Thursday, June 1, 2023

ALIF luaskan operasi ke segmen F&B menerusi kerjasama dengan GTR Burger

Hi Korang,

Sime Darby Oils telah berganding bahu dengan Koperasi GTR untuk membekalkan ALIF Marjerin yang dibungkus secara eksklusif untuk GTR Burger, iaitu jenama burger Malaysia yang terkenal.


ALIF Marjerin telah diolah dengan aroma dan cita rasa unik untuk melazatkan aneka jenis masakan, baik sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, mahupun kuih raya yang enak rasanya. Diperkenalkan di pasaran pada Mei 2022, ALIF Marjerin yang dibungkus secara eksklusif kini akan digunakan di semua gerai pengusaha GTR Burger di seluruh negara untuk menaikkan aroma burger GTR yang menambat selera.

Menurut Mohammad Rahimi Abdullah, Ketua Unit Perniagaan Sime Darby Oils Professional, kerjasama ini menandakan mercu jaya penting bagi ALIF dalam usaha menceburi segmen makanan dan minuman (F&B) dan mengukuhkan kedudukan jenama ALIF Marjerin dalam kalangan pengendali makanan.

“Kami komited untuk menyediakan produk bermutu tinggi kepada pelanggan kami yang dihargai. Memandangkan kini terdapat lebih daripada 300 pengusaha GTR Burger yang mengendalikan gerai burger di seluruh negara, dan lebih ramai lagi dijangka memulakan perniagaan tersebut, kami teruja untuk berkongsi kebaikan ALIF Marjerin dengan peminat GTR Burger, sambil mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen F&B,” kata Mohammad Rahimi.


Berbekalkan latihan dan sistem sokongan yang sewajarnya demi memastikan kejayaan berterusan perniagaan, termasuk bekalan ramuan berkualiti secara konsisten, GTR Burger telah memperkenalkan program perniagaan yang kukuh untuk membangunkan usahawan yang sebahagian besarnya terdiri daripada komuniti B40.

“Kami sukacita untuk memainkan peranan kami dalam masyarakat dan meneroka lebih banyak cara untuk menyokong perniagaan tempatan kita. Pemilihan ALIF Marjerin sebagai marjerin eksklusif untuk semua gerai GTR burger bukan sahaja memperlihatkan kualiti produk kami, tetapi juga menjamin bekalan ramuan berkualiti secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggan GTR dan mencapai matlamat untuk melahirkan usahawan yang berjaya,” tambahnya.

Menerusi kerjasama ini, ALIF juga memberikan sokongan kepada kempen Tanggungjawab Sosial Korporat terkini GTR Burger, iaitu kempen "Program Kebahagiaan Ramadan", yang bertujuan membawa berkat kepada 2 juta penerima sumbangan dalam bulan Ramadan menerusi pengagihan makanan daripada sumbangan yang dibuat kepada GTR Burger sepanjang tempoh kempen.

Untuk menikmati aroma dan kelazatan ALIF Marjerin, produk ini boleh didapati dalam pek 1 kg di gedung runcit yang terpilih.


Wednesday, May 31, 2023

GUARDIAN FUN RUN 2023 kini KEMBALI!!

Hi Korang,



Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:



“Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi. Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.

“Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat. Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran,” tambah Teo.

“Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.



Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

“Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, yang mana butirannya akan diumumkan kemudian. Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” jelas Teo.


Guardian Fun Run akan diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang. Terdapat empat kategori Larian tahun ini:

Kategori 1 3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)

Kategori 2 3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 3 5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 4 5KM Larian Maya

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.

Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.



Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.

Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di https://www.heyjom.com/events/359.



Friday, May 26, 2023

PAVILION BUKIT JALIL Raikan Ulang Tahun WARNER BROS KE 100 Cuti Sekolah Ini

Hi Korang,

Pada musim cuti sekolah ini, Pavilion Bukit Jalil kini menampilkan kerjasama istimewa bersama Warner Bros. Discovery Global Consumer Product bersempena kempen ulang tahun studio mereka ke 100 – Celebrating Every Story. Para pengunjung disajikan dengan pelbagai tarikan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan dan juga penebusan barangan eksklusif serta terhad bermula pada hari ini sehingga 25 Jun 2023.


Hadir bersama dalam majlis perlancaran MID-YEAR FIESTA (MY FIESTA) Pavilion Bukit Jalil dan Ulang Tahun Warner Bros. Studio ke 100 adalah Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap; Ketua Bahagian Perkongsian UOB Malaysia, Mr Fabian Poh dan Pengarah Bersekutu, Pelesenan Studio Pasific, Mr. Keith Ng mewakili Warner Bros. Studio.

MY FIESTA

Menara Air ikonik Warner Bros. Studio yang berdiri megah di tengah Centre Court, aras 2, Pavilion Bukit Jalil ini memaparkan peredaran masa, momen serta adegan filem penting sepanjang penubuhannya untuk satu abad yang lalu. Terdapat pelbagai hiasan bertema serta latar belakang yang menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan seperti Platform 9¾ dari siri Harry Porter, Tom & Jerry Animation Studio, Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo dan Pameran The Flash yang menampilkan latar belakang adegan wayang tersebut dan aktiviti interaktif mengelilingi arca ikonik tersebut.



Selain itu, kehadiran para pengunjung dimeriahkan lagi dengan siri pameran prop interaktif dan koleksi barangan yang telah digunakan di seluruh studio tersebut sejak 100 tahun lalu seperti dari siri francais Wizarding World, DC Super Heroes, Batman & Wonder Woman serta sitcom TV 90-an FRIENDS dan banyak lagi.

MY FUN ACTIVITIES

Dalam meraikan kerjasama ikonik bersama Ulang tahun ke 100 Warner Bros., para pengunjung dijemput untuk sertai pertandingan cosplay pada 10 Jun 2023 dan berpeluang untuk memenangi wang tunai, baucar beli belah dan cenderamata eksklusif WB100 seperti patung kecil DC dari Beast Kingdom, Batmobile dan patung aksi Batman, tabung pelbagai guna Justice League, Mysterious Wands dari Wizarding World: Harry Potter dan bekas air, lencana butang, tag bagasi ekslusif WB100 dan bermacam lagi.



Tanpa mengira peringkat usia, pastinya ada sesuatu keriangan menanti para pengunjung untuk dikecapi di Pavilion Bukit Jalil sepanjang musim cuti sekolah ini. Bawa si kecil ke karnival pengembaraan interaktif World of Nickelodeon yang pertama di Malaysia dan Pinkfong Baby Shark Adventure Ville oleh Toy World di aras 5 (Zon Oren). Teruskan berhibur dengan menyaksikan wayang blockbuster terkini di pawagan TGV Cinemas di aras 5 (Zon Oren) yang baru sahaja beroperasi atau nyanyi sepuas hati bersama teman dan keluarga di K11 Karaoke, aras 5 (Zon Oren). Para penggunjung turut diseru untuk selami dunia fantasi pembikin filem legenda Amerika melalui pameran The World of Tim Burton Pop-Up Museum, aras 2 (Zon Merah Jambu).

Keriangan diteruskan dengan pelbagai pameran menarik menanti para penggunjung sepanjang cuti sekolah Jun ini di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, aras 5 (Zon Merah Jambu)


· TRY COURSE EDUCATION FAIR 2023 [3 – 4 Jun 2023]

· POKANIME PLANET 2023 [17 – 18 Jun 2023]

· MYHOME EXHIBITION 2023 [23 – 25 Jun 2023]

· iFOOD EXPO 2023 [30 Jun – 2 Julai 2023]



MY RETAIL THERAPY

Menampilkan lebih 400 pelbagai kedai jualan sehingga hari ini, para ibu bapa boleh nikmati terapi beli belah dengan menjamu mata di JunHO, @Work, Loretta, 1.dNA dan Sojuu untuk trend K-fashion terkini terletak di aras 3 (Zon Merah Jambu). Kegirangan diteruskan dengan koleksi menakjubkan di Uniqlo, Fred Perry dan HLA Concept Store, aras 3 (Zon Oren) serta saksikan koleksi pra-musim panas di Forever 21 yang kini dibuka terletak di aras 3 (Zone Merah Jambu). Kilaukan jari jemari dengan pelbagai pilihan koleksi perhiasan diri uniseks dari Joje, Zirconia Jewellery, aras 2 (Zon Oren) atau Elfi Jewellery, aras 4 (Zon Merah Jambu) untuk penampilan gaya baharu.

Bagi yang mengidamkan sesi manjaan diri ketika si cilik sibuk bersuka ria, belaikan diri dengan sesi urutan badan beraromaterapi ataupun urutan kaki di Siam Oasis, aras 1 (Zon Oren). Terdapat lebih banyak pilihan sesi manjaan diri yang patut dinikmati oleh para ibu bapa di Pavilion Bukit Jalil seperti sesi cucian wajah di Sothy’s ataupun di Skinz Santuary di aras 5 (Zon Merah Jambu), diteruskan dengan pelbagai sesi penjagaan rambut di Colour Room by APT, aras 5 (Zon Oren) dan sesi tatarias bulu mata oleh pakar di The Hair Tric & Lashility, aras 5 (Zon Merah Jambu).

MY FEAST

Dengan menyajikan lebih 150 pilihan restoran dan kafe, Pavilion Bukit Jalil semestinya destinasi syurga makanan yang terbaik untuk dinikmati oleh para pengunjungnya. Berikut merupakan beberapa cadangan bagi sesi menjamu selera terbaik bersama keluarga dan rakan-rakan:

Syurga Hot Pot : Haidilao Hotpot, Lamei Hotpot, One Dish One Taste, Mo-Mo Paradise, Suki-Ya,

Zui Ma Tou Hotpot, XiangShan Fish Steamboat, Yuan Lao Si Hotpot

Pilihan Mersa Muslim : Two Cents Hot Wings, Oppa Toast, The Travelling Duck, Penang Chendul

Pastinya Halal : Grandmama’s, Madam Kwan, Mee Hiris China Muslim, Seniman

Pencuci Mulut : Perfect Ice, Yoghurt Cow, Street Churros, Go Coconuts

Manisan Sedap : Hazukido, Rollney, Bo The Avocado, Molten Chocolate Café

Ruang Privasi : Sushi Koi, Grand Harbour, Tonkatsu by Ma Maison


HADIAH EKSLUSIF DAN TERHAD ULANG TAHUN KE 100 WARNER BROS. STUDION DENGAN PEMBELIAN



Bermula hari ini sehingga 25 Jun 2023, beli dan tebus set cenderamata ekslusif WB100 rasmi di Pavilion Bukit Jalil seperti:

· Buku Nota A5 WB100 - Dengan pembelian minima RM200 (pembelian minima RM150 untuk pemegang kad UOB dan CITIBANK)

· Bekas Air WB100 – Dengan pembelian minima RM300 (pembelian minima RM200 untuk pemegang kad UOB dan CITIBANK)

· 1x Cabutan Bertuah Baucar Pembelian (RM50 atau RM100) – Dengan pembelian minima RM500 (pembelian minima RM400 untuk pemegang kad UOB dan CITIBANK)

Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan promosi sambutan cuti sekolah pertengahan tahun (MYFiesta) di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com atau semak kemas kini terbaru melalui Facebook, Instagram atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.