Sunday, April 17, 2022

SURIA KLCC MEMBUKA TIRAI SAMBUTAN AIDILFITRI

Hi Korang,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC mengalu-alukan ketibaan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman.


Pada 15 April 2022, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Esplanade KLCC. Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadhan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.


Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd; Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen.

“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 - Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan,” ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau.


Penampilan pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.

Bersesuaian dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita.

Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga juga turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk. Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall.

Para pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 1 Mei dimana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.

Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ yang mana pengunjung boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial. Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri.

Kemuliaan Ramadhan turut di perhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022. Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan.

Program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021. Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia.


PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Tema Dusun Atuk turut diperkenalkan di Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya sehingga 2 Mei 2022. Program tebusan hadiah istimewa juga turut menanti para pengunjung yang berbelanja bagi setiap pembelian yang bernilai RM700 dan ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan layak menerima bekas kedap udara seramik dan sampul hari raya Alamanda.



Pelanggan yang membelanjakan RM1500 dan ke atas akan menerima hadiah tambahan yang mana tebusan layak di lakukan untuk setiap satu pengunjung setiap hari. Pelanggan yang berbelanja berdasarkan nilai tersebut akan menerima baucar daripada Manhattan Fish Market yang bernilai RM40 atau sehelai selendang esklusif dari Noor Arfa atau baucar beli belah Alamanda yang bernilai RM50.

Bagi menambah keriangan membeli belah, para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan aktiviti fesyen dan kecantikan yang menarik seperti tutorial pemakaian selendang serta aktiviti gubahan bunga hasil dari kolaborasi bersama pihak Alamanda, Bokitta dan Cempaka Sari.

Di dalam usaha mewarnai keindahan semangat hari raya, persembahan dan aktiviti tradisional seperti caklempong, angklung, inang dan tarian zapin turut dipertontonkan untuk menghiburkan para pengunjung. Tidak ketinggalan, aktiviti menganyam ketupat dan aktiviti origami pelita menggunakan cawan kertas untuk ahlli VIKids turut di adakan.

PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL

Dusun Atuk turut di perkenalkan di Pusat Beli Belah Mesra di Kemaman bagi memastikan sambutan Hari Raya kekal meriah. Sudut ‘Centre Court’ akan di hiasi dengan pelbagai hiasan pokok buah - buahan yang sinonim dengan suasana kampung.


Antara aktiviti menarik yang di adakan adalah aktiviti aplikasi ‘henna’ atau lebih dikenali sebagai inai yang akan berlangsung mulai 8 April sehingga 30 April dari jam 10pagi sehingga 10malam. Ini hanyalah sebahagian dari aktiviti menarik yang akan di adakan untuk para pengunjung.

Aktiviti kanak-kanak tidak ketinggalan apabila kanak-kanak perempuan yang berada dalam lingkungan umur 4-6 tahun dan 7-9 tahun masing-masing boleh menyertai aktiviti ‘Miss Little Kebaya’ pada 16 April yang mana mereka perlu memperagakan baju kebaya dan seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Bagi memastikan keceriaan lawatan Pusat Beli-Belah Mesra, para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima bekas kedap udara seramik dan juga sepeket sampul raya Mesra.

Bersempena sambutan Hari Nuzul Quran pada 19 April, Pusat Beli Belah Mesra akan mengedarkan ‘bubuk lambuk’ dan 500 peket kurma pada para pelanggan dan pengunjung. Pihak pengurusan Mesra bersama pihak berkuasa tempatan dan juga penyewa Pusat Beli-Belah Mesra akan memberi sumbangan baju raya berserta duit raya kepada warga emas dari daerah Kemasek selaras dengan usaha tanggungjawab sosial.


Untuk info lanjut, layari:






Thursday, April 14, 2022

Ainz & Tulpe Bawakan Produk Kosmetik Terbaik Jepun Ke Pasaran Malaysia

Hi Korang,

Manjakan diri anda dengan rawatan kecantikan dan terpesona dengan kecantikan dalaman yang diserlahkan di Ainz & Tulpe (A&T), gedung pertamanya di Asia Tenggara yang akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil. Dibuka secara rasminya pada 20 Mei, gedung kosmetik Jepun yang digemari ramai bakal memberikan para pengunjung “A Time to Discover” atau masa untuk menemui kecantikan diri dari luar dan dalam.


Anda pasti menjadi rambang mata di gedung berkeluasan 3,547 kaki persegi ini yang menawarkan 4,000 aneka produk daripada 250 jenama yang merangkumi rangkaian penjagaan kulit, solekan dan fesyen. Rasailah pengalaman kecantikan A&T yang abadi dan mengasyikkan sambil mengenali pelbagai jenama eksklusif seperti AYURA, LIPS & HIPS, DAZZSHOP dan banyak lagi.

Para penggemar kosmetik pastinya akan mengenali AYURA, jenama yang sering mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah kecantikan tahun demi tahun dengan produk terlaris – AYURA Clear Refiner dan AYURA Balancing Primer. Diasaskan oleh SHISEIDO pada tahun 1990 dan diambil alih oleh AIN GROUP pada tahun 2015, jenama AYURA terus berkembang dengan mengekalkan kualiti dan ciri eksklusif yang digemari oleh para pengguna.


Dengan adanya jenama terkemuka seperti AYURA, A&T merupakan gedung yang harus dikunjungi oleh para penggemar produk kecantikan dan kosmetik Jepun yang inginkan produk penjagaan kulit dan alat solek yang berkualiti. Selain daripada rumusan yang unik dan tekstur lembut yang memelihara kulit, produk-produk A&T juga telah terbukti berkesan untuk menangani pelbagai masalah kulit yang dihadapi oleh orang Asia seperti kulit kering, berminyak atau kombinasi. Tanpa mengira umur, jenis kulit dan tona kulit, pastinya akan ada produk A&T yang bersesuaian untuk diri anda. Luangkan masa di gedung ini untuk mengenali dengan lebih dekat sehingga 250 jenama produk kecantikan yang bereputasi. Di A&T Beauty Experience Store, anda boleh memulakan perjalanan “A Time to Discover” untuk menyerlahkan kecantikan anda dari dalam.

“Kami merasa teruja dan tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran anda semua ke gedung A&T yang pertama di Asia Tenggara. Industri kecantikan dan kosmetik Jepun telah berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan di serata dunia sejak bertahun lamanya, di mana lebih ramai pengguna memilih produk kecantikan dan penjagaan kulit Jepun oleh kerana mereka yakin dengan kualiti dan cirinya yang serba ringkas. Kami telah mengenal pasti melalui proses pemilihan yang teliti produk-produk terbaik dari Jepun untuk diketengahkan di gedung A&T baharu di Malaysia dan kami berjanji akan membawa anda ke dalam satu perjalanan penemuan diri apabila anda mengunjungi gedung kami. Kami percaya setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang harus diserlahkan dan anda boleh lakukannya dengan lebih baik dengan menggunakan rangkaian produk kosmetik berkualiti kami. Inilah masa untuk mengenal semula diri anda dan menjadi versi anda yang terbaik,” kata Rieko Kimei, Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd.

Beliau menambah bahawa A&T bercita-cita untuk menjadi pakar kecantikan pilihan yang menjadi sebutan ramai di Malaysia. Selain daripada menawarkan pengalaman “A Time to Discover” di dalam pelbagai cabang kecantikan, gedung kami juga berhasrat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan tentang trend kecantikan dan kosmetik terkini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkenaan produk kosmetik Jepun, di samping memberi panduan tentang langkah-langkah serba ringkas dalam rutin penjagaan kulit.

Setakat hari ini, A&T mempunyai 78 buah gedung di Jepun dan telah merancang untuk mengembangkan perniagaannya untuk mencapai lebih banyak komuniti tempatan dan luar negara pada masa akan datang. Kumpulan ini berusaha untuk membawakan lebih banyak manfaat dalam menangani isu-isu sosial melalui perniagaan kosmetiknya.

Sebagai satu titik permulaan pengembangan perniagaannya ke tahap antarabangsa, AIN GROUP telah menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah syarikat perdagangan utama dari Jepun – Marubeni Corporation dan menubuhkan AMC Retail Malaysia Sdn Bhd untuk membuka gedung A&T yang pertama di Malaysia.

Untuk mengetahi lebih lanjut tentang A&T dan jenama-jenama yang ditawarkan, sila layari https://pavilion-bukitjalil.ainz-tulpe.com.my.


Monday, April 11, 2022

Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 Wany Hasrita x Bidadari House

Hi Korang,

Walaupun kak lily belum berhijab lagi tapi itu bukan bermakna kak lily tidak mengikuti perkembangan jenama-jenama tudung yang terkenal di negara kita ini.


Di dalam banyak-banyak jenama kak lily amat tertarik dengan koleksi tudung daripada jenama Bidadari House ini. Dan kali ini Bidadari House telah mengorak satu langkah lagi dengan berkolaborasi bersama penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Wany Hasrita dengan memperkenalkan koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.

Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 telah dilancarkan pada hari ini 7 April 2022 dan korang boleh mendapatkannya samada membeli di butik ataupun menerusi pembelian di atas talian.

Keistimewaan Tudung Turki Cotton Raya 2022

Untuk koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 ditawarkan 30 jenis rekaan plain (kosong) dan 5 jenis bercorak (terdapat 6 warna untuk setiap rekaan tudung bercorak). Tudung yang sememangnya sangat berkualiti, cantik terletak jika dipakai. Untuk itu koleksi tudung ini menggunakan fabrik cotton istimewa Turki yang dibawa khas daripada negara Turki itu sendiri.

Terdapat bidang 50' dan 55' sekaligus memberi lebih kelebihan kepada mereka yang berhijab untuk memilih saiz yang mana mereka lebih gemari, Ini terutama bagi mereka yang ingin memakai tudung yang lebih labuh ataupun memilih mengikut keselesaan serta kesesuaian mengikut saiz badan. Dan Tudung Turki Cotton Raya 2022 ini ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu RM89 sahaja untuk setiap satu.

Koleksi Tudung Cantik dan Esklusif

Melihat kepada koleksi rekaan bercorak Tudung Turki Cotton Raya 2022 memang kita boleh jadi rambang mata. Sangat cantik dan coraknya memang unik tampil begitu esklusif. Ke semua rekaan Tudung Turki Cotton Raya 2022 adalah inspirasi daripada keunggulan kerajaan Uthmaniyyah.

Terdapat 5 jenis tudung bercorak dari koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, iaitu:-

· Bursa Blossom

· Marmaris Bold

· Enes Luxs

· Istanbul Spring

· Izmir Vintage

Setiap satu rekaan adalah unik dan punyai konsepnya yang tersendiri. Warnanya juga didatangkan secara esklusif untuk setiap rekaan. Sesuai dengan warna yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia

Bursa Blossom




Ditawarkan 6 warna pilihan. Fabrik tidak jarang dan labuh. Mudah digosok dan dibentukkan. Awning memang on point, sesuai untuk semua jenis bentuk muka.

Marmaris Bold




Tudung yang tidak melekap dan mudah digosok. Fabrik yang 'breathable serta senang dibentuk. Memakai tudung ini biarpun seharian tetap memberi keselesaan.

Enex Luxs




Fabriknya sejuk dan selesa dipakai. Ianya juga senang digosok serta senang dibentuk dan juga tidak melekap. Coraknya ada campuran bungaan dan grafik.

Istanbul Spring




Fabrik istimewa di Turki ini memang senang dibentuk dan digayakan. Kak lily sendiri suka dengan semua warna yang ditawrkan dari koleksi ini. Sesuai dengan nama koleksi Istanbul Spring, fabriknya sejuk menjadikan kita rasa selesa memakai biarpun seharian.

Izmir Vintage





Corak yang sangat cantik. Fabrik lembut dan senang dibentuk.

30 jenis rekaan plain (kosong)

Terdapat juga tudung plain yang tidak bercorak dengan 30 warna menarik dibawah koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022. Dan untuk sehelai tudung plain (BCT), harga ditawarkan adalah RM49 sahaja.


Pembelian Kombo Lebih Berbaloi

Dengan setiap pembelian sehelai tudng dari koleksi Enes Luxs, Istanbul Spring dan Izmir Vintage anda diberikan hadiah istitimewa iaitu Ziplock bag dan juga 5 keping sampul raya esklusif Bidadari House. Lebih berbaloi lagi jika anda membeli 3 tudung dengan hanya RM229, korang akan mendapat 1 lagi tudung PERCUMA serta kotak raya esklusif Wany Hasrita, 3 sampul duit raya esklusif, 5 sampul duit raya Bidadari House dan penghantaran PERCUMA.



Manakala untuk Marmaris Bold dan j uga Bursa Blossom ditawarkan pada 3 harga istimewa samada pembelian individu mahupun secara kombo. Korang boleh memilih samada pembelian sehelai RM89, Kombo 3 helai RM229 dan juga kombo 3 helai tudung bawal plain + 3 tudung dengan rekaan turki pada harga RM329 sahaja.

Semua pembelian akan ada hadiah yang diberikan dan ini sangat berbaloi ya!


Jom Dapatkan RM10 Diskaun

Istimewa untuk Tudung Turki Cotton Raya 2022 anda boleh dapatkan diskaun RM10 untuk setiap pembelian dengan mengisi maklumat di talian ini : https://www.bdr.house/BHRM10Raya



Bagi yang ingin mendapatkan koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, boleh layari :-

👉https://www.bidadarihouse.com

👉Shopee Malaysia

Bidadarihouse (walk-in)

58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor,

Keterangan lanjut boleh layari : https://www.bidadarihouse.com



#TudungCottonTurkibyWanyHasrita 
#TudungCottonTurki 
#WanyHasrita 
#Raya2022