Saturday, September 24, 2022

KVClean KOPETRO Menawarkan Harga Pakej Pembersihan Yang Cukup Istimewa

Hi Korang,

Sangat meriah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang sempat kak lily hadiri baru-baru ini yang mana majlis ini dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd.


Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).



Turut diadakan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO seperti produk LengQuas, pakej pembersihan KVClean dan semuanya ditawarkan pada harga yang kak lily rasa amat-amat berpatutan.

KVClean telah mula beroperasi sejak April 2019 dan menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi.

Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.




Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat.

'Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19' ujar Wan Ahmad Tarmizi.

Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.




Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.

Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ , antaranya seperti:-

· Pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan.

· Pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi.



Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung.

Jadi pada mereka yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean bolehlah ikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram.


Sunday, September 18, 2022

"KITALAH JUARA" Lagu Esklusif Bersama MILO® Nyanyian Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan

Hi Korang,

Buat julung kalinya, MILO® perkenal lagu baharu lagi eksklusif ini!

Melangkah lebih jauh dalam membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO® iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan pada acara final Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO.


Persembahan buat pertama kalinya pada Hari Malaysia bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Ini juga adalah bersempena dengan acara akhir kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO iaitu Larian Malaysia Boleh Bersama MILO®


Untuk info, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos yang lalu melalui siri jelajah van MILO® ikonik bagi meraikan semangat perpaduan dan muhibah bersama MILO®.

Lagu Kitalah Juara merupakan satu lagu yang ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa.

Ayda Jebat

Amir Masdi dan Jestinna Kuan

Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum.

Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO® dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan oleh MILO® sejak tahun 1993.


'Sebagai seorang penggemar MILO® sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui' kata Prashan, Melakaboy

Lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni. Antaranya seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac, Adam Sang, Catherine Yap dan Hoe Hui Ting.



Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.

‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.

Untuk info lanjut boleh layari : www.milo.com.my


Makan Malam Di ASIARI Bangi, Restoran Chinese Muslim Halal

Hi Korang,

Lama betul tak citer pasal makan-makan ni ek

Sebab ape?? Sebab lama ktorang tak makan kat luar hah. Yelah balik keje pun dah lambat so beli apa yang ada depan mata kadangkala tuh x makan pun malam hah.

Bile kat Bangi ni ktorang akan selalu cari kedai yang menghidangkan menu sesimple yang boleh, yelah sebab nak cepat maka restoran ASIARI ni lah yang menjadi pilihan kerana Asiari menghidangkan menu makanan chinese muslim yang enak lagi lazat.


Kalau korang nak tau yang di buka kira-kira beberapa tahun yang yang lepas dan outlet pertamanya di SACC – Shah Alam yang mana outlet ini beroperasi selama kira-kira 10 tahun sehingga 2015 dan mempunyai fans dan followers yang kuat daripada masyarakat di Shah Alam.

Asiari adalah restoran mesra muslim kontemporari yang menawarkan Masakan Oriental Asia. Ia diketuai oleh 2 chef berpengalaman yang pakar dalam Masakan Cina/Timur. Keupayaan chef ditunjukkan melalui pengalaman mereka di hotel mewah 5 bintang di Dubai serta Restoran Bintang Michelin di London masing-masing.

10 jenis menu yang menjadi pilihan para pelanggan ASIARI

Restoran yang luas dan susunatur yang simple serta dekat dengan rumah menyebabkan kak lily suka ke sini daripada outlet yang lainnya


Citer banyak pun tak guna jom kak lily kongsikan beberapa menu yang kak lily order hah.

Ying Yang Xiao Long Bao 
(Shanghai Black Truffle Sauce Beef & Signature Xiao Long Bao Combo)

Dimsum yang lain daripada lain rasanya, kalau korang nak tau black truffle adalah salah satu bahan yang paling mahal di dalam senarai bahan masakan. Rasanya unik dan sedap, kak lily panas-panas. Isi di dalamnya menarik kerana ada daging, ayam dan sos truffle.

Pan-Fried Minced Chicken & Chive Dumpling

Pilihan dimsum yang istimewa jugak, ranggup di luar namun lembut di dalamnya. Di hidangkan panas-panas dan harus di cicah dengan campuran kicap yang enak.

Sweet Corn Soup With Wild Mushrooms and Chicken

Mr Big suka bethol dengan sup jagung nieh, tidak terlalu cair namun tidak terlalu pekat. Campuran cendawan liar dan ayam menaikkan lagi rasa sup jagung ini.


Fragrant Stir-Fry Spicy Whole Shell Clams (Kam Heong Lala) With Fried Mantou

Ini memang kegemaran kak lily, lala di masak kam heong. Sebab kak lily tak pandai nak masak so kita order jer di Asiari ni. Kuahnya tidak terlalu pedas dan lala mudah untuk di keluarkan dari kulitnya. Di tambah pula dengan kehadiran mantou goreng, lagi bertambah enak di cicah bergitu sahaja. 

Braised Bean Curd With Minced Meat & Chilli Sauce ( SzeChuan Style)

Hidangan veggetarian yang lazat, lengkap dengan protien, veggie dan kuahnya yang tidak berapa pedas. Di makan dengan nasi panas pun amboit terangkat.

Black Truffle Fried Rice With Shrimps

Nasi goreng yang lain daripada lain kerana adanya black truffle di dalam hidangan ini. Tengoklah udangnya bersaiz besar bethul. 

Apa-apa pun..


Kan kak lily suke makan yang simple so order pun simple-simple tapi cukup mengenyangkan. Dari segi rasa memang tidak di nafikan ianya sangat sedap dan portionya agak banyak untuk seorang makan. Untuk harga pula kak lily rasa tak jadi masalah kerana ianya berpatutan dan tidak terlalu mahal walaupun bahan masakannya agak premium.

Oh ya, restoran Asiari disahkan Halal oleh JAKIM. Boleh nikmati hidangan tanpa rasa was-was!



Jom kite ke

Asiari Bangi
No. 10 & 11 G1, Jalan Medan PB2A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tel: 03-8920 1162

Opening Hours : Monday-Sunday
                                11AM-10PM

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Website :

Facebook : 

Instagram :