Sunday, April 2, 2023

F&N Lancar Rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, Sajian Jus Segar Serba Baharu

Hi Korang,

F&N Creameries Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama-jenama konfeksi ais termasuk Magnolia dan King’s, akan memperluaskan divisyen aiskrimnya menerusi jalinan kerjasama dengan Sunkist Growers menerusi pengenalan rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange. Rangkaian baharu ini membawa pembaharuan dan meningkatkan tanda aras konfeksi ais komersial dengan menggunakan jus oren dan bukan bahan perisa oren.


Bersandarkan gabungan warisan dan keyakinan jenama F&N dalam memberikan kegembiraan dan kenikmatan sebenar selama 140 tahun berserta pengalaman selama 130 tahun Sunkist Growers dalam menjana hasil luar biasa di ladang-ladang sitrus milik keluarga di California dan Arizona, Konfeksi Sunkist Tropical Orange secara inovatif menggabungkan rasa umph dan manfaat kesihatan buah sitrus untuk kategori konfeksi ais serba baharu yang Citrusly Syok!



Boleh didapati dalam bentuk tab boleh dikongsi dan tiub sajian tunggal, rangkaian baharu itu merupakan konfeksi ais komersial pertama di Malaysia yang kaya dengan Vitamin C bersama jus oren bagi rasa yang menyegarkan, berjus dan penuh nikmat.

Format tiub Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange adalah umpama sorbet dengan tiada kandungan susu, menjadikannya sesuai untuk golongan vegan dan mereka yang tidak toleran laktosa. Sementara tab Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange menggabungkan bahagian bawah dengan vanila berkrim bersama riak oren sos serta tekstur yang seperti aiskrim artisan atau mewah.

“Semasa dilaksanakan arahan untuk kekal di rumah, kami melihat terdapat peningkatan dalam jualan produk-produk aiskrim memandangkan ia merupakan satu pilihan sajian yang menenangkan. Trend ini diteruskan di Malaysia dan rantau ini. Menerusi kerjasama dengan Sunkist Growers, kami membangunkan rangkaian Sunkist Tropical Orange yang kaya dengan Vitamin C dengan menggunakan jus oren sebagai kategori baharu aiskrim yang turut menyediakan manfaat kesihatan. Pengenalan rangkaian ini berikutan permintaan dan potensi pasaran yang kami lihat. Sehubungan itu, kami menjemput orang ramai untuk menikmati sajian enak ini,” kata Encik Siew Peng Yim, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Creameries Sdn Bhd.

Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tiub adalah pilihan sempurna bagi menyejukkan diri dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia. Hanya ambil satu untuk menyejukkan dan menyegarkan diri serta mendapatkan tambahan Vitamin C daripada jus oren yang terkandung dalam setiap hirupan. Tiub yang direka khusus ini mudah dipegang sebelah tangan dengan kurang risiko untuk tumpah atau menitik, membenarkan anda terus membuat kerja atau tugasan, beriadah mahupun menikmati waktu rehat dengan tenang.

Bagi sajian istimewa di rumah, Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tab menggabungkan keseimbangan sempurna kemanisan dan kelazatan berkrim serta rasa hebat. Kongsikan rasa Citrusly Syok bersama insan tersayang dan rakan-rakan selepas waktu sekolah atau sebagai penceria selepas waktu kerja mahupun sebagai snek sejuk yang lebih sihat.

Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange kini boleh didapati di seluruh negara dan secara online. 



Dapatkan tiub sajian tunggal 75ml pada harga RM2.50 setiap tiub (RM2.70 di Malaysia Timur), tiub pelbagai pek yang terdiri daripada 4 tiub pada RM9.80 satu pek (RM10.50 di Malaysia Timur) dan tab 1.5 liter berharga RM15.00 sebekas (RM16.50 di Malaysia Timur). 

Rangkaian menyegarkan serba baharu ini juga boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi F&N di https://my.fnlife.com/chilled-frozen/ice-cream/sunkist.html.


Bagi meningkatkan pengalaman Citrusly Syok, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Gold of Sunkist yang menawarkan hadiah berupa jongkong emas dan syiling emas berjumlah RM30,000! 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mendapatkan produk-produk Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange berharga RM10 ke atas dalam satu resit pembelian dan menghantar foto resit menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 017-6487654. Peraduan ini dibuka dari 1 Mac sehingga 30 April 2023.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, peraduan, aktiviti, promosi dan barangan percuma Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, ikuti laman-laman sosial https://www.instagram.com/sunkist_icecream_my/ atau https://www.facebook.com/Sunkist-Ice-Cream-MY.

Saturday, April 1, 2023

Beli dan Beramal bersama kempen Raya Go Shop

Hi Korang,

Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Malaysia telah melancarkan kempen Raya mereka, ‘Biar Biasa Janji Bersama’ bagi menyambut Hari Raya yang akan datang. Kempen yang berlangsung sehingga 22 April 2023 itu akan menampilkan pelbagai rangkaian jenama eksklusif, tawaran istimewa dan inisiatif aktiviti amal.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif amal Go Shop, RM1 akan didermakan kepada rumah amal yang dipilih untuk setiap produk yang dibeli sebagai sebahagian daripada kempen ini. Inisiatif ini hanya terpakai untuk produk terpilih yang dipamerkan di program TV Go Shop. Para pelanggan boleh memilih produk daripada pelbagai jenama eksklusif sepanjang kempen termasuk Habib, SIMPLYSITI, FGWalet, Corelle, Nona dan Munif Hijjaz.

Selain itu, para pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa apabila menggunakan kod EID12 untuk potongan RM12 dengan perbelanjaan minimum RM150, EID30 untuk potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM280 dan EID60 untuk potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM500. Penghantaran percuma juga disediakan di Semenanjung Malaysia pada hari bekerja sepanjang tempoh kempen dan di seluruh negara pada hujung minggu sehingga 16 April 2023.

Untuk pengalaman membeli-belah yang unik dan hebat kepada para pelanggan, Go Shop akan menyiarkan program istimewa secara LIVE sepanjang bulan Ramadan dan Raya, setiap hari pada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi di saluran Astro 111 dan 118. Go Shop juga berbesar hati untuk memperkenalkan Program GoRewards Loyalty mereka untuk para pelanggan mendapatkan points dengan setiap pembelian yang dibuat. Program ini mempunyai tiga peringkat* :

· GoGold: Para pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas layak mendapat 50 Go Points

· GoSilver: Para pelanggan yang berbelanja antara RM900 hingga RM1,499 layak mendapat 30 Go Points

· GoBronze: Para pelanggan yang berbelanja antara RM500 hingga RM899 layak mendapat 10 Go Points

Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro saluran 111 dan saluran 118.


The Manhattan FISH MARKET Menyambut Ramadan dan Syawal Dengan Sajian Kampung Kat Sea-Nie

Hi Korang,

Ramadan dan Syawal semakin hampir dan The Manhattan FISH MARKET ingin menjadikan perayaan kali ini yang tidak boleh dilupakan. Bermula dari Mac, The Manhattan FISH MARKET melancarkan kempen Kampung Kat Sea-Nie dengan menawarkan pelbagai pilihan enak diinspirasikan oleh rasa tempatan untuk meraikan perayaan akan datang ini.

Rakyat Malaysia sering berbuka puasa beramai-ramai dengan orang yang tersayang dan merancang pelbagai jamuan sewaktu bulan puasa dan musim perayaan. The Manhattan FISH MARKET menyambut tradisi ini dengan memperkenalkan beraneka juadah makanan laut baharu untuk pelanggan menikmatinya sama ada di restoran untuk pengalaman yang istimewa, bungkus untuk dibawa pulang dan dinikmati di keselesaan rumah sendiri, ataupun membuat pesanan penghantaran makanan supaya ia sampai terus ke rumah. Menu ini sesuai untuk pesanan individu, keluarga besar, dan semua saiz pesanan diantaranya.


“Kami ingin menjadikan tempoh ini bermakna dan juga memudahkan para pelanggan kami menyambut Ramadan dan Syawal. Walaupun ini adalah waktu yang menggembirakan, ia juga boleh memberi tekanan apabila anda perlu menyediakan sajian sejurus sampai ke rumah atau perlu menyiapkan hidangan dengan cepat untuk keluarga yang datang menziarahi. Kami berharap pelanggan kami dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai tanpa perlu merisaukan tentang persiapan makanan, dan mencuba pilihan makanan laut terbaharu yang kami tawarkan dan minuman yang enak daripada juadah Kampung Kat Sea-Nie di The Manhattan FISH MARKET” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd.


Tawaran Masa Terhad untuk Menu Lokal Kampung Kat Sea-Nie

Musim keraian ini, The Manhattan FISH MARKET memperkenalkan hidangan Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock (RM36.00). Ikan disalut tepung nipis dan digoreng hingga keemasan membuatkan setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam. Dihidangkan dengan sos Asam Sambal yang dimasak bersama pes asam jawa, sos yang pedas dan masam ini amat sesuai dijadikan sos untuk mencicah. Sajian ini sesuai untuk penggemar sambal yang suka akan rasa pedas. Ia juga dihidangkan bersama kerepek.

Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock

Baked Sambal Belado Cherry Snapper (RM35) dibalut dan dipanggang di dalam aluminium foil untuk memastikan aroma dan perisanya kekal supaya pelanggan dapat menikmati keenakan dalam setiap suapan. Ia disajikan dengan nasi herba bawang putih dan brokoli untuk melengkapkan sajian. Ikan Cherry Snapper dilumurkan dengan sos Sambal Belado pedas dan hangat yang dibuat oleh The Manhattan FISH MARKET sendiri dengan menggunakan campuran cili merah pedas yang ditumis, bawang merah, bawang putih, dan rempah-ratus.

Baked Sambal Belado Cherry Snapper

Sementara itu pula, hidangan Baked Whole Siakap (RM65) sesuai dikongsi bersama sehingga 3 orang. Sosnya yang diinspirasikan oleh Korea mempunyai gabungan rasa pedas dan menyelerakan. Fillet ikan disapukan dengan sos merah yang enak dan dibakar hingga empuk dan lembut. Meneruskan dengan tema makanan Korea, cendawan enoki dan kubis dibakar bersama untuk mendapatkan rasa makanan Korea yang lebih asli. Pilihan ini sempurna untuk pelanggan yang ingin mencuba gabungan makanan tempatan dan Korea.

Baked Whole Siakap

Untuk dinikmati bersama hidangan-hidangan baharu, The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan dua minuman baharu. Lychee Mint (RM12.00) ialah minuman sejuk dengan aroma pudina, limau nipis, dan sirap laici yang memberikan sedikit rasa manis. Minuman ini sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan kerana ia menyegarkan dan tidak begitu berkarbonat. Untuk rasa yang lebih lokal, pelanggan boleh mencuba Katira (RM12.00), minuman berperisa pandan yang diperkaya dengan sirap pandan The Manhattan FISH MARKET bersama biji selasih dan susu sejat. Minuman ini mempunyai penampilan yang khas dan memberikan rasa susu selepas setiap hirupan.

Lychee Mint

Katira

Set menu kombo juga tersedia untuk kumpulan pelanggan yang lebih besar. Untuk masa terhad sahaja, pelanggan boleh mencuba Platter Berdua untuk 2 orang, Makan Bersama Platter untuk 4 orang dan Makan Beramai Platter untuk 6 orang. Menu Kampung Kat Sea-Nie boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET bermula 6 Mac sehingga 21 Mei 2023.

Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, foodpanda dan ShopeeFood serta boleh dibungkus tanpa sentuhan. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.manhattanfishmarket.com/






#MFMWithYou
#TheManhattanFISHMARKET
#MFMMY
#KampungKatSeaNie