Sunday, August 7, 2022

Mala Hotpot Mini Di Pavilion KL

Hi Korang,

Pernah dengar menu makanan Mala Mini Hotpot??


Kak lily baru tau hah, ini pun sebab tengok kat Tik Tok nampak orang-orang ni makan kan. Seriously berselera sungguh bile kak lily tengok, apa lagi terus weekend lepas pi Food Republic Pavilion mencari kedai nieh.

Kalau korang nak tau yang menu Hotpot ialah sejenis hidangan yang kini popular (trending) dalam sektor perkhidmatan makanan (F&B) Malaysia. Terdapat ledakan jenama antarabangsa yang memasuki pasaran tempatan dengan sistem perniagaan francais atau pelesenan dalam industri hotpot, yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini. Ini berikutan budaya tersendiri masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan boleh makan masakan dari negara lain.

MALA MINI HOTPOT Food Republic Pavilion


Sejak membuka lokasi utamanya di FOOD REPUBLIC @ PAVILLION, Bukit Bintang, sebulan yang lalu, MALA MINI HOTPOT telah mendapat penghormatan daripada pelanggannya dan mendapat sambutan yang sangat positif, terutamanya daripada pelanggan yang kembali.

Produk MALATANG


Di Sichuan, Chengdu, Chongqing dan Xinjiang, MALATANG, hidangan jalanan, amat digemari. Ia berasal dari Leshan di wilayah Sichuan. Istilah "Ma-La-Tang" menandakan keperluan untuk menambah banyak lada dan serbuk cili ke dalam hidangan untuk menjadikannya "pedas dan kebas." Ia dicipta daripada masakan Sichuan, yang melambangkan budaya tempatan yang tersendiri. Idea "cepat, sedap, dan murah" telah menjadikan Malatang popular di kalangan masyarakat dari semua lapisan masyarakat.

MALA CHUAN CHUAN


Hidangan tradisional dari Chongqing dan Sichuan dipanggil MALA CHUAN CHUAN. Ia bukan sahaja salah satu masakan tradisional yang paling disukai di kawasan kejiranan, tetapi ia juga menunjukkan budaya makanan popular. Chuan Chuan dihasilkan di Mala Mini Hotpot menggunakan gaya moden generasi muda, "Walking Cup," yang boleh dimakan di mana-mana sahaja.

Kerana bahan makanan dicucuk pada sudu sebelum di masukkan ke dalam periuk panas untuk dimasak, hidangan itu dikenali sebagai "Mala Chuan Chuan." Hidangan ini telah tersebar dan mendapat populariti di seluruh China berkat daya tarikan istimewa dan ciri-ciri yang membezakannya.




MALA HOTPOT ini didatangkan dengan pelbagai bahan masakan segar premium, aroma mala asli yang menyelerakan, dan hidangan Hotpot panas yang sangat ketagih. Komponen lain yang berkualiti tinggi dicelup dalam sup Mala sebelum dimasak supaya ia boleh dihidangkan dan dinikmati dalam acara awam.


Sedikit Info Mengenai Perniagaan MALA Mini Hotpot

Satu set firma pengurusan katering yang dikenali sebagai Mala Mini Hotpot memberi tumpuan kepada pembangunan dan penyelidikan produk makanan dan minuman serta rangkaian restoran.

Terletak secara strategik di Pusat Dagangan Equine Park di Selangor, Malaysia, adalah tempat ibu pejabat syarikat berada. Ia mempunyai pusat logistik yang canggih dan dapur pusat. Kakitangan berpengetahuan di Mala Mini Hotpot, diketuai oleh pengerusi kami Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Y.A.M TENGKU LAKSAMANA SELANGOR, sentiasa berinovasi dan bergerak ke hadapan untuk menyokong usaha mewujudkan sistem pengurusan saintifik yang serasi dengan budaya korporat syarikat.






Asal Usul Dan Perkembangan Mala Mini Hotpot

Dalam dunia hari ini, apabila kita berfikir tentang hidangan yang lazat, fikiran kita biasanya mula membayangkan hotpot. Dalam senarai makanan yang menyelerakan, banyak jenama hotpot yang berbeza boleh ditemui, malah ada yang datang dengan harga yang agak tinggi.

Resipi Mala versi Mala Mini Hotpot yang dipopularkan mempunyai masa lalu yang tersendiri. Dilaporkan bahawa sejumlah besar ahli bot beroperasi di dok Chaotienmen di Chongqing dan jeti sungai Jialing di Sinchuan pada akhir Dinasti Ming dan permulaan Dinasti Qing. Mereka membina campuran beberapa cili dan rempah herba yang boleh memanaskan badan kerana di luar sejuk dan suram. Kemudian mereka memasukkan pelbagai makanan tambahan, termasuk

Di Mala Mini Hotpot, untuk memastikan kualiti terjamin kami menggunakan lada bunga dari Gansu, cili dari Guizhou dan mentega kompaun dari Qinghai, Xianjiang serta berpuluh-puluh rempah dari Yunan.

Meneroka Pasar Halal

Di Malaysia, terdapat banyak persaingan untuk pasaran bukan Islam dalam industri hotpot. Ia kini menduduki pasaran Lautan Merah. Oleh itu, setiap jenama harus mempertimbangkan kepentingan meneroka pasaran baharu. Peluang terbesar Mala Mini Hotpot untuk keluar dari dilema ini adalah dengan menyiasat pasaran Halal tempatan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa pasaran Islam kini membentuk 70% daripada penduduk Malaysia, meletakkan kemungkinan ini pada tahap lautan biru yang sesuai untuk penerokaan. Hasilnya, pendekatan penjenamaan Mala Mini Hotpot memenuhi "keperluan rohani" selain memenuhi keperluan kewangan. Ini mungkin memberikan pelanggan rasa "kebolehpercayaan" dan kepuasan "terjamin".


Jom Like dan Follow social media diorang gak:




Wednesday, August 3, 2022

Makan-Makan Di Pak John Steamboat, BBQ And Dim Sum Di Great Eastern Mall Jalan Ampang

Hi Korang,

Yeah steamboat and grill I likeee!!!!


Sudah semestinya Pak John Steamboat dan Grill dan kak lily ke cawangan baru diorng di Great Eastern Mall Jalan Ampang KL. Gigih petang jumaat lepas keje bergegas ke sini hah, harung jugaklah jem dari Cyberjaya tuh kan hehehehe

Park kat bawah mall dan naik terus ke tingkat 3 hah kat situlah restoran Pak John.

Sebab ktorang ramai so dapatlah bilik bilik VIP 1 yang boleh memuatkan dalam 30 orang. Dalam tu siap ada set karaoke tau. Juga ada satu lagi bilik VIP 2 yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Juga dalam bilik tu boleh booking untuk buat private event seperti sambuat hari jadi, majlis reunion dengan kawan sekolah ke, atau juga buat majlis ramah mesra dengan rakan pejabat. Bilik ni kalau nak korang kena booking awal baru dapat sebab selalu penuh ramai orang nak.



Park John kat sini ia lebih besar dan luas. Sangat selesa dan juga makanannya sangat banyak pilihan. Daripada masakan panas seperti Nasi Putih, Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng atau juga Spaghetti. Pastu kat bahagian goreng-gorengan juga ada banyak pilihan korang boleh seperti Nugget goreng, Wedges, Tempura, Popia, Samosa, Brokoli Goreng, Terung Goreng Celup Tepung dan macam-macam lagi.








Bahagian lauk-pauk untuk steamboat ada pelbagai makanan laut segar ada kat sini seperti udang, ketam, kepah, lala, siput buluh, isi ikan dan juga pelbagai bahan yang diproses seperti fish ball, fish cat, beef ball, shrimp, sosej, crab meat dan memacam lagi.

Kalau makan steamboat tak letak sayur-sayuran segar tak sah dan kurang uhmmm. Kat sini ada pelbagai pilihan sayuran segar dan juga menghijau sangat lengkap. Pastu kalau korang suka makan steamboat letak mee kat sini pun ada macam-macam pilihan mee. Bukan sahaja mee segera malah buat pertama kali kat sini ada juga Mee Udon, Mee PaMa, Surimi dan banyak lagi.

Pergi pula kat bahagian daging untuk BBQ. Kat sini ada banyak koleksi daging yang telah diperap dengan pelbagai perapan sangat-sangat lazat. Korang boleh pilih daging, kambing, ayam, ikan, sotong dan banyak lagi. Ni korang memang akan tambah. Paling special kat sini mereka ada juga Daging Hiris Premium seperti Daging Lembu Slice, Daging Kambing Premium Slice, Itik Salai, Abalone daging Ayam Slice dan macam-macam lagi.





Untuk sup plak terdapat pelbagai jenis pilihan seperti Tomyam, Sup Ayam, Sup Ikan, Sup Udang, Sup Kimchi dan Sup Kari. Manakal untuk sos tadi ada banyak pilihan selalu ada Thai Sos atau juga Sos Cili dan Tomato sahajakan. Kat sini ada macam-macam seperti Light Soy Sauce, Belacan Sauce, Shrimp Sauce, Chili Oil, Fried Onion Oil, Sour & Hot Sauce, Yellow Chili Sauce dan macam-macam.

Ada juga Homemade Sushi dan juga Dim Sum serta pau. 

Untuk pencuci mulut lak kat sini bila dah makan panas-panas dan pedas-pedas nak juga cuci dengan yang sejuk. Kat sini ada ABC, Cendol, Aiskrim, Waffle, Puding serta buah-buahan segar. Minuman jangan ceritalah korang nak yang bergas ada yang manis ada yang kopi ada, teh ada yang sejuk dan juga suam pun ada. Pendek kata semua adalah berbaloi pula tu degan harga yang korang bayar untuk makan bufet steamboat and bbq kat sini.



Yesza sambil makan sambil kitorang berkaraoke hehehhehe.. puas melalak-lalak beramai-ramai hah hehehehe

Kalau korang tanya harga untuk weekday dan weekend berbeza harga.



Juga untuk makan bufet lunch dan dinner juga harga berbeza. Tapi ada harga istimewa buat pelajar, warga emas dan OKU, manakala untuk kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. So macam mana korang rasa ok tak kat sini nak makan sepuas-puasnya. Kadang-kadang rasa rugi lak tak cuba semua makanan kerana perut dah kenyang.


Nanti korang datang kat cawangan baharu Pak John Steamboat BBQ and Dim Sum di Great Eastern Mall bolehlah tinggalkan komen korang kat sini ok. Staff mereka juga mesra dan juga selalu tambahan bahan-bahan makanan yang dah nampak kurang sikit mereka akan topup

Maklumat lanjut dan promosi atau nak booking boleh layari:



Tuesday, August 2, 2022

Projek Perumahan TAMAN MAWAR EHSAN @REMBAU Fasa Keempat Kini Di Buka Untuk Jualan

Hi Korang,

Tahniah kepada EHSAN PROPERTY!!


Baru-baru ini EHSAN PROPERTY memperkenalkan projek TAMAN MAWAR EHSAN @REMBAU kini telah memasuki fasa keempat setelah kejayaan menyiapkan serta menjual fasa sebelumnya.

Projek ini adalah dibawah pengendalian pemaju Ufuk Perdana Sdn Bhd.

TAMAN MAWAR EHSAN merupakan projek Rezab Melayu yang mempunya 238 unit Rumah Teres Satu dan Dua Tingkat yang terletak di Mukim Pedas Daerah Rembau, Neeri Sembilan.

Dari segi lokasinya, projek ini terletak berhampiran dengan Tol Pedas (3 minit) dan juga berhampiran dengan kemudahan-kemudahan seperti sekolah dan Jabatan-jabatan kerajaaan.


Sedikit info mengenai projek perumahan Taman Mawar Ehsan.

Status : Pajakan 99 Tahun, Rezab Melayu

Keluasan Lantai (GFA) : 2,000 & 1,100 Kaki Persegi (Teres Dua Tingkat & SatuTingkat)

Bilik : 

4 Bilik Tidur, 3 Bilik Air (Teres Dua Tingkat)

3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air (Teres Satu Tingkat)

Harga Jualan: Bermula dari 359,820.00 (Harga selepas rebat) Bermula dari 269,820.00 (Harga selepas rebat)

Projek ini dibahagikan kepada empat fasa pembangunan, iaitu Fasa Satu sehingga Fasa Empat.

Fasa 1 (58 Unit) – Teres Dua Tingkat

Fasa 2 (70 Unit) – Teres Dua Tingkat

Fasa 3 (53 Unit) – Teres Satu Tingkat

Fasa 4 (57 Unit) – Teres Satu Tingkat


Fasa Pertama bagi projek ini telah siap sepenuhnya berserta sijil layak menduduki pada Nov 2021. Manakala status kemajuan bagi Fasa 2 dan 3 di tapak projek telah mencapai 40-50%



Menurut YBhg. Dato' Haji Abdul Hamid (Pengasas & Ketua Eksekutif Ehsan Group of Companies), semua kerja pembinaan rumah dapat diselesaikan mengikut ketetapan mengikut tempoh waktu seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bahkan menurut beliau lagi ada yang dapat disiapkan 2 bulan awal dari tempoh yang dijangkakan.


Faktor Pemilihan Untuk Korang Memiliki Kediaman Di Sini

Selain kedudukannya yang strategik, Projek Taman Mawar Ehsan ini sebenarnya amat memang menjadi kediaman idaman keluarga. Apatah lagi ianya direka khas buat kaum melayu dengan konsep moden kontemporari dan versi islamik.

Pihak pemaju juga akan membina dan mewakafkan surau kepada seluruh penduduk kawasan perumahan ini. Selain itu, turut disediakan kemudahan taman permainan buat kanak kanak dan kawasan ini juga dilengkapi dengan sistem berpengawal bagi memastikan keselamatan komuniti. Sekaligus dapat mengekang daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kak lily tunjukkan ruangan di rumah contoh sebelum ianya di dekorasi

ruang tamu hingga ke dapur

bilik tidur utama

bilik tidur kedua

bilik air

bilik tidur ketiga

Keluasan didalam kediaman yang selesa dan luas. Hal ini adalah kerana ketinggian silingnya yang berukuran 12 kaki dan keluasan lantai (GFA) 2,000 kaki persegi.

Di bawah ini kak lily tunjukkan keadaan rumah setelah di dekorasi

ruang tamu

ruangan dapur

bilik air

bilik tidur ketiga

bilik tidur kedua

bilik tidur utama

ruangan dapur

Tambahan pula, setiap rumah mempunyai balkoni sebagai ruang santai dan istirehat buat pemilik kediaman. Projek ini dikelilingi oleh kawasan hijau dan tiada pembangunan akan datang disekitarnya.

Secara tidak langsung, memberikan suasana tenang dan privasi kepada penduduk Taman Mawar Ehsan.

Selain itu, perumahan ini dibina dengan Sistem Binaan Berindustri (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap (Acotec Precast Wall).

Penduduk tidak perlu mengambil masa yang lama atau jarak yang jauh atau membeli barang keperluan harian kerana projek ini juga berhampiran dengan kemudahan seperti (Family Store, Rembau Sentral, UTM & Zee Mart)

• Berdekatan Plaza Tol Pedas & Rembau 
•Berdekatan dengan Hospital Rembau 
•Institusi Neuroscience (akan dibina)
• 750M dari Kolej Komuniti Rembau
• 2.5KM dari Institute Latihan Perindustrian 
• 3KM dari SMK Pedas
• 3.5KM dari SK Pedas
• 4KM dari SK Kundur
• 5KM dari SM SAINS Rembau 
• 6KM dari UITM
• 6KM dari Pasaraya
• 7KM dari IPD & Bomba
• 7.5KM dari JPJ Pedas 
• 15 Min. dari Seremban 
• 20 Min. dari Nilai
• 30 Min. dari Bandar Melaka 
• 40 Min. dari Kuala Lumpur


Senarai Panel Bank :

1) AFFIN BANK BERHAD

2) RHB BANK BERHAD

3) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

4) CIMB BANK BERHAD

5) BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

6) BANK SIMPANAN MALAYSIA (BSN)

7) BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

8) LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

9) AFFIN BANK BERHAD

10) RHB BANK BERHAD

11) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

12) CIMB BANK BERHAD

13) BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA



Majlis Pecah Tanah (Fasa Terakhir) Taman Mawar Ehsan



Pada 31 Julai 2022, berlangsungnya majlis pecah tanah bagi fasa keempat. Di mana telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Hamid (Pengasas & Ketua Eksekutif Ehsan Group of Companies).

Kenapa korang perlu memilih projek TAMAN MAWAR EHSAN berbanding projek- projek lain?


Di sekitar Negeri Sembilan, hanya projek TME yang menawarkan Rumah Teres Dua Tingkat di bawah harga RM 400,000.00.

Berikut adalah antara projek lain yang membangunkan Perumahan Teres Dua Tingkat di sekitar Negeri Sembilan ;-


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zuleiha di talian 03-2162 6649 atau boleh email ke fup17.epp@gmail.com



EHSAN PROPERTY

Suite C-20-3A, Level 20, Block C,
Megan Avenue II, No. 12,
Jalan Yap Kwan Seng, 
50450 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2162 6649
Fax : 03-2161 6650

Website : www.ehsanproperty.com