Wednesday, March 8, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Selera Juadah Kampung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Hi Korang,

Kepelbagaian hidangan yang ditawarkan di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur cukup mengujakan! Apatah lagi juadah kampung yang sentiasa dirindui terutama setiap kali tibanya bulan ramadhan. Yup! Pada bulan inilah kita merindui zaman kanak-kanak yang mana ibu dan nenek akan sama-sama bersungguh memasak masakan tradisi untuk dinikmati seisi keluarga sebaik sahaja laungan azan maghrib bergema.

Untuk buffet ramadhan 2023, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur telah berbesar hati membawakan lauk pauk hidangan kampung bukan sahaja sajian melayu bahkan masakan India dan Cina yang popular juga ada ditawarkan.

Pengunjung boleh menikmati Selera Juadah Kampung di restoran Thyme dalam suasana yang cukup meriah. Selain daripada kemeriahan makanan, alunan muzik ghazal dari persembahan live turut menghidupkan suasana keseronokan berbuka.


Susunatur kerusi meja dan dekorasi di Restoran Thyme memang sangat kemas dan cantik. Rasa selesa dan tenang sahaja apabila datang menikmati juadah berbuka di sini.





Selera Juadah Kampung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Bayangkan kita boleh menikmati kepelbagaian sajian seperti yang dimasak oleh nenek dan ibu kita. Terdapat gerai-gerai yang disediakan, santapan ala fresco lengkap dengan suasana berasap dan pelbagai algi elemen yang dapat menyentuh jiwa kita tentang nostalgia lama.

Antara sebahagian juadah selera kampung yang ditawarkan seperti :-























Antara hidangan tradisional yang boleh dicuba seperti Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak, Gulai Kawah, dan gerai-gerai yang memasak secara di bahagain LIVE di bahagian luar juga boleh diterjah!





Ada juga kepelbagaian kerabu dan hidangan istimewa yang biasanya kita jumpa di Hari Raya seperti lemang, ketupat dan pebagai lagi.








Menambah keseronokan berbuka apabila adanya sashimi dan makanan laut yang segar seperti oyster (tiram) serta pelbagai jenis udang. Dinikmati bersama sos yang disediakan satu kepuasan yang sukar digambarkan




Akhiri malam dengan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional dan pencuci mulut yang menyelerakan dari pelbagai pilihan patisserie terbaik chef PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Kuih muih tempatan dan moden, serta tidak dilupakan pemanis arab juga ada disediakan.



Ada air balamg dan minuman panas. Sila cuba teh tarik disini, memang sangat umpphh!




Buffet ramadhan disini akan bermula dari 24 March hingga 21 April 2023.


Harga buffet :
RM228nett (dewasa)
RM114nett (kanak-kanak -6 hingga 11 tahun).


Diskaun diberikan untuk kad kredit dan debit terpilih.
*Early Bird dari 1 hingga 15 Mac: pembelian 4 pax, percuma 1 pax (4+1)- sahlaku digunakan pada 24 hingga 28 Mac 2023 sahaj. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.


Nostalgia Bazaaria Negeri di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Terletak di Aras 2 PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, ruang konvensyen telah dijadikan seperti bazaar ramadhan. Di mana memberi peluang untuk pengunjung merasai sendiri pengalaman mendapatkan makanan jalanan - Nostalgia Bazaaria Negeri.



Ditampilkan hidangan tempatan dari 13 negeri Malaysia yang berbeza seperti Savor Johor's Briyani Gam Lamb Shank, Melaka's Ikan Bakar Portuguese and Nyonya Asam Pedas, to the best of Penang's Nasi Kandar and Terengganu's Nasi Dagang with Gulai Ikan Aya.





Tidak lupa, juadah istimewa Malaysia Timur – seperti Ambuyat, salad anggur laut segar dari Sabah dan Ayam Pansuh dan Umai Ikan dari Sarawak.


Harga Buffet:
RM128 nett
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.


*Early Bird dari 1 hingga 23 Mac: 9 pax, percuma 1 pax(9+1) -Sah laku dari 24 Mac hingga 21 April 2023. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.


Untuk tempahan, sila hubungi di talian +603-2782 8493 / 8411 / 8391 / 8465 / 8491 / 8413.


Tuesday, March 7, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Citarasa Serantau di Double Tree by Hilton Shah Alam i-City

Hi Korang,


Sajian hidangan premium yang beraneka rasa ditawarkan sepanjang buffet ramadhan tahun 2023 pastinya memberi kepuasan di jiwa. Apatah lagi tema yang diperkenalkan untuk buffet ramadhan pada tahun ini adalah Citarasa Serantau, inspirasi daripada keunikan budaya dan sajian warisan Asia yang cukup digemari masyarakat Malaysia.


Untuk hidangan tertentu yang ditawarkan akan bergilir-gilir berubah setiap minggu bagi memberikan  lebih rasa kepuasan kepada pelanggan untuk mencuba menu-menu baru setiap minggu. Semua chef dan pembantu dapur di Makan Kitchen adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam bidang kulinari dan pehotelan. Jadi tidak hairanlah, sajian premium yang dihidangkan didalam buffet ramadhan bertemakan Citarasa Serantau ini. 


Makan Kitchen agak luas dan selesa. Susunan makanan buffet ramadhan disini juga teratur dan mudah untuk pelanggan membuat keputusan apa yang mereka mahu nikmati. Dari bahagian sajian India, Cina dan Melayu semuanya kemas tersusun.

Antara sajian signature yang boleh dicuba seperti Nasi Minyak Berempah, Ayam Goreng Lengkuas, Sotong Sambal Petal, Kepah Kukus Cili Api, Bendi Goreng Belacan dan Kailan Masak Ikan Masin. Dan sebenarnya ada banyak lagi sajian lain yang memang rambang mata untuk kita pilih apabila berada di sini. Antara sebahagian hidangan istimewa yang ada  ditawarkan di Makan Kitchen boleh rujuk pada gambar dibawah:-




















Juadah yang sering kita nikmati ketika di pagi raya seperti ketupat, lemang dan rendang pun ada. Begitu juga dengan sate dan kuah kacang, bolehlah dicuba.


Ulaman dan sambal, mengingatkan kita pada bonda di desa. Ini merupakan penambah selera jika nikmati nasi bersama hidangan utama.


Sajian masyarakat India banyak juga. antara yang menarik minat kak lily adalah kari kepala ikan salmon, capati dan pelbagai lagi.


Bubur lambuk jika dinikmati pada bulan ramadhan memang cukup istimewa.


Di Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City juga ada live station seperti Rojak Buah Pak Muaz dan juga Rojak Tonggek. Serius sedap!





Pemanis mulut penutup hidangan yang istimewa, ada kuih-muih tradisi, pastri seperti kek dan pelbagai lagi. Sila cuba carrot cake, antara yang terbaik kak lily pernah rasa adalah dari Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City.


Sepanjang berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan muzik yang dibawakan oleh pihak pengurusan Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City.


Luas dan selesa, pilihan sajian hidangan yang cukup mewah dan banyak. Puas hati dan pastinya jika berkesempatan saya dan suami  akan datang berbuka di sini lagi.

Untuk harga buffet:
RM178 nett (dewasa)
RM89 nett (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun (Percuma)

Early Bird:
RM148 (sehingga 21 Mac 2023)

Untuk tempahan kumpulan 15 pax dan ke atas akan diberikan diskaun 15%.

Dibuka dari Sabtu hingga Rabu, bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Dan buffet ramadhan di Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City bermula dari 23 March 2023 hingga 21 April 2023. 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 03-56500200 ataupun email : SZBSA_FB@hilton.com , boleh juga layari www.eatdrinkhilton.com