Saturday, July 2, 2022

Temui Ketenangan Minda dengan Liberty Tenang

Hi Korang,

Setakat hari ini, separuh daripada populasi Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans dan kadar yang membimbangkan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk membantu menjadikan insurans lebih mampu milik, terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam pembentangan belanjawan 2022, kumpulan B40 adalah layak untuk menebus baucar bernilai RM75 untuk membeli pelan Insurans Perlindungan Tenang.



Inisiatif ini adalah untuk memastikan lebih ramai warga Malaysia dapat memiliki insurans, terutamanya untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini yang boleh menyebabkan mereka yang tidak memiliki insurans ditimpa kesusahan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bakri Zainal Abidin, statistik menunjukkan seorang pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kemalangan dalam setiap 84 minit dan kebanyakannya adalah penunggang motosikal. Kemalangan yang mengejut biasanya akan menyebabkan mangsa ditimpa kesusahan, terutama dari segi kewangan untuk membiayai bil perubatan yang tinggi, atau kos pengebumian.

Oleh kerana bencana alam dan kejadian yang tidak diingini sememangnya tidak dapat diduga atau dielakkan, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans! 

Berikut adalah di antara sebabnya;

Mampu Milik – Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan

Salah satu sebab utama mengapa terdapat ramai yang masih belum memiliki perlindungan insuran adalah kerana kos insurans yang tinggi. Liberty Tenang telah direka dengan harga mampu milik dengan pelan-pelan yang berbeza, disesuaikan mengikut keperluan individu. Tambahan pula, inisiatif Perlindungan Tenang juga dikecualikan daripada cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Duti Setem, bagi semua pemohon. Bagi segmen B40, ini adalah termasuk baucar RM75 yang boleh digunakan untuk membeli pelan tersebut.

Pelbagai Manfaat – Jaringan Keselamatan yang lebih mantap

Dalam masa yang memerlukan, produk ini melindungi mangsa kemalangan dan keluarga mereka dengan meringankan beban kewangan dan mengurangkan tekanan. Selain daripada perbelanjaan perubatan, sesetengah pelan juga menawarkan perlindungan bagi kos ambulan, perbelanjaan penginapan hospital, serta pendapatan dalam tempoh rawatan di hospital akibat kemalangan. Tidak lupa juga perbelanjaan pengebumian jika diperlukan, hilang upaya kekal dan juga pembedahan pergigian atau pembedahan pemulihan yang lain akibat kemalangan.

Proses yang Semudah A, B, C

Tiada borang permohonan yang panjang untuk diisi, malah dengan hanya beberapa klik, anda akan mendapat perlindungan insurans dengan serta-merta. Begitu juga dengan proses tuntutan yang lancar dan efisien, dengan pilihan membuat tuntutan menggunakan telefon atau menerusi talian utama yang dikhaskan.

Pelan yang Disesuaikan Mengikut Keperluan

Tiada satu pakej insurans yang mampu memenuhi keperluan setiap individu kerana kita semua mempunyai keperluan yang berbeza. Perlindungan yang mencukupi bagi sesetengah orang mungkin tidak memadai bagi orang lain. Kebanyakan pelan insurans adalah fleksibel kerana syarikat-syarikat insurans memahami akan jangkaan dan kemampuan kewangan setiap individu adalah berbeza.

Bagi menyokong inisiatif Perlindungan Tenang oleh kerajaan dan memastikan anda dan orang tersayang mendapat perlindungan daripada kejadian kecemasan yang tidak dijangka, Liberty Insurance telah melancarkan pelan insurans Liberty Tenang.

Dengan jumlah premium tahunan sebanyak RM75 atau lebih, bergantung kepada jumlah perlindungan yang diperlukan, Liberty Tenang merupakan pelan yang terbaik untuk semua pada masa sekarang. Pelan insurans ini menawarkan perlindungan maksimum RM60,000 untuk kemalangan jiwa, kehilangan upaya kekal atau indemniti berganda kerana kejadian kemalangan di tempat awam, pelan ini juga membiayai perbelanjaan perubatan akibat kemalangan, pembedahan gigi dan pemulihan, anggota palsu, manfaat kerusi roda, kos ambulan, perbelanjaan pengebumian dan elaun berkabung.

Terdapat tempoh “free-look” selama 15 hari, yang mana pemegang polisi boleh membatalkan polisi di dalam tempoh 15 hari daripada tarikh penerimaan polisi. Berikutan dari pembatalan ini, pemegang polisi akan menerima pulangan sepenuhnya bagi premium yang telah dibayar, hanya apabila tiada tuntutan dilakukan dalam tempoh tersebut.

Kepada mereka yang masih belum menebus baucar Perlindungan Tenang, jangan berlengah lagi dan lakukannya sekarang dengan memilih Liberty Tenang sebagai pilihan terbaik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Liberty Tenang, sila layari www.libertyinsurance.com.my

LUANGKAN CUTI ‘STAYCATION’ ANDA DI 8 TEMPAT GLAMPING TERBAIK DI NEGERI SELANGOR

Hi Korang,

Negeri Selangor sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang berkonsepkan eko dan pemandangan alam semula jadi yang cantik serta menakjubkan. Destinasi ini menjadi pilihan pecinta alam semula jadi dan ‘outdoor’. ‘Glamping’ atau ‘Perkhemahan Dengan Penuh Gaya” merupakan satu salah satu ‘trend’ pelancongan yang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada pelancong yang tidak suka menginap dalam khemah biasa kerana kurang berasa selesa. Tetapi dengan ‘Glamping’, anda boleh menginap dengan menggunakan khemah biasa, tetapi dengan lebih selesa dan penuh gaya. 

Kebiasaanya, glamping menyediakan kemudahan- kemudahan yang ‘extra’ seperti set tilam, kipas, lampu, dan decokari dalaman yang menarik. Bayangkan kita boleh menghabiskan hari cuti, dengan berenang di kolam renang semasa matahari terbenam, sambal berehat dengan secawan teh, dan membuat aktiviti mendaki serta meredah kehijauan alam sekitar yang subur. Glamping dapat menyediakan pengalaman ini, dan ianya salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat dan menikmati landskap Selangor yang menakjubkan. Berikut ialah senarai 8 tempat glamping yang cantik dan menarik yang patut anda kunjungi di Negeri Selangor!

1. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel, menjadikannya taman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang sempurna untuk hujung minggu yang santai. Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laluan utama. Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana yang indah di dalam hutan. Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Boleh dikatakan bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik adalah pilihan utama oleh para pelancong di sini. Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan mendaki juga boleh diakses oleh semua orang dari semua peringkat umur.

2. River & Glamp, Batu Caves

Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya mempunyai pandangan yang indah khsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor. The River & Glamp yang teletak di Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves. Lokasi glamping ini yang cantik ini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi untuk para pelancong. Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya disajikan dalam suasana gaya glamping.

3. Dusun Bonda, Batang Kali

Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Disini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap. Hal ini dapat menyediakan penginapan yang santai dalam suasana yang indah kepada para tetamu yang datang. Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarik untuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka.

4. Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat

Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat. Pengalaman glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat. Kawasan ini juga mempunyai gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik di sepanjang jalan. Para penginap glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini diuruskan dengan kepekaan dan mesra alam sekitar. Penggunaan plastik dan Styrofoam adalah dihadkan.

5. The Sticks, Kuala Kubu Bharu

The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam Kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Ianya dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar. Resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra alam. Para tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang dilengkapi dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas air. Kesemua tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil sebagai 'tendok'. Tendok merupakan gabungan perkataan antara khemah dan pondok. The Sticks direka untuk memastikan pengalaman penginapan yang baik kepada alam semula jadi dan mengutamakan keselesaan. Para tetamu boleh berehat dan menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian, berenang dan terapung di sepanjang sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang dimasak sendiri untuk memastikan keselesaan semasa penginapan mereka.

6. The Hid3out, Batu Caves

The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik. Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan mereka dengan baik.

7. Alpine Camp, Hulu Langat

Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semula jadi semasa walaupun berada di kawasan berdekatan dengan bandar? Alpine Camp menyediakan pengalaman glamping dengan suasana alam semula jadi yang berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam. Terdapat lima khemah glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat orang. Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya selamat untuk kanak-kanak.

8. Camp Out, Sunway Lagoon

"Camp Out!" adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman tema. Camp Out, Sunway Lagoon akan memberikan mengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga ke malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti perkhemahan yang biasa kita lakukan. Ianya lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia akan menjadi malam terbaik dalam hidup anda!
Penutup:

Anda tidak perlu tercari-cari lagi tempat penginapan yang unik, melainkan senarai tempat glamping seperti yang disenaraikan di atas untuk percutian ‘staycation’ anda pada masa akan datang. Kali ini, Tourism Selangor telah menyediakan senarai tarikan glamping untuk anda dan senarai ini disusun secara rawak. Pesanan kami, sebelum membuat tempahan dan pembayaran, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan maklumat yang betul dan boleh dipercayai tentang pakej tawaran di setiap destinasi percutian. U

Untuk mencari tempat percutian yang lain, anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.


STAR FITNESS INTERNATIONAL YOGA DAY 2022

Hi Korang,

Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga “Star Fitness International Yoga Day 2022” bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022, Sabtu lepas. Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal Atilia Haron.


Objektif utama penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 adalah bersempena sambutan Hari Yoga Sedunia 2022 pada 21 Jun 2022 selain mempromosikan yoga sebagai salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal. “Ada pelbagai gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan tubuh anda lebih sihat,” kata Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness.


Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno “Yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan. Ia adalah sejenis senaman berasaskan tiga perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi. Dengan mengamalkan yoga secara konsisten, ianya dapat membantu menangani stress, mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti termasuk tidur yang lebih berkualiti.



Sesi yoga selama dua jam yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Sesi 1 bersama Atilia Haron dan Sesi 2 bersama Harrison Jub. Setiap sesi berlangsung selama satu jam dan telah disertai seramai hampir 80 orang terdiri dari ahli kelab Star Fitness dan orang awam. Selain itu, kehadiran selebriti terkenal tanah air dan pempengaruh seperti Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022, El-Umar, Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad turut memeriahkan sesi tersebut.



Ditubuhkan pada Mac 2020, Star Fitness yakin penganjuran program kesihatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan Star Fitness akan terus berusaha memberikan pengalaman kecergasan berkualiti tinggi, terbaik dan menyeronokkan. Selain mempunyai 4 kelab beroperasi di lokasi seperti Aeon Big Subang Jaya, Aeon Big Wangsa Maju, Viva Shopping Mall dan Centro Mall Klang, orang ramai khususnya warga Pulau Pinang boleh menjangkakan beberapa kelab bakal dibuka tidak lama lagi di Aeon Big Seberang Jaya, Prai Penang dan Aeon Big Bukit Minyak Pulau Pinang.


Selain Star Fitness, penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 ini turut ditaja Under Armour, Yogood, Gramps Asia dan AA Naturals. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my .