Tuesday, October 25, 2022

Go Shop Sambut Ulang Tahun Ke-8 dengan Tawaran Menarik!

Hi Korang.

Perniagaan beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia Go Shop melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 mereka pada hari ini dengan jualan menarik selama 3 minggu untuk pelanggan. Kempen ini berlangsung dari 18 Oktober hingga 8 November 2022 dengan tawaran hebat dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk meraikanya bersama pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Go Shop akan memberikan baucar RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 serta rancangan Live Party istimewa dengan tawaran  istimewa dan tawaran Beli 1 Percuma 1. Para pelanggan boleh membeli-belah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk teratas termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen dan produk kecantikan serta barangan digital.

Tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go ​​Shop


      Bersiap sedia untuk ‘Go Shop Live Parties’: Nantikan Go Shop 8mazing Live Parties dengan lebih 3 jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut tawaran Beli 1 Percuma 1, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun. Acara ini akan menampilkan tetamu-tetamu selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling. Saksikan 8mazing Live Party pada 29 Oktober ini dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi – 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara SIARAN LANGSUNG melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.


   Beli-Belah & Menang Hadiah Menarik: Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points. Lebih banyak anda membeli-belah, lebih banyak penyertaan yang anda akan perolehi. Hadiah yang dimenangi termasuk Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.

 

      Nikmati Diskaun dengan Segera: Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688.

 

      Sambutan Pra-Ulang Tahun dengan Go Shop: Pelanggan boleh menonton ‘Pre-Birthday Live Shows’ pada hari Jumaat, 28 Oktober jam 11.00 pagi di Astro saluran 118 dan jam 12 tengah hari di Astro saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM88 dan RM188.


    Muat turun aplikasi Go Shop untuk Memenangi Lebih Banyak Hadiah: Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di Google Play atau App Store dan memutar Emoji Wheel pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi Go Points.


   Gembirakan diri anda dengan Kotak Misteri: Pelanggan akan menerima pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat daripada jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan.

Wong Chui Ling, Celebrity Entrepreneur

Datin Fouziah Gous, Founder of FGWalet

Chef Izyan Hani, Masterchef Malaysia S2 Winner

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, “Jualan Ulang Tahun kami adalah acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini kerana kami sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat serta permintaan dan trend yang sentiasa berubah di Malaysia. Dengan kelebihan pasaran digital yang pelbagai, kami telah menggabungkan seni membeli-belah barangan rumah dengan mempunyai produk yang betul dalam platform digital yang betul untuk menjangkau rangkaian pelanggan yang lebih luas, sekali gus meningkatkan pangkalan pelanggan berdaftar kami kepada 3.2 juta pelanggan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan dan kami telah menyediakan sebuah siri tawaran ulang tahun yang menarik dan hebat dengan menampilkan rangkaian produk yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga termasuk tawaran terbaik dan jualan pukal barangan terlaris kami dengan penjimatan dalam masa yang terhad, untuk memberi pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pelanggan kami.”

“Nantikan kategori baharu kami - ‘Go Shop Premium’ di mana pelanggan boleh mendapatkan barangan daripada jenama-jenama tulen dan premium serta ‘Service and Tour’ yang menampilkan pakej percutian dengan nilai hebat dan pengalaman perjalanan istimewa di Malaysia. Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori daripada fesyen, kecantikan, aksesori hingga barangan rumah dan kediaman – BONIA, HABIB, Crabtree & Evelyn, Dermalogica, Sothys, Lebensstil Kollection, Naruko, Noritake, SMEG dan banyak lagi”.


Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui tentang tawaran-tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go ​​Shop. 

Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA saluran 118, Go Shop GAAYA saluran 120, Go Shop BAARU saluran 111 dalam Bahasa Melayu dan saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.

 

Friday, October 21, 2022

MAGGI® SAH Malaysia! Memang Betullah Mi MAGGI Viral Dari Malaysia

Hi Korang,

Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. 

Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah. 


Memang seronok kak lily dang kengkawan lain menghadiri event anjuran Nestle ini. Pelbagai aktiviti yang di lakukan seperti bergambar, sessi kuiz mengenai mi Maggi dan yang paling penitng sekali aktiviti makan-makan lah kan.

Kalau korang nak tau Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran.

Bercakap di majlis ini, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!” kata Juan.

Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI®   Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI®   Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.  

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.


Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini.

Di majlis ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. 


Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.     

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI®  bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.  

“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.

Congrats MAGGI® SAH Malaysia! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/

Sunday, October 16, 2022

Menu K-CRUNCH MARRYBROWN, Enak Asyik Pedas Terus Rasa Seperti Di Korea

Hi Korang,

Khas buat pencinta makanan, sekali lagi untuk korang akan di hidangkan menu antarabangsa melalui pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia. 


Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.


Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Oktober ini, Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan!

“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Seperti budaya K-Pop yang menarik dan mengasyikkan, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. 


Korang kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. 



Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.



Sebagai alternatif, jika korang meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuatkan korang meminta lagi! 

Jika mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! 



Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. 



Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.

“Selaras dengan objektif kami yang sentiasa menginginkan sesuatu yang berbeza, kami sangat gembira kerana dapat memberikan kelainan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa suka mencuba! Kami yakin setelah mereka merasai menu K-Crunch kami, mereka akan dapat berinspirasi mencipta detik-detik K-pop mereka tersendiri,” kata Dato’ Joshua.


Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:




Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV