa gangguan dan terdapat juga kawasan permainan bersebelahan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain. Di samping itu, GSC turut memperkenalkan Happy Food Co. iaitu kafe pertamanya di Lembah Klang yang terletak di GSC IOI City Mall 2 yang menawarkan minuman susu kocak yang istimewa dan pelbagai hidangan yang lazat.

“Dengan 55 lokasi pawagam di seluruh negara, 2023 telah menyaksikan permulaan tahun yang positif untuk GSC, dengan pertumbuhan berterusan dalam tempoh yang akan datang. Kami ingin menyediakan akses dan tawaran yang lebih hebat kepada peminat filem, oleh itu GSC telah merancang untuk memperluaskan rangkaian pawagamnya di 8 lokasi baharu di seluruh negara pada 2026. Kami akan teruskan momentum dengan pelancaran pawagam terbesar kami di Malaysia dan tayangan beberapa filem blockbuster yang dijangka akan keluar pada musim panas akan datang dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan GSC sebagai peneraju pasaran,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.

Dengan keluasan lebih daripada 79,000 kaki persegi, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peringkat umur.

Ucapkan “HELLO” kepada Panggung Wayang PlayPark GSC terbesar

Merealisasi impian setiap kanak-kanak, panggung wayang PlayPark terbesar di GSC lengkap dengan kawasan bermain yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur, serta maskot bertemakan popcorn kesayangan kami - Jesse & Friends! Ruang tersebut dilengkapi sudut bacaan yang menarik, menara mendaki yang dikenali sebagai 'Soda Can', pit bola, dan dinding permainan interaktif oleh Champs, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun, keseronokan ‘Menara Popcorn’ menanti mereka di mana ia mempunyai gelongsor terpanjang di dalam sebuah pawagam.




Panggung wayang PlayPark yang terbesar ini juga menyediakan kemudahan penting seperti bilik persalinan bayi, bilik air mesra kanak-kanak dan bilik penyusuan bayi - amat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang berkeluarga. Tambahan pula, PlayPark juga dilengkapi dengan taman permainan dalam dewan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan gembira. Panggung wayang PlayPark boleh memuatkan 118 orang, dengan tiket berharga dari RM32 ke RM 122.

Bersantai dan berehat dengan selesa di panggung wayang Kelas Premiere GSC

Untuk pengalaman menonton filem yang mewah dilengkapi kerusi yang selesa, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan dua panggung wayang kelas Premiere yang telah diperbaharui. Di sini, anda dapat menikmati hidangan makanan dan hiburan yang menarik, yang pastinya akan meningkatkan keseronokan sebelum menonton filem. Penonton yang memilih panggung wayang kelas Premiere ini akan diberi keistimewaan untuk menikmati hidangan secara peribadi di luar dewan panggung atau pilihan menikmati makanan dengan selesa di tempat duduk mereka dalam panggung. Selain itu, mereka juga akan mendapat akses percuma untuk bermain papan dart dan meja pool. Harga tiket bagi panggung wayang kelas Premiere ini adalah dari RM80 bagi setiap tempat duduk.


Saksikan pengembaraan filem kegemaran anda dengan pengalaman sinematik yang diperkaya

Di GSC IOI City Mall 2 (Timur), anda akan merasakan pengalaman filem yang luar biasa kerana ia adalah satu-satunya destinasi yang menawarkan semua format filem di bawah satu bumbung, termasuk IMAX dengan teknologi Laser, 4DX, D-BOX, Dolby Atmos berserta ScreenX dan dewan BIG yang akan datang. Sama ada anda peminat filem aksi, animasi yang berwarna-warni atau konsert siaran langsung, pastinya terdapat sesuatu yang dapat memenuhi keinginan dan kepuasan setiap pengunjung.

Puaskan keinginan anda di Happy Food Co.


Sempena pelancaran cawangan pertamanya di Lembah Klang, Happy Food Co. menawarkan rangkaian susu kocak istimewa, makanan ringan yang lazat dan hidangan utama yang menyelerakan untuk memuaskan keinginan anda, sepanjang hari, setiap hari.

Beli-belah hingga puas di Keepsake

Pengalaman filem anda tidak akan lengkap sehingga anda dapatkan koleksi filem kegemaran anda, barangan Jesse & Friends atau koleksi jenama #GSCAdmin kami tersendiri di Keepsake. Dari barangan filem kegemaran seperti mainan mewah, patung figura, dan pelbagai koleksi eksklusif filem yang diburu, tiada cara lain yang dapat memperingati dan menghormati watak filem kesayangan anda. Pembelian di Keepsake ini juga menjadi lambang kecintaan anda terhadap dunia perfileman.