Sunday, November 20, 2022

Mister Potato mengumumkan kerjasama dengan NR Sports dan pelantikan Neymar Jr sebagai duta Mister Potato

Hi Korang,

Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan ini, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos JĂșnior sebagai duta baru Mister Potato. NR Sports adalah syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak.


Dikenali ramai sebagai Neymar Jr, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya. Pemain Brazil ini telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali dan beliau telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak ke Paris Saint-Germain pada 2017, termasuk Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak empat kali dan Piala Perancis sebanyak tiga kali. Neymar Jr mempunyai ramai pengikut, iaitu sejumlah 179 juta pengikut di Instagram dan mengendalikan sebuah pertubuhan bukan keuntungan – iaitu Instituto Projeto Neymar Jr, projek sosial yang berusaha membantu kanak-kanak, anak-anak muda dan keluarga mereka di Brazil.



Kerjasama baharu ini – Mister Potato x NR Sports – menandakan fasa seterusnya dalam sambutan ulang tahun Mister Potato yang ke-30 dan juga kerjasama jenama kegemaran ramai ini dengan selebriti terkenal. 



Fasa pertama telah bermula pada awal tahun ini. Kempen ini dilancarkan dengan tema “The Ridiculous Kick” (Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar Jr sebagai tumpuan utama. Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad (BBQ Kebab dan Hot Salsa), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.

“Kami di Mister Potato amat teruja dengan penyertaan Neymar Jr dalam kempen ini. Beliau seorang individu luar biasa yang bakatnya dalam sukan bola sepak memang sangat disanjungi. Neymar Jr terkenal kerana keupayaannya di atas padang dan juga kerja amal di luar padang di mana beliau menggunakan pengaruhnya untuk membawa kesan positif di peringkat global,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran, MAMEE-Double Decker.

“Saya sangat gembira kerana berpeluang menjadi duta baharu Mister Potato, lebih-lebih lagi pada tahun yang penting dalam kerjaya saya. Saya rasa seronok untuk turut serta dalam kempen Mister Potato ini dan memang menggemari produk Mister Potato,” kata Neymar Jr.

“Personaliti luar biasa dan gaya hidup aktif yang penuh bertenaga menjadikan Neymar Jr pilihan sesuai bagi jenama kami. Kami akan memulakan beberapa aktiviti menarik dalam minggu yang akan datang dan bersedia memenuhi keinginan peminat bola sepak untuk menikmati snek yang lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia,” tambah How.

Para peminat bola sepak kini berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk PUMA dan hadiah wang tunai bernilai lebih daripada RM138,000. “Peraduan Snek & Menang” berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022. Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10. 


Isikan nama dan nombor kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi WhatsApp ke +601156881139.

Seorang pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di Qatar dan lawatan ini akan ditanggung sepenuhnya. Dua puluh orang pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM2,000 dan produk PUMA x Neymar Jr manakala 200 pemenang hadiah mingguan akan menerima wang tunai RM250 setiap seorang. Rakan niaga yang menyertai peraduan ini termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, e-dagang, kedai stesen minyak dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pilihan pertama bagi kerepek kentang di Malaysia dan tidak asing dalam usaha menjalin kerjasama pada peringkat global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet, dan juga bintang K-pop Korea Cha Eun-Woo.

Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. 



Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister atau paket. Rangkaian pilihan perisa yang boleh didapati di pasaran termasuk:

· Mister Potato Crisps - Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;

· Mister Potato Chips - Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu;

· Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips - Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood;

Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM3.20 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau melayari visit https://mamee.com/. 

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/). 

Friday, November 18, 2022

ULTRA HEROES Datang Ke Malaysia Di PARADIGM MALL, Petaling Jaya

Hi Korang,

Lama bethol tak menulis ekk…

Mehlah kak lily sambung balik yer

So siapa kat sini minat giler dengan Ultraman??? Meh angkat tangan lekasssss

Hahahahaha jangan kata korang akak pun sama ye, masa kecik-kecik dulu inilah series yang kak lily tengok setiap petang.

Ok wait, ada berita baik untuk si kaki Ultraman semua hah!!

Kalau korang nak tau yang Ultraman kini di Malaysia wei!!!


Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

Korang akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.







Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.




Yang lagi menarik jangan lupa menonton PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. 
(*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)


Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. Yang pasti korang akan terpegun dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut.


Antara produk utama adalah TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlizes - Here He Comes! Our Ultraman. Boleh didapati dengan harga RM40. KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. 



Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman korang.


Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN.

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.


So, ibu bapa di luar sana jangan lupa bawa anak-anak kesayangan melihat Ultraman ke ULTRA HEROS TOUR SOUTH EAST ASIA di Paradigm Mall, Petaling Jaya dari 10 November hingga 27 November 2022.

Ayuh lekasss tau..

Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN & Figuarts boleh layari :-

Website Tamashii Nations : https://tamashii.jp/

Website Bandai Spirits Co Ltd : www.bandaispirits.co.jp/

Facebook Tamashii Nations South Asia : www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia

Thursday, November 10, 2022

JOM MAKAN DI 6 RESTORAN MENARIK DI SEPANG!

Hi Korang,


Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi.

SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG

Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. 


Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

THE TEPEN, CYBERJAYA

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? 


The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa anda, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan. Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini a

PAK NGAH CYBER KOPITIAM

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. 


Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak diatas roti bakar bersama kaya dan mentega. Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba!

THE BOTANIST, CYBERJAYA

Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika anda ke Cyberjaya. 


The Botanist merupakan sebuah kafĂ© yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. CafĂ© ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafĂ© ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini.

LUCK BROS KOPI

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan. 


Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda.

RESTORAN UMMI AISYAH

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran 


Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda. Terdapat banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. 

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. 

#PusingSelangorDulu!