Hi Korang,
Jenama produk penjagaan kulit dan kosmetik AINAA BEAUTY yang ditubuhkan pada 2017 kini tidak asing lagi di pasaran tempatan tanahair ini.
Bermula dengan produk tular iaitu AINAA Serum AINAA Cleanser, jenama produk kecantikan AINAA Beauty milik pasangan suami isteri, Nursyafiqah Aina Binti Abdul Wahab atau lebih mesra disapa Syafiqah Aina dan Abdul Hafiz Harisuddin bin Mahamad atau Hafiz Mahamad semakin berkembang dan terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan biarpun permulaan dirintangi dengan khabar-khabar angin yang boleh menjatuhkan reputasi AINAA Beauty.
Sejurus itu pasangan suami isteri ni terus mengorak langkah dengan membuka sebuah klinik rawatan kulit yang dinamakan ‘AINAA Clinic’. Walaupun bukanlah seperti membuka bisnes kebiasaannya apatah lagi jika pengurusan di sebalik perniagaan itu bukannya seorang doktor atau pakar kecantikan namun mereka berjaya mendapatkan kepercayaan orang ramai dan kini AINAA Clinic membantu lebih ramai masyarakat yang mempunyai masalah kulit mendapatkan kulit yang sihat demi meningkatkan keyakinan diri mereka.
Selari dengan misi "Kejayaan Demi Kebahagiaan" yang digunakan, Ainaa Beauty berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan dan kini Hafiz Mahamad menghimpunkan 10 Usahawan Ainaa Beauty yang di lahirkan dari stokis-stokis Ainaa untuk mengasahkan bakat dan memberikan ilmu perniagaan kepada mereka ini untuk lebih maju bersama-sama dengan Ainaa Beauty.
Kak lily berkesempatan untuk bertemu dengan 10 usahawan hebat di satu majlis santai anjuran Ainaa Beauty baru-baru ini. Ternyata mereka-mereka ini anak-anak muda yang bermula dari pengguna sehinggalah menjadi senior leader yang di bimbing oleh Hafiz dan Aina sendiri.
Masa tidak mengizinkan untuk kak lily berbual panjang dengan kesemua mereka ini namun, kak lily sempat menemuramah Nurazierah Rostam atau lebih di kenali dengan nama Ziera Rostam.
Berusia 31 tahun ibu kepada tiga orang anak, Ziera Rostam yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah mendapat pendidikan di Johor ini mula menjadi sebahagian daripada keluarga besar AINAA Beauty sejak tahun 2018. Anak kedua dari empat adik beradik ini pada mulanya menyertai bisnes AINAA Beauty hanya kerana berimpian membesarkan sendiri anak-anak di depan mata dan pada masa yang sama mampu menjana pendapatan sendiri.
Bermula sebagai pengguna ternyata produk AINAA Beauty begitu sesuai dengan kulitnya. Apatah lagi beliau merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan kimia, segala ilmu dan kefahaman tentang bahan-bahan terlarang memang beliau sangat cakna. Jadi melihat sendiri formulasi didalam produk-produk AINAA Beauty membuatkan beliau begitu yakin dan ingin berkongsi bersama dengan masyarakat yang lain.
Di sebalik nama Ziera Rostam sebenarnya tersimpan satu rahsia cukup kemas buat pemilik nama ini. Menurut Ziera beliau sebenarnya dibesarkan dalam keadaan yang agak sukar. Tidak bertemu dengan ayah kandungnya sejak darjah 1 lagi dan dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Semangat dan kecekalan ibunya itulah sentiasa menjadi inpirasinya untuk terus bangkit berjaya. Dan beliau juga ingin ayahnya berbangga kerana itulah nama Ziera sentiasa ada perkataan Rostam di belakangnya.
Kini Ziera bukanlah hanya agen biasa-biasa bahkan telahpun menjadi antara USAHAWAN AINAA Beauty. Moga dengan adanya outlet Aziera Beauty yang terletak di Bangi Sentral Selangor, Ziera Rostam terus sukses memacukan perniagaannya dan berjaya membina empayar perniagaan bersama AINA Beauty.
Di tahun 2023 ini Ziera berazam untuk membantu mereka-mereka yang kecundang di dalam perniagaan untuk sama-sama bangkit dan memajukan diri dan mereka yang berada di sekelilingnya.
Betullah kata pepatah usaha tangga kejayaan, maka senantiasa berusaha untuk lebih maju ke hadapan.