Monday, May 2, 2022

BEAUSITI Hanya Untuk Dirimu Wanita-Wanita Hebat Di Luar Sana

Hi Korang,

Daripada jenama produk je kita dah boleh agaknya ianya adalah kepunyaan tidak lain tidak bukan Dato' Sri Siti Nurhaliza, a Malaysian Sweetheart dari dulu kini dan selamanya.

Selain dari penghibur tersohor di tanah air mahupun di peringkat antarabangsa, Tok Ti juga merupakan seorang usahawan yang begitu berjaya.


Dari produk kecantikan Simply Siti, kini Tok Ti juga memperkenalkan rangkaian produk makanan tambahan kesihatan dibawah jenama BeauSiti. Jenama ini mula diperkenalkan pada bulan September 2019 dan kini BeauSiti mempunyai 3 produk dibawah jenamanya iaitu BeauKids, Beautessence dan Beaunest.

Beaunest by BeauSiti Beaunest


Beaunest by BeauSiti Beaunest adalah minuman tonik terbaru dari Dato’Sri Siti Nurhaliza. Ditenun oleh burung walet dari air liur mereka, sarang burung yang boleh dimakan adalah salah satu tonik yang paling popular dalam Perubatan Tradisional Cina dan diyakini keberkesanannya sejak dari dulu lagi.

Minuman Beaunest ini mempunyai 2 perisa iaitu Delima, Madu dan kurma dan Lemon, Pic dan madu. Selain daripada rasanya yang sedap, minuman ini tiada gula tambahan dan bahan pengawet



Antara kelebihan Beaunest adalah seperti berikut :

• Membantu menyihat dan mencantikkan kulit (glow booster)

• Membantu melambatkkan proses penuaan

• Membantu memperbaiki ganguan tidur agar lebih nyenyak

• Membantu melancarkan penghadaman

• Membantu meningkatkan daya tahan badan

• Membantu melegakan keletihan dan menyokong pemulihan pernafasan

Didatangi dalam sekotak yang mempunyai 6 botol dengan harga RM75.00. Kena beli  lebih ni tau barulah bertambah cantik di buatnya


Bagi kak lily bagus sebenarnya kalau kita mengamalkan produk Beausiti ini, kerana selain dari mencantikkan kulit luar dan dalaman, pengambilan secara konsisten juga sangat membantu kita agar senantiasa kekal aktif, cergas dan bertenaga. Yang penting minuman sarang burung ini memang sedap di sejukkan jika diminum sejuk-sejuk.

Beutessence by BeauSiti


Beautessence keluaran terbaru ini telah pun dinaiktaraf dengan teknologi formulasi terbaru dari Jepun. Keunggulan formulasi Cerephon F yang membantu menyerahkan kulit dalam masa 8 minggu.

Selain itu, seiring memenuhi gaya hidup aktif dan moden, Beautessence telah dilancarkan dalam bentuk sachet yang lebih mudah dibawa, kualiti terbaik dikekalkan dan mampu dimilik dengan harga yang berpatutan.


Manfaat yang terdapat didalam Advance Formula Beautessence Cerepron F :-

• Membantu mencepatkan proses pencerahan dan kulit dan wajah

• Menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi

• Membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat

• Membantu memperbaharui sel-sel tubuh dan kulit

• Bertindak sebagai Agen Anti Penuaan agar kekal Awet muda

• Mengekalkan keanjalan kulit wajah dan badan secara menyeluruh

• Membantu kulit menghalang radikal bebas seperti sinaran UV matahari

• Membantu penjagaan lapisan kulit dari dalam agar kesan selamat dan berpanjangan



Manakala kelebihan Beautessence itu sendiri seperti :-

• Mengandungi antioksidan polfenol tinggi untuk kecantikan kulit

• Membantu melambatkan proses penuaan

• Membantu meningkatkan keanjalan aset wanita

• Membantu mengawal keguguran rambut

• Mengandungi serat untuk melancarkan pencernaan bagi mengawal berat badan

• Membantu meningkatkan sistem imun

• Gabungan nutrilock harian yang efektif

• Menyokong kesihatan menyeluruh

Memang bagus kalau amalkan.

Kak lily yang mula memasuki alam remaja purba ini sangat-sangat mengambil berat mengenai penampilan diri samada dari luar mahupun dalaman.

Bila dah mula mengamalkan Beautessence ini kak lily sudah mula nampak perbezaan dari segi gaya hidup yang aktif serta kulit semakin sihat.


BeauKids Aafiyah by BeauSiti X WonderLab (Berperisa Strawberi)


Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Berperisa Strawberi) ini diperbuat dari Puri Strawberi. Selain daripada rasanya yang sedap ianya juga mempunyai kandungan vitamin yang tinggi yang boleh membantu dalam perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak. Jadi anak-anak akan membesar dengan ceria dan sihat.

Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab ini diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur dua (2) tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan juga snek pilihan.


Antara manfaat dan kelebihan minuman berkhasiat BeauKids dari BeauSiti X WonderLab:

• Diperbuat dari Puri Strawberi

• Kaya dengan multivitamin (Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik)

• Meningkatkan pembangunan dan fungsi otak

• Membantu mengekalkan fungsi imun badan yang sihat

Didatangkan dengan pek pembungkusan yang sangat mudah dinikmati di mana sahaja dan ianya memang sangat praktikal. Ditawarkan pada harga yang berpatutan, setiap kotak Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab ini boleh didapati pada harga RM59.00 sahaja. Untuk sekotak mengandungi 10 pek minuman berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab.

Untuk dapatkan lebih info, testimoni pengguna dan harga produk boleh layari www.beausiti.my 

Jangan lupa untuk dapatkan produk BEAUSITI dari laman web website www.beausiti.my atau dibeli melalui ejen yang sah SitiZen.


 

Sila ikuti Instagram @beausitiofficial dan saksikan klip video DS Siti & Aafiyah yang comel Bersama BeauSiti.

#BeauSiti 
#MinumanSarangBurung 
#MinumanKanakkanak 
#MinumanWanita 
#MinumanKeluarga

Friday, April 29, 2022

MARRYBROWN Dah Ada Mobile Apps!! Jom Download Lekas Untuk Dapatkan Tawaran Menarik.

Hi Korang,

Salah satu sebab kak lily suker ke Marrybrown sebab diorang ada vegetable salad dan fish burgernya panjang dan sos melimpah hahahahaha tak ketinggalan ayamnya pedas-pedas manjah gituewww..

Tup-tup sekarang ni dah ade aplikasi Marrybrown tau.


Apa laie terus kak lily download cepat-cepat kat phone ni kan, even kat phone Mr Big pun kak lily pakse gak download hehehehee

Rupanya banyak Deals yang awesome kat dalam aplikasi ni hah.


Untuk yang pertama kali download macam kak lily ni, ktorg dapat percuma 1 ketul ayam goreng bila jadi new member.

Siap pada Tawaran 40% masih ada lagi!!

Kalau tau kak lily pi masa berbuka puasa tadi, lagi macam-macam boleh di ordernya hahahaha.. Pi time moreh so makan ala kadar je hah tapi tetap boleh redeem deals tau




Ada tawaran makanan harga bermula RM2.90. Sebelum ni viral tawaran RM1, tapi dah habis, tawaran lain pulak dia bagi.

Antara menu yang tersenarai di dalam great deals tersebut ialah:

1) Potato Wedges

2) Onion Rings

3) Mushroom Soup

4) Chicken Nugget

5) Bubur Ayam Combo

6) MB Kiddy Meals Chicken Burger

7) Boba Tea

8) Hotouch Burger Combo

9) Cheesy Burger + Cheesy Wedges

10) Tower Burger Combo



Cara Download Aplikasi Marrybrown

1) Korang boleh download aplikasi Marrybrown di android dan apple store secara percuma.

Klik link ini https://mbapp.marrybrown.com/ . Oh ya tak semua outlet Marrybrown yang guna aplikasi ni, boleh tengok dekat aplikasi outlet mana yang ada.

2) Lepas download, teruskan dengan isi nombor telefon korang, lagi senang.

3) Kemudian, isi kod negara dan nombor telefon

4) Kod verification akan dihantar dna korang boleh isi

5) Lepas tu isi la nama, pasword, jantina dan lain-lain

6) Klik submit, siap



Ni la rupa homepage dalam aplikasi Marrybrown. Senang dan mudah.


Macam mana nak redeem?

1. Pada halaman utama, klik pada 'deals' dan pilih 'deals' mana yang korang nak.



2. Tertera pelbagai deals yang ada yang korang boleh pilih.

3. Sebaik sahaja korang klik pada 'deals' yang dipilih, akan ada penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

4. Tekan ‘redeem’

5. Lihat 'deals' yang korang dah tekan redeem tu dekat 'My Rewards'

6. Pergi ke outlet Marrybrown yang menggunakan aplikasi ini, dan pergi ke kaunter, bagitau korang nak redeem.

7. Tekan 'My Rewards' , tekan 'deals' yang dipilih dan scan kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda



Untuk yang nak delivery, atau pick up pun ada tau. Korang boleh ke 'Menu' lepastu pilihla sama ada nak delivery atau pick up. Delivery ada GrabFood, Food Panda dan Shopee Food. Untuk Pick up korang order, kemudian pergi ke outlet Marrybrown dan ambil makanan korang. ada juga pilihan sama ada nak dine in atau pick up bawak balik.

Bestnya lagi bila guna aplikasi Marrybrown ni akan dapat 'points'. 1 points sama dengan RM1. Nanti dah cukup points, boleh la tebus lagi makanan yang korang suka dekat bahagian ' Point Redemption'


Banyak lagi best dalam aplikasi Marrybrown ni tau. Hah, apa tunggu lagi, download aplikasi Marrybrown sekarang!

Nak tau lebih lanjut, boleh layari






Thursday, April 28, 2022

Guardian lancar kaji selidik Kesihatan Kebangsaan, Jemput Ke ‘Health of the Nation’ Di Sunway Piramid

Hi Korang,

Selaras dengan reputasinya selaku peneraju pakar kesihatan komuniti di Malaysia, Guardian sedang menjalankan satu kaji selidik dalam talian ‘Health of the Nation’ selama sebulan yang akan bermula pada 28 April 2022 dengan sebuah acara khas ‘Health of the Nation’ yang diadakan di Blue Atrium Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata:

“Guardian telah memulakan kaji selidik ini untuk memahami kesihatan semasa rakyat Malaysia dan dengan hasil daripada tinjauan tersebut, Guardian berharap ia dapat dimanfaatkan bagi menyokong pelanggan dengan aktiviti serta maklumat kesihatan yang relevan yang diperlukan oleh mereka,” jelas beliau.

“Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ‘Health of the Nation’ Guardian yang boleh diakses menerusi platform media sosial dan digital Guardian termasuk Instagram dan laman Facebook Guardian,” kata Angela.

“Acara atrium Guardian yang akan berlangsung pada 28 April hingga 1 Mei 2022, akan menampilkan 24 jenama yang mengambil bahagian dan pelbagai promosi istimewa seperti hadiah dengan pembelian untuk semua pengunjung dan hadiah istimewa untuk pelanggan yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini di acara Atrium.”

“Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Blue Atrium Sunway Pyramid hujung minggu ini dimana banyak aktiviti kesihatan menarik akan diadakan disamping 24 jenama yang turut serta.

“Mereka yang mengambil bahagian dalam permainan, aktiviti atrium, atau melengkapkan kaji selidik di atrium akan menerima satu kad tebusan untuk menebus satu hadiah misteri di kaunter bayaran dengan sebarang pembelian. Pelanggan yang membeli rangkaian penjagaan kulit kami bernilai RM120 akan menerima satu set mangkuk Jepun PERCUMA sementara stok masih ada.

Dan pelanggan yang memuat turun aplikasi mudah alih Guardian ke telefon pintar mereka akan menerima kupon Guardian RM5.” tambah Angela.







Kak lily berkesempatan ke Guardian Event ini semalam dan ternyata ianya benar-benar menyeronokkan. Selain daripada dapat pelbagai info mengenai produk-produk yang terdapat di Guardian, kak lily sempat juga bermain games yang di sediakan di situ hehehhee memang having fun sangat lah tau..


Korang pun jemput ke ‘Health of the Nation’ di Sunway Piramid ni tau.

Imbas kod QR ini untuk pautan kepada kaji selidik.



Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY

#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia