Friday, September 9, 2022

LIMA HIDANGAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA DI SHOPEEFOOD

Hi Korang,

Dengan keenakan kulinari yang pelbagai di Malaysia, rambang mata kita dibuatnya. Apabila bercakap sahaja tentang makanan tempatan, antara yang terlintas adalah keistimewaan rasa Char Kuew Teow Penang dengan aroma kuali ‘wok’, betapa empuk dan enaknya Nasi Ayam Ipoh, keharuman Nasi Lemak yang ikonik, dan semestinya, antara pencuci mulut 50 terbaik di dunia, Cendol! Terliur, bukan?


Industri penghantaran makanan di Malaysia telah melonjak menjadi makin popular, terutamanya sejak wabak COVID-19. Dengan pelbagai kemudahan dan pilihan makanan sedia untuk dipesan hanya di hujung jari, rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk memesan penghantaran makanan secara atas talian. Menurut Statista.com[1], pada Ogos tahun lepas, 33% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka berbelanja sekitar RM20 – RM30 untuk satu pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan dan kira-kira 11% daripada mereka berbelanja RM50 atau lebih.

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. ShopeeFood boleh didapati di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu, Sabah. Menampilkan lebih 2,000 hidangan, pilih sahaja mengikut citarasa dan selera anda!

“Dalam dunia hari ini, orang ramai semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital, termasuk servis penghantaran makanan. Rakyat Malaysia menerima trend ini dengan hati terbuka kerana servis ini menyediakan kemudahan, nilai dan pilihan makanan yang pelbagai untuk pengguna. Justeru, ShopeeFood sangat teruja untuk menawarkan pengguna kami hidangan yang terbaik seiring dengan pengalaman pembayaran yang cukup mudah melalui ShopeePay, e-dompet kami yang diintegrasikan,” kata Encik Cheok Tuan Ee, Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood.



Hidangan Kegemaran Pengguna ShopeeFood

Bak kata orang, bukan namanya orang Malaysia kalau tidak suka masakan Malaysia! Pengguna ShopeeFood dari keenam-enam lokasi nampaknya paling menggemari satu sajian utama, iaitu Roti Canai yang rangup dan enak! Sama ada Roti Canai Biasa atau Telur, hidangkan sahaja dengan kari kegemaran anda, memang terpejam mata buatnya ketika menikmati setiap suapan.

Satu lagi kegemaran buat pengguna Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang ialah minuman cukup popular, secawan Kopi. Dihidang panas, sejuk, grande atau kopi Mamak, kopi sememangnya memberi kesegaran yang padu! Tetapi sudah pasti, tidak mungkin pengguna ShopeeFood terlupa akan hidangan ruji di Malaysia - sepinggan nasi! Tentunya, rakyat Pulau Pinang menggemari keunikan Nasi Kandar mereka manakala kedua-dua Selangor dan Pulau

Pinang amat menyukai sebungkus Nasi Ayam yang lazat sehingga menjilat jari. Akhirnya, Nasi Lemak ikonik negara kita memegang takhta sebagai makanan paling digemari pengguna di Selangor dan Johor.

“Nampaknya Roti Canai, hidangan popular Malaysia memenangi carta ShopeeFood di semua lokasi kami. Siapa sahaja yang tidak sukakan Roti Canai panas, lagi-lagi apabila ia dihantar terus ke rumah? Kami berkerjasama dengan peniaga makanan kami untuk memberikan pengalaman penghantaran makanan yang mudah, termasuklah menawarkan kemudahan melalui e-dompet kami, ShopeePay,” kata Encik Cheok Tuan Ee.

Berikut ialah senarai lengkap lima hidangan kegemaran pengguna ShopeeFood!


Ayuh Menjamu Selera dengan ShopeeFood!

● Kuala Lumpur dan Putrajaya

‘Bang, roti canai, satu,’. Sering didengar, bukan? Nampaknya Roti Canai Biasa dan Kopi menjadi makanan harian kebanyakan rakyat Malaysia, tidak kira siang atau malam. Satay Ayam atau Daging juga menjadi pilihan kegemaran, lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan kelazatan penuh nikmat Kuah Kacang. Kemudian diikuti pula dengan Nasi Goreng kegemaran ramai, terutamanya Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Ayam. Oh, nanti dulu! Jangan lupa pula Telur Goreng, atau lebih dikenali sebagai Telur Dadar.

1. Roti Canai

2. Kopi

3. Satay (Ayam dan Daging)

4. Nasi Goreng (Kampung dan Ayam)

5. Telur Goreng (Telur Dadar)

● Selangor

Roti Canai Biasa sekali lagi mengungguli carta sebagai pilihan pertama, tetapi, satu lagi kegemaran rakyat Malaysia muncul di dalam carta - Nasi Lemak Biasa yang ikonik dengan aroma menyelerakan. Dekat di hati kita, sesuap nasi lemak boleh menenangkan jiwa dan mengubat hati yang lara, bukan? Nasi Ayam yang popular juga menjadi satu kemestian. Sekali pandang, ia mungkin hanya sepingan nasi dengan hirisan ayam kukus atau panggang, tetapi dengan setiap suap, terdapat rasa yang harmoni menghidupkan hidangan ini. Satu lagi pilihan makanan yang mustahil untuk kita tinggalkan ialah Ayam Goreng, terutamanya apabila sedang ‘bercuti’ daripada berdiet! Suka makanan pedas? Kehangatan Nasi Ayam Penyet dengan ‘sambal’ berapi memberikan kenikmatan tidak terhingga!

1. Roti Canai

2. Nasi Lemak

3. Nasi Ayam

4. Ayam Goreng

5. Nasi Ayam Penyet



● Johor

Sekali lagi, Roti Canai Biasa memenangi carta bersama kegemaran sampingan, Roti Canai Telur. Telur dan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan! Kopi nampaknya turut menjadi kegemaran, diikuti dengan Nasi Lemak Ayam. Kerangupan ayam goreng atau kekayaan rempah ratus dari rendang ayam terus mencuri hati kita, sepanjang zaman. Jika anda penggemar makanan lazat berlemak (walaupun hampir kesemua masakan di Malaysia sememangnya lazat berlemak), Bubur nampaknya menjadi kegemaran orang Johor. Panas dan sedap! Dan yang terakhir, kita meraikan salah satu daripada 50 hidangan gerai (street food) terbaik di Asia, disiarkan oleh CNN baru-baru ini dalam senarai makanan Asia mereka. Berikan tepukan gemuruh untuk…sup masam manis secukup rasa berasaskan ikan, Asam Laksa! Nak semangkuk boleh?

1. Roti Canai

2. Kopi

3. Nasi Lemak Ayam

4. Bubur Ayam

5. Asam Laksa


● Pulau Pinang

Nasi Ayam yang empuk dan lazat menduduki tempat teratas diikuti oleh, sekali lagi, Roti Canai Biasa dan tentunya, Nasi Kandar. Jika anda melawat Pulau Pinang, anda tidak boleh balik tanpa ‘pekena’ Nasi Kandar sepinggan. Kini, anda boleh memesan melalui ShopeeFood, pada bila-bila masa! Orang Pulau Pinang memang menggemari Kopi mereka dan juga Teh Ais, yang menyegarkan tekak pada hari yang panas. Akhir sekali, kita mempunyai hidangan antarabangsa yang digemari oleh rakyat Malaysia, ‘Sushi’. Keenakan dalam setiap sajian.

1. Nasi Ayam

2. Roti Canai

3. Nasi Kandar

4. Kopi dan Teh Ais

5. Sushi


● Ipoh

Ipoh terkenal dengan keindahan pergunungan karst batu kapur, gua, kolam air panas, dan semestinya - makanan yang lazat. 'Sushi' nampaknya menjadi kegemaran dan semestinya Roti Canai Biasa. Menariknya, Keropok Lekor turut berada dalam senarai teratas - kudapan yang enak dimakan tanpa mengenal waktu. Ayam Goreng turut tampil sebagai kegemaran tempatan, sebuah hidangan yang cukup mudah dipesan. Akhirnya, memeriahkan senarai ini adalah pencuci mulut, Aiskrim – pilihan wajib untuk melengkapkan hidangan anda atau dinikmati bila-bila sahaja.

1. Sushi

2. Roti Canai

3. Keropok Lekor

4. Ayam Goreng

5. Aiskrim



● Kota Kinabalu, Sabah

Selain pergunungan yang menakjubkan dan pantai yang indah, makanan juga merupakan tarikan lokasi di bawah bayu ini, dan ShopeeFood sedia menghantar hidangan terus ke rumah anda! Mengungguli senarai makanan kegemaran mereka, takhta ini dirangkul oleh Roti Canai sebagai salah satu makanan kegemaran untuk dipesan, termasuk Roti Canai Biasa dan Roti Canai Telur. Satu lagi kegemaran ialah Pasta, di mana pelbagai hidangan Pasta boleh didapati dalam aplikasi kami. Kehangatan Bubur Ayam juga popular, sesuai dinikmati di malam yang dingin. Kini, ayuh raikan kemanisan hidangan pencuci mulut pula! Teh Susu dengan Mutiara ataupun ‘Milk Tea with Pearls’ menjadi minuman popular, terutamanya dalam kalangan generasi milenial. Orang Sabah juga suka memesan Wafel, yang boleh dinikmati dan didapati sepanjang hari.

1. Roti Canai

2. Pasta

3. Bubur Ayam

4. Teh Susu dengan Mutiara

5. Wafel




Thursday, September 8, 2022

HADA LABO BLEMISH & OIL CONTROL GEL - Penawar Untuk Kulit Berjerawat

Hi Korang,

Kelembapan dan cuaca panas cenderung merangsang rembesan sebum serta mengakibatkan kulit berminyak. Kulit berminyak dipercayai menjadi salah satu punca utama jerawat. Memakai topeng muka berjam-jam, yang merupakan norma baharu sekarang juga menyumbang kepada kerengsaan kulit dan boleh memburukkan lagi jerawat dan kulit berjerawat.



Terdapat salah tanggapan bahawa menggunakan pelembap pada kulit berminyak atau berjerawat akan menyebabkan keadaan kulit lebih teruk. Namun, pelembap berfungsi untuk mengelakkan jerawat dan jeragat. Mengabaikan langkah kritikal ini boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas yang akan menyebabkan lebih banyak jerawat. Itulah sebabnya penting kulit berminyak atau berjerawat mendapat kelembapan betul dengan pelembap yang betul.

Bagi menawarkan pengguna yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, penyelesaian pada masalah kulit dipertingkatkan, Hada Labo memperkenalkan Blemish & Oil Control Gel pelembap serba baharu untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat.

Antara kandungan Hada Labo Blemish & Oil Control Gel:

· Ekstrak tumbuhan semula jadi untuk menguatkan penghalang kulit

Diekstrak daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan ekstrak Bunga Chamolie bagi membantu mengurangkan cela dan menenangkan kulit yang merengsa untuk mengekalkan kulit bersih dan sihat.

· 2 jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam dan tahan lama

Asid Hyaluronik berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

· Tekstur ringan

Tekstur gel yang ringan memberikan penyerapan segera ke dalam kulit, meninggalkan kulit segar dengan rasa tidak melekit.

· pH Kulit Seimbang dan Kerengsaan Rendah

· Bebas Pewangi, Pewarna dan Minyak Mineral


Arahan Penggunaan:

1. Gunakan dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion.

2. Ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher.

3. Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit.



Hada Labo Blemish & Oil Control Gel sesuai untuk kegunaan harian. Ia kini tersedia di farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM75.90.

Saturday, September 3, 2022

Resipi Kerabu Taugeh Bersos Blueberries, Blueberries Enak Di Bawah Jenama Oregon dan Washington

Hi Korang,

Siapa blueberries??

Kak Lily yeahh!!!

Memang pun salah satu buah-buahan di bawah jenama Oregon dan Washington merupakan yang di import dari luar negara ke Malaysia yang mana ianya mengandungi banyak manfaatnya walaupun ianya kecil. Bukan sahaja kepada kulit dan rambut, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan.


Kalau korang nak tau, penanaman beri biru hanya ditemui sekitar abad ke-20. Sebelum itu, buah asli dari Amerika Utara ini hanya terdapat di dalam hutan. Oregon dan Washington merupakan dua negeri penghasil beri biru terbesar di Amerika Syarikat.



Beri biru secara semula jadi manis, sedap dan berkhasiat serta memberi banyak manfaat pada kesihatan, seperti meningkatkan kesihatan jantung, kesihatan kulit, mengurangkan tekanan darah, mencegah kanser, diabetes, dan menstabilkan kesihatan mental.

Antara fakta pemakanan berkait dengan beri biru dan manfaatnya kepada kesihatan:

1. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4mg Vitamin C. Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imunisasi badan.

2. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian oleh tubuh badan. Serat makanan mampu meningkatkan kadar lipid darah, mengatur kadar gula dalam darah, dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Jika kita dalam tempoh berdiet, buah beri biru sangat sesuai untuk dijadikan snek sihat.


3. Beri biru kaya dengan antioksidan. Beri biru dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua jenis buah dan sayur biasa. Antioksidan melindungi badan kita daripada radikal bebas (molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit).

4. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang kepada 36% daripada nilai Vitamin K harian iaitu 28 mikromiligram Vitamin K. Pengambilan Vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko tulang rapuh yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan Vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Beri biru sudah diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal cergas.


Dah sambil-sambil bercerita mengenai buah beri biru ni, meh sini kak lily kongsikan satu resipi yang dihasilkan oleh Chef Bob Kamaruddin Adnin.

Chef Bob Kamaruddin Adnin merupakan Presiden Persatuan Masakan Profesional (Malaysia), dan pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur termasuk The Westin dan Mandarin Oriental.

Beliau turut dilantik sebagai Chef Eksekutif di Sheraton Imperial Kuala Lumpur sebagai Chef de Cuisine pada 2008 dan kemudian sebagai Chef Eksekutif Korporat dengan MAS Awana Sdn Bhd sebelum beralih kepada kerjaya semasa sebagai chef perunding sepenuh masa dan pengacara rancangan masakannya sendiri, Chef Bob Cooking.


KERABU TAUGEH BERSOS BLUEBERRY

Bahan-bahan:

300 gram taugeh, ekor dan cuci bersih

Setengah cawan kacang Perancis cincang atau julienned

1 biji bawang merah sederhana, dihiris nipis

2 biji cili api, dihiris halus

150gram udang rebus

Mata air daun selasih

Setengah cawan kelapa kering yang dibakar ringan

BAHAN REMPAH – Tumbuk dengan alu dan lesung

50 gram bawang merah - dicincang

2 ulas bawang putih

1 biji cili merah

1 sudu besar udang kering, rendam dalam air panas untuk empuk

Secubit garam

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil minyak sayuran

SOS BLUEBERRY

2 sudu besar mentega

1 cawan beri biru segar Oregon atau Washington

1 hingga 2 sudu besar cuka balsamic

1 sudu besar jus oren atau lemon

1 sudu besar madu

Cara-caranya :

1. Dalam mangkuk adunan, gaulkan taugeh, kacang Perancis, hirisan bawang besar, cili padi dan ketepikan.


2. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam kuali dan kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi beberapa minit dan kemudian masukkan kelapa kering, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Biarkan kuali masak selama satu minit lagi kemudian padamkan api. Biarkan adunan sejuk selama beberapa minit sebelum mencampurkannya ke dalam mangkuk taugeh. Sambil taugeh digaul ke dalam bancuhan kelapa hangat mereka akan lembut sedikit sambil mengekalkan kerangupannya.

4. Tutup dan masukkan ke dalam peti ais.


5. Untuk membuat sos blueberry pula, panaskan mentega dalam kuali. Setelah cair masukkan ke dalam blueberry Oregon dan Washington dan bahan-bahan sos yang lain.


6.Biarkan mendidih, kacau seketika dan kecilkan api hingga mendidih selama 5 minit.




7. Untuk dihidangkan: Salad atas dengan udang rebus kemudian renjiskan sos blueberry ke atas salad. Hiaskan dengan daun selasih dan lebih banyak cili potong jika suka.


Berselera kak lily makan tengahari tadi, sebab ada ulaman kerabu istimewa. Rasanya tidak terlalu manis mahupun tidak terlalu masam. Just nice masuk ke tekak hah.

Amat mudah untuk di lakukan so korang kena cuba tau.

Untuk lebih info berkenaan buah beri biru, boleh layari laman sesawang www.oregonblueberry.com atau https://wablueberries.com/wa-blueberry-commission/



#Oregonblueberries
#Washingtonblueberries
#blueberrygoodness
#healthyblueberries