Hi Korang,
Mi segera atau ramyun Korea kegemaran orang ramai kini memperkenal produk baharu, SHIN Stir Fry Ramyun dengan rasa pedas yang serba unik. Bagi mereka yang kurang menggemari sup bersama mi segera mereka, maka SHIN Stir Fry Ramyun ialah pilihan yang boleh meningkatkan selera makan anda dengan letupan perasa menarik.
Mempersembahkan citarasa Korea, SHIN Stir Fry Ramyun hadir dengan perisa yang benar-benar memukau! Campuran ramuan unik seperti cili, daun bawang, dan minyak perasa memberi kepedasan istimewa yang pasti akan memberi pengalaman yang meletup ketika anda menikmatinya. Mi segera baharu ini juga mempunyai cendawan shitake serta kek ikan bertanda “辛”, iaitu simbol ikonik yang melambangkan SHIN Ramyun.
SHIN Stir Fry Ramyun ini juga mempunyai mi yang tebal, lembut dan juga anjal. Dalam beberapa minit sahaja, anda dapat menikmati santapan mi Korea dengan aroma yang menggiurkan. Mi segera ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa bagi menambah kepuasan dalam detik-detik kecil kehidupan anda.
Nongshim memiliki syer pasaran yang terbesar bagi mi segera Korea, dan peneraju jenamanya SHIN Ramyun telah menjual lebih daripada 1 bilion paket di seluruh dunia sejak penubuhannya.
Sempena pelancaran SHIN Stir Fry Ramyun, Nongshim akan mengadakan sebuah acara interaktif di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 17 hingga 21 Ogos.
Cungkil semangat daya saing anda dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai produk Nongshim dan barangan SHIN Stir Fry Ramyun berserta hadiah-hadiah lain. Anda hanya perlu mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti menarik yang diadakan. Antara tumpuan utama acara tersebut ialah terowong virtual serba imersif dan permainan interaktif. Bersama SHIN Ramyun, jadikan detik-detik kecil dalam kehidupan anda lebih mengujakan.
Dengan logo buatan Korea, mi goreng tumis ini datang dalam pek lima dengan bungkusan berwarna merah gelap dan ia diperakui halal. Dapatkan ramyun Korea kegemaran anda di pasar raya dan juga kedai dalam talian yang terkemuka sekarang seperti kedai rasmi Nongshim di Lazada Nonghim, https://bit.ly/lazada-gba-nongshim.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://nongshim.com.my/ atau ikuti perkembangan terkini daripada kami di https://www.instagram.com/nongshim_malaysia/