Monday, October 3, 2022

KEMPEN ‘WE CARE FOR NATURE' HADA LABO MENANAM SEMULA POKOK HUTAN DI HUTAN SIMPAN SUNGAI BESI

Hi Korang,

Hada Labo dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons Malaysia, sejak dua tahun lalu telah menanam 1,400 pokok hutan di Lembah Klang sempena kempen ‘We Care for Nature’.



Kempen 'We Care for Nature' Hada Labo yang memasuki tahun ketiga pada tahun ini, berharap dapat menanam sekurang-kurangnya 1,000 anak pokok di tanah Hutan Simpan Sungai Besi seluas dua hektar dengan dana yang dikumpul melalui kempen ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), I.S Shanmugaraj, persekitaran hijau kita semakin mengecil kerana kawasan semula jadi diterokai untuk memberi laluan pembangunan, pembalakan, perladangan, perumahan dan pelbagai lagi eksploitasi manusia.


“Ini telah menyebabkan bilangan habitat hidupan liar berkurangan dan menjejaskan haiwan serta memberikan ancaman kepada spesies hidupan liar serta kesan perubahan iklim lebih besar yang boleh membawa kepada peningkatan suhu,” kata Shanmugaraj.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, berkata kempen ini adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang mampan dengan menanam lebih banyak pokok untuk ekosistem yang seimbang dan juga untuk menawarkan hidupan liar urban sebagai perlindungan hutan pada tahun-tahun akan datang.


“Berpegang kepada janji jenama kami, hanya memberikan yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain, kami berharap niat itu dapat membantu dalam mengurangkan kesan berbahaya perubahan iklim. Dengan menanam pokok diharap agar kita dan generasi akan datang masih dapat menikmati pemberian daripada alam semula jadi kita,” tambah Lim.

Bermula dari 29 September 2022 – 30 Oktober 2022, dengan setiap pembelian Hada Labo Hydrating Lotion di cawangan Watsons seluruh negara, RM1 akan disumbangkan kepada penanaman pokok di Hutan Simpan Sungai Besi.

Orang ramai digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen ini untuk menyumbang dalam penanaman pokok. Bersama-sama kita boleh membantu memelihara alam sekitar dan menjadikan tempat ini lebih baik untuk kita tinggal di dalamnya.

Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen ini, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.


Sunday, October 2, 2022

“SWEAT IT OUT” BERSAMA FINALIS MR WORLD MALAYSIA 2022

Hi Korang,

Finalis-finalis Mr World Malaysia 2022 telah menyertai sesi senaman bertempat di Star Fitness Aeon Big Wangsa Maju pagi tadi. Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM) dan Star Fitness merupakan pusat kecergasan rasmi bagi Mr World Malaysia 2022.


Sesi senaman ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka dalam penganjuran Mr World Malaysia 2022. Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness berkata “Sebagai pusat kecergasan rasmi bagi penganjuran Mr World Malaysia tahun ini, semua finalis akan diberikan akses kepada semua kelab Star Fitness di Malaysia di mana peserta-peserta ini dapat menjalani latihan senaman dan membuat persiapan menjelang pusingan akhir pertandingan yang akan diadakan pada 21 Oktober di Grand Hyatt Kuala Lumpur.”

Di samping itu, pemenang utama Mr World Malaysia 2022 akan menerima hadiah berupa keahlian Star Fitness dan sesi latihan peribadi dari jurulatih kecergasan Star Fitness sebagai persediaan menyertai pertandingan berprestij Mr World 2022 yang akan dijangkakan berlangsung di United Kingdom.




Sesi senaman yang berlangsung hari ini menyaksikan finalis Mr World Malaysia 2022 melakukan senaman WAR, RIP dan Interval Circuit Training. WAR merupakan latihan seni mempertahankan diri campuran yang membakar sehingga 500 kalori pada setiap sesi. Senaman yang berinspirasikan seni mempertahankan diri bertenaga tinggi ini adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan sambil menjadi cergas. Manakala RIP ialah program latihan kekuatan pra-koreografi yang memberi anda hasil yang anda inginkan.

“Finalis kita hari ini cukup bertuah kerana mereka merupakan antara yang terawal mencuba kelas eksklusif/istimewa WAR dan RIP yang bakal dilancarkan kepada ahli kelab pada bulan depan. Kelebihan kedua-dua program ini pastinya dapat membantu meningkatkan kekuatan stamina dan daya tahan otot”, kata Encik Syed.


Pertandingan Mr World Malaysia 2022 bertujuan mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM. Untuk menonton pertandingan akhir, tiket boleh dibeli di laman Ticket2U dan undi finalis kegemaran di Pageant Vote dimana pemenang ‘Mr Popular Vote’ akan mara terus ke Top 10 pertandingan ini

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my.


Saturday, October 1, 2022

Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia

Hi Korang,

Bagi yang mencari rumah mampu milik inilah masa yang dinantikan Satu pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga khas untuk bumiputera telah diadakan di Hall 3 Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Oktober 2022. Pameran ini dibuka mulai jam 11 pagi dan berakhir pada jam 9 malam. Hampir sebanyak 8500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan kadar harga bermula dari RM200,000 dan ke atas.


Untuk info, program pemilikan kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya diperkenalkan. Apa yang menarik I-biaya ini memudahkan lagi golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang didorong bersama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang merupakan inisiatif dari Kementerian Kewangan.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka. Contihnya seperti seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM 400, 000

Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas

Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas sememangnya diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan kolaborasi bersama pembiaya perumahan iaitu bank. Antara bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam dan Bank Rakyat yang bersetuju menawarkan pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran pendahuluan.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pilihan lain seperti Skim PRIMA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru membeli serta memilikinya. Berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan seharusnya masyarakat Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit masih ada bersama inisiatif-inisiatif ini masih dikekalkan.


Tujuan Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia Diadakan

Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah sekaligus menggalakkan masyarakat Bumiputera khususnya orang Melayu lebih cakna dan celik mengenai hartanah. Seterusnya bersama menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus.

Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20 peratus serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli.

Promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, baucar perabot dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju yang mengambil bahagian.

Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki)

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, di bawah program HOPE, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah.
(Dipetik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu)

Rumah yang bernilai RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

55 pemaju bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.

Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 petang dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.

Jom cari rumah, jumpa anda di sana!