Wednesday, March 15, 2023

ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia

Hi Korang,

Bersempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac, ShopeeFood telah menganjurkan program istimewa bagi memberi penghargaan kepada rakan penghantaran wanita ShopeeFood di Lembah Klang. 


Acara ini dilancarkan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan mereka, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini.



Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).


Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.



Pada akhir program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.

Pada pendapat Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia, sambutan ini merupakan satu peristiwa penting untuk mengenali sumbangan para wanita di dalam industri penghantaran makanan.

“ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan mereka.” kata beliau.

Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada akhir sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk menolong mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.

Sebagai acara utama sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan. Para panelis adalah:


● Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.


● Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.


● Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.

Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran menjamu selera dengan makananan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.



ShopeeFood Mid Month Sale



Untuk satu hari sahaja, pada 15 Mac 2023, dapatkan diskaun pada pelbagai makanan dan minuman di ShopeeFood. Nikmati:



● Diskaun Super Deals sehingga RM21

● Diskaun sehingga RM30

● Penghantaran Percuma (RM0 Pembelian Minima)





Tuesday, March 14, 2023

Pelancaran SIASITOK Sign Language FLASH CARDS, Kita Pun Boleh Belajar Dengan Mudah

Hi Korang.

Pernah dengar SIASITOK??

Mesti tak pernah kan!! Meh sini kak lily citer dengan korang.



SIASITOK Sign Language merupakan alat pembelajaran untuk mengajar dan belajar bahasa isyarat dengan lebih mudah, cepat, seronok, dan berkesan dalam bentuk kad imbas (flash card).



Baru-baru ini SIASITOK melancarkan produk terbaru mereka yang di pertingkatkan iaitu Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard, yang mana , kad imbas ini memberi kesedaran terhadap orang awam tentang penggunaan bahasa isyarat dengan mengangkat martabat golongan orang pekak.


SIASITOK Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard terdiri daripada 5 modul berlainan iaitu:

1. Alphabet dan Nombor

2. Keluarga, bangsa and agama

3. Haiwan

4.Tempat

5. Makanan dan Minuman


SIASITOK Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard ini juga di gunakan sebagai alat bantu mengajar di 34 buah sekolah Pendidikan Khas dan 2380 buah Pusat Pendidikan Khas Intergrasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di antara impak dan invosi pengggunaan SIASITOK AR Flashcard ini adalah :-

1. Memudahkan komunikasi dalam kehidupan seharian bagi orang yang normal dan orang pekak untuk sama-sama belajar mengenai bahasa isyarat Malaysia ayng di gunapakai untuk masyarakat pekak di negara ini.

2. Membantu meningkatkan taraf kehidupan orang pekak dalam mempelajari Bahasa isyarat Malaysia melalui kelas yang dianjurkan menggunakan kad imbas AR (flashcard)

3. Memupuk kesedaran dan memperkasa penggunaan bahasa isyarat sebagai bahasa ke3 bagi merapatkan jurang komunikasi antara orang normal dan orang pekak


Di majlis itu juga, kak lily sempat mempelajari beberapa pergerakan yang biasa di gunakan di dalam kehidupan seharian seperti apa khabar, terima kasih, berapa umur, kiraan nombor dan pelbagai lagi. Ternyata memang seronok lagi mudah di ingati kerana pergerakannya yang simple.


Serba Sedikit Mengenai SIASITOK

SIASITOK Sign Language dihasilkan daripada idea Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar,39 berasal dari Kuching, Sarawak. Di sekitar tahun 2015, beliau bertemu dengan rakannya yang kurang bemasib baik. 


Salah seorang ahli keluarga rakan tersebut adalah Pekak dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama keluarganya. Encik Awang menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan pergerakan bahasa isyarat bagi memudahkan pembelajaran keluarga rakannya serta membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih sempurna.

Dengan pengalaman lebih 13 tahun sebagai fasilitator, penggerak, penceramah, sukarelawan, curator, jurulatih, penotong jurulatih, wataniah, program angkasawan, eksekutif konsultan, perancang kewangan, jurugambar, entrepreneur, perancang strategic dan mentor usahawan, Encik Awang memperkenalkan satu produk Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard supaya dapat mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mudah, seronok dan berkesan.



Pada tahun 2022, disasarkan sebanyak 22 modul baru akan dihasilkan. Sebanyak 12,000 buah modul telah terjual semenjak 2017. Lebih 8000 orang telah dapat menikmati faedah kad imbas tersebut


Untuk info lanjut mengenai SIASITOK, korang boleh ke :




Thursday, March 9, 2023

STARVENDORS KLCC Mega Raya Fest 2023 Kembali Dan Sebiji Kereta Mitsubishi Xpander Menanti Korang

Hi Korang,

Jenama beli belah terbesar negara, Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023.


Menariknya, program yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec). Setelah mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti, Starvendors akan mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti!

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.

Selain itu, Starvendors telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport, diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. Initiative yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP).


Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Ifa berkata, khabar gembira bahawa StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak.

Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Tahun lepas menandakan satu sukses untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah Negara bermula di Johor dan akan bergerak ke negeri lain termasuklah Kuala Lumpur, event terbesar kami,” katanya.

“Seperti yang semua maklum, baru-baru ini kejadian banjir yang melanda di beberapa daerah di Johor yang kini melibatkan lebih dari 50 ribu orang mangsa telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan. Oleh itu, dengan inisiatif kami sendiri, kami telah membuat tabung bantuan banjir sepanjang perlaksanaan Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival yang bertempat di Pasir Gudang, Johor pada minggu lalu. Kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM4,615.50 dan telah diserahkan kepada Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, selaku Pengarah Tourism Johor. Semoga dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terjejas.”

“Seterusnya, kami sungguh bebesar hati menjadi pilihan eksklusif oleh pihak Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convec) untuk mengadakan Festival Raya tahun ini,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu.

“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,”


Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas.

Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato Sri Siti Norhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin , Sharifah Rose dan ramai lagi.

“Seramai 100 artis turut bergabung bersama kita selama 100 jam ini termasuk juga vendor Usahawan dari seluruh tanah air. Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat “Sakau” duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.”

“Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50.”


Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial.

“Daripada pengalaman dari tahun-tahun sebelum ini, kita juga mahu mempertengahkan pembaruan dan mengambil berat akan pengalaman pengguna. Besar hati kami bila Setel turut serta sebagai rakan kongsi premier yang akan melancarkan pengalaman pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjung. Saya anjurkan semua untuk melayari Setel yang mempunyai pelbagai ciri aplikasi merentasi sepanjang perjalanan seharian termasuk pengisian minyak dan pengecasan EV di stesen, pembayaran parkir dan insurans dan bayaran tanpa tunai di kedai-kedai dan secara online. Dengan penglibatan Setel bersama kami di Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, saya pasti Setel Raya Kita!”

Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Hari kelima adalah hari kemuncak, di mana pada jam 10 atau 11 malam kita menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan malam kemuncak dan kita juga akan jemput beliau untuk membuat cabutan bertuah Hadiah Utama yang kita anjurkan. Kita juga akan bersama dengan Perdana Menteri dalam satu sesi lawatan bagi usahawan yang berniaga sepanjang malam itu.

“Kita juga akan mengadakan konsert bersama selebriti terbabit pada malam kemuncak itu. Dalam perancangan juga, kita mahu buat takbir raya bersama Perdana Menteri sekiranya ia diluluskan. Jika tidak diluluskan mungkin kami akan buat sendiri satu rakaman takbir raya khusus untuk Starvendors,” katanya.

“Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon,” katanya.

“Apabila kita buat acara ini sudah pasti semua orang akan melepaskan dendam masing-masing untuk membeli-belah bersama keluarga kerana tahun ini adalah tahun semua orang bersama-sama. Harapan saya, ia boleh melebihi rekod kita pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu.

“Kita sudah buat pelbagai pemasaran seperti billboard, iklan di radio dan video muzik bersama barisan artis atau selebriti yang mempunyai pengikut berjuta. Begitu juga vendor yang mempuntai pengikut mereka tersendiri.

“Jadi harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan kerana tagline Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Lebih Havoc, Lebih Meriah , Starvendors pasti Mega!"

Apa tunggu lagi, bolehla korang rancang masa untuk ke 

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023
13hb  - 17hb April 2023 (100 jam Tanpa Henti)
KL Convention Centre
+6018-372 2977 HQ





#festivalno1negara #megaraya #hariraya #starvendors 
#starvendorsklccmegarayafest2023 #shoppingraya 
#malaysiabookofrecords