Hi Korang,
Tau apa itu alahan? Meh Kak Lily cerita sikit.
Alahan atau alergi adalah perkara biasa pada kanak-kanak yang dicetuskan oleh alergen yang bersentuhan dengan kulit, mata, hidung dan usus mereka. Masalah utama alahan boleh timbul dalam beberapa bentuk, contohnya ekzema atopi atau dermatitis, alahan rhinitis atau alahan asma.
Alahan kulit biasanya berpunca dari bulu haiwan, debu, habuk, atau pakaian yang dipakai pada kulit. Selain itu ada juga yang alergi dengan air, nikel dan sabun pencuci.
Antara tanda awal alahan ialah:
● Kesan iritasi (kemerahan) dan gatal pada kulit
● Bengkak pada bahagian badan seperti kelopak mata, bibir dan muka
● Perubahan suara (menjadi kasar)
● Sukar bernafas
● Sakit tekak
● Lesu
Sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan sekiranya kesannya terlalu teruk.
Antara lain-lain kaedah rawatan adalah:
1) Ubat berbentuk cecair, pil atau sapuan bergantung pada tahap alahan tersebut.
2) Suntikan akan diberi jika alahan semakin teruk.
3) Hindarkan diri dari menyentuh permukaan yang berkemungkinan punca alahan terjadi.
Sehingga ke hari nie, masih tiada ubat khusus untuk merawat alahan atau alergi. Namun sebagai umat Islam, Kak Lily yakin dan percaya setiap penyakit ada penawarnya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Oleh yang demikian kita hendaklah berusaha dan berikhtiar untuk mencari penawar agar kehidupan lebih sempurna dan mudah untuk beribadah kepadaNya.
Antara ikhtiar yang boleh dilakukan adalah dengan memberi anak-anak yang alahan tadi makanan tambahan untuk menguatkan ketahanan imun badan mereka.
Kak Lily syorkan untuk dapatkan Diffenz Junior iaitu produk daripada Eskayvie Malaysia. Ia diformulasikan dengan gabungan beberapa bahan utama seperti Kolostrum, Multivitamin, vitamin C dan D, Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-Camu. Ia bebas bahan pengawet dan tabletnya yang berperisa oren ini sangat disukai kanak-kanak!
Meh kita kenali apakah bahan-bahan utama yang ada di dalam Diffenz Junior.
CENDAWAN SUSU HARIMAU
Tumbuhan jenis eksotik yang hidup di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan harganya mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram. Tumbuhan ini sukar didapati kerana ia tumbuh secara sendirian dan terhasil daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.
Cendawan ini amat berkhasiat untuk menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus.
Khasiat daripada cendawan ini boleh diperolehi dengan pengambilan Eskayvie Diffenz Junior.
Antara kebaikan Cendawan Susu Harimau adalah:
● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
● Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
● Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.
BUAH CAMU - CAMU (MYRCIARIA DUBIA)
Mendapat jolokan Superfood kerana memiliki khasiat yang tinggi terutama kandungan vitamin C. Turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan.
Kebaikan buah camu-camu adalah:
● Menguatkan sistem imun
● Antioksidan dan anti-radang
● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
● Menstabilkan tekanan darah tinggi
● Merangsang penghasilan kolagen
● Mengawal gula darah
KOLOSTRUM
Susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, juga dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).
Selain itu, ia juga membantu:
● Meningkatkan sistem imun badan
● Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
● Kesan anti-mikrob dan anti-virus
● Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
● Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
MULTIVITAMIN DAN MINERAL
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum).
Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu:
● Melengkapkan keperluan nutrisi
● Menyokong penglihatan
● Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
● Melindungi diri daripada jangkitan
● Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
● Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
VITAMIN D
Vitamin D boleh diperolehi dari sumber cahaya matahari namun 67.4% rakyat Malaysia mengalami kekurangan vitamin ini kerana faktor cara hidup. Ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi.
VITAMIN C
Vitamin ini boleh diperolehi dari sayur-sayuran dan buah-buahan, namun kaedah pemakanan yang diamalkan oleh masyarakat masa kini tidak menjamin vitamin yang diperolehi adalah cukup untuk imun badan. Pengambilan makanan tambahan adalah satu cara mudah bagi memastikan ketahanan tubuh badan cukup untuk melawan penyakit.
EKZEMA SEMAKIN PULIH DAN SELERA ADIK MAYA QISTINA MAKIN BERTAMBAH SELEPAS AMBIL DIFFENZ JUNIOR
Seperti yang kita tahu, ekzema ialah masalah kulit yang berlaku disebabkan oleh alahan. Adik Maya, 4 tahun dari Kuala Lumpur merupakan pesakit ekzema yang agak serius sehingga susah untuk dia tidur dengan selesa pada waktu malam.
Adik Maya akan menggaru tanpa sedar sehingga menyebabkan kulitnya menjadi luka dan semakin teruk. Dia juga kurang selera makan kerana takut jika salah makan akan menyebabkan kegatalan pada kulitnya yang memang bermasalah.
Ibunya berusaha mencari jalan terbaik untuk mengubati alahan ekzema adik Maya. Terbaca akan khasiat yang terdapat dalam Diffenz Junior, maka ibunya terus membeli dan memberikan Diffenz Junior kepada adik Maya mengikut sukatan yang disarankan.
Terdapat perubahan ketara pada kulit adik Maya iaitu dia tidak lagi mengalami kegatalan dan kulitnya semakin licin. Selera makannya pun bertambah dan dia tidak lagi risau akan masalah kulitnya.
Diffenz Junior yang diformulasikan oleh Dr Syid Ayub ini mengandungi Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu serta vitamin C dan D yang sangat bagus untuk merawat keadaan kulit adik Maya. Tak salah kan sekiranya kita ikhtiar mencari yang terbaik untuk anak-anak kita.
Semoga bermanfaat.
Kesimpulannya Kak Lily syorkan suplemen Diffenz Junior untuk perisai tubuh anak-anak anda.
Bekalkan perlindungan yang lengkap untuk diri dan anak-anak agar tubuh lebih bersedia. Dapatkan set perlindungan seisi keluarga Diffenz Junior bersama Diffenz dan kekal sihat.
Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda dan sekeluarga. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.
Korang boleh dapatkan Diffenz ni di laman web dan media sosial rasmi Eskayvie dibawah.
Website: www.eskayvie.com
Facebook Eskayvie Malaysia: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram Eskayvie Malaysia: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/