(left to right) Mr. Seiji Kato (加藤誠司), AMC Retail Malaysia, Chief Operating Officer, Mr. Takashi Shibuya (渋谷高史), Marubeni Malaysia, Managing Director, Mr. Kazuhiro Takeuchi (武内一洋),AMC Corporation, Director, Ms. Eiko Shirai (白井英子), AMC Corporation, Director, Ms. Rieko Kimei (木明理絵子),AMC Retail Malaysia, Chief Executive Officer and Ms. Kaori Ishikawa (石川香織), AMC Corporation, Director
Thursday, December 15, 2022
Ainz & Tulpe Expands its Footprint in Malaysia
Tuesday, December 13, 2022
Program khidmat masyarakat Guardian bantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal sihat
Hi Korang,
Guardian Malaysia hari ini mengumumkan program khidmat masyarakat seluruh negara baharu, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.
Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program itu yang akan bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah,
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:
“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka. Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.
“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas. Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19.”
“Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental.” tambah Ng.
Sebagai tanda pelancaran kempen itu di Malaysia hari ini, 200 kanak-kanak dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima 2 botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang Guardiancares setiap seorang. Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima satu botol mandian badan 1 liter. Mereka turut menerima beg eko #guardiancares berserta poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.
Patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
Pada pelancaran itu, ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.
Ng menambah: “Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.
“Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan. Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.
“Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian,” ujar Ng.
Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi.
“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan,” jelas Ng.
#guardianmy
Monday, December 5, 2022
MALAYA Steamboat dan Grill PUCHONG PRIMA, Depan Pangsapuri Melur
Hi Korang,
Lama betul tak citer pasal makan-makan ek
Ni kak lily nak citer ni, pasal ktorang pi makan steamboat dan grill di Puchong Prima.
Akibat terpengaruh dengan TIK TOK, ktorg pun teringin lah nak pi kedai steamboat dan grill. Tengok location dekat je dari rumah dalam 20 minit cam tuh, so mandi mandi then terus start engine kete dan keluar rumah.
Itulah waze yang ada hado tuh, ermm pusing banyak kali kat Puchong Permai then mana plak kedai ni, aduimak hati dah sakit nie sebab location yang betul. Lepas 2-3 kali pusing, kitaorang berhenti depan kedai tuh. Bile baca sekali lagi rupanya itu adalah Malaya Steamboat Puchong Permai dan bukan Malaya Steamboat and grill Puchong Prima.
Ya ampun!!
Masih tak dapat lagi exact location so ktorg google je Puchong Prima dulu. Bila sampai area tuh, tengok balik TIK TOK yang diorg tuh viralkan tuh. Banyak kali tengok tapi tak nampak jugak orang tulis locationya. Sampai last video kak lily tunjuk sampai abis masyallah ada jugak orang letakkan exact location which is berhadapan Pangsapuri Melur.
Hah waze Pangsapuri Melur memang dalam 2km je dari currect location ktorg. Memang betul wei depan-depan apartment 4 tingkat tuh hah, bersebelahan food court Twin Garden. Terus rasa bersyukur wei, berjaya jugak sampai ke sini.
Sesampai je orang tak ramai lagi maklumlah dalam kul 6 cam tu, so lepas bayar sorang RM30, ktorang pun pilih apa yang patut untuk makan.
Memang pelbagai jenis makanan ade wei, yang grill ada, yang steamboat ada, sayur-sayuran, pelbagai jenis sos pencicah, makan dah ready untuk di makan pun ada seperti nasi goreng, spagethi, kuih muih, keropok kudap-kudapan, ais krim enak dan pelbagai balang air yang korang sampai pening nak pilih hah.
Kedainya yang luas dan berangin gituew sebab kipas banyak hehehe.
Memang selesa makan kat sini, kalau datang reramai ada tempatnya, yang datang berdua pun siap di sediakan tempatnya. So jangan bimbang kalau tak cukup seat kan.
Ayuh makan!!
Ktorang pilih tomyam as base sup tapi tak pedas wei so sedang enak di makan begitu sajerrr hehehhehe
Kak lily memang rekemen kedai ni untuk makan steamboat dan grill murah di Puchong nieh, dah ler murah pelbagai jenis menu ada.
Seriously I is kagum lah hehehhehhehe
So sebelum nak pi pastikan kedai yang mana satu korang nak pi ek, jangan sampai salah tempat macam ktorang hahahahahha