Sunday, March 19, 2023

Buffet Ramadan 2023 | Citarasa Nusantara di Palm Garden Golf Club

Hi Everyone,

This year’s ‘Citarasa Nusantara Buffet Celebration’ at Palm Garden Golf Club (PGGC) showcases a menu that is not to be missed.


Chef Radzi and his team have prepared a melting pot of local delicacies that are signature favourites that promises “something for everybody”.







Held from 27th March till 20th April, 2023, PGGC’s buffet celebration showcases more than 50 food items, with at least eight main dishes rotated on a daily basis.






Opened to the public, the Citarasa Nusantara features traditional favourites like delicious Kambing Bakar, Murtabak Jawa and Ayam, Satay Ayam & Daging, Lemang and Satay, Char Kuay Teow and Char Kway Kak.

Featured in the buffet line-up are two types of signature “kawah” items each day. Some of the “kawah” highlights this year are Gulai Ekor Lembu, Gulai Ikan Salai, Gulai Daging Tetel, Gulai Itik Salai, Gulai Telur Ikan, Gulai Udang and Gulai Ikan Patin, to name a few.



Some of the dessert line highlights include Kuih Melayu, Tapai Ubi & Pulut, Cakes, Cendol, Pulut Hitam and many more.




Muslim golfers who plan to break their fast after golf will be entitled to a discount of 30% per pax for the buffet when they present their golf receipts on the same day. This offer is available to non-Muslim golfers as well.


BUFFET PRICE (PER HEAD)

Adults: RM98.00

Child: RM58.00 (Height between 90cm-130cm)

Senior Citizen: RM68.00 (60 Years & above)

For table reservations and early bird voucher purchase, the public can Whatsapp +6017-216 7101 OR call +603-8213 6391/6366 (Cik Azwa).


FAST FACTS

· Palm Garden Golf Club is an 18-hole resort style public golf course located in IOI Resort City, Putrajaya

· Facilities: 2-Storey Driving Range, Infinity Swimming Pool, Tennis Court and Gym

· Function Rooms: 120-pax Eugenia Ballroom and 80-pax Bismarck Hall

· It is the first course to host the ‘Big Hole Golf’ concept on the first Wednesday of each month

Mamee Monster cetus nostalgia zaman kanak-kanak dengan pek reka bentuk retro edisi terhad

Hi Korang,

Mamee Monster, snek mi tempatan yang terkenal dan digemari ramai kini mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan membawakan kembali bungkusan Mamee Monster biru versi 1970-an.


Rakyat Malaysia boleh melihat ikon Mamee Monster biru yang terkenal ini dalam bentuk 2D retro pada pek keluarga Mamee Monster berwarna kuning terang yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura mulai Mac 2023 untuk tempoh terhad. Pelekat koleksi turut disertakan dalam bungkusan tersebut, sepertimana Mamee Monster pada satu masa dulu memasukkan cenderahati misteri dalam pek. 


Bungkusan edisi terhad dengan sentuhan zaman dulu ini dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Datuk Pang Chin Hin, pengasas dan pengerusi eksekutif MAMEE-Double Decker, yang meninggal dunia pada bulan November 2022.



Mamee Monster ialah snek mi rangup yang dilancarkan pada 1974 berikutan pengalaman anak sulung Datuk Pang, iaitu Pengerusi Eksekutif MAMEE-Double Decker, Tan Sri Pang Tee Chew memandu menyusur jalan ladang getah di Alor Gajah, Melaka – beliau memerhatikan sekumpulan penoreh getah makan mi segera belum dimasak terus daripada pek. Pemerhatian tersebut mencetus ilham kepada gandingan bapa dan anak ini untuk merangka hala tuju baharu bagi perniagaan pengilangan mi mereka. Malah, mereka membuat keputusan untuk menjual mi yang sudah berperisa dan sedia untuk dimakan, dan dari situlah lahirnya salah satu snek paling digemari di Malaysia. Snek mi Mamee Monster kemudian menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga dewasa, kerana rasa yang lazat, strategi pemasaran mantap dan bekalan yang meluas.

“Mamee Monster telah menjadi snek pilihan utama zaman kanak-kanak yang membawa keceriaan selama berdekad-dekad, sama ada dinikmati sebagai snek di rumah, di sekolah, di parti atau dalam perjalanan. Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mendiang Datuk Pang kerana memperkenalkan produk ini dan kempen Retro Mamee Monster ialah cara kami memberi penghormatan dan meraikan perjalanan hidup, daya kreativiti dan pelbagai sumbangannya,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker.

“Mamee Monster adalah salah satu daripada hasil ciptaan sulung Datuk Pang dan beliau juga mencipta snek lain yang mengukir kenangan manis pada zaman kanak-kanak kita seperti keropok udang Double Decker, kerepek kentang Mister Potato dan snek jagung Corntoz. Kami berharap bahawa kempen Retro Mamee Monster ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk menghidupkan semula detik-detik manis zaman kanak-kanak mereka. Malah, kami ingin mengembalikan kenangan indah ini untuk dikongsi dengan semua dan kami juga akan memberi ganjaran kepada pengguna,” tambah beliau.

Tema kempen World of Nowstalgia Mamee Monster menggandingkan kata ‘nostalgic’ (menimbulkan nostalgia) dan ‘now’ (sekarang). Kempen ini bertujuan mencetus nostalgia dan menukarkannya menjadi sesuatu yang lebih baharu dan moden, sambil mengekalkan daya tarikan pek Mamee Monster lama. Kempen ini memanfaatkan kekayaan visual warisan jenama, dan membawanya ke dalam dunia masa kini.

Semua elemen, reka bentuk, warna dan muzik mengimbau kenangan hidup masa lepas yang lebih sederhana, sebelum kebangkitan Internet dan media sosial, untuk mengingatkan orang ramai bahawa walaupun dalam dunia teknologi tinggi bergerak pantas yang sentiasa berubah, masa kita masih boleh diisi dengan detik yang membawa kepuasan, seperti menikmati snek mi Mamee Monster.



Para penggemar Mamee Monster boleh memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif dari sekarang sehingga 29 Mac 2023. Untuk melayakkan diri menyertai peraduan, pengguna perlu membuat pembelian minimum satu pek keluarga Retro Mamee Monster dan mengikuti akaun Mamee Monster di Instagram (www.instagram.com/iammameemonster).

Peserta perlu mengambil dan memaparkan gambar kreatif mereka menikmati pek keluarga Retro Mamee Monster berserta keterangan gambar mengenai detik Mamee Monster kegemaran mereka itu di Instagram dengan hashtag #MameeMonsterWorldofNowstalgia dan tag akaun @iammameemonster.


Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pihak Mamee Monster akan memilih 80 pemenang peraduan mingguan untuk empat minggu peraduan – setiap pemenang akan menerima wang tunai RM200, kemeja-t dan beg galas Retro Mamee Monster edisi terhad.


Pek keluarga Retro Mamee Monster oleh didapati dalam empat perisa – Lada Hitam, BBQ, Pedas, dan Ayam yang dijual pada harga RM3.50 setiap satu. 

Produk ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, stesen petrol dan kedai serbaneka di seluruh negara, dan juga Mamee Jonker House di Melaka. Produk ini juga boleh dibeli di gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mamee Monster, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau hantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, hantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau melayari visit https://mamee.com/. 

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial :

Facebook (www.facebook.com/ mymameemonster)
Instagram (www.instagram.com/iammameemonster/)




#MameeMonsterWorldOfNowstalgia 
#MameeMonster

Saturday, March 18, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET

Hi Korang,

Pernah dengan MAEPS membuka dewannya untuk Buffet Ramadan Yang Terbesar di Malaysia??

Agaknya macam mana lah rupanya tuh kan


Kalau korang nak tau baru-baru ini kak lily berkesempatan ke program FOOD TESTING sempena perlancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023.

Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 10.00pm di Dewan C, MAEPS Serdang.





Ia digelar sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak.


Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. 


Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.








Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.







Sepanjang program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang di hidangkan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan dirumah. Cukup rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi saya yakin di MAHA BUFFET, korang tidak akan menyesal.




Sangat berbaloi untuk nikmati kerana:

👉 200 jenis menu pelbagai jenis

👉 Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak

👉 2 mega Kids area

👉 Persembahan artis nasyid terkenal

👉 Perkongsian penceramah terkenal tanah air

👉 Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya

👉 Parking PERCUMA

👉 Surau yang luas & selesa


Harga untuk MAHA BUFFET 2023 adalah : 

RM89.90 SAHAJA (dewasa)

RM49.90 (kanak-kanak/OKU/Warga emas)

PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. 



Untuk pertanyaan dan pembelian boleh klik link di bawah ya! https://linktr.ee/munstermalaysia

#buffetramadhan2023
#makkimbongxexperimentkitchen 
#iftarterbesarmalaysia2023
#mahabuffet2023 

@kakkimbong 
@experimentkitchen