Monday, June 5, 2023

DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS Memberikan Rasa Segar Khusus Mereka Berhijab

Hi Korang,

Tidak dinafikan kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memang memakai hijab. Dan hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini.


Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika in menyebabkan kita berpeluh, tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak.

Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkan penutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh.

Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka.

Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuklah bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari.


Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bh, Eliza Yanti berkata "Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh aka terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.

Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa member penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami. Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka" tambah beliau.



Daia Hijab All Day Freshness dengan formula terkini dengan Teknologi Smart lon™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakeria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan-semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. la boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah.

Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness


Daia Hijab All Day Freshness baharu dilancarkan hari ini di Malaysia oleh artis terkenal tempatan, Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


"Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai dengan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab AlI Day Freshness. la membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan serba guna dan pilihan yang praktikal.

Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, say tidak perl membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersian atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini" kata Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peminat.





Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dar 3.8kg. 

Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Seriously kak lily sendiri dah cuba dan dapat rasainya perbezaannya dengan sabun basuh yang lain, wangi dan segar rasanya

Sunday, June 4, 2023

Makan-Makan Di HAPPY FOOD Co. GSC Cinema (East Wing) IOI City Mall

Hi Everyone,

Happiness is best served with a side of fries and our signature decadent milkshakes. Hungry yet?


Happy Food. Co is a café conceptualised and brought to life by Golden Screen Cinemas to bring ultimate happiness to movie-goers and foodies alike. From comfort food and signature milkshakes that keeps your happiness at bay, Happy Food Co. also offers a wide-range of ready-to-eat snacks including gourmet popcorn and crispy salmon fish skin.


Available in both sweet and savoury flavours, our gourmet popcorn comes in 3 flavours including dark chocolate, crunchy caramel and sour cream. For savoury snack lovers, the crispy salmon skin comes in an addictive salted egg flavour.





Milkshakes steal the limelight at Happy Food Co., with a trio of signature flavours to delight your senses, topped with our own RTE gourmet popcorn for an added crunch. 


A recipe for ultimate happiness, our milkshake line-up includes flavours such as Pop-a-licious – our signature caramel popcorn flavoured milkshake, Choco Dream – for those who enjoy delectable chocolatey goodness and Berry-Delicious – a refreshing strawberry blend inspired by the flavours of summer.

Whether you’re craving light bites or curbing those hangry pangs, Happy Food Co. offers mouth-watering snacks, scrumptious mains, and desserts to make your day just a little sweeter.





Inspired by iconic comfort foods, Happy Food. Co’s light bites offer a variety of everyone’s favourite snack – fries, from classic french fries, flat chips, and signature cajun fries. Fret not if you’re not in the mood for fries, our to-die-for mozzarella cheese sticks are well-loved amongst all ages.



Happy Food Co.’s main dishes offer a twist on both western and Asian themed delights, inspired by local flavours. Ranging from a choice of both chicken and beef hot dogs served with unique toppings, rice dishes, and spaghetti – there’s something for everyone.

Happiness can be found at the locations below:

IOI City Mall 2 (East Wing), Putrajaya

2AT-5, 3rd Floor, IOI City Mall, IOI Resort, 62502
Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Open daily from 10am – 10pm


The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bharu

1, AT3, Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150
Johor Bharu

Open daily from 10am – 10pm




10 TEMPAT SARAPAN MENARIK DI SELANGOR!

Hi Korang,

Sebulan berhari Raya bersama Lemang dan Ketupang semestinya membuatkan anda merindui suasana bersarapan pagi dengan tenang dan santai. Mari kita jejaki 10 tempat sarapan menarik di Selangor dengan masakan yang lazat dan sesuai dengan citarasa anda!

Kopitiam 143, Ampang Jaya


Berada di pekan kecil Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional seperti telur separuh masak, mee wantan, roti bakar arang dan masakan Asia yang lazat. Dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari, kecuali hari Selasa, pelanggan dibenarkan untuk makan di kopitiam ini sahaja, untuk mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak!

Kueh@Seksyen 13, Shah Alam


Mari menikmati kudap-kudapan di waktu pagi! Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih muih tempatan yang dibuat setiap hari. Terdapat manis-manisan yang enak, kafe ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, tersedia untuk sarapan pagi dan minuman petang! Terdapat juga pelbagai pilihan makanan berat di sini, seperti Laksa Utara, Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Tomato!

Atap by Pagi Coffee Co, Subang Jaya


Terletak di loteng tingkat dua di SS15 Subang Jaya, Atap by Pagi Coffee Co dengan hidangan istimewanya, Roti dengan Keju Bakar, serta kopi dan kombucha menjadi pilihan utama. Dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini sesuaiuntuk mereka yang mencari persekitaran yang estetik dan tenang untuk sarapan pagi atau brunch!

Kafe Auntie Foo, Kuala Selangor



Mulakan travelog anda di Kuala Selangor di Kafe Auntie Foo. Terletak di kaki Bukit Melawati dan berhampiran Taman Alam Kuala Selangor, kafe ini merupakan tempat persinggahan yang sesuai selepas bersiar-siar di sekitar dua tempat bersejarah ini. Kafe ini menawarkan pelbagai makanan ringan, snek dan minuman berserta buku untuk para pelanggan. Kafe ini juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan maklumat bagi lawatan peribadi di sekitar Kuala Selangor.

100Houz Coffee & Breakfast, Kajang


Rumah teres 70-an yang terletak di Jalan Reko, Kajang ini menawarkan pelbagai menu sarapan pagi, daripada sarapan bertemakan Inggeris seperti pasta, makanan ringan, pastri dan kopi, memberikan suasana yang tenang. Sesuai untuk mereka yang mengidamkan sarapan pagi atau brunch yang santai! Kafe ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pak Teh Kopitiam, Kuala Langat


Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, banglo tradisional Cina satu tingkat lama ini memberikan suasana restoran tradisional namun masih mempunyai citarasa moden yang tersendiri. Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan Asia yang ikonik; roti bakar kaya, telur separuh masak dan Nasi Lemak. Dibuka setiap hari kecuali Selasa dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang, kopitiam ini juga penuh dengan penunggang basikal sejak awal pagi!

Hay! Cafe, Sekinchan


Dikelilingi oleh sawah padi Sekinchan yang menghijau, kafe bertema Inggeris ini menawarkan pelbagai hidangan yang enak; Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam keselesaan kafe mereka di bawah penghawa dingin atau menikmati sarapan pagi anda sambil melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Kafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.

Bahulu Classiq, Hulu Langat


Terletak di Hulu Langat, Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan pagi di Batu 18, Kampung Jawa. Kedai kecil ini menawarkan menu yang enak seperti lontong, mee jawa dan mee rebus asli dan terletak berhadapan dengan Mata Air Panas Kampung Jawa, salah satu Geotapak Selangor di bawah Gombak-Hulu Langat Geopark. Terkenal sebagai salah satu port sarapan penunggang basikal, Bahulu Classiq adalah tempat sarapan yang mesti dikunjungi sambil menjelajah alam semulajadi di Daerah Hulu Langat!

Roti Leleh Batu Arang, Gombak


Penuh dengan sejarah dan nilai warisan, Batu Arang merupakan sebuah pekan kecil di daerah Gombak. Roti Canai Batu Arang adalah tempat Geo-Food yang terkenal untuk penunggang basikal yang melalui Gombak untuk Roti Lelehnya. Roti Leleh Batu Arang dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat dari jam 6 pagi hingga 1 tengah hari.

Warong Ketupat Yan Kampung Permatang, Kuala Selangor


Salah satu port terbaik untuk sarapan pagi di Kuala Selangor! Warong Ketupat Yan di Kampung Permatang, Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi, anda mesti cuba untuk sarapan di sini, terutamanya menu istimewa mereka, sate kerang!


Sudah tiba masanya untuk pagi yang santai dengan “me time” anda sendiri atau bersama rakan-rakan dengan bersarapan di 10 tempat sarapan pagi terbaik di Selangor sambil berjalan-jalan di sekitar negeri ini! 

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan ke Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu