Friday, March 3, 2023

Buffet Ramadan 2023 | “DESTINASI RASA ™ 2023” – Le Méridien Putrajaya

Hello Everyone,


For 2023’s “Destinasi Rasa ™”, Le Méridien Putrajaya presents Malam Pesona Songket for the coming holy month of Ramadan. Much like the elegant patterns and intricate weaving of the Malaysian songket, enjoy evenings of glamour and an exclusive culinary experience as Executive Chef Liou and team presents this year’s destination of flavors.



The highlight of “Destinasi Rasa ™” 2023 is non-other than our home grown Nasi Kandar LM style. Imagine breaking fast with heaps of Briyani Rice accompanied by varieties of curries such as Kari Kepala Ikan, Ketam Masala, Sotong Masala, Kari Kambing, Kari Udang and other accompaniments like Vegetable Dalca, Crispy Bitter Gourd, Puyuh Masak Bawng, Daging Hitam, Telur Sotong and so much more Nasi Kandar offerings.









Besides the highlight, diners enjoy Latest Recipe’s notable Malaysian Food Stalls offering Kambing Carik with Mandy Rice, Chicken Shawarma, Gulai Lemak Kawah, Lemang and Ketupat, Portugese Style Ikan Bakar and Kampung BBQ. Savor more of the restaurant’s famous gastronomic treats from their Malay, Western, Oriental, Indiana and Japanese stations.








Breaking fast is incomplete with a smorgasbord of desserts, starting off with selections of Dates, Malay Kuih, Arabic desserts, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Tapai Ubi dan Pulut, varieties of tarts, puddings and bubur. Not to be missed are the Ice cream counter, Chocolate Fountain, Cendol with Durian Ice Cream

In all, “Destinasi Rasa ™ ” 2023 brings you over 100 dishes to break fast daily from 23 March until 21 April 2023, 6.30pm – 10.00pm. While dining, be entertained by the resident band and Ghazal Seri Pinang.

The ‘Destinasi Rasa™’ buffet is priced at RM138nett (adult) and RM74nett (child) for bookings made before 23 March 2023. The normal price is RM188nett (adult) and RM94nett (children aged 5-12).

Collect points as a Marriott Bonvoy member and you may also enjoy preferred discounts available to holders of selected bank debit or credit cards (terms & conditions apply).

For guests preferring to host their private dinner gathering, private dining areas can be made available for groups of 150 diners and above. 

For more information or to make a reservation, please call +603 8689 6888 or email dining.lmputrajaya@lemeridien.com. Check out more on our “Destinasi Rasa ™” offer through this link https://lnk.bio/hDlm



Thursday, March 2, 2023

Snek MIAOW MIAOW Mengimbau Kembali Memori Nostalgia Dengan Perisa Klasik

Hi Korang,


Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kembali lagi bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau. Kempen “MIAOWMORI IKONIK” yang dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pagi ini akan diikuti dengan roadshow menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023.


Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang. Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”

Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”. 

Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama.

“Miaow Miaow telah melangkah jauh berbanding ketika kami mula ditubuhkan pada 1989, dan kini kami amat berbangga untuk berkongsi bahawa kami boleh didapati di hampir 40 negara di seluruh dunia, dengan Saudi Arabia dan China menjadi salah satu daripada pasaran terbesar kami. Selain daripada itu, kami turut menerokai peluang untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran dan berharap untuk memperkenalkan beberapa snek baharu dalam tempoh terdekat,” tambah Encik Jason Ch’ng.

Di Miaow Miaow Roadshow ini jugak, terdapat pelbagai jenis permainan klasik seperti Batu Seremban, Teng Teng, musical chairs dan pelbagai lagi





Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu. Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza. Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan.

Antara pilihan snek paling laris yang diketengahkan pada acara itu ialah:

● Keropok Udang Miaow Miaow
Dibuat dengan udang dan disimpan pada suhu rendah bagi mengekalkan kesegarannya, snek ini dipanggang dengan teliti bagi memastikan rasa udangnya yang asli dapat dinikmati sepenuhnya.

● Keropok Ubi Miaow Miaow
Kaya dengan rasa kentang bagi memenuhi keinginan anda dan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan.

● Snek Kekacang Hijau Miaow Miaow
Jika anda menggemari kacang pea, anda pasti menyukai snek ini! Kacang hijau ini dibentuk unik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda.

● Keropok Perisa Ayam Miaow Miaow
Rasa klasik zaman kanak-kanak yang membolehkan anda mengimbau dan mencipta memori indah bersama-sama keluarga. Diperkayakan dengan rasa ayam dalam setiap gigitan.

● Keropok Perisa Sotong Miaow Miaow
Snek berperisa sotong yang pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah.

“Mydin adalah rakan yang ideal untuk jerayawara ini kerana kami mempunyai sifat yang sama – mereka juga merupakan jenama Malaysia dengan warisan selama lebih 60 tahun dan mempunyai kedudukan yang mantap di seluruh Malaysia. Kami sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mydin,” jelas Encik Jason Ch’ng.



Miaow Miaow mula ditubuhkan di Batu Pahat sebagai sebuah perniagaan pengagihan keluarga, ia pakar dalam penghasilan, pembekalan, dan pengeksportan pelbagai snek, dijual pada harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia dengan pelbagai gaya hidup dan budaya yang berbeza di seluruh dunia.

Selain daripada Mydin, snek Miaow Miaow boleh dibeli di pasar raya utama dan kedai runcit seperti Aeon, Aeon Big, TF Value, The Stores, Econsave dan lain-lain.


Jom apa lagi moh kita sama-sama memeriahkan #MiaowMiaowRoadshow di Mydin USJ minggu ni tau



Wednesday, March 1, 2023

Clorox® Menyumbang Produk-Produk Pembersihan dan Pembasmi Kuman untuk Ribuan Mangsa Banjir

Hi Korang,

Hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan banjir sehingga memaksa ribuan keluarga di Johor berpindah[1]. Kira-kira 5,000 mangsa banjir telah dibawa ke 51 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Clorox telah menyumbang produk pembersihan dan pembasmi kuman yang bernilai lebih RM25,000 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi penyelarasnya kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di Johor

Bencana banjir yang berlaku telah memberi kesan yang besar terhadap kewangan dan emosi keluarga dan individu terbabit dalam membina semula dan meneruskan kehidupan mereka.

Memahami impak besar terhadap mangsa banjir yang kembali ke kediaman masing-masing, Clorox Malaysia telah menyumbang produk-produk pembersihan dan pembasmi kuman bernilai lebih RM25,000 yang merangkumi Clorox Disinfecting Bleach, Clorox Disinfecting Wipes dan Clorox Disinfecting All Purpose Cleaner menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman selepas banjir adalah penting kerana air banjir berisiko membawa penyakit-penyakit berjangkit seperti leptospirosis, kolera (taun), tifoid (demam kepialu) dan Hepatitis A.

Mangsa banjir yang pulang ke Johor gembira dengan produk pencuci dan pembasmi kuman Clorox.

Clorox telah bertapak dalam dunia penyelesaian pembersihan dan pembasmi kuman sejak tahun 1913. Clorox Bleach adalah jenama peluntur No. 1 di dunia dan telah dipercayai sekian lama untuk membunuh 99.9% kuman. Kenyataannya adalah berdasarkan data dan produk yang telah diuji serta dicuba oleh profesional dan pengguna di rumah sebelum pandemik melanda.

“Seperti biasa, air, sanitasi dan kebersihan (water, sanitation and hygiene - WASH) adalah penting bagi mangsa-mangsa banjir yang kembali ke rumah untuk merasa diri mereka mengawal keadaan sambil membersih dan membina semula kehidupan. Kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menyumbang produk-produk pembersihan dan pembasmian kuman ini yang juga merupakan sebahagian daripada kit kebersihan yang diberikan kepada mangsa banjir,” kata En. Muhammad Fauzie bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, NADMA.

“Kami amat gembira kerana berpeluang untuk membantu usaha berterusan NADMA. Kami juga terkesan dengan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir dan ingin menghulurkan bantuan dalam sebarang cara yang kami mampu,” kata Monique Gonzales, Ketua Pemasaran Asia Tenggara, The Clorox Company.

Beliau menambah, “Rangkaian produk kami boleh memberikan perbezaan sebenar dalam membantu komuniti terjejas agar mereka dapat membersih dan membasmi kuman di kediaman masing-masing serta kembali ke rutin harian secepat mungkin.”

Keluarga di Kluang, Johor menerima produk pembersihan dan pembasmi kuman daripada Clorox yang mampu membersihkan dan membasmi kuman di rumah mereka.


Produk-produk Clorox terlibat telah dihantar ke PPS yang dikendali NADMA.

“Kebersihan adalah amat penting setiap hari. Malah, ia menjadi lebih utama semasa proses pemulihan selepas bencana. Kami kagum dengan usaha-usaha yang diberikan NADMA dalam membantu manga banjir dan menyediakan sokongan yang diperlukan mereka yang kembali ke kediaman masing-masing, khasnya dengan keperluan mereka adalah lebih tinggi semasa tempoh ini.

“Kami gembira mengetahui bahawa sumbangan produk pembersihan dan pembasmian kuman kami dapat membantu membersihkan kediaman serta mewujudkan persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya kebersihan penting,” ujar Monique.

Produk-produk yang disumbangkan Clorox kepada NADMA adalah:

1) Clorox Disinfecting Bleach (Original) 2L

2) Clorox Disinfecting Bleach (Lemon) 2L

3) Clorox Disinfecting Wipes (Fresh Scent) 35ct

4) Clorox Expert Disinfecting Wipes 30ct

5) Clorox Clean Up (Lavender) 2L

6) Clorox Clean Up (Lemon) 2L

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan kepentingan kebersihan, aktivti dan sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.

Penafian[2]: Rangkaian produk pembersihan dan pembasmian kuman Clorox tidak sesuai untuk dimakan atau disuntik dalam sebarang situasi. Pengguna digalakkan membaca label untuk arahan penggunaan yang betul.