Thursday, June 9, 2022

Produk KANIKA FOOD – Senang Nak Sediakan Hidangan Jepun dan Promosi Bundle Set Bersempena dengan Hari Bapa

Hi Korang,

Sesuatu yang mudah lagi menyenangkan memang menjadi pilihan kak lily.

Dengan kita sibuk seharian kita para ibu sibuk bekerja di pejabat dan sebelah malamnya hanya baru berada di rumah, penyediaan makanan cepat lagi memudahkan amat penting sekali.

Tambah lagi hidangan yang disediakan itu benar-benar enak kena dengan selera. Selain daripada masakan melayu, kak lily sekeluarga juga amat gemarkan hidangan 'simple' Jepun seperti sushi



Untuk ini, kak lily gunakan produk-produk hebat jenama Kanika daripada HSH Frozen Foods Sdn Bhd. Produk Kanika ini boleh didapatkan di hampir semua pasaraya di Malaysia di mana ianya ditawarkan pada harga juga cukup berpatutan.

Apa yang menarik dengan produk Kanika sangat membantu dalam penyediaan hidangan tanpa mengambil masa terlalu lama. Contohnya seperti Breaded Scallop kita hanya nyahbekukan (defrost) seketika dan seterusnya terus boleh digoreng dalam minyak yang panas. Begitu juga dengan produk Chuka, hanya nyahbekukan (defrost) dan boleh digabungkan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti sushi (beras jepun), salad dan tidak ketinggalan mee.

Untuk info, HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia. Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Kanika memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Selain itu Kanika juga telah dieksport keluar ke Hong Kong dan Singapura.

Promosi Bundle Set Bersempena dengan Hari Bapa

Bersempena dengan hari Bapa tahun ini, Kanika turut mengadakan promosi jualan set bundle pada harga RM127 sahaja. Dengan harga ini korang boleh jimat sebanyak 10% daripada harga yang ditawrakan di pasaran. Pembelian set bundle ini bermula dari 6 Jun sehingga 18 Jun 2022

Antara produk didalam bundle set ini antara lain seperti:-

1 x Black Jute Bag

2 x Udon

2 x Breaded Scallop

2 x Sesame Salad Dressing

2 x Chuka Wakame

2 x Chuka Hotate

2 x Chuka Idako


Chuka Wakame


Seaweed atau rumpai laut yang telah dijeruk. Mempunyai rasa masam-masam manis. Selain enak dinikmati dengan sushi (beras jepun). Boleh juga dijadikan hidangan sampingan bersama salad. Untuk ini kak lily gandingkan dengan nasi sushi sekali.


Chuka Kurage


Jelllyfish yang cukup lembut, punyai rasa masam-masam manis pedas ini kak lily  jadikan ianya di dalam gulungan sushi mudah lagi enak.


Breaded Scallop

Sesame Salad Dressing


Kak lily hanya nyahbeku Kanika Breaded Scallop seketika. Dan terus boleh digoreng dalam minyak yang panas. Memang ranggup sangat, sedap! Tambah pula dinikmati bersama Kanika Sesame Salad Dressing, ermm di makan begitu sahaja.

Chuka Hotate


Kak lily amat gemarkannya kerana teksturnya yang lembut serta rasa pedas-pedas sedikit. Kak lily letakkan di atas nasi sushi yang telah di bentukkan panjang dan letakkan di atasnya.

Chuka Idako


Ini antara menu yang popular di Restoran Jepun - Chuka Idako. 

Menariknya Kanika Chuka Idako ini kita hanya perlu nyahbeku sahaja dan serta merta boleh terus nikmati bersama hidangan lain. Rasa sotongnya masih lagi segar dan lembut ditambah pula dengan adanya sos perapan manis-manis memang sedap. 


Udon


Untuk mee udon ramai yang suka nikmatinya bersama dengan sup kimchi. 

Kak lily hidangkan mee udon ini bersama sup rebusan air udang. Makan panas-panas memang syok! Kalau nak lebih istimewa boleh tambah hirisan daging atau isi udang dan lain-lain.


Apa yang penting semua produk Kanika sangat mudah disediakan dan hasil hidangannya memang sedap memberi 1001 kepuasan. Teringin nak makan hidangan Jepun. Korang boleh sediakan bila-bila masa sahaja. Dengan menyediakannya dari rumah. Apa yang perlu hanya dapatkan produk Kanika di pasaran dan korang boleh realisasikannya dalam pelbagai jenis versatil hidangan.



Meh layan video kak lily yang simple ni dalam menyediakan hidangan sushi pelbagai rasa dengan produk KANIKA FOOD

 


Boleh dapatkan produk Kanika daripada pasaraya berdekatan ataupun di platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan Kanika Malaysia | Premium Quality Frozen Food Supplier



Untuk keterangan lanjut, boleh layari:-




Boleh juga hubungi terus:

Kanika Malaysia @Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor

Telefon:
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424

Email:
customersvc@kanika.com.my


#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood 
#freedelivery #easyrecipe #easypreparation 
#japanesefood #chuka #appetizers #snackfood 
#halal #sesamesaladdressing #breadedscallop 
#udon #chukakurage #food #yummy #delicious

Tuesday, June 7, 2022

Selamat Ulangtahun Pertama Buat Meat Cartel TTDI!!

Hi Korang,

Minggu lepas yang panjang kak lily berkesempatan ke restoran Meat Cartel cawangan TTDI yang terletak di Jalan Aminuddin Baki. 



Seriously kak lily memang tak perasan pun dengan kewujudannya kerana lokasinya di bahagian belakang rumah-rumah kedai di sini. tapi bagi mereka yang menetap disini, ianya merupakan lokasi yang amat strategik berdekatan dengan kawasan perumahan.

Cantik tempatnya..


Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik.


Biarpun Meat Cartel memperkenalkan hidangan Gaya Texas namun sentuhan hidangannya mempunyai citarasa tempatan. Menggunakan konsep salai pada suhu yang rendah dan lama menjadikan hasil hidangannya begitu unik dan punyai rasa serta aroma yang begitu autentik.


Meat Cartel Sdn Bhd telah berada dalam industri F&B sejak tahun 2017. Pada awalnya ianya bermula sebagai perniagaan dari rumah (home-based business). Bersama visi untuk memperkenalkan BBQ Salai gaya Texas asli kepada masyarakat di Malaysia. Dan kini Meat Cartel telah mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia seperti di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya. Meat Cartel juga membuat perancangan untuk membuka cawangan mereka di kawasan Pantai Timur dan Utara.



Antara menu yang menjadi permintaan pelanggan dari Meat Cartel seperti Beef Brisket, Beef Short Ribs dan Lamb Shoulder. Bayangkan penyediaan hidangan potongan daging ini akan diasap pada suhu rendah dan untuk tempoh yang lama. Di mana kebiasaannya mengambil masa dari 12 hingga 14 jam lamanya. Nah! Kaedah ini menghasilkan daging yang cukup lembut dan berperisa. Memang kita akan dapat merasai sendiri tekstur daging yang berjus, cukup rasa dan lembut sangat.

Promosi Hidangan Makanan Tengahari Di Meat Cartel TTDI

Meat Cartel TTDI juga sedang mengadakan promosi hidangan tengahari. Pelbagai menu yang ditawarkan antaranya seperti Pasta Masak Lomak Smoked Brisket, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice, BBQ Quarter Chicken Rice dan beberapa menu istimewa yang lain.

Pasta Masak Lomak Smoked Brisket





Memang puas hati, Meat Cartel antara restoran masakan barat yang menawarkan hidangan premium membuatkan setiap sen yang dikeluarkan memang tidak rugi.

Tempat Cantik Untuk BerOOTD Dan Disediakan Pelbagai Fasiliti

Banyak port menarik yang boleh kita bergambar dan berOOTD. 



Cahaya yang terang dengan dekorasi yang yang cukup artistik membuatkan kita tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan.

Di Meat Cartel TTDI, selain daripada kemudahan fasiliti tandas, turut disediakan ruang solat bagi kemudahan pelanggan yang datang.



Boleh berkunjung restoran Meat Cartel samada untuk dine in atau tapau dibawa balik rumah. Dan sekiranya jika tidak berkesempatan boleh juga membuat pesanan menerusi Food Panda mahupun Grab.

Jom kite ke :-


Meat Cartel TTDI
No.127, Jalan Aminuddin Baki, 
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Check it out social media Meat Cartel yer



.

Friday, June 3, 2022

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Hi Korang,


Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang di Malaysia, melancarkan kempen ‘Macam-Macam Ada’ pada bulan ini untuk menawarkan tawaran terbaik merangkumi pelbagai kategori termasuk barangan kesihatan, dapur dan makanan, rumah dan kediaman, fesyen dan kecantikan, elektronik, serta kategori terbaharu – pelancongan. Pelanggan boleh menikmati RM20 diskaun dengan menggunakan kod ADA20 dengan berbelanja serendah RM220 serta menerima baucar sebanyak RM20 untuk pembelian seterusnya.

Pelanggan yang inginkan percutian tempatan yang singkat tetapi berbaloi boleh membeli pakej percutian ‘Let’s Go Cuti!’ dengan harga di bawah RM80 untuk menikmati percutian ke Cameron Highlands dan Port Dickson. Selain itu, Go Shop juga menawarkan barangan keperluan percutian daripada jenama seperti Urbanlite, Barry Smith serta diskaun sebanyak 40% untuk jenama elektronik dan digital terkemuka seperti Vivo, OPPO, Huawei, Xiaomi dan Samsung.

Pelanggan akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM50 apabila mereka membeli-belah dengan pembayaran melalui rakan kongsi pembayaran Go Shop – CIMB, RHB, VISA, Hoolah dan Grab. Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh 5% Go Points untuk setiap pembelian dan mendapatkan Go Points tambahan dengan minimum tiga pesanan setiap bulan.

Sempena bulan Jun ini, Go Shop memperkenalkan dua program baharu pada saluran-saluran, laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya :

·         Teratak Sihat menampilkan tawaran terhebat untuk makanan kesihatan, vitamin, makanan tambahan dan lebih lagi.

o   Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 11 pagi di Astro CH118

·         The Premium memaparkan pilihan eksklusif produk fesyen dan kecantikan daripada jenama seperti Melvita, Crabtree & Evelyn, Bonia, Sothys dan banyak lagi.

o   Setiap hari Sabtu pada jam 11 pagi di Astro CH111

Dapatkan lebih banyak tawaran menarik melalui Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), Go Shop BAARU (CH111) dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.