Saturday, July 2, 2022

STAR FITNESS INTERNATIONAL YOGA DAY 2022

Hi Korang,

Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga “Star Fitness International Yoga Day 2022” bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022, Sabtu lepas. Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal Atilia Haron.


Objektif utama penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 adalah bersempena sambutan Hari Yoga Sedunia 2022 pada 21 Jun 2022 selain mempromosikan yoga sebagai salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal. “Ada pelbagai gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan tubuh anda lebih sihat,” kata Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness.


Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno “Yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan. Ia adalah sejenis senaman berasaskan tiga perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi. Dengan mengamalkan yoga secara konsisten, ianya dapat membantu menangani stress, mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti termasuk tidur yang lebih berkualiti.



Sesi yoga selama dua jam yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Sesi 1 bersama Atilia Haron dan Sesi 2 bersama Harrison Jub. Setiap sesi berlangsung selama satu jam dan telah disertai seramai hampir 80 orang terdiri dari ahli kelab Star Fitness dan orang awam. Selain itu, kehadiran selebriti terkenal tanah air dan pempengaruh seperti Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022, El-Umar, Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad turut memeriahkan sesi tersebut.



Ditubuhkan pada Mac 2020, Star Fitness yakin penganjuran program kesihatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan Star Fitness akan terus berusaha memberikan pengalaman kecergasan berkualiti tinggi, terbaik dan menyeronokkan. Selain mempunyai 4 kelab beroperasi di lokasi seperti Aeon Big Subang Jaya, Aeon Big Wangsa Maju, Viva Shopping Mall dan Centro Mall Klang, orang ramai khususnya warga Pulau Pinang boleh menjangkakan beberapa kelab bakal dibuka tidak lama lagi di Aeon Big Seberang Jaya, Prai Penang dan Aeon Big Bukit Minyak Pulau Pinang.


Selain Star Fitness, penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 ini turut ditaja Under Armour, Yogood, Gramps Asia dan AA Naturals. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my .



TOURISM SELANGOR Meraikan Persinggahan Kapal Persiaran ‘SPECTRUM OF THE SEA’

Hi Korang,

Setelah dua tahun selepas tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan di seluruh negara disebabkan penularan wabak Covid-19, pada hari ini, kapal persiaran pertama iaitu, Kapal persiaran Royal Caribbean, Spectrum of the Sea daripada Singapura kembali melabuh di Port Klang Cruise Terminal pada hari ini.


Kapal Persiaran SuperStar Aquarius merupakan kapal persiaran yang terakhir membuat persinggahan di Negeri Selangor pada bulan Mac 2020 yang lalu, dan membawa 1500 orang penumpang. Pada hari ini, Port Klang Cruise Terminal kembali menerima persinggahan kapal persiaran daripada Spectrum of the Sea dari Singapura yang membawa lebih 3000 penumpang kapal beserta lebih 1500 kru kapal.



Sempena dengan kembalinya persinggahan kapal persiaran di Port Klang, pihak Tourism Selangor bersama-sama pihak Port Klang Cruise Terminal Sdn Bhd mengambil langkah proaktif mengadakan sesi sambutan dengan menyediakan beberapa pengisan menarik untuk para penumpang dan para pelancong yang melabuh di Port Klang pada hari ini. Antara aktiviti yang menarik yang disediakan adalah seperti persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, penyediaan kaunter informasi pelancongan, aktiviti mencanting batik, Food Truck dan demonstrasi kraftangan Orang Asli Mah Meri.

En Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Sebelum penularan pandemik Covid-19, Negeri Selangor telah menerima lebih 500,000 orang pelancong pada tahun 2019 dan sebanyak lebih 300,000 orang pelancong pada tahun 2020 melalui persinggahan kapal-kapal persiaran di Port Klang Cruise Terminal. Hal ini menunjukkan betapa besar potensi pasaran melalui segmentasi pelancongan ‘cruise’ atau kapal persiaran. Selepas pelaksanaan dasar pembukaan semula pintu masuk negara pada 1 April 2022 yang lepas, telah memberikan sinar baharu kepada Industri pelancongan khususnya pelancongan ‘cruise’. Dengan kemasukan kembali kapal persiaran antarabangsa ke Negeri Selangor pada hari ini, ianya akan memberi impak positif dari aspek peningkatan ekonomi dan akan memacu perkembangan industri pelancongan negeri Selangor.”

“Para penumpang akan turun singgah di Port Klang dalam masa 8 jam. Pada hari ini, pihak Tourism Selangor dan pihak Port Klang Cruise Terminal Sdn Bhd juga bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan bagi membawa sebahagian penumpang kapal untuk sesi lawatan ke beberapa tarikan pelancongan di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor seperti di daerah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat. Pihak Tourism Selangor juga bekerjasama rapat bersama agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan (PBT), untuk memastikan penumpang yang singgah ke Port Klang ini, akan melawat ke tempat pelancongan kita dan berbelanja di Negeri Selangor.” tambahnya lagi.



Kapal-kapal persiaran dijangka akan mula membuat persinggahan ke Port Klang Cruise Terminal pada setiap hari jumaat setiap minggu bermula pada bulan ini. Tourism Selangor sebagai agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor memberi penekanan yang khusus dalam mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor dalam segmen pelancongan ‘Cruise’. 

Pihak Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor Cruise Festival 2022, pada 29 hingga 30 Oktober 2022 di Port Klang Cruise Terminal yang akan mempromosikan pelancongan ‘cruise’ di Negeri Selangor. Antara pengisian acara yang akan berlangsung adalah seperti pelancaran kaunter informasi pelancongan, Persembahan Kebudayaan, Festival Makanan, Borneo Street, Demonstrasi Kraftangan, Acara sukan Berbasikal dan banyak lagi. 

Acara pelancongan ini diharapkan menjadi salah satu medium utama dalam memasarkan lagi produk pelancongan Negeri Selangor melalui pelancongan ‘cruise’ ke peringkat antarabangsa.


KanWork anjur Walkathon Amal KanWork 5

Hi Korang,

Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) akan menganjurkan Walkathon Amal KanWork 5. Aspek kesihatan perlu dititikberatkan, tambahan dengan cabaran norma baharu, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan. KanWork telah mengambil inisiatif mengadakan Walkathon Amal KanWork dan pelaksanaan pada tahun ini secara hibrid. 



Pelancaran WAK5 akan di adakan pada 17 Julai 2022 (Ahad) di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Tujuan Walkathon Amal KanWork ini adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan dan sebagai usaha penjanaan dana untuk persatuan.

Turut dilancarkan ialah Buku Pemakanan Semasa Kemoterapi. Pengerusi Persatuan Kanser KanWork, Dr. Mazanah Muhamad berkata, KanWork berperanan menyokong pesakit kanser melalui maklumat yang sahih dan tepat. Buku Pemakanan Semasa Kemoterapi ditulis oleh pakar pemakanan yang berpengalaman.


LINK PENDAFTARAN WAK5: https://apps.kanwork.org

PENDAFTARAN BERKUMPULAN: https://www.wasap.my/60135938627/WAK5Group SUMBANGAN WAK5

(Dikecualikan cukai):



Pertanyaan: +6013 593 8627 / 1 800 22 8672





Terima Kasih.