Saturday, August 20, 2022

NONGSHIM ‘SHIN Stir Fry Ramyun’ Baharu Rangsang Deria Pedas Korang Kaw Kaw

Hi Korang,

Mi segera atau ramyun Korea kegemaran orang ramai kini memperkenal produk baharu, SHIN Stir Fry Ramyun dengan rasa pedas yang serba unik. Bagi mereka yang kurang menggemari sup bersama mi segera mereka, maka SHIN Stir Fry Ramyun ialah pilihan yang boleh meningkatkan selera makan anda dengan letupan perasa menarik.


Mempersembahkan citarasa Korea, SHIN Stir Fry Ramyun hadir dengan perisa yang benar-benar memukau! Campuran ramuan unik seperti cili, daun bawang, dan minyak perasa memberi kepedasan istimewa yang pasti akan memberi pengalaman yang meletup ketika anda menikmatinya. Mi segera baharu ini juga mempunyai cendawan shitake serta kek ikan bertanda “辛”, iaitu simbol ikonik yang melambangkan SHIN Ramyun.

SHIN Stir Fry Ramyun ini juga mempunyai mi yang tebal, lembut dan juga anjal. Dalam beberapa minit sahaja, anda dapat menikmati santapan mi Korea dengan aroma yang menggiurkan. Mi segera ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa bagi menambah kepuasan dalam detik-detik kecil kehidupan anda.

Nongshim memiliki syer pasaran yang terbesar bagi mi segera Korea, dan peneraju jenamanya SHIN Ramyun telah menjual lebih daripada 1 bilion paket di seluruh dunia sejak penubuhannya.



Sempena pelancaran SHIN Stir Fry Ramyun, Nongshim akan mengadakan sebuah acara interaktif di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 17 hingga 21 Ogos.


Cungkil semangat daya saing anda dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai produk Nongshim dan barangan SHIN Stir Fry Ramyun berserta hadiah-hadiah lain. Anda hanya perlu mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti menarik yang diadakan. Antara tumpuan utama acara tersebut ialah terowong virtual serba imersif dan permainan interaktif. Bersama SHIN Ramyun, jadikan detik-detik kecil dalam kehidupan anda lebih mengujakan.

Dengan logo buatan Korea, mi goreng tumis ini datang dalam pek lima dengan bungkusan berwarna merah gelap dan ia diperakui halal. Dapatkan ramyun Korea kegemaran anda di pasar raya dan juga kedai dalam talian yang terkemuka sekarang seperti kedai rasmi Nongshim di Lazada Nonghim, https://bit.ly/lazada-gba-nongshim

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://nongshim.com.my/ atau ikuti perkembangan terkini daripada kami di https://www.instagram.com/nongshim_malaysia/


Friday, August 19, 2022

JENAMA SUSU NO. 1 DI AUSTRALIA PAULS MELANCARKAN KRIM KEJU BAHARU

Hi Korang,

Pauls, syarikat susu terlaris di Australia, hari ini melancarkan Krim Keju 2kg baharu di Bake With Yen.

Sempena pelancaran tersebut, Pauls telah melantik Bake With Yen sebagai Peruncit Rasmi Krim Keju 2kg yang baharu untuk Semenanjung Malaysia.

Pauls, jenama susu No.1 di Australia menawarkan koleksi lengkap bagi produk tenusu termasuk susu putih dan susu berperisa, keju, mentega, krim, yogurt dan kastard.


Diperbuat daripada 100% susu dari Australia, Krim Keju Pauls amat halus berkrim, berperisa lembut disertai dengan rasa tajam yang tidak terlalu kuat membuatnya tidak terlalu manis atau terlalu masam. Krim keju ini sesuai untuk persiapan membakar terutamanya untuk pencuci mulut, pastri dan pelbagai lagi masakan.

Menurut Henry Ong, Pengurus Besar Lactalis Malaysia yang mewakili Pauls, semua produk mereka diperbuat daripada hasil tenusu terbaik dari ladang Australia.

“Pauls amat terkenal dalam mengeluarkan produk yang sihat dan berkhasiat. Krim keju Pauls bukan sahaja produk yang mempunyai rasa yang lazat malah merupakan produk yang sesuai bagi pembuatan membakar, pasta dan sup. Dengan Pauls, anda pasti dapat menghasilkan makanan yang enak.”

“Kami merancang untuk mengembangkan produk kami apabila melihat kepada trend peningkatan terhadap permintaan produk tenusu, seperti keju dan dadih, mentega serta produk lepa kami yang lain,” kata Henry.


“Bake With Yen merupakan peruncit yang ideal bagi Krim Keju Pauls kerana ia merupakan kedai popular bagi keperluan barangan membuat kek dan biskut. Tambahan lagi, kedai mereka terletak di kedudukan strategik di serata Malaysia.”

“Sama ada dalam bidang jualan besar atau hanya berniaga di rumah, ramai pelanggan mendapatkan barangan mereka di Bake With Yen,” tambah beliau.

Alexandre Rosso, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bake With Yen berkata syarikat mereka berhasrat menjadikan tugas membuat kek dan biskut mudah, murah dan menyeronokkan.

“Kami merealisasikan dengan menawarkan keperluan membakar yang beraneka, termasuk produk membakar khas bagi profesional atau pembuat kek separuh masa.”

“Kerjasama bersama Pauls membolehkan kami untuk menunaikan janji ini. Krim Keju Pauls merupakan produk berkualiti dan diiktiraf halal yang menghasilkan rasa yang enak dan berkrim. Produk ini meningkatkan variasi produk tenusu kami, yang juga merupakan kategori yang terlaris di Bake With Yen. Kami yakin produk ini akan digemari oleh pelanggan di seluruh negara,” kata Rosso.

Harga pasaran bermula dari RM56.90, Krim Keju Pauls 2kg ditawarkan secara eksklusif di outlet Bake With Yen di Semenanjung Malaysia bermula hari ini.


Wednesday, August 17, 2022

LACTIMA - MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN KEPINGAN KEJU LAZAT UNTUK PARA PENGGEMAR KEJU

Hi Korang,

QSR Trading, penggerak di sebalik KFC dan Pizza Hut Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran barisan produk kepingan keju jenama LACTIMA. Empat varian baharu - Cheddar Yellow, Toast, Mozzarella, dan Creamy akan diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai hari ini.



LACTIMA ialah jenama pengeluar keju berusia 33 tahun dari negara Poland, yang juga merupakan negara pengeluar keju ke-6 terbaik di dunia. Dengan slogan “Manfaat Kesihatan Dalam Setiap Kepingan”, setiap kepingan keju LACTIMA kaya dengan protein dan kalsium, berkualiti tinggi, tidak mengandungi bahan pengawet, tiada organisma ubah suai genetik ‘GMO’, dan menggunakan pewarna semula jadi (karotena daripada lobak merah). 

Selain itu, setiap kepingan dibungkus secara berasingan dan dibalut secara bersih, menjadikan setiap kepingan benar-benar segar. Rangkaian keju LACTIMA adalah halal dan diiktiraf oleh JAKIM.

“Penerimaan keju di Malaysia semakin popular sejak 3 tahun lalu. Berdasarkan perkembangan terkini, keju semakin banyak digunakan dalam pelbagai hidangan di pasaran perkhidmatan makanan, terutama sekali di restoran makanan segera & restoran makanan Korea. Ini telah mempengaruhi dan menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan keju dalam masakan di rumah, seperti piza keju, roti bakar berkeju, malah sesuai sebagai topping untuk pelbagai jenis hidangan. Tanpa ragu-ragu, keju semakin diterima dan popular di kalangan rakyat Malaysia” kata Encik Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.

“Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian kepingan keju LACTIMA, menambahkan lebih variasi kepada rangkaian luas yang sedia ada di pasaran Malaysia. Menurut kajian penyelidikan (Harga Jualan Runcit Euromonitor 2019), produk tenusu dilaporkan sebagai kategori makanan nombor dua teratas di Malaysia. Selain itu, dari segi saiz pasaran, keju mendahului senarai pertumbuhan nilai +51.4% dalam kategori Tenusu pada Ogos 2022 di Semenanjung Malaysia (Nielsen YTD Ogos 2020). Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa permintaan kian meningkat untuk produk keju. Justeru itu, QSR Trading ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan jenama keju yang terkenal ini untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” tambahnya.


Harga jualan yang disyorkan untuk LACTIMA Cheddar Yellow (200g) dan Toast (200g) ialah RM10.80 sepeket, manakala LACTIMA Mozzarella (200g) ialah RM11.25 sepeket. LACTIMA Creamy (130g) pula dijual pada harga RM7.16 sepeket.



Produk keju LACTIMA (Cheddar Yellow 200g, Toast 200g, Mozzarella 200g, Creamy 130g) akan tersedia di rak pasaraya-pasaraya besar & pasaraya utama (di Semenanjung Malaysia) bermula bulan Julai dan juga di kedai khusus produk-produk QSRT melalui aplikasi FoodPanda, Grab dan HappyFresh dari bulan September seterusnya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my