Wednesday, August 24, 2022

Museum Of Illusions, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ayuh kita bersiaran lagik di belog chomey akak kesayangan korang ni kan.


Memang yang tau Bukit Bintang merupakan tempat membeli belah dan lokasi outing yang hebat di hujung minggu, tak kira bersama keluarga, kawan-kawan mahupun yang tersayang.

Di tengah-tengah kesibukan kota itu ada banyak perkara yang menarik boleh dilakukan selain daripada makan-makan dan juga berjalan-jalan di pusat beli-belah yang gah dan begitu menarik. Selain daripada itu, terdapat lokasi tarikan yang bukan sahaja menghiburkan tapi juga memberi manfaat yang berguna.

Kali ni kak lily nak bawa korang ke Museum Of Illusions yang terletak di aras satu dan dua Hotel Ansa Bukit Bintang. Korang kalau datang nampak Hotel Ansa boleh masuk ikut pintu utama hotel tu dan pergi ke aras satu naik escalator. 

Ini bukan muzium biasa-biasa yang buat pameran barang bersejarah atau artifak. Ia lebih kepada menguji minda dan juga pembelajaran sain dan teknologi yang digarap dalam bentuk mainan yang lebih interaktif.

Harga tiket untuk masuk ke muzium ini seperti di bawah ni:-

1) Dewasa (umur 15+): RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)

2) Kanak-kanak (umur 5-15): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)

3) Pelajar (Kad Pelajar Yang Sah): RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)

4) Warga Emas (umur 55+): RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)

5) Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)


Kalau korang tengok pada harga ini maksudnya muzium ini boleh dikunjungi oleh semua peringkat usia dan juga warga. Janji mereka boleh berseronok dan juga belajar bersama anak-anak atau keluarga.

Bila korang masuk sahaja dah ada banyak mainan atas meja yang boleh dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Ini kerana permainan kat sini bukan biasa-biasa ia menguji minda dan juga kreativiti seseorang untuk berfikit menyelesaikan sebarang masalah. Cuba korang cabar diri dengan anak-anak atau juga kawan-kawan siapa yang pantas menyelesaikan mainan yang ada.

Pergi pula kat bahagian dinding yang ada kat situ dihiasai bukan sahaja gambar atau polaroid biasa-biasa tau. Korang kena baca arahan yang diberikan kat tepi sesetengah gambar tu dan juga ada panduan disediakan bagaimana nak mendapatkan kesan ilusi yang sebenar. Baru menarik dan juga seronok.



Terdapat beberapa bilik yang sedikit mencabar dimana perlu kepada kreativiti untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik. Contoh kerusi yang besar tu boleh buat orang yang sebesar kak lily ni nampak kecil jer dihujung jari. Itu yang bestnya kat sini. 


Kemudian ada pula ruangan yang mana korang dalam gambar berdiri macam sama tapi bila tengok dalam gambara nampak seorang kecil dan seorang lebih besar.

Kalau korang rasa cukup berani dan kuat boleh masuk ke terowong Vortex. Ia adalah terorong menentang graviti tapi sebenarnya hanya ilusi kita sahaja. Pening-pening tapi seronok kerana kita tahu kita tidak jatuh tapi rasa macam nak jatuh bila melalui terowong tu.





Banyak lagi lah daya tarikan yang best kat muzium ini. Sejam dua juga korang perlukan untuk habiskan semua mainan yang ada lebih kurang 80 jenis pameran dan juga termasuk mainan. Kadang-kadang ia membuat kita terfikit dan menjana daya pemikiran kreatif bahawa bila buat macam ni ia akan jadi macam ni. Bagus untuk pendidikan kanak-kanak yang sedang membesar. Jadi ada masa bawa anak-anak datang sini seronok.

Sempena dengan bulan Kemerdekaan Malaysia dan juga Hari Malaysia yang kita bakal raikan tak lama lagi. Museum Of Illusions juga nak bagi korang peluang masuk dengan memakai pakaian yang ada warna bendera Malaysia. 



Kalau korang pakai pakaian yang ada warna bendera Malaysia sahaja dan cukup tak perlu buat apa-apa pun just tunjuk kat kaunter yang pakaian korang ada warna bendera Malaysia seperti jadual kat bawah ni.

1) Dua (2) warna bendera Malaysia akan dapat 20% diskaun tiket masuk

2) Tiga (3) warna bendera Malaysia akan dapat 30% diskaun tiket masuk

3) Empat (4) warna bendera Malaysia akan dapat 40% diskaun tiket masuk

Promosi ini hanya sah untuk tempoh bermula 29 Ogos ini hingga 2 September 2022 sahaja. Jadi masa tu hari cuti korang datanglah kat muzium ini bawa keluarga atau anak-anak semua meriahkan hari Kemerdekaan negara yang ke 65. Last sekali sebelum pulang ada ruangan menjual cenderamata korang boleh beli dan bawa pulang sebagai kenang-kenangan.


Nak tahu lagi promosi lain dan info tentang Museum Of Illusions lebih lanjut boleh layari:-






Sunday, August 21, 2022

TASNEEM NATUREL Umum Kolaborasi Bersama Empat Syarikat, Perkenal Platform Jana Pendapatan Dengan Mudah Tasneem Marketplace

Hi Korang,

KOLABORASI TASNEEM NATUREL DAN BEBERAPA JENAMA BESAR MALAYSIA MELALUI PLATFORM TASNEEM MARKETLACE BANTU RAMAI GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN DENGAN MUDAH


Salah satu program yang kak lily rasakan bagus untuk kita semua sertai.

Kak Lily dah lama kenal akan jenama Tasneem ni waktu mula-mula kak lily terlibat dengan kolaborasi untuk kerja-kerja review di blog. Malahan sehingga ke hari ini, bila sebut sahaja Tasneem pasti perkara pertama yang kaklily akan ingat adalah balm untuk bayi dan kanak-kanak.

Seriously Aakif, Aalya, Aafya membesar dengan produk Tasneem Naturel ni tau.

Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.



Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.



Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Jika korang berminat untuk sertai Jemaah TMP, sila ke sessi preview - Link telegram di bawah ini. 

Lind direct preview TMP



Usah berlegah lagi, sila ke pautan yang kak ana berikan di bawah untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran serta info-info terkini :



Jangan kita sia-sia kan peluang yang hadir di depan mata, mana tahu dengan izinNya ia merupakan solusi yang telah lama kita tunggu untuk kehidupan yang lebih baik. Fahami segala syarat dan termanya dan teruskan jika kita yakin. 

Selamat maju jaya buat semua kak lily doakan yang baik-baik sahaja..

Saturday, August 20, 2022

Terokai lebih lanjut di Astro Experience Store baharu

Hi Korang,

Astro telah melancarkan Astro Experience Store baharu pada hari ini di Pulau Pinang untuk memberikan pengalaman yang menarik dan unik di kalangan pelanggan Astro. Warga Pulau Pinang boleh melihat pelbagai produk dan perkhidmatan terkini daripada Astro di kedai tersebut.



Kumpulan COO dan CEO TV, Astro, Euan Smith berkata “Kami teruja untuk membuka Astro Experience Store yang pertama di Pulau Pinang. Kedai baharu kami ini adalah cara yang terbaik untuk kami pamerkan produk, perkhidmatan dan kelebihan yang menakjubkan untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada. Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan ruang fizikal ini di mana ramai orang boleh menemui dan mengalami ciri-ciri dan faedah produk dan perkhidmatan terkini kami dengan sepenuhnya, memberikan mereka pengalaman secara langsung di kedai sambil memberi mereka gambaran tentang kandungan-kandungan terbaik yang mereka boleh menikmati dengan Astro.”

Di Astro Experience Store, para pelanggan boleh menemui kandungan-kandungan terhebat dan terkini Astro yang ditawarkan di Ultra Box termasuk siri prekuel yang dinantik-nantikan, Game of Thrones “House Of The Dragon” menerusi Astro On Demand dan HBO GO, sukan bersiaran secara langsung seperti Musim Liga Perdana Inggeris 2022/23 dan animasi kanak-kanak Didi & Friends di Astro, K-drama Doctor Lawyer di Disney+ Hotstar serta siri popular Netflix, Money Heist: Korea – Joint Economic Area. Sewaktu berada di kedai Astro, para pelanggan boleh mencuba kesemua ciri-ciri Ultra Box termasuk 4K UHD, mengetahui nilai pek TV terbaik dan cara-cara untuk menikmati hiburan secara on the go dengan aplikasi Astro GO.

Astro Experience Store terletak di tingkat dua Queensbay Mall. Peminat-peminat Games of Thrones (HBO) boleh mendapatkan set barangan eksklusif House of The Dragon dan berpeluang untuk memenangi edisi terhad kerusi gaming House Of The Dragon X SecretLab apabila mereka mendaftar atau menaik taraf ke Pek Astro Movies, Premium 1, 3 dan Platinum. Pelanggan Astro juga boleh menunjukkan aplikasi My Astro mereka dan memenangi hadiah eksklusif di kedai.

Selain itu, para pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang produk-produk Astro seperti promosi Astro Fibre, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box dan sebagainya. Kempen-kempen lain yang masih ditawarkan termasuk:

· Kempen WiFi Lagi Kencang yang menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk menikmati tahap kelajuan yang lebih laju selama 6 bulan apabila mereka melanggan pelan Astro Fibre pilihan mereka tersendiri dan pelan Astro Fibre Bundle sehingga 30 September 2022.

· Promosi RM99.99/bulan* untuk pelanggan baharu untuk membantu mereka berjimat lebih banyak setiap bulan dengan Pek Astro Premium 1, 2, 3 dan Entertainment Plus selama 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Astro, layari www.astro.com.my.

*Tawaran Astro Premium 1, 2, 3 dan Entertainment Plus RM99.99/bulan untuk 6 bulan hanya tertakluk kepada pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan sahaja.