Hi Korang,
Yeah steamboat and grill I likeee!!!!
Sudah semestinya Pak John Steamboat dan Grill dan kak lily ke cawangan baru diorng di Great Eastern Mall Jalan Ampang KL. Gigih petang jumaat lepas keje bergegas ke sini hah, harung jugaklah jem dari Cyberjaya tuh kan hehehehe
Park kat bawah mall dan naik terus ke tingkat 3 hah kat situlah restoran Pak John.
Sebab ktorang ramai so dapatlah bilik bilik VIP 1 yang boleh memuatkan dalam 30 orang. Dalam tu siap ada set karaoke tau. Juga ada satu lagi bilik VIP 2 yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Juga dalam bilik tu boleh booking untuk buat private event seperti sambuat hari jadi, majlis reunion dengan kawan sekolah ke, atau juga buat majlis ramah mesra dengan rakan pejabat. Bilik ni kalau nak korang kena booking awal baru dapat sebab selalu penuh ramai orang nak.
Park John kat sini ia lebih besar dan luas. Sangat selesa dan juga makanannya sangat banyak pilihan. Daripada masakan panas seperti Nasi Putih, Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng atau juga Spaghetti. Pastu kat bahagian goreng-gorengan juga ada banyak pilihan korang boleh seperti Nugget goreng, Wedges, Tempura, Popia, Samosa, Brokoli Goreng, Terung Goreng Celup Tepung dan macam-macam lagi.
Bahagian lauk-pauk untuk steamboat ada pelbagai makanan laut segar ada kat sini seperti udang, ketam, kepah, lala, siput buluh, isi ikan dan juga pelbagai bahan yang diproses seperti fish ball, fish cat, beef ball, shrimp, sosej, crab meat dan memacam lagi.
Kalau makan steamboat tak letak sayur-sayuran segar tak sah dan kurang uhmmm. Kat sini ada pelbagai pilihan sayuran segar dan juga menghijau sangat lengkap. Pastu kalau korang suka makan steamboat letak mee kat sini pun ada macam-macam pilihan mee. Bukan sahaja mee segera malah buat pertama kali kat sini ada juga Mee Udon, Mee PaMa, Surimi dan banyak lagi.
Pergi pula kat bahagian daging untuk BBQ. Kat sini ada banyak koleksi daging yang telah diperap dengan pelbagai perapan sangat-sangat lazat. Korang boleh pilih daging, kambing, ayam, ikan, sotong dan banyak lagi. Ni korang memang akan tambah. Paling special kat sini mereka ada juga Daging Hiris Premium seperti Daging Lembu Slice, Daging Kambing Premium Slice, Itik Salai, Abalone daging Ayam Slice dan macam-macam lagi.
Untuk sup plak terdapat pelbagai jenis pilihan seperti Tomyam, Sup Ayam, Sup Ikan, Sup Udang, Sup Kimchi dan Sup Kari. Manakal untuk sos tadi ada banyak pilihan selalu ada Thai Sos atau juga Sos Cili dan Tomato sahajakan. Kat sini ada macam-macam seperti Light Soy Sauce, Belacan Sauce, Shrimp Sauce, Chili Oil, Fried Onion Oil, Sour & Hot Sauce, Yellow Chili Sauce dan macam-macam.
Ada juga Homemade Sushi dan juga Dim Sum serta pau.
Untuk pencuci mulut lak kat sini bila dah makan panas-panas dan pedas-pedas nak juga cuci dengan yang sejuk. Kat sini ada ABC, Cendol, Aiskrim, Waffle, Puding serta buah-buahan segar. Minuman jangan ceritalah korang nak yang bergas ada yang manis ada yang kopi ada, teh ada yang sejuk dan juga suam pun ada. Pendek kata semua adalah berbaloi pula tu degan harga yang korang bayar untuk makan bufet steamboat and bbq kat sini.
Yesza sambil makan sambil kitorang berkaraoke hehehhehe.. puas melalak-lalak beramai-ramai hah hehehehe
Kalau korang tanya harga untuk weekday dan weekend berbeza harga.
Juga untuk makan bufet lunch dan dinner juga harga berbeza. Tapi ada harga istimewa buat pelajar, warga emas dan OKU, manakala untuk kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. So macam mana korang rasa ok tak kat sini nak makan sepuas-puasnya. Kadang-kadang rasa rugi lak tak cuba semua makanan kerana perut dah kenyang.
Nanti korang datang kat cawangan baharu Pak John Steamboat BBQ and Dim Sum di Great Eastern Mall bolehlah tinggalkan komen korang kat sini ok. Staff mereka juga mesra dan juga selalu tambahan bahan-bahan makanan yang dah nampak kurang sikit mereka akan topup
Maklumat lanjut dan promosi atau nak booking boleh layari:
Instagram : https://www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq
Facebook : https://www.facebook.com/pakjohn.ytf/
Laman web : https://www.pakjohn.com/